Anda di halaman 1dari 17

PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B

1

Pengenalan
Bahasa Melayu adalah warisan kebudayaan Melayu kerana hasil-hasil karya melayu
moden dan klasik tidak mungkin dapat dipisahkan dengan latar belakang kehidupan
masyarakat melayu ketika sastera itu dilahirkan.Bahasa Melayu moden dan klasik
mempunyai perbezaan dari segi isi, bentuk, struktur bahasa perumusan masalah dan
analisis yang sistematik. Awang Sariyan berpendapat Bahasa Melayu Klasik merupakan
tahap ketiga dalam periodisasi Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa
Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada
abad ke-19. Bahasa Melayu Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama
di sebelah timur Aceh, iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Gaya
Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa Melayu
Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini disebabkan oleh
pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearab-araban. Selain daripada
itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya cipta berseni karyawan
pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem tulisan Jawi yang
berasaskan bahasa Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang meluaskan penyebaran
dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan inilah merupakan bukti yang
nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu Klasik tertulis dalam karya
persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undang-undang, ketatanegaraan,
historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan politik. Bahasa Melayu
Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada bahasa Arab dan Parsi.
Kebanyakan Bahasa Melayu Klasik digunakan dalam penulisan agama khususnya
bidang tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya
agama yang tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah Aqaiid al-Nasafi. Kitab ini
membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan
ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik
awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa
Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa ilmu.
Bahasa melayu moden pula mempunyai makna yang khusus bagi menilai
perkembangan sesuatu bahasa. Sukar untuk ditentukan garis pemisah antara moden dan
tradisi dalam perkembangan Bahasa Melayu. Menurut Ferguson,1968:32 dipetik daripada
Ismail Dahaman 2007, pemodenan bahasa ialah proses menjadikan bahasa-bahasa yang
sudah berkembang maju sebagai bahasa media komunikasi, iaitu proses menyatukan
masyarakat dunia bahasa-bahasa yang kian saling menterjemahkan yang dikenali sebagai
PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
2

cara yang wajar bagi bentuk-bentuk moden dalam wacana Pemodenan bahasa dapat
dikatakan bermula dengan pemodenan kosa kata Bahasa Melayu melalui pembentukan
korpus dalam bidang ilmiah yakni pembentukan kata baharu atau istilah. Perkembangan ini
memperlihatkan kemunculan Bahasa Melayu tinggi yang digunakan dalam wacana ilmiah
yang mempunyai ciri-cirinya tersendiri dengan kosa kata khusus, struktur morfologi dan
fonologi menjadi lebih kompleks. Pemodenan bahasa dapat dilihat dari segi fungsi Bahasa
Melayu itu sendiri, yakni pada masa dahulu merupakan bahasa lingua franca kemudian
berkembang menjadi bahasa wacana ilmu bersifat ilmiah melalui pengayaan kosa kata atau
perbendaharaan kata dalam Bahasa Melayu.



















PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
3

A. Penulisan ciri-ciri bahasa Melayu yang terdapat dalam naskah Hikayat Abdullah
oleh Abdullah Munshi
Hikayat Abdullah Munshi merupakan suatu penceritaan yang menggambarkan
kehidupan penduduk negeri Melaka. Keadaan ini berlaku dalam tahun 1800 hingga tahun
1840-an. Peristiwa yang berlaku dialami, dilihat dan didengar sendiri oleh Abdullah Munshi
(Abdullah Bin Abdul Kadir Munsyi).Hikayat Abdullah bukan berupa penulisan sejarah atau
politik yang tulin. Buku tersebut tidak membentangkan suatu analisis sejarah yang
mengesahkan pergolakan politik dan pemerintahan. Tiada sebarang tarikh yang spesifik
atau releven dimuatkan dalam kisah-kisah yang dihuraikan oleh beliau.
Hikayat Abdullah mengandungi riwayat hidup Abdullah, keturunan, perihal zaman
kanak-kanak, zaman persekolahan, serta minat dan latar belakang keluarga beliau. Namun
semua itu hanya terkandung pada permulaan hikayat ini sahaja iaitu sebagian kecil sahaja
daripada penceritaan Hikayat Abdullah. Bagaimanapun, sesetengah tokoh sastera atau
sejarah berpendapat bahawa Hikayat Abdullah boleh diklasifikasikan sebagai sebuah
penulisan autobiografi.Sebahagian besar yang dikisahkan di dalam Hikayat Abdullah adalah
berkaitan peristiwa harian terutamanya yang berkaitan dengan perhubungan dan
pengalaman Abdullah sendiri dengan orang-orang Inggeris, iaitu para pegawai Inggeris
yang bekerja di dalam kerajaan atau di luar kerajaan, selain itu, penceritaan ini juga
berhubungan tentang penduduk tempatan dengan pemerintah. Oleh sebab itu, terdapat
tokoh sastera yang berpendapat kurang tepat jika menyifatkan buku tersebut sebagai
autobiografi.
Dalam Hikayat Abdullah ini juga, Abdullah sering menurunkan pemikiran dan falsafah
beliau terhadap beberapa isi. Misalnya berkenaan dengan bahasa Melayu, berkenaan sikap
orang Melayu, kepandaian dan teknologi orang Eropah, dan berkenaan sistem
pemerintahan Inggeris yang berteraskan undang-undang bertulis, keadilan bersistem serta
teratur. Hikayat ini juga cuba memaparkan sejarah sosial pada zaman Abdullah Munsyi
semasa beliau tinggal di Melaka. Segala peristiwa yang dilihat, didengar dan dialami oleh
beliau, iaitu kisah-kisah harian yang berlaku di Bandar Melaka sepanjang tempoh kira-kira
dari tahun 1800 sehingga 1840, cuba dipaparkan di dalam hikayat ini.
Dalam naskah Hikayat Abdullah yang ditulis oleh Abdullah Munshi ini, terdapat
beberapa ciri-ciri bahasa Melayu yang digunakan sama seperti penulisan bahasa Melayu
pada masa kini. Ciri-ciri yang dimaksudkan ialah dari segi sistem ejaannya. Dari segi sistem
ejaan, ejaan yang digunakan dalam penulisan Hikayat Abdullah mempunyai pengaruh
tulisan Jawi dalam bahasa Melayu klasik tetapi Abdullah Munsyi tidak menggunakan tanda
baris pada tulisannya. Contohnya dapat kita lihat di sini:
PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
4

a. Cara penulisan Hikayat Abdullah : maka
b. Cara penulisan lama : maka
Ciri-ciri yang seterusnya merupakan daripada bidang morfologi bahasa. Proses
morfologi merupakan proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa. Prose ini meliputi
penggolongan kata. Dalam penulisan karya Hikayat Abdullah, penggunaan imbuhan meN-
dapat dilihat dengan jelas. Contohnya seperti:
Contoh 1:
Shahadan lagi ada-lah ku lihat kesukaan besar kapada Tuan Raffles itu
memereksa alam hal-hal negeri, dan bagaimana hukum dalam negeri, dan
bagaimana hal orang besar-besarnya dan bagaimana perentahnya; dan lagi
ia hendak mengetahui apa-apa kesukaan orang Melayu, dan bagaimana
adat-nya dan lagi apa-apa nama gunong-gunong dalam Melaka, dan nama-
nama tempat itu, dan apa-apa pekerjaan orang-orang itu sakalian, dan apa
dagangan yang keluar, dan lagi bagaimana fikiran orang di-Melaka, baik-kah
perentah Holanda, baik-kah perentah Inggeris. Maka segala perkara-perkara
yang tersebut ini-lah di-usahakan-nya bertanya-tanya (halaman 77)

Contoh 2 :
Sa-bermula maka ada-lah sa-bulan lama-nya kemudian daripada Inggeris
mendapat tanah Jawa, maka datang-lah surat kapada nenek-ku di-Melaka,
mengatakan bapa-saudara-ku Ismail Lebai yang telah mengikut Tuan
Raffles itu sudah mati di-Batawi; maka dukachita-lah anak isteri-nya dan ibu-
nya itu pun sangat-lah duka-chita oleh kematian anak-nya itu. (halaman
110)







PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
5


Seterusnya kita melihat kepada kosa kata yang digunakan dalam Hikayat Abdullah
ini. Kosa kata yang digunakan dalam Hikayat Abdullah ialah kosa kata bahasa Melayu
klasik yang banyak dipengaruhi oleh bahasa Arab dan Parsi. Selain daripada itu,
memandangkan Abdullah Munsyi seorang yang berpendidikan Inggeris, maka banyak kosa
kata Inggeris yang dicatatkan dalam karya ini. Contoh kosa kata yang dapat kita lihat ialah:
Kosa kata klasik : maka, maka adalah, maka apabila, beberapa lamanya
Kosa kata Arab : syaaban, sayid, khatib.
Kosa kata Inggeris : secretaries, engineer, government.

Selain itu, dalam bidang sintaksis juga kita dapat melihat cara penggunnannya dalam
penulisan Hikayat Abdullah ini. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, Abdullah Munsyi
gemar menggunakan ayat yang panjang lebar dan menyulitkan pembaca untuk memahami.
Hal ini dapat kita lihat daripada contoh yang berikut:
Contoh 1:
Sa-bermula maka ada-lah sifat Tuan Raffles itu, aku lihat tuboh-nya
sederhana, tiada tinggi tiada rendah, tiada gemok tiada kurus; dahi-nya
luas, alamat besar himmah-nya; dan kepala-nya buntar, binchu ka-
hadapan, alamat berakal; dan rambut-nya warna perang, alamat berani;
dan teilnga-nya lebar, alamat banyak penerangan; bulu kening-nya
lebat, dan mata-nya sa-belah kiri ada juling-juling ayer, dan hidong-nya
manchong, dan pipi-nya chengkong sadikit; dan bibir-nya nipis, alamat
pandai berkata-kata; dan lidah-nya manis, dan mulut-nya luas, dan
leher-nya jinjang, dan warna tuboh-nya tiada puteh bahana, dan dada-
nya bidang, pinggang-nya ramping, dan kaki-nya saderhana; maka
apabila ia berjala akan bongkok sadikit. (halaman 70)

Contoh 2:
Maka jikalau sekiranya tiada suluh itu tanganku, dan cermin mata itu
kupakai, nescaya banyak kali sudah aku terperosok ke dalam limbah
dan parit yang penuh pada tiap-tiap lorong dan jalan; seperti kecuali
kebanyakan kelakuan orang yang tiada memegang suluh itu terperosok
PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
6

ia kesana ke mari, jatuh bangun coreng-coreng berlumur dengan
Lumpur dan orang, dan patah riuk kaki tangannya di hadapanku.
(halaman 16)

Ayat-ayat panjang begini mengganggu pemahaman pembaca kerana ada waktunya
pembaca terpaksa mengulangi pembacaan mereka. Jelas dari segi bahasa (ayat) Abdullah
masih lagi tidak membawa apa-apa pembaharuan.
Dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi masih terikut-ikut struktur penulisan
sastera lama. Begitu juga apabila dia menggunakan pantun dan syair dalam karyanya.
Penggunaan perkataan hikayat itu sendiri membayangkan bahawa Abdullah masih
cenderung meneruskan tradisi penulisan lama.
Kita beralih pula kepada ciri-ciri penulisan karya Hikayat Abdullah dari segi
semantiknya. Semantik didefiniskan sebagai bidang bahasa yang mengkaji makna istilah.
Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti
yang penting." Secara umum dapat diperhatikan dalam karya Hikayat Abdullah maksud
ataupun perkara yang disampaikan melalui makna tersurat. Makna tersurat yang
dimaksudkan ialah makna yang diperolehi semata-mata daripada makna yang tertulis atau
makna yang diujarkan sahaja. Dimana dalam penulisannya banyak menyatakan terus atau
secara langsung apa yang hendak disampaikan kepada masyarakat Melayu ketika itu.
Contohnya dapat kita lihat di sini:

Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh
tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu, supaya boleh
ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu
baik bahasa Inggeris, maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka
itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang, kerana fikiran
mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap dimasukkan Inggeris:
maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu, serta
memberitahu aku mereka itu, Bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu
hendak memasukkan seseorang kedalam agamanya kalau yang
empunya diri tiada suka; melainkan supaya kamu boleh belajar dan
mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris kelak, nanti dibelakang
banyak gunanya.


PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
7


Secara keseluruhannya dapat dijelaskan di sini bahawa karya Hikayat Abdullah ini
merupakan karya kesusateraan klasik moden. Karya ini lari daripada kebiasaan karya
melayu klasik yang bertumpu kepada penceritaan tentang dunia raja-raja, hal-hal ghaib dan
khayalan. Hikayat Abdullah lebih menyentuh soal masyarakat, agama, moral, ekonomi dan
politik. Karya ini menjadi salah satu karya sastera klasik yang mengisi ruang khazanah
bangsa.





















PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
8


Kesan Hikayat Abdullah terhadap perkembangan sejarah bahasa Melayu
Hikayat Abdullah merupakan salah satu karya agung dalam bidang kesusasteraan
Melayu. Melalui Hikayat Abdullah terdapat banyak fakta sejarah berkenaan dengan sejarah
Melayu yang boleh kita pelajari dan dijadikan iktibar. Tetapi, sejauh manakah kesan karya
Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi tersebut dapat memberi kesan terhadap
perkembangan sejarah bahasa Melayu?
Kesan yang pertama yang dapat kita lihat ialah dari sistem ejaan yang digunakannya
dalam Hikayat Abdullah. Seperti masa sekarang, sistem ejaan Jawi masih digunakan. Begitu
juga dengan penulisan karya Hikayat Abdullah ini. Sistem ejaan Jawi digunakan untuk
menulis karya agung ini. Kesannya di sini dapat dikekakkan sehingga ke hari ini. Walaupun
terdapat sedikit perbezaan pada sistem ejaan Jawi yang digunakan, tetapi perbezaan
tersebut tidak ketara dan mampu memberi kesan kepada perkembangan bahasa Melayu
pada masa kini.
Selain itu, dalam bidang bahasa, terdapat beberapa cabang yang boleh dikaji.
Antaranya ialah bidang morfologi. Dalam penulisan Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi,
beliau ada menggunakan imbuhan dalam penulisannya. Contohnya imbuhan awalan meN-
yang banyak terdapat dalam Hikayat Abdullah itu sendiri. Morfologi merupakan bidang
bahasa yang mengkaji pembentukan kata. Pada masa sekarang, bidang morfologi masih
lagi ada dan telah banyak dikaji oleh pakar-pakar bahasa di seluruh dunia. Tidak lupa juga
kepada pakar-pakar bahasa Melayu yang mengkaji bidang morfologi ini dalam penggunaan
harian penutur bahasa Melayu. Semua ini adalah kesan daripada penulisan Hikayat
Abdullah oleh Abdullah Munsyi yang ada menyelitkan penggunaan morfologi dalam
karyanya.
Seterusnya kita lihat pula kesan karya Hikayat Abdullah ini dalam bidang sintaksis
pula. Bidang sintaksis merupakan bidang bahasa yang mengkaji pembentukan ayat. Dalam
penulisan karya Hikayat Abdullah oleh Abdullah Munsyi, beliau ada menggunakan ayat yang
panjang lebar hanya untuk menerangkan sesuatu tetapi pembaca harus membacanya
berulang kali barulah dapat memahami apakah yang ingin disampaikan oleh penulis
tersebut. Kesannya masih dapat kita rasakan pada hari ini apabila dalam penulisan,
percakapan masyarakat penutur bahasa Melayu, kita secara tidak langsung telah
menggunakan ayat yang mana terbentuk seperti yang dikaji dalam bidang sintaksis.
Abdullah Munsyi terlebih dahulu menggunakan ayat yang panjang lebar dalam karya beliau
yang mana merupakan antara fungsi bidang sintaksis dalam bidang kajian bahasa.
PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
9

Kita pergi ke kesan seterusnya yang juga merupakan salah satu bidang dalam kajian
bahasa iaitu bidang semantik. Seperti yang sudah sedia maklum, bidang kajian semantik
merupakan bidang yang mengkaji makna perkataan. Abdullah Munsyi dalam penulisannya
ada menggunakan unsur-unsur semantik. Bidang ini penting kerana makna karaya tersebut
boleh diterjemahkan melalui bidang semantik ini. Pada masa kini juga bidang semantik
masih lagi dikaji dan dititkberatkan oleh pakar-pakar bahasa di seluruh dunia.
Kesimpulannya disini, saya berani mengatakan bahawa Hikayat Abdullah
sememangnya memberikan kesan yang mendalam terhadap perkembangan sejarah bahasa
Melayu. Walaupun bahasa Melayu berasal dari banyak tempat bergantung kepada teori-
teori yang ada, namun, dengan adanya Hikayat Abdullah, kita boleh lihat bagaimana
kesannya kepada perkembangan sejarah bahasa Melayu di Tanah Melayu.


















PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
10



B. Penulisan banding beza maklumat kamus ekabahasa dan dwibahasa.
Kamus ekabahasa dikenali juga dengan nama kamus monolingual dan bahannya
dalam satu bahasa sahaja. Entri disusun menurut abjad dan bentuk dasar kata dijadikan
entri kamus manakala bentuk peluasannya dicatat sebagai subentri,yang dalam kamus
dicetak dalam huraian satu entri dasar yang sama. Makna yang dihuraikan berbentuk
pemerian yang panjang dan mungkin kompleks untuk mencapai maksud sejelas-jelasnya.
Takrifan makna keatas kata-kata berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat
yang mengandungi kata-kata berkenaan. Boleh juga digunakan sebagai unsur pilihan
tambahan kepada pemerian makna. Contoh bagi kamus ekabahasa ialah Kamus Dewan.
Kamus dwibahasa ini menggunakan dua bahasa, yakni maksud kata diberikan dalam
satu bahasa yang lain daripada bahasa yang lain. Contohnya seperti perkataan bola
diterjemahkan maksudnya dalam kamus dwibahasa Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris, ialah
ball. Contohnya: Kamus Dwibahasa Oxford Fajar (Inggeris-Melayu;Melayu-Inggeris).
Terdapat beberapa perbezaan maklumat yang dapat kita lihat pada kamus
ekabahasa dan kamus dwibahasa. Contohnya ialah dari segi takrifannya, kata masukan
ataupun entri, makna kata, sebutan serta peranannya.
Perbezaan yang pertama adalah dari segi takrif kamus itu sendiri. Kamus ekabahasa
diktakrifkan sebagai kamus yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja. Kata-kata
ataupun entri yang dijelaskan dan penjelasannya adalah terdiri daripada bahasa yang sama.
Contoh terdekat yang boleh diambil kira ialah Kamus Dewan dan Kamus Pelajar keluar
Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus ini menggunakan bahasa Melayu sebagai entrinya dan
dijelaskan maksudnya dalam bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu. Bagi kamus
Dwibahasa pula, kamus ini ditakrifkan sebagai ditulis atau dinyatakan dalam dua bahasa.
Kata masukan ataupun entri daripada bahasa yang dikamuskan diberi padanan atau
pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain. Contohnya seperti Kamus
Dwibahasa Oxford Fajar iaitu kamus dwibahasa yang menterjemahkan perkataan dalam
bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan sebaliknya.
Seterusnya, perbezaan dari segi kata masukan ataupun entri juga dapat kita lihat
daripada kedua-dua kamus ini. Dalam Kamus Dewan, susunannya telah dibahagikan
kepada tiga perkara dalam susunan kata masukannya iaitu yang pertama kata dasar, yang
kedua, kata terbitan, yang ketiga merupakan frasa, ungkapan serta kata majmuk. Berbeza
pula dengan kamus dwibahasa. Kamus dwibahasa tidak menekankan sangat dalam
PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
11

susunan kata masukannya. Apa yang penting ialah kata masukan diberikan maksud dalam
bahasa lain.
Perbezaan yang seterusnya ialah perbezaan daripada makna kata. Dalam kamus
ekabahasa iaitu Kamus Dewan, makna yang dihuraikan berbentuk pemerian yang panjang
dan mungkin agak kompleks untuk mencapai maksud sejelas-jelasnya. Contohnya adalah
seperti yang berikut:
Konkrit : 1. Campuran batu kelikir dengan simen (pasir dll) yg digunakan utk
pembinaan bangunan dll (terutamanya utk asas, tiang alang bangunan, dll) : asas
rumah itu dibuat daripada ~; 2. Bersifat (berupa) sesuatu yang dapat digambarkan
(dirasai, dilihat, dll), bersifat kebendaan, (tidak abstrak), nyata ada (kelihatan dsb),
maujud: pembukaan tanah baru merupakan suatu langkah yang ~ ke arah
pembangunan ekonomi negara; 3. Pasti (tidak samar-samar dsb), positif : mereka
diminta mengemukakan cadangan-cadangan yg ~; tidak satu pun fakta ~yg dapat
diperjelas tanpa kajian;
Berbeza dengan pemerian makna kata dalam kamus dwibahasa kerana makna kata
dihuraikan dalam bentuk yang ringkas dan mudah untuk difahami. Contohnya seperti
perkataan car dalam bahasa Inggeris yang diberikan makna dalam kamus dwibahasa
sebagai kereta. Penjelasan yang diberikan ringkas sahaja kerana kereta sudah merujuk
kepada kenderaan yang mempunyai empat roda. Tidak perlu penjelasan yang panjang serta
kompleks kerana maknanya sudah boleh difahami dengan mudah. Cuba kita lihat pada
contoh yang di bawah :
Concrete: konkrit, maujud, nyata.
Seterusnya perbezaan dari segi sebutan pula. Dalam kamus ekabahasa iaitu Kamus
Dewan, sebutan yang diberikan hanya terbatas kepada keterangan bagi sebutan huruf e
pada kata dasar. Penggunaan e-taling diberikan keterangan sebutannya dengan lambang .
Tidak seperti pada kamus ekabahasa, dalam kamus dwibahasa pula tiada keterangan
tentang sebutan yang dinyatakan dalam kamus tersebut. Sepatutnya memang ada iaitu
seperti perbezaan sebutan sama ada e pepet atapun e taling. Contohnya dapat kita lihat
seperti yang di bawah ini :
Embargo (mbargo) 1. Perintah drpd kerajaan yg melarang kapal perdagangan
masuk atau keluar dr pelabuhan (biasanya dlm masa permusuhan) ; 2. Larangan
mengeksport barang dagangan yg tertentu dll ke sesuatu negara (biasanya dlm masa
permusuhan dll).
PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
12

Perbezaan yang terakhir ialah dari segi peranan kedua-dua jenis kamus ini. Kamus
ekabahasa iaitu Kamus Dewan memberi makna perkataan-perkataan yang pinjaman
kepada para pengguna supaya mereka tidak lagi susah untuk mentakrifkan dan
menggunakan perkataan tersebut. Contoh bagi perkataan pinjaman seperti kompleks yang
merupakan pinjaman daripada perkataan complex dalam bahasa Inggeris. Perkataan ini
membawa maksud rumit. Jadi dengan adanya makna dalam kamus ekabahasa, pengguna
dapat memahami dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan yakin. Bagi
kamus dwibahahasa pula, peranannya mudah sekali iaitu memberi kata yang sama maksud
tetapi dalam bahasa yang lain. Contohnya seperti perkataan destiny dalam bahasa Inggeris
yang bermaksud takdir atau fitrah dalam bahasa Melayu.
Demikianlah perbezaan yang dapat saya lihat berdasarkan kedua-dua jenis kamus
ini iaitu kamus ekabahasa dan kamus dwibahasa. Walaupun banyak perbezaan yang wujud
tetapi tujuan utama kedua-dua kamus ini dibuat adalah sama iaitu untuk memberikan
pemahaman kepada pengguna maksud sebenar perkataan supaya cara penggunaan
perkataan tersebut tidak tersalah guna.















PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
13



























Kamus Ekabahasa
Menggunakan
satu bahasa
sahaja.
Kamus Dewan,
Kamus Pelajar
Makna kata
dihuraikan
dalam bentuk
panjang lebar
Penyusunannya
dibahagikan
kepada tiga
perkara
Sebutan terbatas kepada
keterangan bagi sebutan e
pada kata dasar
Beri makna perkataan-
perkataan pinjaman
PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
14



























Kamus Dwibahasa
Menggunakan
dua bahasa
yang berlainan.
Kamus
Dwibahasa
Oxford Fajar
Makna kata
dihuraikan
dalam bentuk
ringkas dan
mudah
difahami
Tidak diberikan
penekanan.
Tidak memberikan
keterangan tentang sebutan.
Beri makna perkataan dalam
bahasa lain.
PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
15



C. Penulisan Refleksi

Syukur kepada Tuhan kerana dengan izin dan berkat-Nya, tugasan kerja kursus bagi
kursus Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu, Perkamusan dan Terjemahan ini akhirnya
dapat juga disiapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua yang terlibat dalam penghasilan tugasan ini. Pertama sekali saya ingin merakamkan
setinggi penghargaan kepada pensyarah yang mengajar kami kursus ini iaitu Puan Raja
Rajeswari yang sangat banyak membantu kami disaat kami menghadapi kesukaran dalam
melaksanakan kerja kursus ini. Ribuan terima kasih juga kepada rakan sekelas saya iaitu
PISMP 6B yang sentiasa ada untuk memberikan pertolongan serta perkongsian ilmu tentang
cara untuk melaksanakan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada ahli keluarga saya yang
sentiasa menjadi tulang belakang saya dalam apa jua perkara yang saya tempuhi
sepanjang berada di sini.
Tugasan kali ini mengkehendaki kami untuk mengkaji sendiri penggunaan bahasa
Melayu dalam Hikayat Abdullah seterusnya mengaitkan kesan yang wujud daripada Hikayat
Abdullah terhadap sejarah perkembangan bahasa Melayu. Pada mulanya saya hilang arah
kerana tidak pasti apa yang perlu dilakukan untuk menepati kehendak soalan tersebut. Saya
mengambil langkah pertama dengan berbincang secara beramai-ramai dengan pensyarah
kami iaitu Puan Raja bersama-sama dengan rakan kelas yang lain. Daripada perbincangan
tersebut barulah saya mendapat gambaran tentang apa yang dikehendaki oleh soalan
tersebut rupa-rupanya. Bermula pada hari tersebut, saya telah mencari maklumat yang
diperlukan untuk membuat kerja kursus tersebut. Saya telah mendapat salinan buku Hikayat
Abdullah serta salinan buku Hikayat Abdullah yang telah diolah kepada bentuk bacaan yang
lebih mudah untuk difahami.
Sebelum ini, jujur saya katakan, saya langsung tidak mengetahui kewujudan karya
agung Hikayat Abdullah. Satu-satunya bahan yang menceritakan tentang sejarah Melayu
yang saya tahu ialah Sejarah Melayu sahaja. Setelah membaca buku Hikayat Abdullah
tersebut berulang-ulang kali, saya dapati bahawa banyak perkara menarik tentang sejarah
yang selama ini saya tidak ambil tahu. Melalui penulisan kerja kursus inilah saya banyak
tahu tentang sejarah perkembangan bahasa Melayu berdasarkan Hikayat Abdullah.
Banyak ilmu baharu yang saya dapat hasil daripada proses pelaksanaan kerja
kursus ini. Saya dapat melihat bagaimana penggunaan kata semasa zaman dahulu.
PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
16

Bahasa-bahasa klasik yang tidak lagi digunakan pada masa kini. Semuanya sangat
mengujakan saya. Hikayat Abdullah ada menceritakan tentang bagaimana Singapura
dilanda todak sehinggalah kemasyuran dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Saya berasa sangat teruja kerana dapat mengetahui sejarah-sejarah tersebut sehingga
saya sendiri membayangkan jikalau saya berada di tempat tersebut pada zaman dahulu.
Selain daripada mengkaji penggunaan bahasa dalam Hikayat Abdullah, soalan
tersebut juga mengkehendaki kami untuk memberikan banding beza antara kamus
ekabahasa dan kamus dwibahasa. Kamus ekabahasa ialah kamus dalam satu bahasa
sahaja manakala kamu dwibahasa pula merupakan kamus dalam dua bahasa yang
berbeza. Tedapat beberapa perbezaan yang telah saya dapati berdasarkan kajian yang
telah saya lakukan demi memenuhi kehendak soalan kerja kursus ini. Contohnya perbezaan
dari segi takrifnya, kata masukan ataupun entrinya, peranan kamus tersebut, cara sebutan
serta makna kata dalam kedua-dua jenis kamus tersebut.
Pada keseluruhannya banyak ilmu yang telah saya dapat hanya berdasarkan kerja
kursus ini. Ilmu ini akan saya gunakan sebagai panduan dalam usaha menjadi seorang guru
bahasa Melayu yang berjaya dan bagus.














PATRICK ALING ANAK SIMON JULY BMM3123 PISMP 6B
17



Rujukan

Asmah Haji Omar. 2010. Kajian dan Perkembangan Bahasa Melayu. Kuala lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Ibrahim Ahmad.1994. Perkamusan Melayu Suatu Perkenalan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Edisi Kedua 2002.
Kamus Dewan ( Edisi Keempat). 2010. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Oxford Compact Advanced Learners English-Malay Dictionary.2007.Shah Alam. Oxford
Fajar

Anda mungkin juga menyukai