Anda di halaman 1dari 22

Manfaat Dan Khasiat Buah Terong Untuk Kesehatan

Buah Terong adalah artikel yang akan kita bahas pada artikel Manfaat Buah Terong untuk
kesepatan kali ini, Buah terong kadang di sebut juga dengan Buah Terung, dan dalam
bahasa latin buah ini di sebut dengan Solanum melongena, buah ini merupakan buah yang
di jadikan sayuran. dan buah terong di percaya berasal dari Sri Langka dan juga India.
Banyak orang yang menyukai sayur terong ini, namun banyak pula orang yang tidak
menyukai buah terong ini dengan alasan tertentu.

Ilustrasi Buah Terong

Nah seperti Halnya pada kesempatan dahulu kita telah membahas secara tuntas
mengenaiManfaat buah Durian, maka sama dengan hari ini kita akan mencoba membahas
mengenai Khasiat Buah Terong yang mana sangat berguna untuk Kesehatan tubuh kita ini,
Mari kita lihat saja di bawah ini.
Khasiat Buah Terong Untuk Kesehatan

Manfaat Buah Terong Untuk Mencegah Aterosklerosis.
Berdasarkan hasil percobaan yang dilakukan pada kelinci, menunjukankan bahwa kelinci
yang diberi terong secara terus menerus terbukti dapat menurunkan lemak dalam
pembuluh arteri mereka sehingga dapat terhindar dari resiko aterosklerosis.

Khasiat Buah Terong Menurunkan Resiko Serangan Jantung.
Berkat kandungan serat, beta karoten dan anti oksidan yang tinggi membuat terong
menjadi salah satu tanaman yang dapat mencegah seseorang terkena serangan jantung
bila mengkonsumsinya secara teratur.

Manfaat Buah Terong Untuk Menurunkan Syaraf Yang Tegang.
Kandungan skopoletin dan scoparone yang terdapat pada terong diyakini dapat
menurunkan guncangan psikologi dan mengurangi stres. Selain itu terong juga dapat
mencegah epilepsi dan faktor penyebab stres yang lain.

Khasiat Buah Terong Untuk Mencegah Resiko Kanker.
Berdasarkan sebuah penelitian di Jepang, membuktikan bahwa terong merupakan salah
satu sayuran yang dapat mencegah resiko kanker. Hal ini disebabkan oleh adanya
kandungan inhibitor pada sayuran ini.

Manfaat Buah Terong Untuk Menurunkan Hipertensi.
Terong memiiki kadar atau jumlah kalium yang cukup tinggi yaitu sekitar 217mg /100gram.
Kandungan kalium yang cukup tinggi ini efektif mencegah hipertensi.

Semoga artikel yang blog Khasiat Daun Alami yang kami berikan ini kepada teman-teman
bisa bermanfaat di hari depan, jangan lupa untu membagikan artikel ini kepada teman-
teman anda semua, melalui media sosial seperti facebook dan juga Google Plus, terima
kasih.


Info pegaga:
Nama Botani Centella asiatica (L) Urban
Nama lain
Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu),
Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui
(Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India)
Famili Umbelliferae
Pengenalan
Pegaga (Centella asiatica (L) Urban) berasal dari
kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri
Lanka dan Madagascar. Kemudian ia tersebar ke
kawasan Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain
seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur,
West Indies, Amerika Selatan dan Australia. Ia didapati
tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan
dengan air (di persisiran sungai dan tali air).
Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka
manakala terdapat juga spesies yang memerlukan
keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh
menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada
setiap ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ginjal
dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi
mengikut jenis. Lebar daun antara 35 cm dan
panjang tangkai daun boleh mencapai 15 cm mengikut
kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya
dalam jambak 34 kuntum dengan kelopak berwarna
putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih
berukuran di sekitar 3 mm dan kelihatan seperti biji cili.
Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella
asiatica, Merremia emarginata danHydrocotyle spp.
Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati
berbagai-bagai jenis penyakit.
Khasiat dan
Kegunaan
Pegaga mengandungi bahan aktif seperti
triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid
asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids
(kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin,
camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti
campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid
amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik,
asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di
Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum
utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi
kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam,
bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk
badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai
tonik kecerdasan minda.
KETERANGAN:
PEGAGA atau nama saintifiknya Centella asiatica adalah tumbuhan ubatan yang mudah
dikenali, di temui dan tumbuh liar di kawasan luar bandar.
Ia merupakan tumbuhan herba yang menjalar, tumbuh di tempat lembap dan redup.
Terdapat pelbagai jenis pegaga yang boleh didapati
Antara jenis-jenisnya ialah :-
1. Pegaga cina atau pegaga nyonya yang berdaun kecil,
2. Pokok Pegaga Daun Lebar,
3. Pokok Pegaga Kelantan,
4. Pokok Pegaga Renek
5. Pokok Pegaga Salad
6. Pokok Pegaga Gajah
7. Pokok Pegaga Brunei
Dahulu pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung justeru kegunaannya juga amat
terhad. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.iadikatakan
berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-
negaraASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran
baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan
pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya
yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk
memanjangkan umur.
Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan
selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan
dijadikan kerabu. Selain dimasak untuk dijadikan gulai, sayur, ulam bersama sambal dan
dimakan bersama nasi yang panas, untuk menambahkan selera makan kerana daunnya
yang wangi. juga digunakan sebagai perubatan. Di Sri Lanka pula pegaga dijadikan bubur
dan diberikan pada kanak-kanak pra sekolah untuk menghalang kekurangan nutrien.
Kini masyarakat semakin sedar tentang khasiat pegaga dan tumbuhan berkenaan makin
mendapat sambutan hangat di kalangan pengguna.
Semua jenis pegaga mempunyai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamain A
dan C
KHASIAT
Pegaga diketahui berkhasiat bagi menyegarkan badan.
Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit kusta,
juga dipercayai berupaya melambatkan kulit kedut, menyembuhkan demam, melancarkan
peredaran darah, merawat pitam, mengurangkan berat badan, awt muda, rawatan lepas
bersalin, meningkatkan kecergasan minda, menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan
suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan
kulit dan sebagainya. Selain itu digunakan juga untuk menyembuh beberapa penyakit
antaranya ialah kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina,
menghilangkan bintik-bintik hitam di muka dan ubat darah tinggi. Daun pegaga juga boleh
merawat kecantikan anda.
(a) Serikan Wajah Anda.
Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya, direbus dengan dua gelas air sehingga
tinggal segelas air rebusan itu, tapiskan dan sejukkan. setelah itu, minumlah sekali sehari
setelah makan malam, amalkan seminggu 3 kali. Anda akan dapati wajah anda alan lebih
berseri.
(b) Kecutkan Peranakan
Bagi wanita yang mengalami masalah peranakan kembang atau lepas kedatangan haid
bolehlah makan pucuk pegaga dengan buat ulam atau digulai. Amalkan setiap hari
sehingga peranakan kecut.
(c) Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Muka
Daun pegaga yang ditumbuk halus dan kemudian dicampurkan dengan bedak sejuk amat
mujarab untuk menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.
Caranya:
Ambil 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam, kemudian ditumbuk halus dan
campurkan air garam dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan sedikit air suam.
Amalkan memakainya pada muka anda setiap malam dan cucilah pada keesokan harinya.
Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam di muka akan berseri. Amalan
kerap memakan pegaga boleh menjadikan seseorang itu awet muda dan tubuh badan tidak
gemuk
Untuk menyejukkan badan, biasanya pegaga diambil secara segar sebagai ulaman, dan
diminum sebagai tonik untuk kecergasan otak.
Pengambilan pegaga secara segar memerlukan bekalan bahan mentah yang berterusan.
Hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Institusi Penyelididkan dan Pembangunan
Pertanian Malaysia (MARDI), Faridah Hussin telah berjaya menghasilkan minuman pegaga
daripada empat jenis minuman iaitu minuman pegaga, minuman pegaga halia, minuman
pegaga madu dan minuman pegaga halia madu. Beliau telah berjaya membangunkan
suatu teknologi praperlakuan ke atas pegaga dengan menggunakan larutan garam pada
peratus yang amat rendah. Peratusan ini telah berjaya menstabilkan klorofil yang amat
sensitif kepada pemprosesan dan penyimpanan kerana ia akan berubah warna daripada
hijau kepadahijau keperangan.
Dalam penghasilkan produk-produk ini, pegaga segar dikisar begitu saja atau ditambah
halia pada peratus yang telah ditetapkan dan dicampur dengan sedikit larutan garam.
Kemudian pegaga akan ditapis dan ekstrak jus akan dicampurkan dengan maadu, asid
sitrik, penstabil makanan semulajadi dan ditambah dengan air sehingga ke isi padu yang
ditetapkan.



KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Terung.
Nama Saintifik : Solanum
melongena

Komposisi Nutrien :
Kandungan Amaun/100g
Protein 0.5 g
Karbohidrat 4.0 g
Kalsium 14.0 mg
Besi 0.2 mg
Fosforus 21.0 mg
Kalium 76.0 mg
Natrium 13.0 mg
Vitamin B1 0.03 mg
Vitamin B2 0.06 mg
Vitamin C 9.7 mg
Niacin 0.10 mg
KETERANGAN BOTANI

Batang :
Bercabang dan warnanya bergantung kepada varieti.Terdapat bulu-bulu halus pada batangnya .

Akar :
Sistem akar tunjang dan akar berserabut .

Daun :
Terdapat bulu-bulu halus pada daunnya.Perbezaan warna mengikut varieti .

Bunga :
Bunga mempunyai tangkai pendek dan berbentuk bintang .

Buah :
Buahnya berbentuk panjang atau bulat.Warnanya berbeza-beza dari putih, hijau atau ungu mengikut
varieti .

Kultivar :
Varieti Ping Tung Long
Bentuk buah Buah berbentuk panjang lurus
dan berwarna ungu gelap
Panjang buah 25 - 27 cm panjang dengan
garis pusat 3 - 3.5 cm
Berat buah 160 - 170 g
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
25-35C

Taburan hujan :
340-515 mm/musim

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut,tanah BRIS dan tanah bekas lombong

pH tanah :
5.5 - 6.8

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur, batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan
tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut),
1-3 tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha (tanah mineral).

Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 375 - 400 g
Rawatan biji benih : Guna racun captan pada kadar
3g/1000 g benih.
Masa menyemai : 6 minggu sebelum menanam
Masa mengubah : 6 minggu sebelum menanam
Jarak tanaman : 90 cm di antara pokok
dalam satu baris dan 150 cm di antara baris
Kepadatan tanaman : 16,000 pokok
Menyulam : 1 minggu
selepas menanam
Pemasangan junjung/penyokong : 1 bulan selepas menanam

Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem
ini adalah RM 5,000 - RM 8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah
saliran.Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Tanah Jenis Baja
Kadar
(t/ha/musim)
Masa
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
10
2
-1 *
2,5,8,11&14
Gaul dalam tanah keliling pokok
Baging
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
30
3
-1 *
2,5,8,11&14
Gaul dalam tanah keliling pokok
2. Bekas Lombong
Pasir
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
30
3
-1 *
2,5,8,11&14
Gaul dalam tanah keliling pokok
3. Gambut NPK12:12:17:2 2 2,6,10&14 minggu Keliling pokok
4. Mineral
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
5
1.5
-1 *
2,6,10&14
Gaul dalam tanah keliling pokok
* Satu minggu sebelum menanam

PENGURUSAN PEROSAK
Jenis Serangga/Penyakit Simptom Amalan Kultur Cara Kawalan
Kumbang Daun
(Epilachna indica)
Daun berkeadaan lutsinar. - i. carbaryl
ii. trichlorfon
Pengorek pucuk dan
buah
(Leucinodes orbornalis)
Pucuk layu dan buah berlubang-lubang halus. Kutip dan musnah buah yang
diserang
i. permethrin
ii. lambda
cyhalothrin
Ulat lipat daun
(Psara bipunctalis F.)
Ulat menggulung daun dan memakan tisu-tisu di
bahagian dalam daun.
- i. carbaryl
ii. acephate
Kutu daun
(Aphis spp.)
Buah berparut, daun berkerekot dan pokok
terbantut.
Kutip dan musnah pokok yang
diserang.

Hamama Daun berkerekot, berbintik dan berkarat. - i. formothion
ii. propargite
Layu bakteria
(Pseudomonas
solanacearum)
Pokok menjadi layu, batang dan ranting menjadi
kecut dan kering
Musnah pokok yang
berpenyakit -
Reput buah
(Phomospsis vexans)
Bahagian yang diserang berwarna perang. Buah
menjadi lembut dan reput.
Kutip dan musnah buah yang
diserang.
-
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
11 - 12 minggu selepas menyemai .

Hasil (kg/ha) :
20,000 - 30,000

Tempoh kutipan hasil :
3 - 5 bulan

Cara memungut :
Buah dipetik dengan tangkainya .

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :
Pemilihan, penggredan dan pembungkusan.

Penyimpanan :
5 - 10C, Kelembapan relatif 90-95% dan boleh tahan selama 2 minggu


KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Bendi
Nama Saintifik : Abelmoschus
esculentus , Hibiscus esculentus (L.)

Komposisi Nutrien :
Kandungan Amaun/100g
Air 89.8%
Protin 1.7 g
Karbohidrat 5.9 g
Lemak 0.1 g
Serabut 1.0 g
Kalsium 77.0 mg
Zat Besi 1.3 mg
Karotena beta 200 ug
Thiamine 0.1 mg
Riboflavin 0.2 mg
Nocotinamide 0.7 mg
Asid askorbik 19.3 mg
Fosforus 32.0 mg
KETERANGAN BOTANI

Batang :
Tegak, berwarna hijau dan mempunyai banyak cabang. 1.0 - 2.0 m tinggi.

Daun :
Berwarna hijau, berbentuk palmate dan mempunyai susunan alternate . Tangkai daun berwarna hijau atau
kemerahan.

Bunga :
Besar, kelopak berwarna kuning dengan warna merah tua di tengah-tengah.

Buah :
Jenis yang popular berwarna hijau, berbentuk bersegi-segi dan berbulu .

Kultivar :
Ciri-ciri BE 1 BE 2
Tinggi pokok (cm) 150 - 180 155
Panjang buah (cm) 12.5 - 17.0 12 - 18
Bilangan segi 5 7
Warna buah Hijau muda Hijau tua
Hasil (tan/ha) 20 - 24 15 - 2 0
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
24 - 32C .

Taburan hujan :
300 mm/musim

Ketinggian :
Sehingga 500 m atas parat laut

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong .

pH tanah :
5.5 - 6.5

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30cm. Pengapuran dilakukan
tidak kurang 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan pada kadar 3-7.5 tan/ha (tanah gambut), 1-3
tan/ha (tanah BRIS) dan 3-5 tan/ha bagi tanah mineral.

Penanaman di ladang :
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 3 kg
Rawatan biji benih : Guna racun thiram pada kadar 3g/1000 g biji benih.
Jarak tanaman : 90 cm di antara pokok dalam 1 baris/batas 1.5 m di antara baris
Kepadatan tanaman : 5,487 pokok
Menyulam : 1 minggu selepas menanam

Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem
ini adalah RM 8,000 - RM 10,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi
masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalirkan air bertakung ke parit utama .

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Tanah Jenis Baja
Kadar
(t/ha/musim)
Masa
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
10
1.0
-1 *
2,6,10&14
Gaul dalam tanah keliling pokok
Baging
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
30
2.0
-1 *
2,6,10&14
Gaul dalam tanah keliling pokok
2. Bekas Lombong
Pasir
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
30
2.0
-1 *
2,6,10&14
Gaul dalam tanah keliling pokok
3. Gambut
NPK12:12:17:2 1.2
2,6&12 Keliling pokok
4. Mineral
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
5
1.0
-1 *
2,6,10&14
Gaul dalam tanah keliling pokok
* Satu minggu sebelum tanam

PENGURUSAN PEROSAK
Jenis
Serangga/Penyakit
Simptom Amalan Kultur Kawalan Kimia
Bintik Daun
(Cercospora)
Kelihatan tompok hitam pada daun . -
i. benomil
ii. mancozeb
Penggorek buah
(Earias fabia)
Buah berlubang. Kutip dan musnah buah yang diserang
i. diazon
ii. acephate
Kepinding buah
(Dysdercus cingulatus)
Buah menjadi bantut dan terdapat lubang-
lubang di permukaan buah.
- i. carbaryl
Ulat lipat daun
(Sylepta derogata)
Larva menggulung dan memakan daun dari
dalam.
Kutip dan musnah telor, larva serangga
dan daun yang bergulung
i. diazinon
ii. carbaryl
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
50 - 55 hari selepas menanam.

Hasil (kg/ha) :
20,000

Tempoh kutipan hasil :
3 - 6 bulan

Ciri buah masak :
Buahnya rapuh dan berwarna hijau muda

Cara memungut :
Potong buah 2 cm pada tangkai buah .

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :
Pemilihan, penggredan dan pembungkusan

Penyimpanan :
5 - 10C dengan 90 - 95% kelembapan relatif. Boleh tahan selama 1 - 1.5 minggu


SERAI MAKAN
Nama saintifik : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf.
Nama biasa : Lemongrass
Nama tempatan : Serai makan
Famili : Graminae
Pendahuluan.
Serai makan tergolong ke dalam rumput di kawasan tropika
yang berbau dan ia hampir sama dengan serai wangi di Cina.
Dikatakan bahawa pokok serai makan berasal dari India yang
ditanam bagi tujuan penghasilan minyak sejak tahun 1888.
Bau minyak serai makan seakan-akan bau limau atau sitrus
yang digunakan sebagai bahan pewangi dalam pembuatan
sabun, bahan pencuci dan bahan-bahan penghasilan lain.
Serai makan merupakan pembekal utama bahan citral yang
digunakan sebagai bahan mentah dalam penghasilan
pewangi, gula-gula dan minuman.
Ciri-Ciri Tumbuhan
Serai makan merupakan sejenis rumput yang mempunyai
jangkahayat yang panjang dan mengeluarkan bau. Tumbuh
dengan rapat dan daunnya keluar dari rizom. Serai makan
boleh tumbuh mencapai sehingga 1 m tinggi. Daunnya
berbentuk sesil iaitu tidak mempunyai tangkai daun, ringkas,
berwarna hijau, lurus, bersusun secara teratur dan daunnya
boleh mencapai ukuran 40cm x 1cm. Daunnya licin, urat
daun selari, tirus di bahagian hujung dan pangkal daun.
Daunnya berpelepah, memanjang dan berfungsi sebagai
batang. Pokok serai makan juga mengeluar bunga pada
peringkat matang. Rizomnya kuat dan tegap, menjalar, tahan
lasak dan berwarna kuning keputihan apabila dipotong.
Tabiat Tumbuhan
Serai tumbuh secara liar di kebanyakkan negara di Asia, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai
makan biasanya ditanam di kawasan belakang rumah. Serai makan merupakan pokok yang
tahan
lasak dan boleh hidup dengan subur dalam pelbagai jenis tanah. Walau bagaimanapun
sekiranya
ditanam bagi tujuan penghasilan minyak, kawasan yang paling sesuai ialah di kawasan yang
bersaliran baik dan subur.Bahagian Yang Digunakan : Daun, Batang, Root
Amalan Tradisi Perubatan
Minyak pokok serai makan adalah herba yang bernilai tinggi untuk rawatan senak perut, perut
memulas, gastrik dan muntah. Ia bertindak sebagai minyak angin untuk rawatan sakit sendi
yang
kronik, terseliuh dan rawatan sakit-sakit yang ringan.
Di Malaysia, serai makan digunakan untuk merawat diuretik iaitu melaawas kencing, tonik dan
meransang pengeluaran peluh, merawat buah pinggang dengan meminum air serai makan
sebagai tea. Batangnya digunakan untuk menghasilkan bau wangi kepada makanan. Tampalan
daunnya yang dilumatkan boleh menghilang sakit gigi dan sakit sendi (reumatik). Ekstrak serai
makan boleh menghalau nyamok. Air rebusan daun dan akar serai makan boleh mencuci buah
pinggang dan sakit perut. Manakala ekstrak akarnya digunakan sebagai pewangi shampoo dan
minyak wangi

Pokok Pandan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pandan

Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuha
n
(tiada
peringkat):
Angiosper
ms
(tiada
peringkat):
Monocot
s
Order: Pandanal
es
Keluarga
:
Pandanac
eae
Genus: Pandanus
Spesies: P.
amaryllifolius
Nama binomial
Pandanus amaryllifolius
Roxb.
Pokok Pandan (Pandanus amaryllifolius) merupakan sejenis pokok yang banyak kegunaannya bagi
orang-orang Melayu. Ia digunakan sebagai pewangi makanan seperti air sirap, dan dalam upacara
tertentu seperti sebagai bunga rampai dalam istiadat perkahwinan Melayu.
Di Malaysia, pokok pandan dibezakan antara pandan biasa dan pandan wangi. Pokok Pandan
Wangi adalah lebih kecil daunnya, tetapi berbau lebih wangi.
Pokok Pandan merupakan sejenis tumbuhan tropika dalam keluarga genus Pandanus dan
digunakan dengan meluas dalam masakan di Asia Tenggara. Ia adalah pokok hijau menegak
dengan daun panjang halus seperti bilah berjambak dan akar berkayu. Pokok ini adalah mandul dan
jarang berbunga, dan ia membiak melalui keratan.
Pokok Pandan jarang terdapat secara meliar tetapi ditanam dengan meluas bagi perisa dalam
masakan. Daunnya digunakan segar atau dikeringkan dan terdapat secara dagangan dalam bentuk
beku dikedai runcit Asia di negara di mana pokok pandan tidak tumbuh. Ia memiliki bau botani
berkacang yang meningkatkan perisa masakan Asia, terutama hidangan nasi dan kuih. Daun
pandan kadang kala direndam dalam santan, yang kemudiannya ditambah dalam masakan. Ia boleh
diikat dan dimasak bersama makanan. Ia juga boleh dianyam bentuk bakul yang digunakan sebagai
bekas bagi memasak nasi. Ayam berbalut pandan, atau gai ob bai toey, adalah masakan Thailand
dengan ayam dibalut dengan daun pandan dan digoreng. Daun ini juga digunakan sebagai perasa
bagi pencuci mulut seperti kek pandan dan r sirap.
Ia dikenali sebagai pandan wangi di Indonesia dan l da di Vietnam. Daun pandan memiliki ciri-ciri
penyingkir lipas.
[1]

Ciri-ciri bau pandan dihasilkan oleh sebatian bau 2-acetyl-1-pyrroline yang turut memberi bau roti
putih, beras jasmine dan beras basmati, dan bunga roti (Vallaris glabra).
[2]
.


Rumpun pandan
Rujukan[sunting | sunting sumber]
1. Panjat

KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Lada, Cabai, Cili
Hijau, Cili Merah
Nama Saintifik : Capsicum annum

Komposisi Nutrien :
Kandungan Amaun/100g
Protein 2.8 g
Karbohidrat 9.5 g
Lemak 0.7 g
Serabut 0 g
Kalsium 15.0 mg
Besi 1.8 mg
Fosforus 80 mg
Kalium 0 mg
Natrium 0 mg
Karotena beta 2730.0 ug
Vitamin B1 0.2 mg
Vitamin B2 0.1 mg
Vitamin C 175.0 mg
Niacin 0.7 mg
KETERANGAN BOTANI

Batang :
Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau. . Buku warna hijau atau ungu .

Akar :
Sistem akar tunjang dan akar serabut.

Daun :
Berwarna hijau muda ke hijau tua.Bentuknya 'lanceolate' .

Bunga :
Berwarna putih, dari ketiak daun .

Buah :
Merah dan tirus dihujung .

Cara Pendebungaan :
Persenyawaan sendiri. Persenyawaan silang (30%)

Kultivar :
Varieti Ciri-ciri
Kulai Tinggi pokok 70-80 cm, panjang buah 10-15 cm, 7-10 g/biji. Rasanya sangat pedas. Sederhana tahan kepada antraknos
(Baris 15) dan virus. Tahan kepada layu bakteria. Hasil sebanyak 15-20 tan/ha.
MC 4
Tinggi pokok 60-70 cm, panjang buah 7-10 cm, 10-15 g/biji, rasa kurang pedas. Rentan pada antraknos dan virus.
Hasil sebanyak 12-20 tan/ha.
MC 5
Tinggi pokok 100-200 cm, panjang buah 10-157 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil
sebanyak 15-25 tan/ha.
MC 11
Tinggi pokok 85-110 cm, panjang buah 8-20 cm, 7-10 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan virus dan
sedikit tahan pada Choanephora . Hasil sebanyak 17-24 tan/ha.
MC 12
Tinggi pokok 60-80 cm, panjang buah 10-13 cm, 12-14 g/biji, rasanya pedas. Rentan pada antraknos dan Choanephora
dan 'escape' pada virus. Hasil 15-29 tan/ha.
KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :
20-33 C .

Taburan hujan :
1500-2000 mm/tahun.

Ketinggian :
Sehingga 500 m atas parat laut

Jenis tanah :
Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.

pH tanah :
5.5 - 6.8

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :
Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran dilakukan
tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan. Kadar mengapur adalah 20-25 tan/ha.
Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik .

Penyediaan anak benih:
Jenis bahan tanaman : Biji benih
Keperluan biji benih : 300-500 gm
Rawatan biji benih : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih .
Masa menyemai : Enam minggu sebelum menanam
Tempat menyemai : Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian

Penanaman di ladang :
Umur anak benih : 6 minggu
Jarak tanaman : 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara baris
Kepadatan tanaman : 8,570 pokok.
Menyulam : 1 minggu selepas menanam
Junjung pokok : Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam

Pengurusan Air :
Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi sistem
ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi masalah
saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama .

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Jenis Tanah Jenis Baja
Kadar
(t/ha/musim)
Masa
(Minggu lepas tanam)
Cara
1. Bris
Rudua
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
10
2
-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling pokok
Baging
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
30
3
-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling pokok
2. Bekas Lombong
Pasir
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
20
3
-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling pokok
3. Gambut NPK12:12:17:2 2 2,8 & 14 Keliling pokok
4. Mineral
Tahi ayam
NPK12:12:17:2
5
1.5
-1 *
2,8 & 14
Gaul dalam tanah keliling pokok
* Satu minggu sebelum tanam

PENGURUSAN PEROSAK
Jenis
Serangga/Penyakit
Simptom Cara Kawalan
Kutu Daun
(Aphis spp.)
[Vektor virus]
Daun kerekot, bunga gugur dan buah
terbantut .
Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selepas
mengubah ke ladang. Selepas 2.5 bulan di ladang, sembur
dengan permethrin, cypermethrin atau dimethoate apabila
serangan virus melebihi 20% populasi pokok yang ditanam.
Kutu Trips
(Thrips spp.)
[Vektor virus]
Daun kerekot dan bunga gugur .
Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid selang 7-10
hari sehingga pokok berumur 2.5 bulan. Sembur racun
chlorpyrifos atau malathion jika serangan virus melebihi 20%
selepas pokok berumur 2.5 bulan
Lalat buah Daun bertukar menjadi kekuningan, Sembur dengan chloryrifos pada masa mula berbuah. Sembur
(Bactrocera spp.) akhirnya perang, kering serta berkedut. . dengan 'protien bait' yang dicampur dengan racun perosak.
Antraknos
(Colletotrichum capsici)
Bintik yang lekok dan berpusar berwarna
keperangan terdapat di kulit buah. Bintik
bertukar menjadi kehitaman. .
Rawat biji benih dengan captan . Musnah buah yang diserang
Sembur mancozeb (0.01 % b.a)
Bintik daun
(Cercospora capsici)
Bintik kecil berwarna perang pada daun.
Musnah bahagian yang diserang penyakit. Sembur dengan
benomyl. Amalkan tanaman giliran dengan sayuran lain.
Reput pangkal
(Sclerotium rolfsii)
Daun-daun kelihatan layu. Pangkal dan
akar menjadi hitam dan reput.
Cabut dan bakar pokok yang diserang.
Layu bakteria
(Pseudomonas
solanacearum)
Daun-daun kelihatan layu dan menjadi
kuning. Jika akar atau batang dipotong
dan direndam dalam air, ianya
mengeluarkan cecair jaluran putih.
Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit. Tentukan saliran
baik. Gilirkan tanaman.
KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :
2.0 - 2.5 Bulan selepas menyemai .

Hasil (kg/ha) :
15000

Tempoh kutipan hasil :
3 - 6 bulan

Ciri buah masak :
Hijau tua kemerahan - pasaran segar. Merah sepenuhnya.

Cara memungut :
Buah dipetik dengan tangkainya.

Masa mengutip :
Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :
Pemilihan, pembasuhan, penggredan an pembungkusan.

Penyimpanan :
Suhu 5 - 8 C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 3-6 minggu.

Anda mungkin juga menyukai