Anda di halaman 1dari 6

Lumba haram di kalangan remaja

Bilangan pelajar sekolah yang terbabit dengan kejadian jenayah di negeri Kedah
ini disifatkan pada tahap serius berikutan 344 pelajar, termasuk perempuan,
ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah sepanjang tahun lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kebanyakan pelajar itu
berusia 15 hingga 17 tahun yang juga pelajar tingkatan tiga, empat dan lima,
manakala jenayah popular di kalangan mereka ialah jenayah kekerasan seperti
pergaduhan, kecurian, lumba haram dan penyalahgunaan dadah.

Penglibatan remaja dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat telah menjadi satu isu
dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.Isu lumba haram telah
banyak diperdebatkan di dada-dada akhbar saban hari.Pihak kerajaan telah
mengambil tindakan terhadap gejala ini daripada terus berlaku tetapi masalah ini
semakin berleluasa dari sehari ke sehari.Oleh itu,kita perlu mengenal pasti
punca-punca berlakunya lumba haram dan cara mengatasinya dalam kalangan
remaja untuk membendung daripada kudis menjadi tokak.
Salah satu punca berlakunya gejala lumba haram dalam kalangan remaja adalah
disebabkan oleh sikap tidak acuh ibu bapa.Dalam dunia yang diingkari kemajuan
sains dan teknologi ini,ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya masing-
masing.Mereka memberi kebebasan sepenuhnya dan terlalu mempercayai anak-
anak mereka.Hal ini akan menyebabkan berlakunya masalah putusnya
komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak mereka.Ibu bapa yang sibuk dengan
pekerjaan mereka kerap menghabiskan masa di luar rumah sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengambil tahu akan hal anak-
anak.Atas tanggapan bahawa tanggungjawab mengajar hanyalah tugas guru
dan pendidik,ibu bapa ini tidak acuh dengan pendidikan tidak formal yang
bermula dari rumah.Mereka seharusnya tahu dan waspada dengan perubahan
sikap,pergaulan dan kegiatan semasa anak mereka.Ketiadaan pengawasan
daripada ibu bapa yang hanya menyerahkan keperluan fizikal kepada anak-anak
telah mendorong gejala ini terus berlaku.Natijah ini seharusnya diberi fokus yang
sewajarnya oleh ibu bapa.
Seterusnya,pengaruh media massa yang menayangkan filem atau rancangan
yang keterlaluan menjadi punca gejala sosial ini berleluasa.Dalam era globalisasi
ini banyak terdapat teknologi canggih dan moden seperti televisyen,internet,dan
sebagainya.Media massa menyiarkan program yang berunsur aksi ganas
terutama aktiviti lumba haram menimbulkan rasa ingin mencuba di dalam naluri
remaja.Remaja juga gemar menjadikan sesuatu yang mereka lihat sebagai
cabaran untuk melakukannya.ontohnyafilem-filem seperti okyo riftast
And he uriousInitial-dan Kuala Lumpur Menjerit telah mendorong
golongan remaja mempelajari aksi-aksi pelakon yang diaggap bergaya dalam
filem-filem tersebut.Dalam filem tersebut,mereka ghairah mengubahsuaikan
motosikal mereka seperti yang ditunjukkan dalam filem sehingga mengabaikan
cirri-ciri keselamatan.Mereka juga bersikap memberontak dan sengaja tidak
mahu yang lebih proaktif melibatkan diri dalam lumba haram.
Selain itu, lumba haram turut membawa banyak kesan kepada remaja.Lumba
haram sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya di kalangan pelumba
haram motosikal. Terdapat juga kes langgar lari yang berpunca daripada lumba
haram. Oleh itu, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu
punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya.Nyawa yang berharga
amat sia-sia jika terhilang dengan hanya ingin menikmati keseronokan yang
pendek sahaja.

Lumba haram turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan maksiat
di kalangan remaja yang semakin serius kerana selain menyediakan hadiah
wang yang sememangnya mempunyai kaitan dengan perjudian, penganjur
perlumbaan haram juga turut menyediakan hadiah bohsia untuk ditiduri.Ini akan
menambahkan bilangan remaja perempuan yang menjual harga diri mereka
untuk menguntung wang yang banyak dalam masa yang singkat.
Perlumbaan haram turut berperanan dalam memajukan industri automotif
berikutan penambahan jualan kereta dan motosikal serta pengubahsuaian
kenderaan. Sungguhpun demikian, persaingan di kalangan pelumba haram
mengakibatkan pelumba haram membazirkan banyak wang dengan sia-sia untuk
mengubahsuai kenderaan mereka supaya lebih berkuasa dan tabiat sebegini
sudah tentu merugikan diri mereka sendiri.



Langkah untuk mengatasi masalah lumba haram dalam kalangan remaja ialah
ibu bapa perlu memberi perhatian yang secukupnya terhadap anak-anak
mereka.Dalam mendidik anak,ibu bapa harus bijak dan berupaya untuk
mengawasi tingkah laku anak mereka dengan berkesan terutama anak yang
sudah mencapai umur remaja.Ibu bapa perlu mengenakan satu tahap disiplin
dan dalam masa yang sama menyayangi anak mereka dengan sepenuh hati
untuk memberi satu perasaan disayangi dalam diri anak mereka.Ibu bapa perlu
meluangkan masa berbual bersama anak-anak mereka untuk mendengar luahan
serta rintihan hati mereka.Oleh itu,ibu bapa menjadi benteng pertama dalam
usaha untuk menyelesaikan masalah yang melanda anak-anak mereka.Di
samping itu,ibu bapa perlu memberi pendidikan agama kepada anak-anak.Ibu
bapa mendidik anak mereka dengan akhlak-akhlak yang baik.Contohnya,mereka
diberi hukuman apabila mereka membuat kesalahan dan ibu bapa harus
memberitahu kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka.Dengan adanya
perhatian yang secukupnya daripada ibu bapa,anak-anak tidak akan terjebak
dalam lumba haram.
Selain itu, peranan kerajaan amat penting dakam menangani lumba haram
ini.Pihak polis membuat lebih banyak sekatan jalan raya di kawasan-kawasan
berisiko tnggi berlakunya perlumbaan mototosikal ini.Tindakan pihak polis yang
lebih proaktif menyebabkan remaja berfikir dua kali sebelum terlibat dalam
tindakan negatif ini kerana menyedari tindakan mereka sudah dihidu oleh pihak
berkuasa awal-awal lagi.Pihak polis juga perlu membuat pengumunan awal
tentang hasrat mereka mengadakan sekatan jalan raya untuk memberi amaran
awal kepada remaja supaya tidak melakukan tindakan dengan membuat
perlumbaan motosikal di situ.Tindakan pantas dan bijak pihak kerajaan terutama
pihak polis menyebabkan remaja tidak berani melakukan aktiviti tidak sihat ini.

Kesimpulannya, gejala lumba haram dalam kalangan remaja bukan isu baru
kerana sudah lama berlaku di negara kita. Walau bagaimanapun, sejak
kebelakangan ini masalah tersebut menjadi semakin serius berikutan sikap
remaja yang tidak mempunyai semangat untuk memajukan diri, masyarakat dan
negara. Mereka lebih suka membuang masa dengan aktiviti yang tidak
berfaedah seperti lumba haram yang akhirnya akan menghancurkan masa
depan mereka. Oleh itu, semua pihak hendaklah berganding bahu berusaha
menangani gejala lumba haram dalam kalangan remaja pada hari ini sebelum
nasi menjadi bubur.

Anda mungkin juga menyukai