Anda di halaman 1dari 8

ISL MINGGU 10

Pengetua Sekolah Dituduh Terima Rasuah



KUCHING 12 Jan. Seorang pengetua sekolah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini
atas tuduhan menerima rasuah RM12,000 sebagai balasan mengemukakan sokongan terhadap
penilaian prestasi dan mempercepatkan bayaran tuntutan seorang pembekal makanan tiga tahun
lalu.
Junaidi Zulkipli, 58, yang kini merupakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Tebedu, Serian bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan
tersebut.
Mengikut pertuduhan, Junaidi didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 8 pagi, 16
Februari 2009 ketika dia menjadi Pengetua SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud, Sadong Jaya.
Dia dituduh menerima wang suapan daripada Saiful Bahri Ahmad Adibi melalui penyelia
sekolah, Norassimah Kassim sebagai dorongan memberi sokongan terhadap prestasi pembekal
makanan itu serta mempercepatkan proses tuntutannya dalam Pesanan Kerajaan (LPO) bagi
Januari 2009.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Pencegahan Rasuah 2009 dan boleh dihukum di
bawah Seksyen 24 akta yang sama.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda RM10,000 atau
tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, bergantung kepada yang mana lebih tinggi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How manakala tertuduh
diwakili peguam Mejar (B) Osman Ibrahim.
Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan
RM10,000 beserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu perbicaraan pada 2 April
depan.


Sumber : http://eyesnews.wordpress.com/2012/01/13/pengetua-sekolah-dituduh-terima-rasuah-
utusan/



ISL MINGGU 10

1.0 Pengenalan
Perguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Guru juga salah satu kerjaya atau profesion
sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman,
akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuah
profesion keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan
sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji
dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya . Menurut Hasan,(2002) Guru
perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik
yang baik.
Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru
dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan
bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru
besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya
yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-
pendedahan salah laku guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat
pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di
Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan
tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan
Negara.
Bidang keguruan merupakan satu bidang yang professional kerana guru adalah seorang yang
mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi serta
ada kod etika yang tersendiri oleh itu, ciri-ciri professional yang perlu diamalkan oleh seorang
guru adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan
adanya kod etika yang mengawal tingkah laku guru.
Guru juga tidak terlepas dari isu penyalahgunaan wang di sekolah. Pelbagai urusan yang
melibatkan wang di sekolah seperti wang SUWA ,wang kantin, wang koperasi dan banyak lagi
urusan kewangan di sekolah . Selain itu, kegiatan penyalahgunaan wang juga boleh dilakukan
dengan cara mengemukakan tuntutan elaun perjalanan yang mengandungi butiran palsu. Oleh
itu, urusan mengemaskini kewangan dari segi audit dan pengauditan adalah satu urusan yang
penting dan perlu diuruskan dengan teliti oleh pihak sekolah. Guru besar perlu mengkaji dan
menilai operasi pengurusan kewangan sekolah diuruskan dengan teratur bagi memastikan dasar,
peraturan dan undang-undang yang digubal oleh Kementerian Pendidikan dipatuhi oleh semua
guru.



ISL MINGGU 10

2.0 Punca berlaku masalah rasuah dan penyalahgunaan wang dalam kalangan guru
Semakin banyak isu mengenai penyalahgunaan wang di kalangan guru disiarkan dalam media
massa. Antara contoh lain penyalahgunaan wang yang berlaku di sekolah adalah seperti
memaksa murid membeli buku aktiviti tambahan untuk dapatkan komisyen daripada pengedar,
melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara pembelian, mengemukakan tuntutan perjalanan
yang mengandungi butiran yang palsu, guru mengutip yuran khas daripada pelajar tetapi tidak
menyerahkannya kepada pihak sekolah dengan tujuan membelanjakan wang tersebut untuk
kepentingan diri, guru tidak mengeluarkan resit bagi setiap pembayaran yang dilakukan murid
dan banyak lagi.
Ada beberapa sebab kenapa masalah ini berlaku dalam kalangan guru . Pertama adalah berpunca
dari sikap guru itu sendiri yang mempunyai sikap tamak dan ingin hidup mewah. Ini juga akibat
daripada guru itu sendiri yang tidak mahir menguruskan kewangan diri dan tidak dapat
membezakan antara keperluan dan kehendak. Apabila tamak dan kehendak yang tidak
kesampaian menguasai diri, maka guru menjadi gelap mata dan bertindak menggelapkan wang
yang telah diamanahkan kepadanya. Ini berkait rapat dengan penghayatan nilai murni dan
keimanan dalam diri. Guru yang menyalahgunakan wang tidak mengamalkan nilai kejujuran
dalam hidup dan lemah untuk menghadapi setiap masalah yang wujud dalam kehidupannya.
Punca yang kedua mengapa masalah ini boleh berlaku adalah dari pihak pentadbir. Pihak
pentadbir perlulah sentiasa menguruskan kewangan organisasinya dengan penuh akauntabaliti.
Hal ini kerana audit dan pengauditan adalah perkara penting dalam pengurusan sesebuah
organisasi. Pentadbir perlu memastikan setiap laporan audit yang dihasilkan oleh kakitangannya
dibuat dengan berkualiti dan telus. Hal Ini supaya dapat meningkatkan akauntabiliti awam bagi
mencapai kecemerlangan pengurusan kewangan. Kepimpinan pentadbir yang lemah dan kurang
serius dari segi penyelenggaraan dokumen dan rekod serta penyediaan penyata dapat memberi
ruang kepada kakitangan untuk mengambil kesempatan dan menyalahgunakan wang.
Pengurusan pentadbiran yang lemah menyebabkan guru tidak gentar akan hukuman dan tindakan
yang dikenakan oleh pihak pentadbir. Selain itu, terdapat juga segelintir pihak pentadbir yang
kurang jelas mengenai prosedur pengurusan kewangan di sekolah dan bersikap lepas tangan
kepada pihak kerani bagi menguruskan segala prosedur kewangan di sekolah. Hal ini juga
menyebabkan masalah ini semakin parah dan berleluasa di sekolah.
Punca ketiga ialah kelemahan dari sistem pengurusan Jabatan Audit itu sendiri. Seringkali aduan
daripada pihak -pihak tertentu terhadap pengurusan kewangan sekolah tidak dihiraukan oleh
Jabatan Audit. Di peringkat sekolah , kedengaran berita-berita liar tentang pengurusan kewangan
yang lemah. Contohnya pembelian penyapu sehingga RM 18.00 sebatang . Aduan ini tidak
sampai ke Jabatan Audit . Tidak ada saluran yang kemas berhubung dengan aduan
penyelewengan . Jika sampai sekalipun tindakan tidak tegas , senyap , pengap dan berlalu begitu
sahaja. Antara alasan yang sering diberikan ialah ada resit pembayaran. Pada akhirnya guru atau
ibu bapa yang mengadu akan berasa bosan dan kecewa. Mereka tidak ambil peduli lagi. Perasaan
ISL MINGGU 10

marah kepada pengurusan kewangan sekolah yang lemah ditujukan kepada pihak akhbar supaya
mendedahkan berita tersebut. Sepatutnya segala aduan direkodkan dengan lengkap. Jika ada
surat layang , gossip atau berita yang tersiar di dalam surat khabar , Jabatan Audit atau Badan
Pencegah Rasuah (BPR ) boleh terus membuat penyiasatan.

3.0 Implikasi rasuah dan penyalahgunaan wang di sekolah
Jika isu penyalahgunaan wang dalam kalangan guru masih tidak dapat di atasi, ia akan
memberikan kesan yang sangat buruk kepada profesion keguruan, masa depan murid, dan juga
kepada negara.
Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Itulah ungkapan yang sesuai diungkapkan di dalam
masalah ini. Akibat daripada perbuatan segelintir guru yang bermasalah, bidang profesion
keguruan ini tidak lagi dipandang mulia dan juga mencemarkan integriti semua guru di negara
ini. Profesion keguruan ini sepatutnya disanjung tinggi dan perlu dipandang tinggi setanding
dengan profesion yang lain seperti profesion kejuruteraan, guaman dan juga perubatan.
Kepercayaan ibu bapa terhadap guru untuk mendidik anak-anak mereka juga semakin goyah
akibat daripada pelbagai masalah guru. Ibu bapa akan lebih berani untuk mencari salah laku guru
dan mempertikaikan setiap perbuatan guru. Oleh itu, cabaran yang dihadapi oleh guru menjadi
semakin sukar akibat daripada campur tangan ibu bapa dalam setiap urusan sekolah.
Selain itu, kecemerlangan sesebuah sekolah tidak akan dapat dicapai jika terdapat masalah
penyalahgunaan wang dalam urusan sekolah. Sekolah tidak dapat melahirkan guru yang
mematuhi etika dan tiada ciri-ciri guru yang professional seperti cekap, amanah dan integriti.
Kebocoran dalam urusan kewangan yang berlaku di sekolah akan mengakibatkan timbul
pelbagai masalah lain. Contohnya seperti murid dibebankan dengan pelbagai bayaran, kurangnya
alatan dan bahan di sekolah, pelbagai aktiviti yang dirancang tidak dapat dijalankan dan juga
timbul sikap prejudis dan menunding jari dalam kalangan guru di sekolah.
Kesannya kepada negara pula ialah misi pendidikan negara untuk melahirkan murid yang
berpengetahuan, berkeyakinan tinggi, dan bersahsiah tidak akan dapat dicapai. Jika para guru
sendiri tidak mempunyai sikap jujur, amanah dan cekap maka ia akan mempengaruhi
pembentukan peribadi murid. Guru merupakan sebagai role model bukan sahaja kepada murid
malah kepada masyarakat. Oleh itu, guru perlu menunjukkan teladan yang baik supaya dapat
dicontohi oleh murid dan juga masyarakat. Negara akan kekurangan rakyat yang berilmu
pengetahuan dan bersahsiah untuk mentadbir negara pada masa akan datang.
Kesan yang terakhir ialah, kegiatan penyalahgunaan wang ini juga secara tidak sedar boleh
mewujudkan masalah lain seperti rasuah. Hal ini kerana apabila terdapat pihak yang mengetahui
tentang penyalahgunaan wang di sekolah dan mengugut memberikan wang supaya tidak
membongkarkan rahsia tersebut. Kerajaan telah melakukan pelbagai tindakan untuk mengatasi
ISL MINGGU 10

masalah ini tetapi ianya masih berleluasa. Ini berlaku diatas beberapa faktor iaitu antaranya ada
sesetengah pihak yang tidak memberi kerjasama terutamanya mereka dari golongan yang
mempunyai wang. Akibat wang yang didapati dengan bekerja keras hanya digunakan untuk
melakukan tindakan buruk iaitu dengan merasuah orang lain. Tindakan ini umpama membakar
duit sendiri. Tindakan yang lebih keras sepatutnya diberikan kepada mereka yang masih tidak
mengerti tentang nilai-nilai integriti yang perlu ada dalam diri setiap manusia dan bukannya
dengan mementingkan diri sendiri dengan memakan hasil kerja keras orang lain. Setiap orang
perlu menasihati antara satu sama lain supaya mereka sedar dan sentiasa ingat. Kita tidak patut
membiarkan mereka terkapai-kapai dalam kegelapan dan dalam pemikiran mereka yang tersalah
itu.

4.0 Langkah mengatasi isu rasuah dan penyalahgunaan wang
Menyedari hakikat ini, maka langkah yang sesuai dan berkesan perlu diambil. Pertama, pihak
pentadbir perlu mempertingkatkan lagi sistem pemantauan (monitoring) dan susulan yang sedia
ada supaya lebih berkesan dan cekap dengan cara sentiasa memeriksa Buku Tunai dan Buku
Resit bagi mengelakkan daripada berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan wang sekolah.
Seterusnya guru besar hendaklah mengambil tindakan segera terhadap segala kelemahan yang
dibangkitkan, menyelia tugas-tugas pungutan wang di sekolah dengan lebih cekap bagi
mengelakkan penyelewengan dan penyalahgunaan pendapatan sekolah, membuat penyelidikan
yang rapi terhadap guru-guru di bawah jagaan bagi memastikan mereka memahami undang -
undang, peraturan kewangan, pekeliling - pekeliling dan arahan - arahan yang diedarkan dari
masa ke semasa supaya dapat melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan akhir sekali guru
besar hendaklah peka terhadap teguran dan nasihat audit agar dapat mempertingkatkan kualiti
pengurusan kewangan di sekolah.
Rakan sejawat juga memainkan peranan penting dalam membendung masalah ini dengan cara
memberi nasihat kepada rakan yang menyalahgunakan wang di sekolah. Berikan nasihat kepada
rakan supaya menyedari akan kesalahan yang telah dilakukan dan memastikan rakan segera
meninggalkan kegiatan tersebut. Laporkan kepada pihak pentadbiran tentang kesalahan yang
telah dilakukan oleh rakan serta tidak bersubahat dalam menyalahgunakan wang. Tunjukkan
contoh teladan yang baik dan membantunya mencari jalan untuk meninggalkan perbuatan rasuah
tersebut. Sesungguhnya jika hal ini dibiarkan ia akan menjadi semakin berleluasa dan semakin
parah. Oleh itu, guru juga seharusnya bijak memilih kawan agar tidak tersilap langkah
terpengaruh dan terjebak di dalam kegiatan rasuah ini.
Langkah ketiga ialah bergantung kepada individu itu sendiri untuk berubah. Guru yang terlibat
dalam penyalahgunaan wang perlu sentiasa bermuhasabah diri dan hidup mengikut kemampuan
kewangan diri sendiri. Guru perlu pandai dalam menguruskan urusan kewangan diri dan
keluarga. Sentiasalah menabung dan menyimpan wang untuk digunakan di waktu kesusahan
ISL MINGGU 10

pada masa akan datang. Perbelanjaan perlu dilakukan dengan cara yang berhemah dan tidak
mengikut kehendak dan tidak membanding-banding dengan penjawat awam yang lain. Dengan
adanya simpanan, guru dapat menggunakan simpanan tersebut apabila berada dalam kesusahan
dan apabila mengalami kecemasan. Guru tidak perlu berada dalam keadaan yang terdesak dan
tertekan untuk mendapatkan wang dan menjadikan guru hilang pertimbangan untuk
menyalahgunakan wang sekolah.
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi masalah kes penyalahgunaan wang ialah kerajaan
haruslah menanam nilai-nilai murni ke dalam diri pegawai-pegawai kerajaan. Sebagai contoh,
kerajaan haruslah menganjurkan kursus untuk pegawai kerajaan dan pegawai swasta menyertai
supaya dapat menaikkan potensi mereka semasa menjalankan tugasan mereka dalam pejabat.
Dengan itu, kandungan dalam kursus yang dianjurkan ini haruslah mengandungi aspek
pembangunan rohani yang berteraskan ajaran agama. Ini juga dapat menggalakkan pegawai
kerajaan supaya mereka boleh berpegang teguh kepada agama masing-masing.
Langkah yang seterusnya untuk mengatasi maslah kes ini ialah kerajaan haruslah
menguatkuasakan undang-undang untuk mencegah kes rasuah dan jenayah wang yang semakin
banyak dalam negara ini. Oleh itu, satu operasi dan evolusi yang sistematik dan terancang
mestilah dirangka supaya dapat membantu menyiasat sesiapa pegawai kerajaan yang terlibat
dalam kes rasuah ataupun penyalahgunaan wang. Operasi-operasi yang dianjurkan ini perlulah
mendapat kerjasama dan galakkan yang banyak kakitangan awam mahupun swasta. Bukan
sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala sosial ini
tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang yang
dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita. Tindakan mahkamah mengenakan
hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah berbanding dengan jumlah wang yang
diambil oleh mereka telah memberikan satu pandangan negatif terhadap keupayaan sistem
kehakiman kita untuk menangani isu ini. Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi
kepada pihak-pihak tertentu untuk mengambil risiko melakukan penyalahgunaan wang.

5.0 Rumusan
Kesimpulannya, pembangunan sahsiah merupakan satu fokus yang begitu penting terutamanya
dalam konteks pendidikan yang melibatkan para pendidik. Menurut Abdul Jalil (1998),
pembangunan sahsiah yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan
nilai-nilai budaya dalam masyarakat dengan pembangunan intelektual merupakan kejayaan
kepada masyarakat dan negara. Ia merupakan satu wadah pengisian dalam kehidupan individu
yang melibatkan aspek rohani, jasmani, intelek dan emosi iaitu selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
Perubahan yang positif akan membentuk individu yang berdikari dengan segala nilai positif yang
murni. Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina akhlak, peribadi dan tingkah laku
ISL MINGGU 10

dengan matlamat menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni dan berdaya maju (Mohd
Nasir etal. 2006)
Sikap integriti perlu berada kukuh dalam diri para guru. Integriti iaitu bukti atau kualiti kejujuran
dan mempunyai prinsip nilai-nilai moral yang tinggi juga perlu wujud dalam setiap diri umat
manusia. Walaupun era telah berubah dari masa kemasa, tapi nilai hati budi serta sifat jujur tidak
patut diubah kerana itulah nilai yang patut diikuti oleh setiap tamadun, iatu nilai integriti.
Amalan penyalahgunaan wang yang bertentangan dengan nilai ini semestinya akan diusahakn
cara untuk melupuskannya dan sebagai alternatif ke-3 iaitu ibubapa patut memberikan contoh
yang baik kepada anak-anak. Sebagai anak pula, kita perlu mematuhi ibubapa kita dan menjaga
nama baik keluarga.
Sebagai seorang guru yang bertanggungjawab, kita perlu membanteras amalan yang tidak
bermanfaat ini. Kita perlu buktikn bahawa penyalahgunaan wang ini tidak berguna dan hanya
memburukkan lagi keadaan. Kita telah diberikepercayaan untuk dipatuhi bukan untuk dikhianati,
jadi hargailah kepercayaan yang diberikan oleh orang lain.
Secara kesimpulannya, guru sebagai penjawat awam perlu berpegang teguh kepada kod etika
yang telah digariskan. Isu isu pelanggaran kod etika keguruan seperti isu penyalahgunaan wang
disekolah perlu dibendung daripada terus menular kerana ianya membawa kesan yang buruk
terhadap profesion keguruan, pembangunan modal insan dan masa depan anak bangsa. Kod etika
keguruan adalah untuk dihayati dan dipatuhi bagi mengawal tingkahlaku guru serta demi
menjaga imej profesion perguruan. Jika para guru itu sendiri yang tidak mematuhinya maka etika
keguruan itu hanyalah sekadar perhiasan sahaja.
Pada masa kini, bukan murid sahaja yang berubah dan bergerak pantas selari dengan
perkembangan teknologi malah guru juga turut sama berubah sehinggakan meninggalkan nilai-
nilai moral yang baik. Guru seharusnya memastikan nilai moral dan sahsiah itu tetap kukuh
dalam diri murid walau arus perubahan tetap berlaku.
Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama iaitu, para guru, sekolah dan masyarakat bagi
memastikan isu isu ini dapat diselesaikan dengan segera. Pihak masyarakat tidak seharusnya
terus memberi hukuman kepada profesion guru dengan memandang serong terhadap semua guru
walaupun mereka tidak bersalah. Pihak sekolah pula haruslah sentiasa peka dengan sistem
pengurusan sekolah dan memastikan semua guru di sekolah mematuhi etika perguruan dengan
baik . Pihak sekolah juga perlu tegas dalam mengenakan sebarang tindakan terhadap guru
bermasalah supaya isu penyalahgunaan wang ini tidak berulang lagi. Dengan itu, kita berharap
agar profesion keguruan ini terus dihormati dan dipercayai.


ISL MINGGU 10

LAIN-LAIN ISU

Anda mungkin juga menyukai

  • Doa Ketika Jatuh Cinta
    Doa Ketika Jatuh Cinta
    Dokumen3 halaman
    Doa Ketika Jatuh Cinta
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Guru Agen Sosial N Perubahan
    Guru Agen Sosial N Perubahan
    Dokumen23 halaman
    Guru Agen Sosial N Perubahan
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Format RPH Sains
    Format RPH Sains
    Dokumen2 halaman
    Format RPH Sains
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Teks Ramah Tamah Aidilfitri
    Teks Ramah Tamah Aidilfitri
    Dokumen4 halaman
    Teks Ramah Tamah Aidilfitri
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Isl M12
    Isl M12
    Dokumen38 halaman
    Isl M12
    Hani Halim
    Belum ada peringkat
  • Kegunaan Tenaga
    Kegunaan Tenaga
    Dokumen1 halaman
    Kegunaan Tenaga
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Puding Karamel
    Puding Karamel
    Dokumen1 halaman
    Puding Karamel
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Kesan Tun An
    Kesan Tun An
    Dokumen36 halaman
    Kesan Tun An
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • SPBT Banner
    SPBT Banner
    Dokumen3 halaman
    SPBT Banner
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Kuliah 5
    Kuliah 5
    Dokumen23 halaman
    Kuliah 5
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Isl
    Isl
    Dokumen14 halaman
    Isl
    Arni Arvella Etiqazz
    Belum ada peringkat
  • Doodle Pantun
    Doodle Pantun
    Dokumen12 halaman
    Doodle Pantun
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • PEMBELAJARAN SENDIRI
    PEMBELAJARAN SENDIRI
    Dokumen4 halaman
    PEMBELAJARAN SENDIRI
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Puding Karamel
    Puding Karamel
    Dokumen1 halaman
    Puding Karamel
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Aspek Penerangan: Isl Minggu 15
    Aspek Penerangan: Isl Minggu 15
    Dokumen2 halaman
    Aspek Penerangan: Isl Minggu 15
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Isl
    Isl
    Dokumen14 halaman
    Isl
    Arni Arvella Etiqazz
    Belum ada peringkat
  • Selam at
    Selam at
    Dokumen1 halaman
    Selam at
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Isl M2
    Isl M2
    Dokumen6 halaman
    Isl M2
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Miggu 12 ISL
    Miggu 12 ISL
    Dokumen4 halaman
    Miggu 12 ISL
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • NOTA Interview
    NOTA Interview
    Dokumen2 halaman
    NOTA Interview
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Kegunaan Tenaga
    Kegunaan Tenaga
    Dokumen1 halaman
    Kegunaan Tenaga
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Tulang Belakang Compability Mode
    Tulang Belakang Compability Mode
    Dokumen1 halaman
    Tulang Belakang Compability Mode
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Fakta Sains
    Fakta Sains
    Dokumen4 halaman
    Fakta Sains
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Kegunaan Tenaga
    Kegunaan Tenaga
    Dokumen1 halaman
    Kegunaan Tenaga
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Isl
    Isl
    Dokumen14 halaman
    Isl
    Arni Arvella Etiqazz
    Belum ada peringkat
  • Hutan Mediterranean
    Hutan Mediterranean
    Dokumen5 halaman
    Hutan Mediterranean
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • KEMAHIRAN MENDENGAR
    KEMAHIRAN MENDENGAR
    Dokumen1 halaman
    KEMAHIRAN MENDENGAR
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Presentation It-Bulan Kelahiran
    Presentation It-Bulan Kelahiran
    Dokumen13 halaman
    Presentation It-Bulan Kelahiran
    syedputra_teen
    Belum ada peringkat
  • Acara Larian Pecut
    Acara Larian Pecut
    Dokumen1 halaman
    Acara Larian Pecut
    Hamidah Jamaludin
    Belum ada peringkat