Anda di halaman 1dari 13

Tokoh-Tokoh Kemerdekaan

Mat Kilau

Mat Kilau (1847-1970) merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang
menentang penjajah British di Pahang
Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau
adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok Gajah. Mat Kilau dipercayai
lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana
yang dikenali sebagai Dikir Pahang. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan
berlaga buah keras.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis
yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, dari Kampung Kedondong. Imam Daud
adalah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang
dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya. Hasil
perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin
barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan
sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih
mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau
juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan
secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang merupakan mufti
pahang ketika itu.
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh
dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada
hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh
menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan, selain dipercayai menjadi
kediaman para jin islam.


Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah
menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau
mempunyai cara pemikiran yang matang. Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok
Gajah berada di Pekan,Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding
dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau
suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi
seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat.
Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan
amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang
diketahui namanya ialah Pawang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali(khatib),
Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.



Mat Kilau ketika menceritakan sejarah perjuangan beliau setelah muncul dari
persembunyiannya dan pulang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris
yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan
"Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam
pada bulan Oktober,1895. The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau
telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan
di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke
hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita
kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka
pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi apa yang
sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti
Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak
Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai
'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan
berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu
5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar
namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada
itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari
menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di
kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa
ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar Jerantut. Pada hari
Jumaa26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk
bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan
kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang
menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk
pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa
Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari
Khamis,6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri
Besar PahangYAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas
pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia
kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.





Haji Abd. Rahman Limbong
Nama lengkapnya ialah Haji Abdur Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul
Qadir atau lebih dikenali sebagai Haji Abdul Rahman Limbong. Lahir tahun 1285
H/1868M, meninggal dunia di Mekah, 1347 H/1929M. Datuk neneknya berasal
dari Patani dan Terengganu.
Haji Abdul Rahman Limbong mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil
di Mekah. Di antara gurunya ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah
saudaranya. Ketika pulang ke Terengganu beliau mendapat pendidikan dari Haji
Yaqub dan Haji Musa yang tinggal di Paya Bunga dan seterusnya daripada Tok Ku
Paloh.
Haji Abdul Rahman Limbong juga seperti gurunya Tok Ku Paloh, adalah seorang
pengamal Tarikat Sammaniyah.
Setelah menguasai ilmu yang padu dan memadai, Haji Abdur Rahman Limbong aktif
mengajar masyarakat di Hulu Terengganu. Kitab-kitab yang beliau ajar meliputi
beberapa disiplin ilmu, antaranya ialah al-Ajrumiyah hingga kepada Mutammiman
dan Tashil Nail al-Amani mengenai ilmu nahu, semuanya dalam bahasa Arab. Matn
Umm al-Barahin, mengenai ilmu tauhid. Untuk lebih memantapkan juga diajarkan
kitab-kitab tauhid bahasa Melayu, yang pasti tidak diabaikan ialah Faridah al-Faraid
dan ad-Durr ats-Tsamin.
Kitab fekah bahasa Arab yang pernah diajarkan oleh Haji Abdur Rahman Limbong
ialah Kitab Tahrir dan ilmu tasawuf ialah Hidayah as-Salikin dan ad-Durr an-Nafis
kedua-duanya dalam bahasa Melayu.
Selain mengajar, Haji Abdur Rahman Limbong adalah seorang ulama yang suka
mengembara atau merantau ke beberapa buah negeri di dalam mengembangkan
syiar Islam. Antara tempat yang pernah menerima kunjungan beliau adalah Beserah
dan Kuantan di Pahang, Kelantan, Patani, Kedah, Sambas di Kalimantan, Jambi dan
Riau di Sumatera dan Brunei.
Dalam pelayaran di laut, Haji Abdur Rahman Limbong menggunakan perahu buatan
orang Terengganu sendiri. Beliau berlayar bersama-sama dengan murid-muridnya
dari Terengganu dan juga ahli pelayaran pada zaman itu, bahawa mereka telah
menggunakan perahu-perahu yang berukuran besar yang boleh dimuat barang-
barang antara 100 hingga 300
Dalam tahun 1920-an, Inggeris campur tangan untuk mentadbir tanah di
lokasi Kuala Telemong hingga ke Ulu Telemong. Setiap ekar tanah yang dibuka oleh
rakyat dikenakan cukai oleh penjajah Inggeris.
Sungguhpun Haji Abdur Rahman Limbong seorang ahli sufi, namun beliau juga
bijaksana dalam selok belok persoalan dunia. Haji Abdur Rahman Limbong adalah
seorang sufi yang pernah menjadi peguam. Ini dapat dibuktikan dengan berkali-kali
beliau berhujah di mahkamah kerana membela rakyat yang disaman oleh pihak
pemerintah Inggeris.
Haji Abdur Rahman Limbong dalam hujah-hujahnya di mahkamah bahawa tanah
yang dibuka oleh rakyat itu adalah hak Allah bukannya hak negeri dan adalah tanah
pusaka peninggalan orang-orang tua mereka yang datang dari Johor bersama-sama
dengan Sultan Zainal Abidin I, Sultan Terengganu yang pertama.
Walau bagaimanapun, menurut laporan oleh H. W. Thomson dan J. L. Humphreys,
Haji Abdur Rahman Limbong dan pengikutnya dilabel sebagai sebagai penderhaka
kepada kerajaan Terengganu. Akhirnya Haji Abdur Rahman Limbong ditangkap dan
dibuang ke Singapura dan selanjutnya dibuang ke Mekah dalam tahun 1928.
Setahun kemudian, ulama pejuang Islam berbangsa Melayu itu meninggal dunia di
sana.



Tok Gajah
Imam Rasu bin Shahrum atau juga dikenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu dan
Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang
Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat utama Sultan Ahmad
Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu
Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan
Orang Kaya Raja yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai keKuala Piul,
kawasan dari Tanjung Sakti sampai ke Kangsa, kawasan dari Pedah hingga
keTanjung Lindung dan juga Lembahan Sungai Budu di Lipis. Kedudukan beliau
setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
Beliau juga merupakan ketua pasukan Sultan dalam penentangan terhadap
penjajah Britishbersama Datuk Bahaman dan pejuang-pejuang sezamannya yang
dipimpin oleh Tok Ku Palohtahun 1893/1895. Tok Gajah sanggup menghadapi
askar-askar British yang lengkap bersenjata ketika bertindak menghalau penjajah
British yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Tok Gajah adalah
ayah kepada Mat Kilau, pahlawan Melayu Pahang.
Bersama-sama dengan Datuk Bahaman, Datuk Lela dan Mat Kilau, Tok Gajah
merupakan salah seorang pahlawan yang terlibat dalam mematahkan
pemberontakan Pahang antara tahun 1891hingga tahun 1895. Bersama
dengan Wan Lingga, Tok Gajah telah diarahkan oleh BendaharaWan Ahmad untuk
menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini disebabkan perselisihan
antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan
ke Singapurabagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.
Pada tahun 1892, pihak British mengeluarkan perintah tangkap ke atas Tok Gajah
lalu memaksa beliau menyelamatkan diri ke Ulu Kelantandan kemudian ke Hulu
Terengganu sebelum meninggal dunia pada tahun 1901. Kubur Tok Gajah terletak
di Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu Darul Iman.



DatoDol Said
Dato' Dol Said bin Omar, atau Abdul Said (1773 - 1849), ialah Penghulu Naning
yang kesembilan
[1]
. Perang Naning yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau
seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka. Daripada suku
Semelenggang, Dol Said mewarisi Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning pada
tahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun.Dol Said meninggal dunia pada 1849
dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh












Dato' Maharaja Lela Pandak Lam
Dato' Maharaja Lela Pandak Lam (meninggal dunia: 20 Januari 1877) ialah
seorang pembesar kelapan Perak yang merupakan pejuang bangsa yang
bertanggungjawab kepada sumpah dan janjinya tetapi dikecewakan oleh raja dan
bangsanya sendiri.
Seorang keturunan Daeng Salili, Pandak Lam adalah anak Raja Bugis yang berasal
dari DaerahLuwuk, Sulawesi. Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau
datang ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran "Dato'
Maharaja Lela Tan Lela", dengan kuasa boleh memancung tanpa bertanya.
Pandak Lam kemudian merupakan pemimpin yang mengetuai perjuangan
menentang British di Perak. Bersama-sama dengan pemimpin-pemimpin yang lain
seperti Orang Kaya-kaya Seri Agar Diraja (lebih dikenali sebagai Dato' Sagor)
dan Ngah Kandin, beliau merancang dan membuat pakatan untuk
membunuh James Wheller Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.
Keputusan itu diluluskan oleh mesyuarat Durian Sebatang yang dipengerusikan
oleh Sultan Abdullah dan dihadiri oleh pembesar-pembesarnya pada 21 Julai 1875.
Namun, beliau didapati bersalah terhadap pembunuhan J.W.W. Birch pada 2
November 1875 di Pasir Salak oleh mahkamah yang bersidang dari 14
Disember hingga 22 Disember1876 di Matang, Perak. Beliau dijatuhi hukuman
gantung sampai mati pada 20 Januari 1877 di Taiping.









Tok Janggut
Dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-Siam 1909, Kelantan telah jatuh di bawah
naungan kerajaan Inggeris. Kelantan pada masa itu dibawah pemerintahan Tuan
Long Senik atau Sultan Muhammad IV. Pada 22 Oktober 1910, kerajaan Inggeris
telah membuat perjanjian dengan kerajaan Kelantan. Semenjak itu mulalah campur
tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan
institusi pentadbiran baru seperti balai polis dan mahkamah di peringkat daerah
termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan
Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang
pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua.
Pada masa itu, di Jeram yang terletak di dalam daerah Pasir Putih, tinggal seorang
hulubalang Seri Maharaja Tua yang bernama Munas. Munas mempunyai dua orang
anak lelaki iaitu Tahir dan Hassan yang dikenali sebagai Tok Janggut.
Pungutan cukai dijalankan di Pejabat Daerah Pasir Putih dan dilaksanakan oleh
seorang pekerja. Disebabkan tenaga kerja yang terhad, ada pembayar cukai yang
terpaksa menunggu selama tiga hari tetapi masih tidak dapat membayar cukai.
Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendak menjelaskan cukai, mereka terpaksa
menunggu lebih kurang seminggu dan menyebabkan mereka mengambil keputusan
meninggalkan pejabat tersebut dan balik ke kampung masing-masing dan enggan
membayar cukai yang ditetapkan.
Disamping itu, Tok Janggut bersama rakan-rakannya iaitu Engku Besar Tun Ahmad,
Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam telah meminta penduduk di daerah Pasir Putih
untuk turut tidak membayar cukai. Di dalam suatu perhimpunan penduduk Pasir
Putih yang diadakan di Kampung Merbul, penduduk telah membuat ketetapan untuk
tidak mahu membayar cukai kepada Ketua Daerah Pasir Putih walau apa pun
terjadi. Berita ini akhirnya sampai kepada pengetahuan Ketua Daerah Abdul Latif
yang telah menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut.
Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang
anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di
kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk
yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud
kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk
berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut,
walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan
tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi
oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok
Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn
beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani
melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang
mereka.
Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut mereka seramai lebih
kurang dua ribu orang telah menyerang dan menawan pekan Pasir Putih. Ketua
Daerah telah lari menyelamatkan diri ke Kota Bahru menghadap Sultan Muhammad
Shah IV.
Setelah menawan Pasir Putih, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menubuhkan
kerajaan sendiri. Engku Besar Tun Ahmad diangkat menjadi Raja Pasir Putih, Tok
Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri,
Penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah.
Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakan-
rakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta.
Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi
menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka
terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya. Baginda menggangap mereka sebagai
penderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap
salah seorang daripada Engku Besar Tun Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan
Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak RM500. Harta benda Tok
Janggut dan rakan-rakannya telah dirampas dan rumah mereka akan dibakar.
Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah
menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat
sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok
Janggut.
Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda
telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan
mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris
untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya.
Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal
perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk memenuhi permintaan
kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei 1915, askar tersebut telah sampai ke Kota Bahru
dan sampai di Pasir Putih tiga hari kemudian. Walaubagaimanapun, mereka gagal
untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya yang telah menyembunyikan diri
dan tidak mahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17
Jun 1915 askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu seminggu di sana
sebelum kembali ke Singapura.
Pada 25 Jun 1915, Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya
telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok
Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris
telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang
bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok
Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul
Rahman Anak Kerbau.
Walaubagaimanapun, akhirnaya askar Inggeris yang lebih terlatih dan
berpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya
menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala
Engku Besar Tun Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di
Selatan Siam.








Rentap
Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam
sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada
pemerintahan Raja Putih Brooke.
Pada tahun 1853 Rentap telah mengetuai pasukan orang Iban yang menyerang
pasukan British di Skrang yang diketuai oleh William Brereton. Rentap adalah
seorang panglima perang orang Iban yang tinggal di ulu Sungai Sekrang. Rentap
yang menjadi ketua orang Iban telah menentang pemerintahan Brooke
kerana Brooke merancang membanteras amalan kutipan cukai oleh ketua-ketua
tempatan yang dianggap lanun olehnya, sedangkan ia merupakan sumber
pendapatan tradisi ketua-ketua tempatan.
Brooke turut juga mengganggu cara hidup tradisional orang Iban yang mengamalkan
kegiatan memotong kepala dengan beberapa pembaharuan. Justeru itu pada tahun
1853, Rentap bersama pasukannya menyerang kubu-kubu di Sungai Skrang. Pihak
British telah diserang hendap oleh orang-orang Rentap. Berlakulah pertempuran
yang sengit di antara kedua-dua pihak. akibat pertempuran itu seorang menantu
Rentap bernama Layang telah membunuh Alan Lee dengan lembingnya. Rentap
dengan segera membawa pasukannya pulang ke ulu Sungai Sekrang.
Dalam pertempuran itu pihak British berundur ke pangkalan Merak dan ini
menyebabkan Rentap semakin dihormati oleh pengikutnya. Walau bagaimanapun
pengikut Brooke telah membinasa dan membakar 20 buah rumah panjang tempat
kediaman Rentap. Dengan itu Rentap terpaksa berundur dan membina tempat
kediaman di sungai Lang iaitu di ulu Sungai Skrang. Namun angkatan Brooke
berjaya menyerang rumah panjang Rentap dan ia dengan sebilangan pengikut
berundur dan membina kubu di sebuah bukit bernama Bukit Sadok. Kubu Bukit
Sadok ini sukar untuk ditakluki kerana diperkuatkan oleh sebatang merian yang
dikenali sebagai "Bujang Timpang Berang". Mulai dari tahun 1875, kerajaan Brooke
telah membuat tiga percubaan untuk menangkap Rentap. Namun pada tahun 1861
barulah mereka berjaya menguasai Bukit Sadok setelah membawa beberapa
buah meriam yang dikenali sebagai "Bujang Sadok".
Kubu-kubu dan rumah-rumah tempat kediaman Rentap dan orang-orangnya habis
dibakar oleh kerajaan Brooke pada 20 oktober 1861. Rentap kemudian berundur ke
Ulu Entabai. Kemudian Rentap dan pengikutnya berpindah ke Bukit Sibau iaitu
kawasan yang terletak di Ulu Wak, Pakan. Beberapa tahun kemudian, Rentap
meninggal dunia di situ pada usia lebih kurang 70 tahun. Rentap merupakan
pejuang sejati kerana beliau tidak pernah untuk tunduk kepada pemerintahan
Brooke sehingga ke akhir hayatnya. Sehingga ke hari ini makam pahlawan Rentap
telah di baik pulih oleh kerajaan negeri Sarawak bagi mengenang jasanya.
Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam
sejarah Sarawak. Dia merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada
pemerintahan Raja Putih Brooke.