Anda di halaman 1dari 17

1

Kaedah Soal Jawab



1.0 Pendahuluan

Pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur
memerlukan guru menguasai kaedah yang tepat. Kaedah merujuk kepada prosedur-
prosedur mengajar yang wujud berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang
digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan adalah
berlandaskan teori linguistik dan psikologi. Oleh itu, sesuatu kaedah yang digunakan
tidak boleh bercanggah daripada pendekatan. Kaedah bersifat prosedur yang terdiri
daripada langkah-langkah dan peringkat-peringkat yang teratur yang harus dituruti
dengan saksama untuk mencapai tujuan tertentu.

Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan Pembelajaran adalah salah
satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak balas daripada
pelajar sama ada mereka memahami atau tidak tajuk yang disampaikan. Selain itu,
soalan juga dapat membantu pelajar secara langsung dalam meningkatkan prestasi
pelajaran mereka.

Teknik menyoal adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada pelajar.
Khususnya, guru menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada
mereka memahami pelajaran baru.

Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan dengan
menyoal dapat membantu pelajar mengukuhkan hubungan dan menyatukan
kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi
perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan boleh
2

menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajran yang baik ( Groisser, 1964 :
193 )

2.0 Objektif Penyoalan

Secara umumnya apabila guru ingin menyoal pelajar, guru akan memberi
soalan kepada keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan
jawapn, barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab
soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan
kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat
merangsang pemikiran pelajar.

Selain itu, tujuan menyoal adalah untuk memperoleh maklum balas tentang
pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa kebanyakan penilaian
adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa setiap soalan mesti ada
objektifnya iaitu:

a) Menggerak Minda Murid
Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal
jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis
terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh
menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan.

b) Menilai Pemahaman Pelajar
Guru dapat mengukur tahap kefahaman pelajar dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu latihan sebelum
menghadapi ujian atau peperiksaan.
3

c) Membimbing Pelajar

Pelajar biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan
jawapan. Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan
pelajar. Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan
panduan kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan
mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.

d) Merentas Pembelajaran

Proses pembelajaran pelajar harus berlaku secara aktif sepanjang masa.
Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam sesuatu mata
pelajaran kepada situasi yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )

e) Menggalakkan Mutu Pemikiran Yang Tinggi

Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan,
penggabungan atau sintesis dan penilaian( Zawawi,1988:215)

f) Mengekalkan Perhatian Murid

Guru dapat mengenal pasti tingkah laku pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak pelajarnya sedang berkhayal
atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan semula
perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar terbabit( Zawawi, 1988: 215 )

4

g) Mengeratkan Interaksi

Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan murid
dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid sesama murid
penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 )

Objektif yang telah disebutkan di atas, menjadi asas tujuan guru
menggunakan teknik menyoal kepada para pelajar di dalam kelas. Dengan
menggunakan teknik menyoal yang betul, sudah pasti suasana kelas akan lebih aktif
dan seturusnya pengajaran dan pembelajaran guru akan lebih berkesan.

3.0 Aras-aras penyoalan

Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran guru
hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan. Bloom dalam
bukunya Taxonomy of Education objective membahagikan enam peringkat aras-
aras penyoalan:
Pengetahuan
Kefahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian

5

Enam aras ini boleh diaplikaskan dalam mata pelajaran Pengetahuan Ugama
Islam di sekolah-sekolah menengah. Sebagai contoh, ketika guru mengajar
pelajaran Tauhid, dalam tajuk khas Ilmu Tauhid. Guru boleh menggunakan soalan
dalam pelbagai bentuk aras seperti berikut:

Pengetahuan

Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan calon mengingat
kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, difinisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang
telah dipelajari.

Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan, berikan,
terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan.
Contoh:
1) Berikan pengertian Ilmu Tauhid?
2) Nyatakan nama-nama lain bagi ilmu Tauhid ?

Kefahaman

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon
memahami, menterjemah dan meninterpretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau
bahan yang telah dipelajari.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa,
huraikan dan lain-lain.

6

Contoh:
1) Mengapa Ilmu Usuluddin dinamakan juga sebagai ilmu Tauhid ?
2) Terangkan ilmu Marifat yang telah kamu pelajari ?

Aplikasi

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon
menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk
menyelesaikan masalah.

Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan,
carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain.

Contoh :

1) Huraikan kepentingan mempelajari ilmu Tauhid ?
2) Bagaimana kita mengenal Allah ?

Analisis

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji keboleham calon membuat
perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor Perbezaan, kesamaan dan
hubungkait antara satu sama lain.

7

Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, Analisis,
cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya.

Contoh :

1) Bezakan maksud ilmu Kalam dan ilmu Marifat ?
2) Bandingkan ilmu Tauhid dan ilmu Fiqh ?

Sintesis

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon
menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir
dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui prinsip induksi atau deduksi.

Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan,
membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan,
gabungkan dan lain-lain.

Contoh:
1) Rumuskan tentang nama-nama lain dalam ilmu Tauhid ?
2) Buat kesimpulan tentang perkara-perkara dalam Rukun Iman ?



8

Penilaian

Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon
membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi
komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, perinsip, teori dan lain-lain.

Perkataan yang biasa digunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan,
berikan komen dan sebagainya.

Contoh :

1) Berikan pendapat kamu tentang orang yang engkar tentang percaya adanya
Allah ?
2) Berikan dalil Naqli dan dalil Aqli tentang adanya Allah Taala ?

Contoh :
1) Berikan pendapat kamu tentang orang yang engkar tentang percaya adanya
Allah ?
2) Berikan dalil Naqli dan dalil Aqli tentang adanya Allah Taala ?

4.0 Tujuan soal-jawab

Teknik paling lama dan popular digunakan dalam pendidikan. Teknik ini
berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid-murid secara berkesan. Teknik
9

ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan berkaitan dengan isi
pelajaran, dan murid perlu memberi tindak balas yang sewajarnya.

Terdapat tiga tujuan utama teknik soal jawab :
Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid
-untuk menggalakkan murid berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis
-untuk mendorong murid menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar

5.0 Perkara-perkara yang perlu ditekankan dalam kaedah soal jawab

Berikut adalah kemahiran teknik menyoal yang perlu diamalkan oleh setiap
guru :
1. Pembentukan soalan yang jelas, tepat dan ringkas.
2. Fokus kepada satu idea/ atau lebih daripada satu idea.
3. Sebaran ke seluruh kelas. Kurang digalakkan kepada individu tertentu bagi
mengelakkan yang lain-lain berasa 'selamat'.
4. Melakukan hentian di temnpat yang sepatutnya.
5. Melayan semua jawapan pelajar dengan baik tanpa membuatkan pelajar terasa
didiskriminasi/ pilih kasih.
6. Memberi petua/ petunjuk dan peluang yang secukupnya kepada pelajar yang
tidak dapat menjawab.
7. Mencungkil pemikiran pelajar di dalam memberi pendapat dan idea baru.
8. Jangan sesekali memarahi pelajar dengan kata-kata negatif apabila mereka
gagal menjawab soalan.

10

6.0 Kaedah soal jawab dalam pembelajaran kooperatif

Telah diketahui bahawa kaedah soaljawab boleh digunakan untuk
menggalakkan murid berfikir menggunakan pengetahuan sedia ada yang
digabungkan dengan pandangan (penilaian, justifikasi, andaian, inferens, jangkaan
dan sebagainya) untuk membolehkan murid melihat sesuatu fenomena secara lebih
luas. Penggunaan penyoalan Sokratik (pelbagai soalan pelbagai dimensi
dikemukakan untuk menggalakkan murid berfikir secara aktif dan mencari
jawapannya) pelbagai aras domain kognitif Taksonomi Anderson dan Krathwohl
(2000) {mengingat, memaham, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta},
akan dapat meningkatkan daya berfikir murid (pembelajaran berfikrah). Soalan-
soalan yang baik (melibatkan kata tanya 5W1H) akan membuat murid meneroka
maklumat baru (melalui perbincangan, perkongsian, pencarian maklumat,
berkolaborasi) untuk mendapatkan jawapan terbaik. Penggunaan tujuh lingkaran
soalan akan memantapkan lagi pemahaman murid tentang sesuatu tajuk atau
konsep yang dipelajari.

Pembelajaran kooperatif menyediakan peluang kepada murid untuk
berbincang, menyemak dan menilai kefahaman rakan, berkolaborasi dengan orang
lain serta melakukan refleksi pembelajaran.

Saya memilih teknik Number-Head-Together (pembelajaran kooperatif)
sebagai contoh. Murid akan berada dalam kumpulan masing-masing seramai empat
orang setiap kumpulan (sebaiknya untuk peringkat rendah, guru menentukan ahli-
ahli kumpulan melibatkan pelbagai gaya belajar dan keupayaan). Setiap ahli dalam
kumpulan akan ditandai dengan nombor 1 hingga 4. Guru akan mengemukakan
soalan kepada kelas (pastikan soalan-soalan telah disediakan terlebih awal dengan
turutan yang betul).


11

Contoh soalan untuk tajuk aqidah Allah Maha Kuasa.

1. Apakah maksud kuasa? Apakah yang kamu faham dengan maksud
berkuasa? Soalan mencabar konsep (aras mengingat /memaham) lingkaran
satu: perkara

2. Apakah perbezaan antara kuasa dan berkuasa? Soalan mencabar konsep
dan interpretasi (aras memaham / menganalisis) lingkaran satu: perkara


3. Siapakah yang mempunyai kuasa? Soalan meminta penjelasan (aras
mengingat) lingkaran tujuh: perkara dan luar

4. Apakah perbezaan kuasa manusia dan kuasa Allah? Soalan meminta
pandangan, penjelasan dan interpretasi tentang konsep (aras memaham)
lingkaran lima: perkara dan luar


5. Sejauh manakah manusia dapat menunjukkan kuasanya? Soalan mengenai
pandangan (aras menilai) lingkaran lima: perkara dan luar

6. Mengapakah kuasa manusia dikatakan bergantung kepada kuasa Allah?
Soalan meminta alasan dan penjelasan (aras menganalisis) lingkaran lima:
perkara dan luar


7. Bagaimanakah caranya Allah menunjukkan kuasaNya ke atas manusia dan
alam semesta? Soalan meminta penjelasan (aras memaham) lingkaran lima:
perkara, dan luar

8. Apakah contoh-contoh kuasa Allah ke atas manusia dan alam
semesta?.Soalan meminta alasan dan bukti (aras memaham)

12

9. Bilakah manusia dapat menjadi saksi kepada kekuasaan Allah? Soalan
meminta penjelasan (aras mengingat)


10. Mengapakah percaya kepada Allah Maha Berkuasa menjadi penting dalam
kehidupan anda? Soalan implikasi dan akibat (aras menganalisis) lingkaran
empat

11. Apakah kemungkinan akan berlaku sekiranya anda tidak percaya dengan
kekuasaan Allah? Soalan implikasi dan akibat (aras menilai)


12. Bagaimanakah kepercayaan kepada kuasa Allah dapat mengukuhkan iman?

Guru akan memberikan waktu untuk murid berbincang dalam kumpulan.
Kemudian guru akan memanggil nombor secara rawak (antara nombor 1 hingga 4)
dan murid dengan nombor yang dipanggil akan menjawab bagi pihak kumpulannya.
Untuk menjimatkan masa atau untuk melatih murid meningkatkan kemahiran
mendengar, guru boleh mengemukakan dua atau tiga soalan sekaligus (bergantung
kepada tahap murid) dan murid yang dipanggil nombornya akan menjawab soalan-
soalan yang berlainan walaupun semua murid telah membincangkan soalan yang
sama. Harus diingat bahawa dengan berfikir dan berbincang untuk mencari jawapan
secara aktif, proses ingatan akan dapat bertahan lebih lama berbanding sekadar
mendengar fakta dan maklumat daripada guru secara pasif.

Guru boleh mengakhiri kelas dengan mengedarkan borang pengurusan grafik
banding beza antara kuasa makhluk dan kuasa Allah. Berdasarkan kepada
maklumat yang diperolehi, murid akan membuat rumusan sendiri tentang Allah
Maha Berkuasa.


13

7.0 Kategori-kategori Soalan lain

Terdapat juga cara lain untuk mengkategorikan soalan. Ia boleh dilakukan
menurut fungsinya yang utama, umpamanya:
i. Soalan-soalan mengikut urutan (First-Order Question)
Soalan bentuk ini adalah soalan mudah yang biasa digunakan. Soalan ini dikatakan
mengikut urutan kerana ia mengikut urutan pendedahan maklumat yang diberikan
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

ii. Soalan-soalan mencungkil
Soalan-soalan mencungkil merupakan jenis soalan yang dapat mencungkil
pengetahuan pelajar secara beransur-ansur. Teknik ini juga menghendaki guru
untuk menghasilkan soalan-soalan yang kreatif serta jelas dan mudah agar pelajar
tidak berasa bosan.

iii. Soalan-soalan terbuka
Soalan-soalan terbuka merupakan bentuk soalan bebas yang berupaya menilai
keupayaan dan pengetahuan pelajar. Di samping itu pelajar juga boleh menyoal
guru sebaliknya bagi tujuan mendapatkan kepastian dan penjelasan lebih lanjut.
Tindak balas seperti ini adalah sesuatu yang diharapkan agar guru dapat mengenal
pasti kedudukan pemahaman pelajar.

iv. soalan-soalan bercapah
Soalan-soalan bercapah merupakan soalan yang mampu menjana pemikiran secara
meluas. Soalan-soalan yang subjektif akan membantu pelajar meluaskan skop
pemikiran dan ini sangat penting bagi mereka.

14

8.0 Kesan Kemahiran Penyoalan dan Pengajaran dan Pembelajaran
Terdapat banyak kesan teknik penyoalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Di
antaranya ialah seperti yang berikut:
i. Murid bertambah aktif
Menambahkan minat pelajar dan mengelakkan mereka daripada berasa jemu. Ia
juga akan dapat menguji pengetahuan sedia ada pelajar.
ii. Dapat mengenalpasti masalah pelajar
Sekiranya pelajar tidak dapat menguasai sesuatu topik pelajaran, dia akan sukar
atau tidak dapat menjawab soalan yang dikemukakan. Oleh itu, guru akan dapat
mengenalpasti masalah pelajar.
iii. Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar.
Menerusi teknik ini, hubungan guru dan murid akan lebih erat dan pelajar lebih
bersedia dan berkeyakinan menghadapi sesuatu ujian.
iv. Membantu pelajar
Teknik penyoalan juga akan dapat membantu pelajar menjangkakan soalan-soalan
yang mungkin atau menjangkakan tajuk-tajuk penting dalam peperiksaan. Ini
membolehkan mereka untuk mengulangkaji topik-topik berkenaan.

9.0 Peranan Guru
Apabila kita bercakap tentang teknik mengajar, kita sebenarnya menumpukan
perhatian kepada pencapaian guru yang mengajar, iaitu cara tertentu yang
dilakukannya dengan menggunakan kemudahan bahan pengajaran serta langkah
yang diamalkannya. Seorang guru menjadi tumpuan pelajar kerana dia sendiri akan
bertanggungjawab bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu pengajaran
dan pembelajaran yang dirancangkannya.

15

Dalam teknik penyoalan, pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan
kemahiran ini sangat mementingkan peranan guru. Peranan guru amat penting
untuk menentukan proses teknik ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
Kemahiran guru untuk mempelbagaikan teknik soalan akan dapat membantu proses
pengajaran dan pembelajaran terlaksana dengan baik dan berkesan.

Teknik soal jawab yang baik merupakan aspek penting dalam pengajaran dan
pembelajaran kerana soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu
menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim pembelajaran
yang lebih dinamik dan berkesan.















16

10.0 Kesimpulan

Kemahiran menyoal dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan
antara suatu perkara yang penting dalam menguasai ilmu pengetahuan. Dalam bilik
darjah, setiap pelajar akan mengemukan soalan kepada guru bertujuan untuk
memahami setiap konsep yang disampaikan oleh guru semasa didalam kelas.
Melalui teknik penyoalan ini, guru akan menerangkan isi-isi penting agar pelajar
dapat memahami serta membolehkan pelajar meningkatkan pemikiran mereka ke
tahap yang lebih tinggi. Melalui teknik penyoalan ini pelbagai ilmu dapat dikuasai
oleh setiap pelajar sama ada di peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah
menegah mahupun di IPT-IPT. Melalui teknik seperti ini juga dapat membantu
pelajar supaya bergiat secara aktif dalam menguasai bidang ilmu dengan lebih giat
lagi. Guru juga perlulah mengemukakan soalan kepada pelajar agar pelajar dapat
berfikir mengenai topik yang dipelajari supaya mereka dapat memahami dengan
mudah dan berkesan. Oleh itu kemahiran menyoal dalam pengajaran dan
pembelajaran amat penting dapat bidang











17

Rujukan
faffhttp://pancaindera.wordpress.com/

http://semuliakeredhaanmu.blogspot.com/2010/02/kaedah-dan-teknik-soal-
jawab.html
http://sk-belajar.blogspot.com/2010/05/teknik-penyoalan-dalam-pengajaran-dan.html
http://catatannota.blogspot.com/2012/02/tajuk-3-kaedah-teknik-pengajaran.html
http://shamsina-gurupendidikanislam.blogspot.com/2011/07/bagaimana-
menggunakan-kaedah-soaljawab.html