Anda di halaman 1dari 52

Bab 2

Guru dan Perundangan


2.2 AKTA PENDIDIKAN 1996
CHEW SOW PENG
FUNG NGEOK MEI
HO YEH XIANG
LIONG SIAW LAN
PENGENALAN
AKTA PENDIDIKAN 1996
(AKTA 550)
Bertujuan memansuhkan Akta Pelajaran 1961.
Secara umumnya, ia telah mengemukakan satu undang-
undang baru tentang pendidikan bagi maksud
melaksanakan dasar pendidikan negara yang
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Satu perundangan pendidikan yang lengkap, dikemas
kini dan bersifat futuristik sebagai persediaan dalam
menghadapi perubahan pendidikan abad ke-21 serta
memenuhi Wawasan 2020.
MISI PENDIDIKAN
Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti
bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia.
Dalam konteks, seseorang guru MESTI jelas tentang
apa jua yang termaktub dalam Akta Pendidikan
1996.
MATLAMAT PENDIDIKAN
Akta Pendidikan 1996 menegaskan bahawa ilmu merupakan
penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.
Terdapat empat matlamat pendidikan yang utama, iaitu:
a) Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu
padu,
b)Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia,
berilmu, berketrampilan dan sejahtera,
c) Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan
kemajuan negara, dan
d)Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua
warganegara.
PERUNTUKAN AKTA PENDIDIKAN 1996
(PERUNTUKAN-PERUNTUKAN UTAMA)
SEKSYEN 2 - Takrifan
SEKSYEN 15 - Sistem Pendidikan Kebangsaan
SEKSYEN 16 - Sekolah
SEKSYEN 17 - Bahasa Kebangsaan
SEKSYEN 18 - Kurikulum Kebangsaan
SEKSYEN 19 - Peperiksaan
SEKSYEN 29A - Pendidikan Rendah Wajib (Mulai 2003)
SEKSYEN 41 - Pendidikan Khas
SEKSYEN 50 - Pengajaran Agama Islam
SEKSYEN 51 - Pengajaran Agama Selain Dari Agama Islam
SEKSYEN 64 - Bantuan Murid
SEKSYEN 2 - TAKRIFAN
Seksyen tersebut mengandungi 54 tafsiran di mana lebih
menyeluruhdan jelas berbanding Akta Pelajaran 1961 yang
mengandungi 48 tafsiran.
Ringkasnya, adalah lebih mudah mengadakan kemudahan bagi
pengajaran bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa-bahasa kaum asli
dan lain-lain bahasa di bawah Akta Pendidikan 1996 berbanding Akta
Pelajaran 1961.
Peruntukan seperti yang terdapat dalam Seksyen 2 Akta Pendidikan
1996 tersebut merupakan satu bentuk pengiktirafan di mana
memperlihatkan bahasa-bahasa kaum asli dapat diperkembangkan
melalui Sistem Pendidikan Kebangsaan.
Bahasa dan Pengurusan Warga Sekolah:
Makna bahasa Cina, bahasa kebangsaan, ditetapkan, yuran yang diluluskan,
guru, berdaftar, ibu bapa, institusi pendidikan, institusi pendidikan tinggi,
kelas peralihan, ketua nazir, ketua pendaftar, ketua pengarah, kurikulum
kebangsaan, kurikulum prasekolah, murid, pegawai pendidikan, pekerja,
pendaftar,
Sistem Pendidikan Kebangsaan :
Pendidikan khas, pendidikan lepas menengah, pendidikan menengah,
pendidikan menengah atas, pendidikan menengah rendah, pendidikan
pengembangan, pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan
tinggi, pengarah pendidikan, pengelola, penolong pendaftar, perkhidmatan
pendidikan, pihak berkuasa negeri, premis, pusat pendidikan jarak jauh,
Sekolah :
Sekolah bantuan kerajaan, sekolah gaya pos, sekolah jenis kebangsaan,
sekolah kebangsaan, sekolah kerajaan, sekolah khas, sekolah menengah,
sekolah menengah kebangsaan, sekolah rendah, sekolah swasta,
Sumbangan :
Sumbangan bantuan, sumbangan modal, surat, suratcara pengelolalan,
tadika, tarikh yang ditetapkan, tempat dan umur.
SEKSYEN 17 Bahasa Kebangsaan
Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa
pengantar utama di semua institusi pendidikan
dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali
sekolah jenis kebangsaan.
Jika bahasa pengantar utama di sesuatu institusi
adalah selain daripada bahasa kebangsaan, maka
bahasa kebangsaan hendaklah diajar sebagai mata
pelajaran wajib.
SEKSYEN 18 Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan hendaklah digunakan oleh
semua sekolah dalam sistem pendidikan
kebangsaan.
Dalam hal sekolah swasta - hendaklah disifatkan
telah dipatuhi jika mata pelajaran teras Kurikulum
Kebangsaan - diajarkan di sekolah itu.
SEKSYEN 19 Peperiksaan
Tiap-tiap sekolah hendaklah menyediakan murid-
muridnya bagi peperiksaan yang ditetapkan oleh
atau dibawah akta ini.
Contohnya: UPSR, PMR, SPM, STPM, ujian di
peringkat tinggi (kolej, universiti, institusi, dll)
Terkini, terdapat juga PBS, T3 (ganti PMR).
SEKSYEN 29A: PEND RENDAH WAJIB
(Mulai 2003)
Ibu bapa hendaklah memastikan bahawa jika
anaknya telah mencapai umur enam tahun pada
hari pertama bulan Januari dalam tahun
persekolahan semasa anak itu didaftarkan sebagai
murid di sekolah rendah dalam tahun itu dan terus
menjadi murid di sekolah rendah sepanjang tempoh
pendidikan wajib.
SEKSYEN 41 - Pendidikan Khas
Tempoh yang ditetapkan oleh Menteri tidak
boleh kurang daripada tempoh minimum
pendidikan rendah atau menengah.

Kurikulum yang ditetapkan hendaklah
mematuhi kehendak kurikulum kebangsaan
setakat yang semunasabahnya praktik.
SEKSYEN 50 Pengajaran Agama Islam
Jika terdapat dalam satu-satu institusi
pendidikan terdapat lima orang murid atau
lebih yang menganut agama Islam maka
murid-murid itu hendaklah diberikan
pengajaran agama Islam oleh guru yang
diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri.
SEKSYEN 51
Pengajaran Agama Selain daripada Agama Islam
Pengelola institusi pendidikan bantuan kerajaan boleh
mengadakan peruntukan bagi pengajaran agama selain daripada
agama Islam untuk murid institusi pendidikan itu atau mana-mana
daripada mereka tetapi -
a) peruntukan sedemikian tidak boleh dibiayai dengan wang
yang diperuntukkan oleh parlimen; dan
b) tiada murid boleh mengikuti pengajaran agama selain
daripada agama yang dianutinya, kecuali dengan keizinan
bertulis ibu bapanya.
SEKSYEN 64: BANTUAN MURID
Menteri boleh memberikan sama ada bantuan kewangan atau
selainnya berkenaan dengan murid atau mana-mana golongan
murid di institusi pendidikan kerajaan atau bantuan kerajaan dan
bantuan itu boleh termasuk:
a) Pemberian dermasiswa, biasiswa, pinjaman atau bantuan lain;
b) Penyediaan : tempat tinggal, pengangkutan, buku; dan
perkhidmatan perubatan dan pergigian,
2.2.1 SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(SEKSYEN 15)
Terdiri daripada:
a)Pendidikan Prasekolah
b)Pendidikan Rendah
c)Pendidikan Menengah
d)Pendidikan Lepas Menengah
e)Pendidikan Tinggi
Tetapi Tidak Termasuk Pendidikan Di Sekolah Ekspatriat.(Sekolah
swasta yang menggunakan kurikulum negara asal untuk warganegara mereka sahaja
yang berada di Malaysia)
(i) PENDIDIKAN PRASEKOLAH
Pendidikan prasekolah ertinya program pendidikan bagi
murid yang berumur dari empat hingga enam tahun.
Agensi-agensi utama yangmenjalankan pendidikan
prasekolah adalah:
a) Kementerian Pelajaran Malaysia
b) KEMAS di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah;
c) Jabatan Perpaduan Negara dan Integresi Masional di
bawah Jabatan Perdana Menteri, serta
d) Pihak Swasta
(ii) PENDIDIKAN RENDAH
Pendidikan rendah ertinya kursus pengajian pada
peringkat rendah yang direncanakan bagi tempoh
enam tahun tetapi yang boleh tamat diikuti dalam
tempoh antara lima hingga tujuh tahun.

(iii) PENDIDIKAN MENENGAH RENDAH
Pendidikan menengah rendah ertinya kursus tiga
tahun yang sesuai bagi seseorang murid yang
sudah tamat mengikuti pendidikan rendah.
(iv) PENDIDIKAN MENENGAH ATAS
Pendidikan menengah atas ertinya pendidikan
yang sesuai dengan kebolehan dan bakat
seseorang murid yang sudah tamat mengikuti
pendidikan menengah rendah.
(v) PENDIDIKAN LEPAS MENENGAH
Pendidikan lepas menengah ertinya pendidikan
yang disediakan untuk seseorang yang sudah
tamat mengikuti pendidikan menengah atas, tetapi
tidak termasuk pendidikan tinggi.

(vi) PENDIDIKAN TINGGI
Pendidikan tinggi ertinya pendidikan yang
disediakan oleh institusi pendidikan tinggi
(diploma & ijazah).
2.2.2 SEKOLAH
(Seksyen 16)
SEKOLAH
Sekolah ertinya tempat di mana 10
orang atau lebih lazimnya diajar sama
ada di dalam satu kelas atau lebih.
Sekolah
Tiga kategori institusi pendidikan dalam Sistem
Pendidikan Kebangsaan iaitu:
a)Sekolah kerajaan
b)Sekolah bantuan kerajaan; dan
c) Sekolah swasta.
SEKOLAH KERAJAAN
Sekolah kerajaan ertinya sekolah yang
ditubuhkan dan disenggarakan
sepenuhnya oleh Menteri

SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN
Sekolah bantuan kerajaan ertinya sekolah
yang menerima sumbangan modal dan
sumbangan bantuan penuh
SEKOLAH SWASTA
Sekolah yang dimiliki secara berdaftar
oleh sebuah pegangan swasta
sepenuhnya.
Mengenakan yuran yang tinggi kepada
pelajar.

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN SWASTA
Pendidikan swasta di Malaysia bermula sejak 1950an,
terutama sebagai laluan kepada pelajar yang tidak
dapat meneruskan pengajian di sekolah-sekolah
Kerajaan bagi memperolehi sijil-sijil asas mereka.

Pada awal 1970an terdapat anjakan terhadap peranan
dan fungsi sistem pendidikan swasta di mana pengusaha
pendidikan swasta mula mementingkan kursus-kursus
prauniversiti.
KATEGORI INSTITUSI PENDIDIKAN
SWASTA
Institusi pendidikan yang tergolong dalam kategori ini
menawarkan pendidikan dari peringkat pra sekolah,
sekolah rendah hinggalah ke peringkat menengah.
Jenis-jenis institusi pendidikan swasta dalam kategori yang
perlu didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan termasuklah:
1.Tadika swasta yang mengikuti Kurikulum
Kebangsaan Prasekolah Kementerian Pelajaran
Malaysia
2.Sekolah rendah dan menengah swasta yang
mengikuti Kurikulum Kebangsaan dan penilaian
yang dicadangkan
3.Sekolah rendah dan menengah agama swasta
yang mengikuti Kurikulum Kebangsaan
4.Sekolah persendirian Cina yang mengikuti garis
panduan Kementerian Pelajaran

Jenis-jenis institusi pendidikan swasta dalam
kategori yang perlu didaftarkan dengan
Kementerian Pendidikan termasuklah:
5.Sekolah Ekspatriat
6.Sekolah Antarabangsa
7.Pusat tuisyen yang menyediakan
bantuan pelajaran kepada para pelajar
mengikut Kurikulum Kebangsaan
8.Pusat bahasa, pusat latihan komputer,
pusat kemahiran/ perdagangan,
sekolah gaya pos dan lain-lain

Kategori sekolah kerajaan ataupun
sekolah bantuan kerajaan
Sekolah Kebangsaan
Sekolah rendah kerajaan atau
sekolah rendah bantuan kerajaan
yang menyediakan pendidikan
rendah sesuai bagi murid berumur
enam tahun.
Noriati A.Rashid(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor:Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Sekolah Kebangsaan
Menggunakan bahasa kebangsaan sebagai
bahasa pengantar utama, bahasa Inggeris
sebagai mata pelajaran wajib dan di mana
ada kemudahan bagi pengajaran bahasa Cina
dan bahasa Tamil hendaklah diadakan
sekiranya ada permintaan daripada ibu bapa
lima belas orang murid sekolah tersebut.
Noriati A.Rashid(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor:Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Sekolah Jenis Kebangsaan
Sekolah rendah kerajaan atau sekolah
rendah bantuan kerajaan yang sesuai untuk
murid beumur enam tahun.
Menggunakan bahasa Cina atau bahasa
Tamil sebagai bahasa pengantar utama,
manakala bahasa kebangsaan dan bahasa
Inggeris sebagai mata pelajaran wajib.
Noriati A.Rashid(2010).Guru dan cabaran semasa.Selangor:Oxford Fajar Sdn.Bhd.
Jenis Sekolah lain
Sekolah Kluster
Sekolah kluster satu jenama yang diberi kepada
sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam
klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan
kemenjadian murid.
Pewujudan sekolah kluster bertujuan melonjakkan
kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan
Malaysia dan membangun sekolah yang boleh
dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama
dan sekolah lain di luar klusternya.
Saadah Maiden(2012).Guru dan cabaran semasa bab 2.
http://www.slideshare.net/saadahmaidin/guru-dan-cabaran-semasa-bab-2
Sekolah Wawasan
Beberapa sekolah awam berkongsi
kemudahan yang sama di dalam sebuah
sekolah yang dikenali sebagai Sekolah
Wawasan.
Penubuhan Sekolah Wawasan adalah untuk
menggalakkan interaksi yang lebih rapat
antara kaum
Saadah Maiden(2012).Guru dan cabaran semasa bab 2.
http://www.slideshare.net/saadahmaidin/guru-dan-cabaran-semasa-bab-2
Sekolah Mubaligh
Terdapat juga sekolah mubaligh Kristian.


Sekolah Bestari
Sekolah bestari cuba menerapkan komputer
dan teknologi dalam kaedah pembelajaran.
Saadah Maiden(2012).Guru dan cabaran semasa bab 2.
http://www.slideshare.net/saadahmaidin/guru-dan-cabaran-semasa-bab-2
Sekolah Teknik dan Vokasional
Sekolah Menengah Teknik dan vokasional memberi
peluang kepada murid yang mempunyai
kecenderungan dalam pendidikan sains dan
teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam
bidang industri Negara.
Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan
program-program yang membolehkan murid
berpotensi menjadi separa profesional atau
profesional dalam pelbagai bidang teknikal dan
kejuruteraan.
Saadah Maiden(2012).Guru dan cabaran semasa bab 2.
http://www.slideshare.net/saadahmaidin/guru-dan-cabaran-semasa-bab-2
Sekolah Berasrama Penuh
Sekolah berasrama penuh (SBP) serta
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
merupakan sekolah menengah perdana yang
dikhaskan untuk pelajar-pelajar yang
mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR
dan PMR.
Saadah Maiden(2012).Guru dan cabaran semasa bab 2.
http://www.slideshare.net/saadahmaidin/guru-dan-cabaran-semasa-bab-2
murid berkeperluan pendidikan khas ertinya murid yang
diperakukan oleh pengamal perubatan, ahli audiologi atau Ahli
psikologi, mengikut mana-mana yang berkenaan, sama ada
dalam perkhidmatan kerajaan atau tidak, sebagai murid yang
mempunyai:
Ketidakupayaan penglihatan
Ketidakupayaan pendengaran
Ketidakupayaan pertuturan
Ketidakupayaan fizikal
Masalah pembelajaran

Kurikulum Pendidikan Khas
a) Kurikulum Kebangsaan
b) Kurikulum Kebangsaan yang diubah suai oleh
Ketua Pendaftar
c) kurikulum yang direka bentuk khusus oleh Ketua
Pendaftar
d) apa-apa kurikulum latihan kemahiran yang, pada
pendapat Ketua Pendaftar, sesuai dan bermanfaat
bagi murid berkeperluan pendidikan khas
Pendidikan Khas ertinya pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas di suatu sekolah khas,
atau di sekolah yang melaksanakan Program
Pendidikan Khas Integrasi atau Program Pendidikan
Inklusif, pada peringkat
(a)pendidikan prasekolah;
(b)pendidikan rendah;
(c)pendidikan menengah; atau
(d)pendidikan lepas menengah
Program Pendidikan Inklusif ertinya suatu program
pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas
yang dihadiri oleh murid berkeperluan pendidikan khas
bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama
di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Program Pendidikan Khas Integrasi ertinya suatu
program pendidikan bagi murid berkeperluan
pendidikan khas yang hanya dihadiri oleh murid
berkeperluan pendidikan khas di kelas khas di sekolah
kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Rancangan Pendidikan Individu ertinya
suatu rekod yang mengandungi butiran
sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua
Pendaftar yang menyatakan tentang rancangan
pendidikan bagi setiap murid berkeperluan
pendidikan khas.
1) Bagi maksud menentukan kesesuaian murid
berkeperluan pendidikan khas mengikuti Pendidikan Khas
di bawah subperaturan 5(1), murid itu hendaklah
menghadiri suatu tempoh percubaan yang tidak melebihi
tiga bulan di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan
kerajaan.
2) Apabila tempoh percubaan yang disebut dalam
subperaturan (1) selesai, sekolah yang dihadiri oleh murid
itu semasa tempoh percubaan hendaklah menyediakan
dan mengemukakan laporan tempoh percubaan kepada
suatu panel.
Pelaksanaan Pendidikan Khas
1) Mana-mana orang yang terlibat dalam pelaksanaan
Pendidikan Khas hendaklah menggunakan Kurikulum
Pendidikan Khas.
2) seseorang guru hendaklah menggunakan Rancangan
Pendidikan Individu
3) seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian
kepada
kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran
masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti
susunan aktiviti
bahan bantu mengajar
3) Panel yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah
terdiri daripada anggota yang berikut:
Pengetua, Guru Besar atau Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas
Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri atau Pegawai
Pejabat Pelajaran Daerah
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Pegawai
Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya
Tempoh pendidikan bagi murid
berkeperluan pendidikan khas
1)Pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas boleh
dilanjutkan kepada suatu tempoh seperti yang berikut:
tidak lebih daripada dua tahun di sekolah rendah
tidak lebih daripada dua tahun di sekolah menengah
satu tahun di sekolah rendah dan satu tahun di sekolah
menengah

2) Pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas
yang mengikuti pendidikan vokasional di sekolah menengah
pendidikan khas vokasional boleh dilanjutkan
bagi tempohsatu tahun lagi.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

Anda mungkin juga menyukai