Anda di halaman 1dari 48

CERAMAH 1

PENGENALAN ASAS HERBA UBATAN


28 Mei 2012

Darussyifa Bangi

oleh
Haji Samsudin Salleh
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
www.darussyifa.org
1. DEFINISI HERBA

2. SEJARAH PENULISAN HERBA

3. SIFAT-SIFAT HERBA

4. PENGELASAN HERBA IBNU SINA

5. AYAT QURAN DAN HADIS BERKAITAN
HERBA

6. TUJUAN PENGGUNAAN HERBA

7. FUNGSI HERBA



8. KAEDAH PENGGUNAAN HERBA

9. PERKARA YANG MEMBUATKAN HERBA
TIDAK BERKESAN

10. BAHAN AKTIF DALAM TUMBUHAN
HERBA

11. SISTEN PENAMAAN SECARA SAINTIFIK

12. SPESIES POKOK DALAM QURAN

13. PENUTUP




www.darussyifa.org
Definisi Herba
Herba ialah segala bahan (tumbuhan, garam, batu-batuan dan galian) yang
mengandungi satu atau beberapa bahan aktif yang dapat digunakan untuk
tujuan pengubatan

Kamus Pelajar : Tumbuhan vaskular berbiji, berbatang lembut dan tidak
berkayu. Kebanyakannya jenis semusim iaitu hidup satu kitaran musim
lengkap dan mempunyai kitaran hidup yang pendek. Contohnya bayam,
keembong, bunga matahari dan cika emas. Terdapat juga jenis herba saka
contohnya pisang dan lengkuas

(Kamus Dewan Edisi 3) : Tumbuh-tumbuhan yg batangnya rendah dan tidak
berteras (ada yg daunnya dibuat ubat atau dimakan).

Takrifan Herbalist : Herba ialah tumbuhan yang boleh digunakan sebagai
bahan makanan, ubatan dan bahan aroma. Ini bermaksud, tidak hanya
tumbuhan renek , bahkan pokok yang berkayu juga boleh di takrifkan sebagai
herba jika ada potensi bagi mana-mana tiga kegunaan tersebut.
www.darussyifa.org
Sejarah
Sejarah Islam telah membuktikan pengkajian dari Al-Quran telah menemui banyak
kepentingan tumbuhan dalam perubatan.

Al-Riyasi Ibnu Jarit , keturunan mesir dan tabib kepada Sultan Salahuddin Al Ayubi telah
menulis 2 buah Kitab mengenai Limau dan Rubab dan penggunaannya.

AlBaitar dari Malaga menulis 2 buah buku mengenai tumbuhan ubatan dalam al-Mughinifi
al-adawiyah al-Mufradah ( Herba-Herba Perubatan) dan al-Jamifi al-Adwiyah al- Mufradah
(Pengutipan Herba Herba Perubatan dan Sifat-Sifatnya).

Rekod awal penggunaan herba adalah dari minyak tumbuhan Hydrocarpus gaertn untuk
rawatan kusta yang direkodkan di Empayar Shen Nung China dalam tahun 2730 - 3000 SM.

Pokok Popi (Papaver somniferum) dan pokok jarak (Ricinus communis) digunakan di zaman
Mesir purba

www.darussyifa.org
Hippocrates - laporan dan kajian saintifik dikenali sebagai Bapa
Perubatan tahun 400SM menulis buku Meteria Medica telah
menyenaraikan 400 jenis penyakit

300SM Theophrastus

160-200M : Dioscorides

Malaysia, 1886 Munshi Abdullah telah merekodkan mengenai
tumbuhan di Pulau Pinang.

Malaysia mempunyai 13,000 spesies tumbuhan berbunga dan
10% sahaja yang dicatatkan sebagai tumbuhan ubatan

1935 - A Dictionary of Economic Products of The Malay
Peninsula oleh Burkill


www.darussyifa.org
SIFAT HERBA
Pedas
Manis
Masam
Pahit
Masin
Tiada Rasa
1.Sejuk 2. Panas 3. Kering 4. Lembab
Merangsang
Penyejuk Penguat
Pengelat Pengawet
Panas Lembab
Pelembut Pelawas
Diuretik
www.darussyifa.org
PENGELASAN HERBA IBNU SINA
Untuk
penyakit-
penyakit
yang
berhubungan
dengan unsur
angin eg.
Usus, hati,
limpa dll
1.Panas +
Lembab
Pahit
2. Panas +
Kering
3. Sejuk +
Lembab
4. Sejuk +
Kering
Aromatik Manis Kelat
Untuk
penyakit-
penyakit
yang
berhubung
dengan
jantung dan
paru-paru
Untuk
penyakit-
penyakit
yang bersifat
radang dan
ginjal
Untuk
penyakit-
penyakit
yang
bersumber
dari darah
www.darussyifa.org
1.Panas +
Lembab
Pahit
2. Panas +
Kering
3. Sejuk +
Lembab
4. Sejuk +
Kering
Aromatik
Manis
Kelat
PENGELASAN IBNU SINA
www.darussyifa.org
AYAT-AYAT QURAN YANG BERKAITAN DENGAN HERBA
Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman
dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala
jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda
(yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir. .
An Nahl [16]: 11
www.darussyifa.org
AYAT-AYAT QURAN YANG BERKAITAN DENGAN HERBA
Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi ini, anggur dan sayur-sayuran, zaitun
dan kurma, kebun-kebun yang lebat, dan buah-buahan serta rumput-
rumputan untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu. .
Abasa [80]: 27-32
Maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya
Abasa [80]: 24
www.darussyifa.org
AYAT-AYAT QURAN YANG BERKAITAN DENGAN HERBA
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi
yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah
Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang
nyata bagi kamu . .
Al Baqarah [2]: 168
www.darussyifa.org
HADIS YANG BERKAITAN DENGAN HERBA
Dari Jabir Bin Abdullah radhiallahu' anhu,

bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi wasallam
bersabda, "Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila
sesuatu ubat bertepatan dengan penyakitnya maka
dia akan sembuh dengan seizin Allah `azza wa
jalla." (HR. Muslim)
www.darussyifa.org
HADIS YANG BERKAITAN DENGAN HERBA
Dari Abu Hurairah radhiallahu' anhu,
bahawa Rasulullah shallallahu `alaihi
wasallam bersabda,
"Tidaklah Allah menurunkan sesuatu
penyakit melainkan menurunkan pula
ubatnya." (HR. Al Bukhari dan Muslim)
www.darussyifa.org
HADIS YANG BERKAITAN DENGAN HERBA
Dari Usamah bin Syarik radhiallahu' anhu, bahawa beliau
berkata,
"Aku pernah di sisi Rasulullah shallallahu' alaihi wasallam
lalu datanglah sekumpulan arab dusun. Mereka bertanya,
"Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat? ." Baginda
menjawab, "Iya, wahai para hamba Allah berubatlah. Ini
kerana Allah `azza wa jalla tidaklah meletakkan sesuatu
penyakit melainkan meletakkan pula ubatnya, kecuali satu
penyakit." Mereka bertanya, " Penyakit apakah itu? ."
Baginda menjawab, "Penyakit ketuaan." (HR. Ahmad, Al
Bukhari dalam Al-Adabul Mufrod, Abu Dawud, Ibnu Majah
dan At-Tirmidzi, beliau berkata bahawa hadis ini hasan
sahih. Syaikhuna Muqbil bin Hadi Al-Wadi'i mensahihkan
hadis ini di dalam kitabnya Al-Jami'us Sahih mimma Laisa
fish Sahihain 4/486)
www.darussyifa.org
HADIS YANG BERKAITAN DENGAN HERBA
Dari Ibnu Mas'ud radhiallahu' anhu, bahawa Rasulullah
shallallahu' alaihi wasallam bersabda,
"Sesungguhnya Allah `azza wa jalla tidaklah
menurunkan sesuatu penyakit melainkan menurunkan
pula ubatnya.
(HR. Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim, beliau
mensahihkannya dan disepakati oleh Adz-Dzahabi.
Juga Al-Bushiri mensahihkannya dalam kitab
Zawaidnya. Lihat Takhrij Al-Arnauth atas Zadul Ma'ad
4/12-13)
www.darussyifa.org
TUJUAN PENGGUNAAN HERBA
1. Mengembalikan keseimbangan tubuh dan bukan sekadar
untuk menyembuhkan penyakit (Release; Relax;
Regeneration; and Refunction)


2. Mempercepatkan penyembuhan, menambah khasiat, ubat,
mengurangi sifat keras ubat dan menghilang kesan
sampingan
www.darussyifa.org
FUNGSI HERBA
1. Membuang : mengeluarkan segala racun/toksik dalam badan
(Detoksifiliasi)
2. Menyenang: meletakkan tubuh dalam keadaan yang stabil di mana
keadaan suhu, alkali, asid berada pada tahap yang paling baik agar
dapat membantu fungsi imuniti
3. Menghasil : mengganti dengan yang baru. Sel-sel yang mati /rusak
diganti dengan yang baru, di mana herba dengan antioksidannya dapat
bertindak mencegah penyakit-penyakit degeneratif
4. Menggerak : mengembalikan fungsi iaitu setelah proses di atas berjalan
sempurna, maka organ-organ akan berfungsi secara normal
sebagaimana Allah ciptakan.

1.Membuang 2. Menyenang 3. Menghasil 4. Menggerak
www.darussyifa.org
www.darussyifa.org
KAEDAH PENGGUNAAN HERBA
1. Allah menciptakan penyakit, Dia pula mencipta ubat.Sifat tawakal akan membawa diri
kita menjadi lebih tenang dan secara otomatis akan mempengaruhi organ dalam tubuh
kita. Berdasarkan kajian:
50%-spritual; 20%-emosi; 20%-mental;10%-fizikal

2. Harus makan/minum secara rutin. Proses penyembuhan secara perlahan dan bersifat
membaiki organ yang rusak dari sumbernya

3. Sukatan yang betul. Penentuannya harus dilakukan secara sederhana (try & error) iaitu
dengan memerhati tanda-tanda yang muncul dari setiap sukatan dimulai dengan kadar
rendah sehingga pesakit mulai gejala mual-mual maka sukatannya dikurangkan. Aturan
umum 1gm=10kg berat badan; 40kg=2-4 kapsul/hari

4. Berlaku Hukum DOC (Direct of Cure). Dalam hal ini pesakit yang mengambil herbal pada
pertama kalinya terkadang akan merasa sakit yang sangat. Kalau terjadi demikian
pengubatan jangan dihentikan tetapi perhatikan perkara berikut:
i. Minum air secukupnya (2.5 liter/hari)
ii. Makan herba selepas makan
** Terkadang DOC akan timbul gejala penyakit lain seperti jerawat dll
www.darussyifa.org
PERKARA YANG MEMBUAT HERBA
TIDAK BERKESAN
1. Mind set kita terhadap herba;
2. Stress: Tekanan perasaan;
3. Sembelit : Susah buang air besar;
4. Pengambilan air yang kurang;
5. Terlalu banyak lendir atau kahak;
6. Keadaan tubuh terlalu asam/asidik;
7. Tidak mengambil jadual tetap dalam pengambilan
ubat; dan
8. Sukatan tidak mencukupi.

www.darussyifa.org
Bahan-bahan Aktif Dalam Tumbuhan Ubatan
1. Alkaloid
Alkaloid ialah sebatian kimia organan yang mengandungi nitrogen, tiada bau, dan biasanya
tiada rasa. Terdapat beratus-ratus jenis alkaloid dalam tumbuhan dan jenis yang baru
masih ditemui. Kebanyakan jenis alkaloid merupakan racun yang sangat kuat terhadap
manusia dan haiwan. Banyak jenis alkaloid yang sangat beracun boleh digunakan sebagai
ubat mujarab dalam dos yang sangat rendah. Selain daripada kesan racun, ada alkaloid
yang memberi kesan narkotik. Candu mengandungi banyak jenis alkaloid yang sangat
berkesan untuk mengatasi rasa sakit, Bukan semua jenis alkaloid bersifat racun dan
narkotik. Kafein dalam teh, kopi, koko, kola dan lain-lain tumbuhan merupakan sejenis
alkaloid yang merangsang sistem saraf. Oleh yang demikian otak akan berasa cergas dan
ada orang yang tidak dapat tidur nyenyak kalau mengambil minuman berkafein.
Bahan pedas di dalam cili juga merupakan sejenis alkaloid, dan kesannya adalah
merangsang sistem penghadaman dan pengedaran darah. Tindakan ini dapat
meningkatkan penghadaman dan penyerapan nutrien dan menambahkan penghasilan
peluh. Kepelbagaian jenis alkaloid boleh dikumpulkan dalam kumpulan yang digunakan
untuk merawat kanser, asma, mengatasi sakit dan sebagainya
Mahkota dewa
www.darussyifa.org
2. Asid Organan
Banyak tumbuhan menghasilkan asid organan dalam buah yang belum masak.
Namun asid organan juga boleh didapati dalam buah yang masak, daun muda
atau bahagian lain. Pada amnya kehadiran asid organan dalam tumbuhan boleh
dicam melalui rasa masam. Asid organan yang paling terkenal adalah asid
askorbik, iaitu Vitamin C. Satu lagi asid organan yang sangat penting dalam ubat
herba ialah asid salisilik yang diguna sebagai antiseptik untuk merawat
reumatisme, mengatasi sakit dan sebagainya. Dalam ubat Farmaseutik, asid
salisilik ditukar menjadi asid asetil-salisilik yang lebih dikenali sebagai aspirin
yang digunakan sebagai ubat demam panas, sakit kepala, selesema dan
sebagainya. Contoh asid organan yang lain ialah asid sitrik dan asid tartarik. Asid
organan seperti asid sitrik, asid tartarik dan lain-lain juga digunakan dalam
industri minuman dan makanan sebagai pengawet dan juga perisa
www.darussyifa.org
3. Bahan Pahit
Bahan pahit ialah sekumpulan sebatian kimia organan yang tidak mengandungi
nitrogen, mempunyai rasa sangat pahit dan biasanya tidak toksik. Terdapat
banyak jenis tumbuhan yang mengandungi bahan pahit. Walaupun hampir
semua bahan pahit bukan racun, ia tidak bermakna tumbuhan yang berasa pahit
boleh dianggap tidak beracun kerana satu tumbuhan boleh mengandungi banyak
jenis sebatian kimia. Jika satu sebatian sahaja beracun memadai untuk
memudaratkan kesihatan atau mengacam nyawa manusia. Sebagai ubat herba,
bahan pahit membuka selera dengan cara merangsang penghasilan cecair
penghadam, meningkatkan penghadaman makanan dan penyerapan nutrien.
Penghadaman yang berjalan dengan lancar sememangnya bukan sahaja untuk
keselesaan perut malah penting untuk keseluruhan kesihatan. Bahan pahit
digunakan sebagai ubat herba untuk orang tua, kurang daya fizikal, menghidap
penyakit kronik, lemah dan tiada tenaga
Eurycoma longifolia
(Tongkat ali)
Andrographis paniculata
(Hempedu bumi)
Azadirachta indica
(Semambu/Neem)
Tinospora crispa
(Patawali)
www.darussyifa.org
4. Flavonoid
Flavanoid ialah bahan seakan-akan vitamin. Flavanoid juga dikenali sebagai polifenol.
Flavanoid terdapat dalam banyak jenis tumbuhan ubatan. Terdapat lebih 4000 jenis
Flavanoid. Kepelbagaian Flavanoid dikumpulkan dalam pelbagai jenis seperti antosianin,
flavon, flavonol, isoflavon, katecin dan tannin. Satu jenis tumbuhan boleh mengandungi
pelbagai jenis Flavanoid. Flavanoid diperlukan untuk pelbagai jenis fungsi dalam tubuh.
Tumbuhan yang mengandungi Flavanoid biasanya digunakan sebagai ubat herba untuk
mengatasi masalah pengedaran darah. Flavanoid juga memberi kesan antioksidan,
antiradang, antibakteria dan antivirus. Satu jenis Flavanoid, contohnya kuersitin, boleh
memberi kesan baik atau kesan buruk kepada sel. Sama seperti banyak bahan lain, dos
yang berlainan akan memberi kesan yang bertentangan, racun yang sangat bahaya dan
cepat membunuh. Ia juga mungkin boleh digunakan sebagai ubat untuk menyelamatkan
nyawa kalau digunakan pada dos yang sesuai. Kajian menunjukkan bahawa orang yang
makan lebih makanan yang mengandungi kuersitin sepanjang hayat akan kurang
menghadapi masalah sakit jantung atau strok apabila lanjut usia .
www.darussyifa.org
5. Glikosid
Glikosid ialah satu kumpulan sebatian kimia kompleks yang
mengandungi satu bahagian bukan gula dan satu atau lebih bahagian
gula. Walaupun bahagian bukan gula yang memberi kesan ubat, namun
bahagian gula adalah penting untuk melancarkan penyerapan dan
aktiviti glikosid. Kepelbagaian glikosid dikumpulkan dalam beberapa
jenis seperti glikosid digitalis, glikosid fenolik, glikosid flavanoid dan
glikosid salisilik. Kebanyakan glikosid mempunyai tindakan yang kuat
terhadap jantung tetapi ada juga jenis yang melawaskan buang air kecil
atau besar, dan ada jenis yang bersifat antibakteria .
Stevia rebaudiana
(Stevia)
Salderi
(Apium graveolens)
www.darussyifa.org
6. Minyak
Minyak volatil dihasilkan oleh sel kelenjar dalam tumbuhan tertentu. Ia boleh
dihasilkan pada mana-mana bahagian tumbuhan, bergantung kepada jenis tumbuhan.
Ia bersifat meruap, iaitu akan meruap masuk udara apabila dipanaskan. Tumbuhan
yang mengandungi minyak volatil digunakan sebagai ubat herba yang direbus atau
dibancuh seperti teh (untuk diminum), minyak urut tradisional ataupun minyak volatil
diekstrak keluar dan digunakan sebagai ubat. Pada amnya, kebanyakan tumbuhan
yang mengandungi minyak volatil boleh dicam melalui bau yang terhasil seperti halia,
kayu manis, pudina, ros dan serai. Makanan sayuran atau ubat yang mengandungi
minyak volatil biasanya baik untuk penghadaman, mengatasi selesema, dan sakit-sakit
atau sengal pada sendi atau otot. Minyak volatil yang diekstrak biasanya digunakan
sebagai ubat luaran yang disapu pada kulit atau digunakan sebagai minyak urut.
Namun ia tidak sesuai digunakan pada luka kerana boleh menimbulkan rasa sakit dan
gatal. Minyak volatil jenis yang tertentu yang sangat pekat kalau disapu pada kulit
yang sihat juga menimbulkan rasa perit seperti terbakar. Minyak volatil turut
digunakan dalam sistem perubatan (yang berasaskan aroma), masakan, minuman,
minyak wangi, pembersih udara dan kosmetik .
www.darussyifa.org
7. Musilaj
Musilaj dihasilkan dalam proses metabolisme yang berlaku
dalam tumbuhan. Ia akan kembang, kental dan lentur
apabila dicampur air. Musilaj dihasilkan daripada rantai
panjang gula terikat yang dikenali sebagai polisakarid.
Musilaj boleh digunakan untuk melegakan kulit,
melembutkan keadaan dan mengurangkan bengkak,
contohnya musilaj daripada daun lidah buaya. Musilaj yang
digunakan secara oral dalam ubat herba adalah untuk
merawat masalah usus dan perut, contohnya musilaj pada
biji selasih atau kembang semangkuk .
www.darussyifa.org
8. Resin
Resin adalah produk getah tumbuhan tertentu. Apabila getah keluar dan
terdedah kepada udara, getah jenis resin akan menjadi keras. Resin tidak larut
dalam air. Kebanyakan resin yang digunakan sebagai ubat herba mempunyai
sifat antijangkitan. Resin bertindak sebagai antiseptik, menghentikan
pendarahan, mengatasi sakit dan digunakan sebagai pestisid. Resin sebagai
dupa yang dibakar untuk mengeluarkan bau yang wangi, mempunyai kesan
antibiotik dan untuk merawat. Resin yang paling terkenal dalam perubatan
Melayu ialah kemenyan yang dibakar dengan bara arang untuk mengasap
rumah dan pesakit dalam upacara penyembuhan. Gaharu juga sejenis resin
yang digunakan sebagai ubat herba dan sumber asap yang sangat wangi untuk
menyembuh dan menyegarkan jiwa .
www.darussyifa.org
9. Saponin
Saponin ialah sebatian organan dalam tumbuhan yang mempunyai sifat kimia
yang sama dengan glikosid dan menghasilkan buih apabila dikacau dalam air. Ada
banyak jenis Saponin yang sangat toksik dan cepat memecahkan sel merah darah.
Ada pula Saponin yang kurang diserap oleh sistem penghadaman manusia. Oleh
yang demikian ia tidak menimbulkan masalah kepada kesihatan walaupun
dimakan atau diminum. Ada Saponin yang mempengaruhi perut. Ia merangsang
paru-paru untuk menghasilkan hingus. Sifat ini digunakan dalam ubat herba
untuk merawat batuk kering, iaitu penghasilan hingus akan membuat pesakit
lebih senang batuk, mengeluarkan kahak dan berasa lebih selesa. Ada Saponin
yang seakan-akan steroid yang digunakan untuk mengubati sistem reproduktif
iaitu tonik tenaga lelaki, tonik wanita atau ubat antiradang .
www.darussyifa.org
10. Steroid
Steroid ialah sebatian kimia yang mempunyai empat gelang karbon yang
dipanggil tulang belakang steroid. Tambahan pelbagai jenis kimia lain pada
pelbagai bahagian tulang belakang steroid menghasilkan sebatian steroid yang
berlainan. Menambah molekul gula kepada steroid menghasilkan glikosid steroid.
Steroid juga boleh bergabung dengan saponin. Steroid terdapat pada pelbagai
tumbuhan yang bertujuan utama sebagai pertahanan kerana steroid biasanya
memberi kesan negatif kepada haiwan yang bertulang belakang, iaitu untuk
menjauhi haiwan memakan tumbuhan. Steroid berkesan sebagai ubat perancang
keluarga (menjarangkan anak dan menambah kesuburan wanita), meningkatkan
kemungkinan hamil, mengawal edaran haid, penawar alahan, ubat busung,
arthritis, sakit jantung dan lain-lain .
www.darussyifa.org
11. Tannin
Tanin ialah sebatian kimia organan yang dihasilkan dalam proses pertumbuhan.
Ia sekumpulan sebatian ringkas atau kompleks fenol, polifenol dan flavonol yang
terikat dengan kanji. Komponen asas kimia Tanin ialah gula, asik galik, asid elagik,
flavonoid, lignan, stilbenoid dan quixon. Tanin mempunyai sifat astringen dan
perangsang. Semua tanin mengecutkan tisu dan protein pada kulit dan lendir.
Tanin yang paling dikenali oleh manusia ialah jenis yang terkandung di dalam teh
pekat. Teh pekat memberi rasa astringen pada mulut, iaitu rasa seperti bahan
yang kelat. Dalam ubat herba, tanin digunakan untuk merawat kulit terbakar,
lecur, ulser dan luka. Sebagai ubat luaran, tanin boleh menghentikan pendarahan,
mengurangkan bengkak dan menyembuhkan luka. Tanin juga boleh melegakan
mata yang letih, merawat batuk, cirit, jangkitan dan pendarahan. Sebagai ubat
dalaman, tanin boleh mengatasi bengkak atau radang dalam perut dan usus.
www.darussyifa.org
Samb
Pelbagai jenis tumbuhan yang mengandungi tanin digunakan sebagai ubat herba
untuk ibu lepas bersalin supaya dapat mengecutkan perut dab rahim, melalui
hasil tindakan tanin jenis tertentu. Ia juga digunakan untuk merawat diabetis,
mengawal keseimbangan hormon yang dihasilkan oleh limpa, mempunyai kesan
antiherpes dan antibiotic. Ada kajian yang menunjukkan bahawa orang yang
kerap makan makanan yang kaya dengan tanin seperti sekoi tidak menjadi
gemuk kerana tanin menghalang penyerapan secara keterlaluan ke atas bahan-
bahan yang boleh membuat seseorang menjadi gemuk, seperti gula dan protein.
Sifat menghalang penyerapan gula juga menjadi asas penggunaan tumbuhan
yang mengandungi tanin untuk menentang diabetis. Ada juga tanin yang bersifat
antioksidan, contohnya asid elagik .
www.darussyifa.org
12. Mineral
Mineral ialah kimia bukan organan yang diserap oleh tumbuhan. Tumbuhan dan
bahagian tertentu pada sesuatu tumbuhan akan menyerap, menyimpan dan
menggunakan mineral tertentu mengikut keperluan. Kandungan mineral dalam
tumbuhan juga dipengaruhi kandungan mineral dalam tanah, air, suhu, cuaca,
hujan, kedudukan geografi dan sebagainya. Tubuh manusia memerlukan lebih
kurang 15 jenis mineral dan 15 jenis vitamin dalam kuantiti yang kecil untuk
kesihatan. Kekurangan mana-mana satu mineral dan vitamin boleh menimbulkan
masalah kesihatan. Lebih kurang 15 sebatian dikelaskan sebagai vitamin dan 15
lagi kemungkinan vitamin. Vitamin dibahagikan kepada jenis yang larut dalam
lemak dan yang larut dalam air. Selain daripada vitamin D dan K, kesemua
vitamin yang lain hanya boleh diperolehi daripada makanan. Vitamin tidak
menyumbangkan tenaga. Ia terlibat dalam aktiviti metabolisme sebagai
pemangkin atau terlibat dalam tindak balas kimia. Orang miskin yang makan
banyak karbohidrat tetapi kurang atau tiada langsung memakan daging, sayuran
atau buah-buahan juga mengalami masalah kesihatan yang kekurangan mineral
dan vitamin .
www.darussyifa.org
Sistem Penamaan Saintifik
Dipelopori oleh Carolus Linnaeus (23
Mei 1707 - 10 Januari 1778 @70 th)
Sweden. Dikenali sebagai Bapa
Taksanomi Moden/Ekologi Moden
Beliau seorang Zoologi dan Dokter
1733 - membuat sistem penamaan iaitu
Binomial Nomenclature iaitu setiap
organisme terdiri dari dua nama dalam
bahasa latin
Pertama Genus; kedua spesies
Eg. Staphylococcus aureus
Genus : Menggambarkan keadaan nyata
atau keadaan nampak dari sel tersebut
Staphylo : susunan bergerombol
kecil seperti buah anggur
Coccus : menandakan bentuk selnya
bulat
aureus: Emas
www.darussyifa.org
Zaitun (Olea europaea )
Makanlah minyak zaitun dan lumurlah
minyaknya, kerana ia berasal daripada
pohon yang penuh berkat.
(Riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)


...yang dinyalakan dengan minyak yang
banyak faedahnya (iaitu) zaitun yang
tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak
pula di sebelah barat, yang minyaknya
(sahaja) hampir menerangi, walaupun
tidak disentuh api... surah An-Nur:35:
Daun zaitun bermanfaat sebagai
penggalak sistem imun manusia.
Masyarakat Timur Tengah telah
mengamalkan meminum teh daun
zaitun sejak berabad yang lalu untuk
merawat batuk, sakit tekak, demam,
dan gout.
Ibnu Qayyim juga menjelaskan
bahawa daun zaitun boleh merawat
luka dan gatal-gatal.
Pendek kata, daun zaitun bersifat
antibiotik. Oleh yang demikian,
pengambilan daun zaitun mestilah
mengikut dos tertentu
Olea : Tumbuhan malar hijau yang
mempunyai biji yang mengeluar
minyak
europaea : Benua Eropah
www.darussyifa.org
Herba Dalam Quran
Anggur-Anab
Bawang-Basal
Bawang putih - Fum
Biji sawi-Khardal
Buah tin- Al tin
Delima - Ar Rumman
Halia- Zanjabil
Kacang dal-Adas
Kapur - Kafur
Labu air - Yaqtin
Kayu sugi - Khamtin
Bidara - Sidr
Pisang - Talh
Selasih - Ar Raihan
Tamar - , Kurma - Al Nakhl
Timun - Qiththa
Zaiton - Az Zaiton
Tamarisk - Athl
www.darussyifa.org
1. Nama umum: Anggur
Nama dalam Al-Qur'an: "A'nab" atau
Nama saintifik: Vitis vinifera
Famili: Vitaceae
Taburan asal: Wilayah Mediterranean,
Eropah tengah dan Asia Barat Daya
Surah dan ayat: (17: 91), (80: 28), (2:
266), (16: 11 & 67), (18: 32), (23: 19),
(36: 34), (78: 32), (6: 99), (13: 4)
2. Nama umum: Bawang
Nama dalam Al-Qur'an: 'Basal' atau

Nama saintifik: Allium cepa
Famili: Alliaceae
Taburan asal: Tidak diketahui
Surah dan ayat: (2: 61)
www.darussyifa.org
3. Nama umum: Bawang putih
Nama dalam Al-Qur'an: 'Fum' atau

Nama saintifik: Allium sativum
Famili: Alliaceae
Taburan asal: Tidak diketahui
Surah dan ayat: (2: 61)
4. Nama umum: Biji sawi atau 'black
mustard'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Khardal'
atau
Nama saintifik: Brassica nigra
Famili: Brassicaceae
Taburan asal: Selatan wilayah
Mediterranean di Eropah
Surah dan ayat: (21: 47), (31: 16)
www.darussyifa.org
5 Nama umum: Buah tin atau 'fig'
Nama dalam Al-Qur'an: 'At-Tiin' atau

Nama saintifik: Ficus carica
Famili: Moraceae
Taburan asal: Asia Barat Daya dan
selatan wilayah Mediterranean
Surah dan ayat: (95: 1)
6. Nama umum: Delima atau
'pomegranate'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Ar-
Rumman' atau
Nama saintifik: Punica granatum
Famili: Lythraceae
Taburan asal: Timur Tengah
Surah dan ayat: (6: 99 & 141), (55:
68)
www.darussyifa.org
7. Nama umum: Halia
Nama dalam Al-Qur'an: 'Zanjabil'
atau
Nama saintifik: Zingiber officinale
Famili: Zingiberaceae
Taburan asal: Asia
Surah dan ayat: (76: 17)
8. Nama umum: Kacang dal atau 'lentil'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Adas' atau

Nama saintifik: Lens culinaris
Famili: Fabaceae
Taburan asal: Timur Dekat
Surah dan ayat: (2: 61)
www.darussyifa.org
10. Nama umum: 'Camphor tree' atau
'camphor laurel'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Kafur' atau

Nama saintifik: Cinnamomum
camphora
Famili: Lauraceae
Taburan asal: Taiwan, selatan
Jepun, tenggara China, Indochina
Surah dan ayat: (76: 5)
www.darussyifa.org
11. Nama umum: Labu air, 'bottle gourd' atau
'calabash'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Yaqtin' atau
Nama saintifik: Lagenaria siceraria
Famili: Cucurbitaceae
Taburan asal: 'Old World' tropika
Surah dan ayat: (37: 146)
www.darussyifa.org
12. Nama umum: Miswak, siwak,
kayu sugi atau 'toothbrush tree'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Khamt'
atau
Nama saintifik: Salvadora persica
Famili: Salvadoraceae
Taburan asal: Semenanjung
Arab, Mesir, India
Surah dan ayat: (34: 16)
www.darussyifa.org
13. Nama umum: Pokok Bidara atau
'Indian plum'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Sidr' atau

Nama saintifik: Ziziphus mauritiana
Famili: Rhamnaceae
Taburan asal: India
Surah dan ayat: (34: 16), (56: 28)
14. Nama umum: Pisang
Nama dalam Al-Qur'an: 'Talh' atau

Nama saintifik: Musa paradisiaca
Famili: Musaceae
Taburan asal: Asia Tenggara dan
Oceania
Surah dan ayat: (56: 29)
www.darussyifa.org
15. Nama umum: Selasih atau 'sweet basil'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Ar-Raihan' atau

Nama saintifik: Ocimum basilicum
Famili: Lamiaceae
Taburan asal: Iran, India dan Asia tropika
Surah dan ayat: (55: 12)
16. Nama umum: Tamar, kurma atau 'date palm'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Al-Nakhl' atau
Nama saintifik: Phoenix dactylifera
Famili: Arecaceae
Taburan asal: Utara Afrika dan Asia Barat
Surah dan ayat: (2: 266), (16: 11 & 67), (17:
91), (23: 19), (36: 34), (6: 99 & 141), (13: 4),
(19: 23 & 25), (55: 11 & 68), (80: 29), (18: 32),
(20: 71), (26: 148), (50: 10), (54: 20), (69: 7)
www.darussyifa.org
17. Nama umum: Timun, mentimun atau
'cucumber'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Qiththa' atau
Nama saintifik: Cucumis sativus
Famili: Cucurbitaceae
Taburan asal: India
Surah dan ayat: (2: 61)
18. Nama umum: Zaitun atau 'olive'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Az-Zaitun' atau

Nama saintifik: Olea europaea
Famili: Oleaceae
Taburan asal: Timur lembangan
Mediterranean
Surah dan ayat: (6: 99 & 141), (16: 11), (24:
35), (95: 1)
www.darussyifa.org
19. Nama umum: 'Tamarisk'
Nama dalam Al-Qur'an: 'Athl' atau
Nama saintifik: Tamarix aphylla
Famili: Tamaricaceae
Taburan asal: Afrika, Timur Tengah, Asia
Barat, Asia Selatan
Surah dan ayat: (34: 16)
Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada
mereka banjir yang membinasakan, dan Kami gantikan dua
kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua
kumpulan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang
pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah,
serta sedikit pohon-pohon bidara
Tamarix aphylla, is an evergreen tree that can grow to 18 m
tall. They usually grow on saline soils, tolerating up to
15,000 ppm soluble salt and can also tolerate alkali
conditions.. Tamarix species are used as food plants by
the larvae of some Lepidoptera. Tamarisks are extremely
invasive in riparian communities, often nearly completely
replacing native vegetation with impenetrable thickets.
They are extremely competitive against native vegetation
because they are aggressive usurpers of water. They also
sequester salt in their foliage, and where flooding does not
flush out soil salts the leaf litter increases the salinity of
soil surfaces. Dense stands of saltcedars support lower
biodiversity than the natural communities they displace.
www.darussyifa.org
Jabatan Perhutanan
Semenanjung Malaysia





SEKIAN
TERIMA KASIH
samsudin@forestry.gov.my
013-358 6681

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
Jalan Sultan Salahuddin
50660 Kuala Lumpur
www.forestry.gov.my
www.darussyifa.org

Anda mungkin juga menyukai