Anda di halaman 1dari 1

Apakah istiwa' utama matahari?

Istiwa' utama matahari atau istiwa' adzam di Ka'bah merupakan fenomena di mana matahari
akan berada di titik Zenith ketika istiwa'. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun
apabila nilai sudut istiwa' matahari akan bersamaan dengan nilai latitude Mekah di mana
Ka'bah terletak.
Apabila istiwa' utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunjukkan
arah ke Ka'bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan
menentukan arah kiblat di tempat-tempat lain di muka bumi.
Panduan membuat semakan arah kiblat
- Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang
- Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya, letak tali yang diikat
pemberat di hujung tiang berkenaan.
- Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari
- Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke
arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah menghadap ke arah barat.

Anda mungkin juga menyukai