Anda di halaman 1dari 11

PENGUMUMAN

8.30AM Program Hari Anugerah kecemerlangan akan berlangsung


sehingga pukul 12.30 tengahari.
Pelajar diminta memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang
program berlangsung.
Para pengawas dan semua guru diminta memberi kerjasama
dengan mengawasi para pelajar.
Pelajar diminta tidak membuat bising, berbual-bual dan
menunjukkan reaksi tidak berminat ketika berada dalam majlis.
Majlis akan melibatkan tetamu luar, jaga nama baik sekolah.
Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan majlis. Pergerakan keluar
daripada majlis mestilah dengan kebenaran guru.
Pelajar diminta duduk dalam keadaan paling selesa, teratur dan
tersusun.
Pelajar juga tidak dibenarkan untuk bersorak ketika majlis
berlangsung.
Sila berikan tepukan kepada kawan yang berjaya memperoleh
kecemerlangan.
Tindakan tegas akan diambil ke atas pelajar yang menganggu
perjalanan majlis atau melakukan perkara yang tidak dibenarkan.
Pelajar diminta menyanyikan lagu negaraku dengan penuh
semangat

KETIBAAN
8.30AM Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Azahar bin Hj
Mohammad Hassan ( Pegawai Khas Kepada YB Dato Sri Hj Jamaluddin
Bin Dato Jarjis) wakil YB Dato Hj Wan Kadri Bin Wan mahusin
(ADUN Bukit Ibam), YDP PIBG En. Ismail Bin Taib, diiringi oleh Guru
Besar Sk Muadzam Shah, Barisan Pentadbir dan tetamu-tetamu
jemputan.
HARI UCAPAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH
SK MUADZAM SHAH
14 NOVEMBER 2013

Semua hadirin diminta berdiri.

Memulakan atur langkah majlis, marilah sama-sama kita mengumandang
suara untuk menyanyikan lagu Negaraku bersama iringan muzik. Semua
hadirin diminta berdiri dan bersedia.

(Nyayian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin
dipersilakan duduk.


UCAPAN ALUAN

8.40AM
Ulik Mayang nyanyian asli
Dilagu sigadis merdu sekali
Terima Kasih sekalung budi
Sudi datang ke majlis merai..

Buku Pelawat serahan hati
Tanda ingatan kekal abadi
Biar padu seteguh jati
Budaya kita junjungan budi

Yang Berbahagia
En Azahar bin Hj Mohammad Hassan ( Pegawai Khas Kepada YB
Dato Sri Hj Jamaluddin Bin Dato Jarjis) wakil YB Dato Hj Wan Kadri
Bin Wan mahusin (ADUN Bukit Ibam),



Yang Berusaha
Pn Ruziah bt Ajib,
Guru besar SK Muadzam Shah

Yang Berusaha,
En Ismail bin Taib
YDP PIBG SK Muadzam Shah

Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,

Yang Dikasihi, rakan- rakan guru, para ibubapa serta pelajar- pelajar
yang sekalian.


Assalamualaikum wbt , salam sejahtera, Salam Keilmuan dan Salam 1
Malaysia.

Warga cemerlang tersenyum manis
Hadir bersama ibu bapa wibawa
Sambutan anugerah penyeri majlis
Sematkan gagah di dalam jiwa


Selamat datang ke Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian SK Muadzam
Shah 2013. Marilah kita bersama-sama seiring dan sederap melangkah
dalam menjayakan majlis sambutan hari ini.

Setiggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya dapat kita berhimpun di sini dengan penuh
kedamaian dan keamanan bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-
pelajar yang menunjukkan kecemerlangan di bidang pendidikan.
BACAAN DOA

8.50AM
Anugerah di kecap si anak watan
Mengangkat senjata bidalan suara
Menadah tangan memohon keberkatan
Mendapat restu hidup sejahtera

Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz
Hairuddin Bin Omar untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan

Terima kasih kepada Ustaz Hairuddin Bin Omar atas bacaan doa
sebentar tadi.
UCAPAN GURU BESAR

8.55AM

Pepatah-petitih Adat Melayu
Warisan amalan sejak dahulu
Pohon keizinan barang sewaktu
Ucapan Guru Besar amat dialu

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya menjemput
Yang Berusaha , Pn Ruziah bt Ajib , Guru Besar SK Muadzam Shah
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

UCAPAN

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN PERASMI

9.05AM

Pahlawan Melayu Gagah Perkasa,
Sungguh terkenal serata negeri,
Tuan sudah diberi kuasa,
Sudilah kira, pohon merasmi

Dengan ini majlis dengan penuh rasa takzim ingin menjemput Yang
Berbahagia
En Azahar bin Hj Mohammad Hassan ( Pegawai Khas Kepada YB
Dato Sri Hj Jamaluddin Bin Dato Jarjis) wakil YB Dato Hj Wan Kadri
Bin Wan mahusin (ADUN Bukit Ibam),
untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Hari Ucapan
Dan Penyampaian Anugerah SK Muadzam Shah. Dipersilakan

(Ucapan)

Terima kasih diucapkan kepada Berbahagia
En Azahar bin Hj Mohammad Hassan atas ucapan seterusnya
perasmian majlis Hari Ucapan dan Penyampaian SK Muadzam Shah
tahun 2013.

PERSEMBAHAN ICT

9.20AM

Hadirin dan Hadirat yang dihormati,

Proses diajar, belajar dan mengajar
Membentuk modal insan lebih gemilang
Menghasilkan modal insan elok akhlaknya
Melahirkan watan yang mantap jati diri
Melahirkan generasi kemenjadian dan harapan

Lanjutan perasmian, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
multimedia yang merakamkan pelbagai detik suka duka SKEMS pula.
Kita saksikan..

(Persembahan Multimedia)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi
dan semoga kita semua mendapat serba sedikit informasi yang berguna
darinya.

PENYAMPAIAN HADIAH DAN ANUGERAH

9.30AM
Terbang tinggi si burung helang
Berkicau kenari sambil berterbangan
Insan cemerlang Negara terbilang
Anugerah diberi tanda kecemerlangan.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar dimulakan dengan penyampaian
hadiah dan anugerah kepada pelajar - pelajar Pra Sekolah.

Sehubungan itu, majlis dengan hormatnya mempersilakan Pn.Ruziah Bt
Ajib untuk menjemput dan dan mengiringi YDP PIBG En.Ismail Bin
Taib untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar
terlibat.

(Baca Senarai Nama Penerima Hadiah Mengikut Urutan)

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah kepada para
pelajar tahun 1 hingga tahun 6 atas pencapaian matapelajaran terbaik,
kedudukan di dalam kelas dan kehadiran penuh bagi sesi persekolahan
tahun 2013.

(Baca Senarai Nama Penerima Hadiah Mengikut Urutan)

Tahniah kepada semua penerima anugerah sebentar tadi dan jutaan
terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG En.Ismail Bin Taib dan
Pn.Ruziah Bt Ajib atas penyempurnaan majlis itu..
PERSEMBAHAN 1- Koir Tahap 1

9.45AM

Bagi menambahkan seri majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
menyaksikan persembahan koir yang tertajuk daripada pelajar-
pelajar tahap 1.

(Persembahan)

Begitulah tadi persembahan yang mantap dan bersemangat daripada
anak-anak kita. Persembahan itu tadi dibawah pimpinan En. Zamani Bin
Abdullah selaku guru muzik SK Muadzam Shah.

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN KEPIMPINAN SEKOLAH

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil penghargaan kepada
barisan kepimpinan sekolah yang terdiri daripada Pengawas Sekolah,
Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pengawas BOSS yang membantu
bahagian buku teks, Ketua dan Penolong Ketua Kelas.

Dengan ini, dipersilakan Guru Besar Pn. Ruziah Bt. Ajib diiringi oleh Pn.
Rohana Bt Mat Yatim Guru Penolong Kanan Kokurikulum bagi
menyempurnakan majlis.

(Baca Senarai Nama Penerima Hadiah Mengikut Urutan)

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan pelajar yang telah
memberikan kerjasama yang jitu di sepanjang tahun 2013 ini.

Majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Guru Besar
dan Penolong Kanan Ko kurikulum di atas penyampaian sijil sebentar
tadi.

PERSEMBAHAN 2- Drama Tari

Tidak cukup dengan satu persembahan, kita akan dihidangkan lagi
dengan persembahan Drama Tari daripada pelajar-pelajar tahap 1
SKEMS. Sama-sama kita saksikan

(Persembahan)

Semoga semua hadirin terhibur dengan persembahan yang telah
dijayakan oleh para pelajar dibawah pimpinan Cikgu Roziana Bt Ahmad
Radzi dan Cikgu Khatijah Bt Ali.

ANUGERAH TOKOH MURID & ANUGERAH KHAS 2013
Seterusnya tibalah kita kemuncak anugerah kecemerlangan SK
Muadzam Shah 2013 iaitu Anugerah Tokoh Murid 2013.
Dengan ini dipersilakan Berbahagia
En Azahar bin Hj Mohammad Hassan ( Pegawai Khas Kepada YB
Dato Sri Hj Jamaluddin Bin Dato Jarjis) wakil YB Dato Hj Wan Kadri
Bin Wan mahusin (ADUN Bukit Ibam),
diiringi oleh Pn.Ruziah Bt. Ajib untuk menyempurnakan majlis
penyampaian.

Dimulakan dengan Anugerah Tokoh Kurikulum kategori lelaki
Beliau merupakan
(Baca lampiran)
Dijemput adikHAZIQ HAFIZIN BIN SHAHRUL SUHAIMI
Tahniah diucapkan kepada HAZIQ HAFIZIN.diatas penganugerahan itu

Seterusnya bagi Anugerah Tokoh Kurikulum kategori perempuan
Beliau merupakan
(Baca lampiran)
Dijemput adikNUR HANINA BT MD HISHAM

Tahniah diucapkan kepada adik NURHANINA dan..diatas
penganugerahan itu tadi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi Anugerah tokoh kokurikulum kategori lelaki.
Pihak sekolah dengan sebulat suara memilih adik sebagai
penyandang Anugerah tersebut. Dipersilakan

Adik . merupakan(baca lampiran)

Bagi kategori perempuan pula, dengan ini dijemput adik.. yang dipilih
sebagai Tokoh Kokurikulum SK Muadzam Shah 2013. Adik .. (baca
lampiran)
--------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagi Anugerah seterusnyaadik ini telah Berjaya mendapat gred 5A
dalam peperiksaan percubaan UPSR, terpilih sebagai kadet terbaik
perkhemahan Remaja Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013, di
anugerahkan pangat emas dalam perkhemahan perdana Tunas Kadet
Remaja Sekolah peringkat Negeri Pahang. Beliau juga pernah menyertai
pertandingan sajak dalam Karnival Ko Akademik Bahasa MElayu Daerah
Rompin serta menyertau secara aktif Project Based Learning Sekolah-
sekolah negeri Pahang.
Dengan ini majlis menjemput Tokoh Tunas Gemilang Tahun 2013
adik..

Pihak sekolah juga menyediakan satu lagi anugerah khas bagi murid-
murid Asli di sekolah ini. Anugerah ini dibahagi kepada 4 kategori iaitu
kategori tahap 1 lelaki dan perempuan dan tahap 2 lelaki dan perempuan.
Dengan ini majlis menjemput adik.. dan adik . Bg tahap satu. Dan
adik. dan adik. bg tahap dua.



PENYAMPAIAN SIJIL GURU

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada pentadbir dan guru-
guru SK Muadzam Shah yang begitu komited dalam menjana
kecemerlangan sekolah.
(Nama guru penerima sijil)



***KEPUTUSAN UPSR

Dipersilakan penerima Anugerah 5A dalam peperiksaan UPSR 2013

Seterusnya Anugerah 5A dalam peperiksaan UPSR 2013

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
atas kesudian menyampaikan Anugerah Kecemerlangan itu tadi.


PERSEMBAHAN 3 Assemble Recorder

Kini kita disajikan dengan satu lagi persembahan, Assable Rekoder
yang akan disampaikan oleh pelajar- pelajar tahap 2 . sama-sam kita
saksikan..

( Persembahan )

Terimakasih diucapkan atas persembahan yang menarik itu tadi.
Persembahan itu tadi di bawah bimbingan En Zamani bin Abdullah.

UCAPAN PENUTUP

Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, majlis kita sudah tiba
dipenghujungnya.
Kami bagi pihak AJK Pelaksana , mengucapkan setinggi tahniah dan

syabas kepada semua penerima anugerah.Sesungguhnya tiada kejayaan
tanpa iltizam yang padu.

Bagi pihak sekolah , majlis juga merakamkan ucapan terima kasih
kepada tetamu jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan
masa untuk hadir pada majlis ini . Terima kasih kalungan budi juga
diberikan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung bagi memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan
sempurna.

Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi

Hinggap tempua di hujung dahan
Kenari berbalah berebut taman
Sajian tersedia jemputlah makan
Awal bismillah menjamah hidangan

Sekian . Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.
Dijemput para tetamu kehormat untuk kebilik jamuan,manakala ibu bapa
dan pelajar dijemput ke kantin untuk jamuan ringan.

Anda mungkin juga menyukai