Anda di halaman 1dari 5

TIPS & PANDUAN PENULISAN PENDAHULUAN YANG MANTAP

Contoh 1:
Amalan menabung perlu dipupuk oleh ibu bapa kepada anak-anak sejak awal lagi. Nyatakan kebaikan-
kebaikan yang diperoleh dengan amalan menabung ini.

Analisis soalan:-
Tema/Isu : Amalan menabung (AR)
Contoh : Contoh bank; Maybank, Tabung Haji, Bank Simpanan
Nasional (AC)
Tugasan/arahan soalan : Kebaikan menabung (AA)

TEKNIK PENULISAN PENDAHULUAN
TEKNIK ARCA
PW: Penanda Wacana
AR: Ayat Rangsangan berdasarkan tema (AR-PU/Pernyataan Umum;AR-T/Tanya)
AC: Ayat Contoh ( merujuk contoh tema)
AA: Ayat Arah dikaitkan dengan arahan/tugasan soalan
PW: penanda wacana/perbahasa (PB)/kata-kata hikmat(KH)

[AR-PU] Dalam meniti arus pemodenan, amalan menabung merupakan amalan mulia yang
perlu dipupuk sejak kecil lagi. [AR-PU] Persis mutiara kata, melentur buluh biarlah dari
rebungnya(PB), sewajarnyalah ibu bapa dalam menerapkan amalan menabung kepada anak-
anak mereka sejak kecil lagi. [AC] Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membuka akaun
simpanan anak-anak di mana-mana institusi kewangan seperti Bank Simpanan Nasional,
Tabung Haji dan Maybank. [AR-T] Persoalannya kini, apakah kebaikan menabung kepada
individu? [AA] Oleh hal yang demikian, kebaikan amalan menabung yang mewarnai fokus
perbincangan akan dikupas secara terperinci untuk kepentingan bersama.




CONTOH 2:
Kes kemalangan jalan raya sering meningkat terutama pada musim perayaan. Berikan pendapat anda
tentang langkah-langkah untuk mengurangkan kemalangan jalan raya di negara kita.

Analisis soalan :
Tama/Isu : kemalangan jalan raya semakin meningkat(AR)
Contoh : ketika sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina atau cuti umum (AC-
merujuk tema)
Arahan/Tugasan : usaha-usaha mengurangkan kemalangan jalan raya(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA
(PW)Memang tidak dapat dinafikan, (AR)kes kemalangan jalan raya di negara kita semakin
meningkat saban tahun. (AR)Saban hari kita dapat membaca berita tentang kemalangan yang
bukan sahaja mengakibatkan kecederaan malahan kehilangan nyawa. (AC)Sebagai contoh,
ketika cuti Hari Raya, Tahun Baru Cina atau hari-hari kelepasan umum yang lain , jumlah
kemalangan turut meningkat apabila warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman
masing-masing. .(AR)Bilangan kenderaan yang bertambah di jalan raya umpama cendawan
tumbuh selepas hujan turut menjadi punca peningkatan kes kemalangan di negara kita.
(AR-T)Persoalannya, haruskah kita hanya berpeluk tubuh melihat peningkatan kes kemalangan
ini tanpa berbuat apa-apa?. (AA)Jelaslah bahawa, usaha-usaha yang drastik perlu diambil oleh
pelbagai pihak untuk membendung masalah ini daripada terus bereleluasa.











Contoh 3:

Anda telah dipilih untuk menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk 'Langkah-langkah yang Paling
Berkesan untuk Mengamalkan Gaya Hidup Sihat", sempena Hari Kesihatan Sedunia di sekolah anda.
Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Analisis soalan:
Tema : amalan gaya hidup sihat (AR)
Contoh : kebaikan - meningkatkan kesihatan, menghindari diri daripada mudah
dijangkiti penyakit dan menjalani kehidupan dengan berkualiti(AC)
Arahan/tugasan: langkah-langkah berkesan untuk mengamalkan gaya hidup sihat(AA)

PENULISAN PENDAHULUAN - TEKNIK ARCA

(PW)Pada era globalisasi kini, (AR)amalan hidup sihat sangat penting untuk dipraktikkan
oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. (AR) Hal ini demikian kerana, amalan gaya
hidup sihat memberi berbagai-bagai faedah dalam kehidupan kita.(AC) Contohnya, tahap
kesihatan akan meningkat dan menghindari diri daripada mudah dijangkiti penyakit-penyakit
berbahaya (AR) seperti cogan kata, mencegah lebih baik daripada mengubati. (AR)Apabila
kesihatan terjamin, seseorang itu akan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih
berkualiti. (AA-T) Persoalannya, apakah langkah-langkah yang berkesan untuk mengamalkan
gaya hidup sihat ini? Tepuk dada tanya selera.






Formula Menulis Pendahuluan Karangan
Teknik Penulisan Pendahuluan Karangan Jenis Fakta
Kebanyakan pelajar alpa bahawa pendahuluan dalam karangan merupakan titik awal dalam
proses pemarkahan. Pendahuluan yang bebas daripada kesalahan, mempunyai
kesinambungan yang erat antara fakta dengan huaraian berserta intipan isi yang samar-samar
akan menyebabkan pemeriksa terpikat untuk meneruskan pembacaan, yakni penyemakan
sekali gus memberikan markah yang baik untuk anda dalam peperiksaan. Kali ini, saya akan
menggunakan formula "Bidang (B), Tajuk (T), Soalan (S)" untuk menghasilkan pendahuluan
yang baik. Pembinan karangan ini sesuai untuk tahap PMR dan SPM, sama ada karangan
bergambar mahupun karangan panjang. Lihat contoh soalan dan kerangka karangan untuk
bahagian pendahuluan yang akan kita bincangkan di bawah ini:
Soalan:
Isu gengsterisme semakin mendapat liputan dalam media massa. Pihak sekolah seolah-olah
gagal membanteras gejala ini daripada terus menular. Huraikan faktor-faktor yang
menyebabkan gejala ini semakin membimbangkan.
Kerangka pendahuluan
B - Masalah sosial
-> semakin membimbangkan
-> mencatatkan peningkatan yang mendadak.
T - Gejala gengsterisme
-> melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah
-> bermaharajalela di sekolah

S -> banyak faktor




Daripada kerang di atas, dapatlah kita membina 5 ayat dengan mudah. Lihat contoh
pendahuluan di bawah:

Pendahuluan Kualiti PMR
Pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat diperkatakan
kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana kes
gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang mendadak. Masalah sosial yang
menjadi buah mulut masyarakat ialah gejala gengsterisme. Gejala ini melibatkan pelajar sekolah
menengah, justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Golongan gengster ini semakin
bermaharajalela dialma mater. Sebenarnya, banyak faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat
ini terus meningkat.
Pendahuluan Kualiti SPM
Dalam keasyikan negara menari rancak bersama bayang-bayang pembangunan yang bergerak
pantas pada zaman pascakemerdekaan, masalah sosial tetap menjadi isu yang hangat
diperkatakan kerana sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Hal ini demikian kerana
pihak polis mendapati kes gengsterisme yang dilaporkan mencapai peningkatan yang
mendadak sejak akhir-akhir ini. Antara masalah sosial yang terus menjadi buah mulut yang
hangat ialah gejala gengsterisme yang bukan sahaja melibatkan pelajar sekolah menengah,
justeru melibatkan pelajar sekolah rendah. Keadaan menjadi semakin kronik kerana golongan
gengster ini semakin bermaharajalela di sekolah mahupun di luar sekolah. Sebenarnya, banyak
faktor yang menyebabkan gejala tidak sihat ini terus meningkat.

Jika kita mempunyai kesabaran dan kesungguhan yang konsisten, kejayaan pasti milik kita.
Oleh hal yang demikian, saya berharap para pelajar dapat menggunakan teknik "B-T-S" untuk
menulis karangan yang cemerlang.

Anda mungkin juga menyukai