Anda di halaman 1dari 2

Media Dan Teknologi Pengajaran (Instructional Media And

Technology)

Teknologi pengajaran merangkumi aspek yang sangat luas. Ia bukan sahaja


meliputi penggunaan sumber, bahasa atau alat, bahkan semua sumber yang
merangsang proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Syarifah Alwiyah Alsagof,
(1984), Suruhanjaya Teknologi Pengajaran yang ditubuhkan di Amerika berpendapat
Teknologi Pengajaran sebagai sesuatu yang lebih luas dari media atau pun alat. Ia
adalah satu cara yang sistematik untuk membentuk, melaksanakan dan menilai seluruh
proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif tertentu berdasarkan
penyelidikan, pembelajaran dan komunikasi manusia dan bukan manusia untuk
menghasilkan pengajaran berkesan

Menurut Prof.Madya Dr. Wan Zah Wan Ali, (2005), media pengajaran pula
merupakan segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan dari
pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan,
perhatian, minat serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses
pembelajaran. Oleh itu, media pengajaran ialah segala sesuatu yang digunakan untuk
membantu atau merangsang proses pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan
keberkesanan pembelajaran. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses
pengajaran yang dirancang secara sistematik. Yusuf Hashim, (1998), menjadikan model
ASSURE sebagai contoh perancangan sistematik penggunaan media dan teknologi
dalam bilik darjah.

Media dan teknologi pengajaran mengambil alih peranan guru, guru hanya
berperanan sebagai pemudah cara, pengurus atau penasihat kepada proses
pengajaran yang disampaikan. Guru tidak memainkan peranan yang aktif. Menurut
Yusuf hashim, (1998), Teknologi Pengajaran boleh mengubah sistem atau pendekatan
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem pendidikan
konvensional, menerima sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya pos
dan kelas telesidang, sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajaran individu
dan pengajaran peribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem belajar sendiri
dan pembelajaran bebas menggunakan perkhidmatan jaringan (internet), seperti www
(world wide web) dan LAN (Local Area Network). Penggunaan media dan teknologi
pengajaran terutamanya teknologi maklumat, mungkin akan mengubah cara jadual
waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah.

Konsep ini dipilih adalah berdasarkan keperluannya dalam proses pengajaran


dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar dan berasaskan pengetahuan dan
maklumat. Guru hanya mengurus aktiviti pembelajaran dan menyediakan sebanyak
mungkin pengalaman dan pencarian maklumat menggunakan teknologi baru untuk
pembelajaran. Penggunaan atau aplikasi teknologi pengajaran secara teratur boleh
membantu pengajaran kepelbagaian pelajar dalam mendapatkan pengalaman
pembelajaran secara khusus bagi menguasai sesuatau perkara. Contohnya kemahiran
berfikir secara kreatif, membuat keputusan yang wajar, menyelesaikan masalah dan
membayangkan sesuatu. Kemahiran berfikir ini sesuai dengan domain kerana setiap
domain melibatkan aspek penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

Justeru itu dapatlah dirumuskan bahawa peranan media dan teknologi


pengajaran penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat
mengurangkan beban tugas guru untuk memikirkan bahan media yang harus digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kepelbagaian pelajar. Dengan
kepelbagaian bentuk pola pengajaran, guru mempunyai pilihan yang tepat bagi
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajarannya agar lebih berkesan. Selain itu
pembelajaran pelajar menjadi lebih berkesan kerana pelajar memperolehi pengalaman
sendiri, dan daripada pengalaman maklumat akan lebih konkrit dan tahan lebih lama
dalam ingatan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai