Anda di halaman 1dari 10

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KPS 6014
TEORI SOSIOLOGI DAN AMALAN PENDIDIKAN

TUGASAN 1: TEORI SOSIOLOGI DAN KAITANNYA DENGAN PENDIDIKAN
SOCIAL PHENOMENOLOGY

DISEDIAKAN UNTUK:
PROF. MADYA DR. AMIR HASAN DAWI

DISEDIAKAN OLEH:
FAIRUZ SYAZWANI BADIOZE ZAMAN
M20131001196







2

ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
1.0 Pengenalan 3
2.0 Asal Usul Teori 4
3.0 Tokoh-Tokoh Teori 4
3.1 Edmund Husserl 4
3.2 Alfred Schutz 5
4.0 Huraian Mendalam Mengenai Teori 6
4.1 Jenis-jenis fenomenologi 7
5.0 Perbandingan Teori-Teori Lain 8
6.0 Penggunaan Teori Dalam Diskusi Sosiologi 8
7.0 Pengaplikasian Teori Dalam Bidang Pendidikan 9
8.0 Rujukan 10











1.0 PENGENALAN
3


Sebelum memahami apakah itu fenomenologi, perlulah kita kembali kepada
kata asalnya iaitu fenomena. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
fenomena bermaksud sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diperhatikan
ataupun sesuatu kenyataan atau kejadian yang dapat diberikan dan dijelaskan secara
saintifik. Selain itu, fenomenologi berasal dari bahasa Yunani yakni, phainomenon
yang bermaksud kemunculan benda atau fenomena (Spinelli, 1989) di dalam buku
ODonoghue dan Punch (2003). Fenomena ini termasuklah apa-apa sahaja yang
kelihatan atau hadir sendiri, seperti emosi, pemikiran dan objek fizikal.

Litchman (2010) menyatakan secara umumnya, Edmund Husserl telah
diiktiraf sebagai bapa fenomenologi meskipun Priest (2002) mencadangkan Kant
sebagai orang pertama yang menggunakan istilah fenomenologi. Namun begitu,
menurut Pastia (2011) pula pada mulanya istilah fenomenologi ini diperkenalkan oleh
seorang ahli falsafah iaitu Johann Heinrich Lambert (1728-1777) dan mula
dipopularkan oleh Edmund Husserl (1859-1938). Walau bagaimanapun, menurut
Hamzah Palalloi (2010), idea-idea Alfred Schutz dilihat lebih menyerlah dalam
fenomenologi kerana (i) beliaulah yang telah mengembangkan pemikiran dan idea
Husserl yang dirasanya abstrak ke dalam bentuk yang lebih mudah difahami, dan (ii)
Schutz merupakan orang pertama yang menerapkan fenomenologi dalam bidang ilmu
sosial.

Terdapat pelbagai pemahaman terhadap fenomenologi ini. Menurut Creswell
(2007), sekiranya naratif menceritakan perihal peribadi seseorang individu, kelainan
yang terdapat pada fenomenologi pula adalah menghuraikan pengalaman hidup
beberapa orang individu dalam bentuk konsep ataupun fenomena. Selain itu,
fenomenologi juga menggambarkan sesuatu perkara sebagai satu pengalaman yang
dialami oleh seseorang, yang mana pendekatan ini berpaling daripada bidang sains
dan pengetahuan saintifik malahan kembali merujuk kepada diri individu itu sendiri
(Ehrich, 2003). Seterusnya, apa yang cuba disampaikan oleh Radnor (2001) pula,
fenomenologi menerangkan dan mentafsirkan pengalaman hidup peribadi individu itu
4

sendiri atau orang lain. Kepentingannya dalam konteks peribadi individu adalah
bertujuan untuk memahami dan merakam pengalaman yang diperolehi mereka.

Ahli fenomenologi berusaha untuk memahami hubungan antara tindakan,
keadaan dan realiti yang berlaku dalam masyarakat. Fenomenologi tidak melihat apa-
apa aspek sebagai sebab dan akibat, tetapi sebaliknya melihat semua dimensi sebagai
asas kepada semua yang lain (Crossman, t.t).

2.0 ASAL USUL TEORI

Seperti yang dinyatakan di bahagian pengenalan, fenomenologi ini mula
diperkenalkan oleh Edmund Husserl (1859-1938). Oleh yang demikian, apakah yang
menyebabkan kemunculan kepada pendekatan ini? Pada tahun 1900-1901 Husserl
telah menerbitkan buku berkenaan fenomenologi dengan 2 jilid iaitu Logical
Investigation. Dalam jilid pertamanya, Husserl menekankan berkenaan serangan
secara paksa terhadap psikologi manakala jilid kedua beliau telah membincangkan 6
perkara siasatan terhadap deskriptif psikologi dan epistimologi iaitu:
a) Ungkapan dan makna
b) Universal
c) Bahagia-bahagian dan keseluruhan ontologi formal
d) Sintaksis dan makna struktur mereological
e) Jenis dan struktur intentionality
f) Hubungan antara kebenaran, gerak hati dan kognisi

3.0 TOKOH-TOKOH TEORI
3.1 Edmund Husserl

Edmund Husserl atau nama sebenarnya Edmund Gustav Albrecht
Husserl dilahirkan 8 April 1859. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga
Yahudi di Moravia, Austrian. Namun begitu, Husserl dan isterinya telah
menukar agama kepada Protestan dan dikurniakan 3 orang cahaya mata. Pada
5

mulanya, Husserl belajar dalam bidang matematik bersama seorang tokoh iaitu
Karl Weierstrass dan seterusnya melengkapkan diri dalam PhD di bawah seliaan
Leo Konigsberger. Walaupun belajar dalam bidang matematik, namun akhirnya
Husserl mula mempelajari falsafah bersama dengan seorang tokoh falsafah
Jerman iaitu Franz Brentano.

Husserl menjadi pensyarah falsafah pada tahun 1901 di Gottingen dan
kemuadiannya di Freiburg pada tahun 1916 dan menamatkan perkhidmatan
pada tahun 1928. Husserl dikenali sebagai Bapa Fenomenologi kerana beliau
merupakan pelopor utama kepada fenomenologi seterusnya diikuti oleh tokoh-
tokoh yang lainnya. Husserl mula menghidupkan fenomenologi apabila percaya
bahawa pengalaman merupakan sumber segala ilmu.

Daripada bidang matematik, Husserl bertukar arah ke dunia falsafah dan
psikologi kerana minat yang mendalam terhadap Brentano kerana dilihatnya
Brentano mempunyai wawasan yang kuat dalam bidang falsafah (Stanford
Encyclopedia of Philosophy, 2013). Hasil penulisan Husserl yang pertama
adalah Philosophy of Arithmetic pada tahun 1891. Husserl meninggal dunia
pada 27 April 1973 di Frieburg. Pemergiannya bukan dengan tangan kosong
tetapi telah meninggalkan banyak manuskrip dan telah disusun pada tahun 1950
dikenali sebagai Husserliana.

3.2 Alfred Schutz

Alfred Schutz dilahirkan pada 13 April 1899 dan meninggal dunia pada
20 Mei 1959. Beliau telah menyertai tentera Austria semasa Perang Dunia
Pertama dan pernah menjadi bahagian hadapan tentera Itali. Schutz merupakan
seorang ahli sains sosial daripada Austria dan pernah mempelajari undang-
undang, sains sosial dan perniagaan dengan tokoh terkenal seperti Hans Kelsen
dan Ludwig von Mises .

Salah satu pendekatan yang dibawa oleh Schutz ialah fenomenologi
sosial. Walaupun Schutz telah mendukung pendekatan fenomenologi oleh
Husserl, namun beliau membekalkan keilmuan yang dimiliki dalam mengikuti
6

bidang sosiologi dan ekonomi oleh Max Weber. Buku pertama yang ditulis oleh
Schutz adalah The Phenomenology of the Social World pada tahun 1932.


4.0 HURAIAN MENDALAM MENGENAI TEORI

Fenomenologi bukan sahaja digunapakai dalam bidang falsafah malahan
dalam pelbagai bidang. Kebiasaannya, fenomenologi ini akan muncul dalam reka
bentuk penyelidikan yang mana penyelidik cuba untuk mengkaji, melihat dan
mengenal pasti pengalaman yang dialami oleh orang lain. Menurut Noraini Idris
(2010), hasrat ahli fenomenologi adalah untuk memahami cara dunia dilihat oleh
orang lain. Tambahan, Geertz (1973) dalam Noraini Idris menyatakan ahli
fenomenologi berusaha untuk memasuki individu yang dikaji untuk memahami
takrifan yang mereka bina tentang kejadian yang mereka lalui.

Oleh yang demikian, cara terbaik untuk melihat fenomena ini adalah melalui
pengalaman sebenar oleh individu-individu. Sebagai contohnya, pengalaman pelajar
sekolah dirotan oleh guru disiplin, perasaan pelajar yang mendapat kecemerlangan
dalam akademik dan sebagainya. Pendekatan ini adalah untuk turut sama merasa
pelbagai perasaan oleh setiap insan. Walau bagaimanapun, untuk memahami perkara
ini, pemerhati perlulah meneutralkan pemikiran dan cuba meletakkan diri sendiri ke
dalam pemikiran pengalaman individu itu sendiri. Perkara ini dijelaskan oleh Husserl
sebagai epoche ataupun bracketing. Epoche berasal daripada perkataan Yunani yang
bermaksud penggantungan kepercayaan supaya fenomena boleh ditumpukan
sepenuhnya dan difahami (Ehrich, 2003). Hal ini bermakna pemerhati perlulah
memandang sesuatu fenomena itu daripada sudut pandangan individu yang diperhati
agar pemerhati dapat menyelami perasaan dan pengalaman yang dialami oleh mereka.
Namun begitu, untuk mendapatkan satu hasil kajian yang terbaik, penyelidik tidak
sepatutnya membuat suatu kesimpulan kerana perasaan dan pengalaman yang dialami
oleh individu adalah pelbagai bagi setiap orang.

Mengikut pendekatan yang diketengahkan oleh Schutz, beliau mentafsirkan
fenomenologi sosial daripada konsep Weber yang menekankan verstehen iaitu
tafsiran atau penyertaan.
7


4.1 Jenis-jenis Fenomenologi

Menurut Hamzah Palalloi (2010), terdapat 3 jenis fenomenologi iaitu
fenomenologi klasik (transendental), fenomenologi persepsi dan fenomenologi
hermeneutik. Fenomenologi hermeneutik merupakan pendekatan yang dibawa oleh
van Manen (1990). Beliau menjelaskan bahawa penyelidikan adalah berdasar kepada
pengalaman hidup dan menginterpretasikan teks di dalam kehidupan. Bagi kajian
jenis ini, penyelidik lebih melihat kepada sesuatu yang menarik perhatian mereka
abiding concern contohnya membaca, berlari, memandu. Litchman (2010), di
dalam proses hermeneutik, terdapat interaksi atau pautan antara penyelidik dengan
apa yang hendak diinterpretasikan.

Di dalam proses ini, penyelidik akan merefleksi tema penting dalam kajian
yang mana merujuk kepada sebab yang menjadikan sifat-sifat tertentu boleh
meninggalkan pengalaman kepada individu. Sehubungan itu, penyelidik akan
menulis dengan jelas penerangan fenomena dan mengekalkan hubugan kuat dengan
tajuk kajian. Walaupun van Manen tidak mengikuti pendekatan peraturan dan
kaedah kajian, namun ia membincangkan interaksi dinamik antara kajian.

Berbeza dengan menginterpretasikan pengalaman, fenomenologi klasik atau
transendental pula lebih memberi fokus kepada menghuraikan, menjelaskan dan
memperihalkan berkenaan pengalaman responden yang sedia berlaku. Dalam kajian
ini, Moustakas telah menggunakan konsep yang diperkenalkan oleh Husserl iaitu
epoche atau bracketing. Epoche merupakan satu kaedah yang mana pemerhati
perlulah meneutralkan pemikiran dan cuba meletakkan diri sendiri ke dalam
pemikiran pengalaman responden kajian sendiri. Di dalam proses ini pula,
penyelidik akan melalui proses epoche , mengumpul data dan menganalisis data
dengan cara mengecilkan maklumat melalui tema-tema. Akhirnya penyelidik akan
membina textural description pengalaman hidup responden.

Fenomenologi persepsi mula diperkenalkan oleh Maurice Marleau-Ponty
yang telah menolak pandangan Husserl. Beliau menyatakan bahawa pengalaman
8

adalah bersifat subjektif dan bukannya objektif seperti mana pandangan Husserl.
Menurut Ponty lagi, manusia dipengaruhi oleh dunia di sekelilingnya yang mana
setiap peristiwa atau objek yang berlaku adalah satu proses give and take, yakni
hubungan dialogis yang mana satu peristiwa mempengaruhi peristiwa lain (Hamzah
Palalloi, 2010).

5.0 PERBANDINGAN TEORI-TEORI LAIN

Setelah melihat kepada fenomenologi ini, ia seolah-olah seperti teori
grounded yang mana turut sama membuat pemerhatian terhadap seseorang individu.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perbezaan antara keduanya. Perbezaan
pertama adalah berkenaan tujuan dijalankan. Di dalam fenomenologi tujuannya
adalah untuk melihat pengalaman individu yang sebagai satu fenomena iaitu sesuatu
yang melibatkan pengalaman, perasaan dan sebagainya. Manakala teori grounded
pula bertujuan ingin membina teori tentang fenomena yang ingin mereka ketahui
dengan lebih mendalam (Noraini Idris, 2010).

Cara penyelidikan yang dijalankan juga adalah berbeza. Bagi fenomenologi
untuk mendapatkan data, penyelidik perlu mengamalkan 2 perkara utama iaitu
epoche dan verstehen. Penyelidik perlu menyelami dan memahami peserta kajian agar
mereka benar-benar dapat memahami perasaan dan pengalaman yang dialami oleh
peserta. Manakala bagi teori grounded, penyelidik tidak perlu mempunyai kemahiran
untuk menjalankan penyelidikan. Penyelidikan hanya melibatkan aktiviti mengumpul
dan menafsir maklumat dan akhir membuat kesimpulan.



6.0 PENGGUNAAN TEORI DALAM DISKUSI SOSIOLOGI

Selain daripada bidang psikologi, kejururawatan, pendidikan dan sebagainya,
fenomenologi juga amat bermakna dalam bidang sosiologi. Seperti sedia maklum,
sosiologi merupakan satu bidang yang mengkaji manusia yang mana membicarakan
9

struktur masyarakat secara makro. Masyarakat juga dibincangkan secara mikro dalam
interaksi manusia.

Sosiologi merupakan suatu kajian yang sistematik dan saintifik mengkaji
tentang manusia dan interaksi sosial mereka dalam masyarakat daripada pelbagai
sudut (Amir Hasan Dawi, 2009). Oleh yang demikian, fenomenologi mempunyai
perkaitan yang rapat dengan sosiologi. Sosiologi memberi fokus kepada masyarakat
bagaimana mereka berinteraksi dan secara tidak langsung sudah pasti mewujudkan
fenomena-fenomena baru sesama mereka.

Menurut Bogdan & Biklen (1992) di dalam Noraini Idris (2010), penyelidik
fenomenologi juga berusaha untuk memahami maksud sesuatu kejadian serta interaksi
orang awam dalam situasi yang tertentu. Oleh itu dapat difahami bahawa
fenomenologi sememangnya mempunyai perkaitan yang rapat dalam bidang
sosiologi.

7.0 PENGAPLIKASIAN TEORI DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Noraini Idris (2010) menjelaskan bahawa lazimnya pendekatan ini meneroka
pengalaman yang dilalui dan dialami oleh individu dalam kehidupan seharian.
Fenomena yang berlaku mungkin berbentuk pemahaman, pengalaman, perasaan,
kepercayaan dan sebagainya. Sebagai seorang guru, mereka perlu peka terhadap
sebarang pengalaman, perasaan yang mungkin pernah berlaku. Oleh yang demikian
guru bukan sahaja boleh menjalankan kajian lapangan tetapi turut boleh menjalankan
kajian fenomenologi.

Di dalam bidang pendidikan kini terdapat pelbagai masalah delinkuen yang
berlaku di kalangan pelajar berserta agen-agen sosialnya. Sebagai contoh, kadangkala
ada pelajar yang terlibat dengan sumbang muhrim, mangsa penculikan, mangsa
keganasan rumah tangga dan sebagainya. Sudah pasti, fenomena dan pengalaman
yang berlaku ini memberi kesan terhadap diri pelajar. Oleh itu, ketika ini
fenomenologi memainkan peranan penting untuk menyelami, memahami dan
memasuki ke dalam dunia pelajar tersebut. Kajian ini di samping bertujuan
menyelami dan memahami pengalaman dan perasaan pelajar, ia juga dapat menjadi
10

satu sesi kaunseling kepada pelajar agar lebih kuat semangat, sedia menerima dugaan
dan cabaran, dan redha menghadapinya.

8.0 RUJUKAN
Chua Y. P. (2011). Kaedah Penyelidikan. Malaysia: McGraw Hill.
Creswell. J. W. (2013). Qualitative Inquiry & Research Design. Sage: USA

Hamzah Palalloi. (2010). Fenomenologi. Dimuat turun pada Mac 25 2014, daripada
http://www.hamzahpalalloi.web.id/2010/07/fenomenologi.html

Lichtman. M. (2010). Qualitative Research in Education A Users Guide. Sage: USA

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia: McGraw Hill.

ODonoghue. T. & Punch. K. (2003). Qualitative Educational Research in Action
Doing & Reflecting. RoutledgeFalmer: London

Radnor. H. (2001). Researching Your Professional Practice Doing Interpretive
Research. Buckingham: Open University.
Stanford Encyclopedia of Philosophy (2002).Alfred Schutz. Dimuat turun Mac 18,
2014, daripada http://plato.stanford.edu/entries/schutz/

Stanford Encyclopedia of Philosophy (2003). Edmund Husserl. Dimuat turun Mac 18,
2014, daripada http://plato.stanford.edu/entries/husserl/
Stanford Encyclopedia of Philosophy (2003). Phenomenology. Dimuat turun pada
Mac 25 2014, daripada http://plato.stanford.edu/entries/phenomenology/

Stanford Encyclopedia of Philosophy (t.t). Phenomenological Approaches to Self-
Consciousness. Dimuat turun pada Mac 25 2014, daripada
http://plato.stanford.edu/entries/self-consciousness-phenomenological/
Wikipedia. (2014). Edmund Husserl. Dimuat turun Mac 18, 2014, daripada
http://simple.wikipedia.org/wiki/Edmund_Husserl

Anda mungkin juga menyukai