Anda di halaman 1dari 5

Soalan kata kerja aktif tak transitif

Pilih jawapan yang betul.


1) _______________(Penebangan, Penanaman) hutan oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab telah merosakkan ekosistem
kawasan hutan.

2) Orang ramai ________________(bergayut, berebut) untuk menaiki
komuter yang baru tiba itu.

3) Kapten kapal dagang itu mengarahkan anak-anak kapalnya
_________________ (menghulurkan, melabuhkan) sauh
berhampiran dengan dermaga.

4) Pak Hamid _______________ (menjolok, memulas) beberapa biji
buah kepala dengan menggunakan sebatang galah.

5) Lelaki tidak siuman itu telah mati akibat ________________
(dilanyak, digilis) oleh kereta api ketika dia melintas di
kawasan itu.

6) Jasni sungguh _________________( terpegun, terharu) melihat
pedang bertatah emas dan permata asli di pameran itu.


KATA KERJA AKTIF TAK TRANSITIF

Kata kerja aktif tak transitif bermaksud kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau
objek sesudahnya. Kata kerja aktif tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan,
iaitu:

a) Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap

b) Kata kerja tak transitif berpelengkap

Kata kerja aktif tanpa pelengkap:

Kata kerja yang boleh berdiri tanpa objek atau penyambut untuk melengkapkan maksud ayat.


Contoh: a) Abang suka bergurau.

b) Aliff belum pergi.

c) Bangunan itu sudah runtuh.
Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang bertugas untuk
memberikan maklumat tambahan sekali gus menjadi ayat tersebut gramatis.


Ayat contoh Keterangan

1. Adik menangis kerana dirotan ayah.

2. Puan Siti suka melancong ke negeri Sarawak.

3. Bangunan usang itu telah runtuh pada tahun 2009.


KATA KERJA
Kata kerja terbahagi kepada :
A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )
A. Kata Kerja Transitif
1. Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda
lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).
2. Ayat ini mesti ada peyambutnya ( objek )
3. Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan me- sama ada sebagai awalan atau
sebahagian daripada imbuhan contohnya mengambil, mendermakan, membacakan,
menduduki, mempersilakan.
1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek, iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transitif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan
memper...kan. Contohnya:
Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. Perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.
Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau danseekor
burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur
ialah benda yang kena buat atau penyambut.
Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah
benda yang kena buat atau penyambut.
(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.
Subjek ( pembuat ) Kata kerja transitif penyambut ( Objek )
Dia suka membaca buku
Jamilah memukul seekor ular
Abidin menjual kuih-muih
Ramli berjalan ke sekolah
Kereta itu melanggar seekor lembu
B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada
diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai
penyambut.
Contohnya ::
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.
Subjek ( pembuat ) Kata kerja tak Transitif keterangan
Kami mandi di tasek itu.
Dia senyum semasa berjalan
Saya menyanyi dengan kuat
Hassan berjalan ke sekolah
7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak
memerlukan objek lagi.
2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter,
ber... an, dan ber...kan.
Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir
deras.
Peringatan
Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah kan atau
I
di hujungnya.
Contoh ayat:
1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
7.3 Kata Kerja Pasif
1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak
berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan sebagainya.
2. Ada tiga jenis kata kerja pasif. (a) kata kerja pasif diri pertama (b) kata kerja pasif diri kedua
(c) kata kerja pasif diri ketiga
3. Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku-.
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan kupersilakan.
4. Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari, dan kaupersilakan.
5 Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan dipersilakan

Anda mungkin juga menyukai