Anda di halaman 1dari 2

Mengajar Kemahiran Berfikir (Teaching Thinking Skills)

Pemikiran ialah konsep memanipulasi dan mentransformasikan informasi


dalam memori. Ia terlibat dengan pembentukan konsep-konsep, sebab musabab,
memikir secara kritis, membuat keputusan dan memikir secara kreatif. Pemikiran
melibatka peristiwa-peristiwa yang telah, sedang dan akan dilakukan. Segala informasi
yang ditafsirkan kan memberi makna kepada induvidu pelajar. Pemikiran juga terlibat
dalam aspek abstrak dan konkrit, atau realiti dan fantasi dalam kehidupan seseorang
pelajar. Pendekatan pemkiran dalam pembelajaran terbahagi kepada 4 iaitu
penaakulan, pemikiran kritik, membuat keputusan dan pemikiran kreatif.

Mengajar kaedah berfikir memerlukan guru memainkan peranan untuk


membantu dalam mengkonstruk pemikiran pelajarya sendiri. Guru perlu memupuk
daya berfikir murid-murid dengan cara mengemukakan soalan divergen dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ini akan memberikan peluang kepada murid-murid untuk
memikirkan jawapan-jawapan yang ada banyak alternatif dan penyelesaiannya.
Seterusnya, guru harus menerapkan KBKK dalam langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran guru. Guru juga menyediakan aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah
supaya murid-murid dapat mengaplikasikan kemahiran berfikir dengan cara yang betul,
iaitu menggunakan pendekatan mengenal pasti dan memahami masalah, menjelaskan
masalah dan memikirkan alternatif-alternatif penyelesaian masalah. Akhir sekali, guru
mestilah memastikan tugasan yang diberikan kepada murid mengandungi arahan
kemahiran berfikir; contohnya, mencirikan, menganalisis, menjanakan idea dan lain-lain
lagi.

Konsep ini dipilih kerana menerusi sistem pendidikan, seharusnya seseorang


guru membantu pelajar menjadi pemikir yang baik. Berdasarkan kepada sistem
persekolahan di Malaysia, semua pihak seperti pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan
pelajarhendaklah berusaha ke arah mencapai matlamat untuk melatih pelajar menjadi
pemikr yang baik. Sejajar dengan harapan kerajaan mencapai tahap negara maju pada
tahun 2020, lantaran itu guru berperanan merealisasikannya dalam mewujudkan
golongan pelajar yang komited, berwawasan dan beraspirasi tinggi ke arah
melengkapkan diri menjadi pemikir-pemikir yang baik tetapi bukanlah sebaliknya seperti
kata Profesor di Raja Ungku Aziz, ....“manusia akan mati bila berfikir“...
Pengajaran kepelbagaian pelajar mempunyai perkaitan rapat dengan konsep
mengajar kemahiran berfikir melalui strategi-strategi pengajaran yang dikemukakan.
Guru bakal mendapat pandangan, penerangan dan keinginan atau minat pelajar dengan
tekun untuk membantu menganalisis isu-isu pembelajaran yang memberangsangkan
dan mencabar murid-murid. Konsep ini membantu guru menganalisis strategi mengajar
dengan mengemukakan soalan-soalan berdasarkan pemikiran dalam pengajaran. Ia
dapat membantu pelajar memahami sesuatu tajuk dengan lebih mendalam. Dalam
pengjaran, guru juga boleh mempraktikkan dengan bertanyakan soalan berdasarkan 6
aras Taksonomi Bloom, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisi, sintesis
dan penilaian. Usaha ini dilihat sebagai pemangkin dalam mengetengahkan sesuatu
idea atau tajuk pengajaran dengan lebih efektif.

Anda mungkin juga menyukai