Anda di halaman 1dari 1

PERMAINAN KECIL BERASASKAN TGFU

KATEGORI : SASARAN (TARGET)


Gambar rajah 1.1 Permainan Hungry Basket
NAMA PERMAINAN : HUNGRY BASKET
BILANGAN PEMAIN : 3 orang pemain pada satu masa (3 pasukan)
CARA DAN PERATURAN PERMAINAN:
1. Tujuan permainan ini adalah untuk memberi makan(bola) kepada bakul yang
sedang lapar.
2. Keempat empat pemain mesti berada di garisan yang ditetapkan.
3. Setiap pasukan dibekalkan dengan 8 biji bola.
4. Pemain mestilah melontarkan bola secara bergilir-gilir ke dalam bakul yang
digerakkan secara bertentangan dari kiri ke kanan.
5. Jarak antara garisan dengan bakul adalah 3 meter manakala jarak antara bakul
dengan bakul adalah 0.5 meter (seperti dalam gambar rajah 1.1).
6. Masa permainan adalah tidak terhad.
7. Permainan akan diteruskan oleh pasukan yang lain setelah bola yang
dibekalkan telah habis digunakan.
8. Pasukan yang kalah akan menjadi korban kepada bakul yang sedang lapar
dengan mengemaskan kembali peralatan kepada tempat asal.
PETUNJUK DAN ALATAN
= peserta = bakul
= bola = arah gerakan bakul
= kon = arah bola dimasukkan


CARA PEMARKAHAN:
1. Setiap bakul mempunyai markah yang berbeza iaitu bakul pertama bernilai 2
markah dan bakul kedua bernilai 4 markah.
2. Jika bola tersasar daripada bakul, peserta tidak akan mendapat sebarang
markah.
3. Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.
4. Sekiranya kiraan mata adalah sama, pasukan tersebut akan bertanding sekali
lagi bagi menentukan pemenang.
5. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Anda mungkin juga menyukai