Anda di halaman 1dari 4

TEMA 1 Sistem Bumi

Bab 1 :Konsep dan Huraian




1. Sistem Alam Sekitar Fizikal:

Ditakrifkan sbg satu set angkubah atau unsur-unsur yg saling bertindak antara satu sama lain,
mempunyai tenaga dan bahan yg dpt masuk dan keluar dari sistem tersebut. Contoh; Sistem hutan
semulajadi di mana inputnya terdiri drp tenaga suria, karbon dioksida dan air yg datang dari
atmosfera. Outputnya pula spt wap air yg dibebaskan melalui proses respirasi dan oksigen
dibebaskan melalui proses fotosintesis.

2.Sistem Atmosfera:

Mengkaji saling kaitan antara unsur-unsur iklim dan cuaca seperti suhu, hujan, tekanan udara
kelembapan udara, tiupan angin yg berlaku di ruang atmosfera.

3. Sistem Geomorfologi:

Mengkaji saling kaitan antara proses, faktor dan bentuk di atas permukaan bumi sama ada yg makro
atau yg mikro.

4.Sistem Hidrologi:

Kajian mengenai air sama ada di ruang litosfera atau atmosfera, termasuklah pelbagai kerpasan , air
permukaan spt sungai, tasik, kolam dan juga air bawah tanah.

5.Sistem Ekologi:

Mengkaji habitat fauna dan flora yg dibahagikan kpd ekosistem yg berantaian antara satu sama lain
spti ekosistem muara, ekosistem akuatik dan ekosistem hutan.



Bab 2 : Konsep dan Huraian


1. Sistem Suria:

Satu sistem yg terdpt dlm galaksi Bima sakti yg terdiri drp planet- planet dan bintang-bintang yg
mengelilingi m/hari mengikut orbit masing-masing. Sistem suria terdiri drp 8 buah planet setelah
Pluto di singkirkan (tidak memenuhi kreteria sebuah planet mengikut Kesatuan Astronomi
Antarabangsa).

2. Nebula atau Galaksi:

Merupakan kelompok besar bintang, gas dan habuk. Galaksi kita dikenali sbg Bima Sakti/Milky Way
yg mengandungi sehingga 100 bilion bintang.



Bab 3: Konsep dan Huraian


1. Tenaga:

Satu daya atau kemampuan utk mengoperasikan kerja atau menghasilkan sesuatu. Tenaga terdpt
dlm pelbagai bentuk spt tenaga haba, tenaga kenetik, tenaga potensi, tenaga kimia, dan juga tenaga
elektrik.

2. Tenaga Endogenik:

Tenaga dalaman yg berpunca dari perut bumi spt tenaga graviti, radiogenik dan juga tenaga haba.

3.Tenaga Eksogenik:

Tenaga yg berpunca dari luar bumi iaitu dari m/hari (hasil tindakbalas nukleus:- atom-atom hidrogen
berpadu membentuk helium) yg diterima bumi dlm bentuk bahangan yg kemudiannya ditukar kpd
tenaga haba.

4. Tenaga potensi:

Tenaga keupayaan yg dimilki dan disimpan dlm sesuatu jasad krn kedudukan dan keadaannya.
Contoh; air sungai semakin byk isipadu air sungai semakin besar tenaga potensinya.

5. Tenaga kinetik:

Terhasil akibat pergerakan sesuatu jasad. Bergantung kpd halaju pergerakan. Semakin laju
pergerakan sesuatu jasad semakin tinggi tenaga kinetik yg terhasil.

6. Tenaga Graviti:

Tenaga yg dimiliki oleh bumi untuk menarik sesuatu jisim dari atas ke bawah. Ia bergantung kpd saiz
jisim dan ketinggian jisim itu.

7. Tenaga Haba:

Tenaga kepanasan sesuatu jisim yg diukur dlm unit darjah celsius. Terbahagi dua iaitu:

- Tenaga haba rasa iaitu tenaga haba yg terkena sesuatu permukaan sehingga permukaan tersebut
menjadi panas.

- Tenaga haba pendam iaitu tenaga yg terkandung dlm sesuatu jisim sehingga dibebaskan.