Anda di halaman 1dari 8

1.

4 Ciri-ciri Ombak

1.4.1 Pengenalan

Ombak merupakan kuasa hakisan laut yang kuat sekali dan terjadi disebabkan oleh tiupan
angin di permukaan air yang membentuk satu siri alunan gelombang yang bergerak ke
hadapan. Hal ini menyebabkan gelombang-gelombang ini menjadi lebih tinggi dan lebih
deras. Ombak biasa di lautan lepas mungkin berukuran setinggi 6 m (20 kaki) sahaja (ukuran
tegak di antara puncak dan lekung ombak) dan panjangnya 120 m (400 kaki), jarak
gelombang atau jarak melintang di antara dua puncak ombak. Ukuran-ukuran ini akan
bertambah bila ribut berlaku. Ini bergantung pula kepada kelajuan dan lamanya angin itu
bertiup.

Setibanya di perairan cetek dekat pinggir laut kelajuannya berkurangan dan ombak
akan melengkung atau membias merentang jajaran pantai. Di perairan cetek, bila dalamnya
kurang daripada ketinggian ombak, akan mengurangkan kemaraan ombak. Puncaknya akan
bergulung dan memecah di pantai seperti kumpulan buih sebagai ombak pecah. Air yang
menyerbu ke pantai dan menghempaskan puin-puin batu-batan ke daratan dinamakan
damparan atau gedebur. Air itu akan turun semula ke laut sebagai ombak undur atau basuhan
balik.. Satu lagi unsur hanyutan ke pinggir pantai ialah arus seret yang mengalir di bahagian
dasar dari pinggir pantai ke laut

1.4.2 Teori

1.4.2.1 Air cetek.

Partikal ombak adalah bergerak dalam keadaan elips apabila berada dalam air cetek
secara umumnya. Ketinggian elips akan berkurang apabila kedalaman air bertambah.
Semakin menghampiri dasar laut, partikel ombak akan bergarak dalam keadaan elips yang
mempunyai ketinggian yang yang semakin mengurang. (Lihat pada gambarajah 1.4.2.1)



Gambarajah 1.4.2.1 : Gelombang air Cetek dan transitional

1.4.2.2 Air dalam

Secara umumnya, partikal ombak adalah bergerak dalam keadaan bulatan apabila
berada dalam air dalam. Diameter bulatan pergerakan partikel akan berkurangan mengikut
kedalaman. (Lihat pada gambarajah )


Gambarajah 1.4.2.2 : Gelombang air dalam

Petunjuk;

Tinggi Ombak, H = Jarak tegak daripada bawah ke puncak ombak.
Panjang Omabak, L = Jarak mendatar dari puncak ke puncak.
Masa ombak, T = Masa untuk satu gelombang, diukur dari puncak ke puncak.
Frekuensi ombak, f = Bilangan panjang ombak yang melalui pada satu titik dalam
satu saat. (f = 1/T)
Amplitud ombak, a = Setengah daripada tinggi gelombang (a = H/2)
Celerity, C = Penyebaran halaju dari puncak ombak

1.4.3 Contoh Prosedur Kerja

1. Untuk mendapat bacaan bagi ketinggian dan panjang gelombang pada ombak yang
terhasil, bacaan telah diambil selama satu minit bagi setiap lima saat gelombang yang
muncul dipersisiran pantai.
2. Ketinggian dan panjang gelombang akan diambil dalam dua bentuk iaitu bagi setiap air
laut pasang dan surut.
3. Untuk mendapat bacaan frekuensi, bilangan ombak yang muncul dipersisiran pantai
diambil selama lima minit pada waktu air pasang dan surut pada setiap satu jam.




1.4.4 Keputusan

Contoh ini diperolehi daripada keputusan dan analisis data di Pantai Penyabong. Ketinggian
dan panjang ombak diambil pada pukul 7.00 malam sewaktu air laut surut dan pada pukul
3.00 petang sewaktu air laut pasang.

i. Panjang ombak yang diambil dari persisiran pantai, L= 7 meter.
ii. Ketinggian ombak diambil mengikut sela masa yang telah ditetapkan iaitu 5
saat.


1.4.4.1 Air surut


Masa, T(saat) Tinggi Ombak,H (meter)
5 0.30
10 0.40
15 0.35
20 0.35
25 0.40
30 035
35 0.40
40 0.45
45 0.30
50 0.30
55 0.45
60 0.35


Frekuensi pada waktu air surut yang diambil dalam masa lima minit adalah sebanyak
58 kali pada pukul 7 malam.


1.4.4.2 Air pasang


Masa, T(saat) Tinggi Ombak,H (meter)
5 0.70
10 0.70
15 0.90
20 0.75
25 0.70
30 0.75
35 0.65
40 0.90
45 0.70
50 0.70
55 0.70
60 0.80


Frekuensi pada waktu air pasang yang diambil dalam masa lima minit adalah
sebanyak 68 kali pada pukul 3 petang.







1.4.5 Analisis Data

1.4.5.1 Air Surut

Frekuensi, f = 1/ T

= 58 / 300

= 0.1933 hertz

Tinggi ombak, H = 0.15 m

Panjang ombak, L = 7 m

C = L / t

= 7 / 7

= 1.0 m/s
1.4.5.2 Air Pasang



Frekuensi, f = 1/ T
= 68 / 300
= 0.2267 hertz

Tinggi ombak, H = 0.25 m
Panjang ombak, L = 7 m
C = L / t
= 7 / 6.5
= 1.1 m/s



1.4.6 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, dapat dibuat kesimpulan daripada contoh keputusan dan analisis data
di Pantai Penyabong bahawa sewaktu air laut pasang tinggi maksimum ombak ialah 0.9 m
dan minimum ialah 0.65 m. Oleh itu, tinggi ombak adalah setinggi 0.25 m. Disamping itu
juga, sewaktu air laut pasang frekuensi dan halaju ombak akan berada pada paras yang tinggi
iaitu sebanyak 0.2267 hertz dan 1.1 m/s. Sewaktu menjalan kajian di pantai penyabong
panjang ombak yang diambil adalah sebanyak 7 m sahaja.
Disebaliknya pula, apabila sampai waktu air laut menjadi surut tinggi maksimum
ombak ialah 0.45 m dan minimum ialah 0.3 m. Oleh demikian , tinggi ombak adalah setinggi
0.15 m. Selain itu, sewaktu air laut surut frekuensi dan halaju ombak akan berada pada paras
yang agak rendah berbanding jika air laut menjadi pasang iatu sebanyak 0.1933 hertz dan 1.0
m/s.

Anda mungkin juga menyukai