Anda di halaman 1dari 3

Guru penolong kanan hadapi tuduhan

pecah amanah
2011/09/19 - 16:30:50 PM
KANGAR: Seorang guru penolong kanan hal ehwal murid sebuah
sekolah rendah di sini, hari ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah
Sesyen Kangar atas tuduhan pecah amanah.
Farida Ariani Fadzil. 49, dituduh melakukan pecah amanah wang
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) berjumlah RM5,400
yang sepatutnya dibayar kepada 12 murid tahun satu pada 4 November
2008 di pejabat Sekolah Kebangsaan Behor Empiang, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang
membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan boleh
dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, guru yang tidak diwakili peguam itu tidak mengaku
bersalah dan memohon dibicarakan.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), A. Hafiizh Abu Bakar mencadangkan mahkamah mengenakan
ikat jamin sebanyak RM5,000 kepada tertuduh.

Bagaimanapun tertuduh merayu jumlah jaminan itu dikurangkan kerana
beliau adalah seorang ibu tunggal dan mempunyai tanggungan seorang
anak.
Hakim Mahkamah Sesyen, Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan
tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin dan
menetapkan 19 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Tertuduh membayar ikat jamin itu. BERNAMA

Sumber:
http://www2.bharian.com.my/articles/Gurupenolongkananhadapituduhan
pecahamanah/Article
GURU MADRASAH DI DAKWA PECAH AMANAH
SHAH ALAM - Seorang guru madrasah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini
atas pertuduhan melakukan pecah amanah ke atas sebidang tanah seluas 0.645
hektar di Mukim Klang, tiga tahun lepas.

Hamdan Muhtar, 56, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, yang ditahan semalam,
mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di depan
Majistret Nurul Syuhada Zainal.

Mengikut pertuduhan, Hamdan diamanahkan dengan penguasaan ke atas tanah
di alamat HSD 115826 PT 117419 Mukim Klang dan dia didakwa melakukan
kesalahan pecah amanah di Pejabat Tanah dan Galian di sini pada kira-kira 10
pagi, 18 Sept 2000 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman maksimum penjara 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda,
jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan
seorang penjamin dan menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes serta
memerintahkan Hamdan melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Jaizah Jaafar Sidek menawarkan jaminan
RM5,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam Amer Hamzah Arshad memohon mahkamah
mengurangkan jumlah jaminan kepada RM3,000 atas alasan anak guamnya perlu
menanggung isteri dan tiga anak yang masih belajar.

"Anak guam saya juga mempunyai sebuah madrasah di Seremban, Negeri
Sembilan, justeru, dia tidak akan melarikan diri apatah lagi anak guam saya tidak
mempunyai rekod kesalahan lampau," katanya. Bernama
SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/guru-madrasah-didakwa-pecah-
amanah-1.172436


Guru besar dihukum denda RM148,500, penjara 2
tahun
ALOR SETAR: Seorang guru besar dijatuhkan hukuman penjara dua
tahun dan denda RM148,500 atas lima tuduhan salah guna kuasa
membabitkan bekalan pakaian seragam kokurikulum sekolah pada 2008
dan 2009 bernilai RM32,400.

Hakim Mohd Rosli Osman menjatuhkan hukuman itu terhadap Zakaria
Md Lazim, 56, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Tandop Besar
(SKTB), Kuala Nerang dekat sini.
Dia didakwa menggunakan jawatannya untuk memilih ZNR Kuala
Nerang Enterprise (ZNR), sebagai pembekal set pakaian Puteri Islam
bernilai RM3,300 yang dia mempunyai kepentingan kerana pemilik ZNR,
Ros Adimas Md Lazim, adalah adiknya sendiri.

Bagi pertuduhan kedua, ketiga dan keempat, Zakaria juga dituduh
menggunakan jawatannya untuk memilih ZNR sebagai pembekal set
pakaian Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) bernilai RM6,300, set
pakaian Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) bernilai RM8,200 dan set
pakaian Pengakap bernilai RM8,700 pada November 2008.

Zakaria juga didakwa bagi pertuduhan kelima, menggunakan
jawatannya untuk memilih ZNR sebagai pembekal set pakaian seragam
PBSM, Pengakap, Puteri Islam dan TKRS bernilai RM5,900 di SKTB
pada September 2009.

Zakaria didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) bagi semua pertuduhan.

Hakim menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh hukuman
dijatuhkan (hari ini), manakala tertuduh akan dipenjara 15 bulan lagi jika
gagal membayar jumlah denda yang ditetapkan. Dia tidak membayar
denda itu.
SUMBER:
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/GurubesardihukumdendaRM148_500_
penjara2tahun/Article/?bh