Anda di halaman 1dari 1

Ilmu Kunci Syurga

Daripada Abu Hurairah RA , dia berkata: Rasulullah SAW bersabda: Barang siapa yang
menempuh jalan untuk menuntut atau mencari ilmu , maka ALLAH memudahkannya untuk
menempuh jalan ke syurga. Riwayat Tirmidzi

Hadis ini pula menyebut tentang orang yang menempuhi jalan untuk menuntut ilmu. Apabila
digunakan perkataan menempuh kerana secara tidak langsung ia menunjukkan berapa beratnya
jalan yang harus dilalui.

Lihatlah sendiri sejarah ulama-ulama terdahulu yang bersusah payah mengembara , berkelana
berjalan kaki , menunggang unta atau kuda untuk mencari ilmu seperti yang berlaku kepada imam-
iman terdahulu. Kemudian lihat pula kepada kesungguhan ulama-ulama selepas ini juga yang
mengembara dengan kenderaaan , kapal laut meninggalkan tanah air tercinta semata-mata untuk
menuntut ilmu di kejauhan. Berapa gigih dan bersungguh-sungguhnya mereka demi menyampaikan
pula ilmu tersebut kepada masyarakat awam.

Selepas terhasil dengan ilmu , mereka kembali semula ke tanah air untuk menyebarluaskan ilmu
sama ada dengan kitab tulisan mereka sendiri atau mendirikan sekolah pondok juga mengajar di
pusat pengajian. Jihad mereka diteruskan lagi dengan mendidik anak bangsa.

Mendidik itu tidak mudah. Ia memerlukan kesabaran dan tidak boleh berputus asa. Ini kerana
kesabaran itulah yang akan menentukan berjaya atau tidak seseorang guru dalam mendidik anak
muridnya. Dan di sinilah wujudnya pula jihad mendidik manusia ke arah kebaikan.

Melihat rentetan perjalan seorang muallim (pendidik) bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru ,
mereka berhak menerima tawaran ALLAH iaitu syurga di atas usaha , penat dan jerih terpaksa
mereka lalui demi mendalami ilmu. Bukan itu sahaja , penuntut ilmu juga akan didoakan oleh
segenap makhluk di bumi sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Sesungguhnya para malaikat , segala makhluk yang berada di langit dan di bumi sehingga semut
yang berada di dalam lubangnya serta ikan di lautan , sentiasa mendoakan orang yang
mengajarkan kebaikan kepada manusia. Di samping itu pula seluruh penduduk bumi dan langit
akan memohonkan keampunan kepada ALLAH untuk para ulama. Riwayat al-Tabrani , Kanz al-
Ummal

Anda mungkin juga menyukai