Anda di halaman 1dari 13

Pendekatan LEA(Pengalaman bahasa)

HAFIZI IZZUAN BIN RAMZAN


DEFINISI PENDEKATAN





Menurut Kamus Dewan (2007), pendekatan dapat
didefinisikan sebagaisatu kaedah atau cara, langkah-
langkah yang boleh diambil bagi memulakan dan
melaksanakan tugas.

Mok Soon Sang (1992) mengatakan pendekatan
ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran. Iaitu
cara bagaimana suatu matapelajaran diajar
berdasarkan objektifnya.



PENDEKATAN LEA
(pengalaman
bahasa)
PENDEKATAN LEA
(Pengalaman Bahasa)
Penekanan terhadap pengalaman atau
pengetahuan sedia ada murid dalam
berbahasa.

Murid mudah memahami mesej yang
disampaikan oleh penulis dalam tulisan
sekiranya mempunyai pengalaman
membaca bahan yang menggunakan laras
yang sama serta mempunyai pengetahuan
mengenai bidang yang dibincangkan.

































































































































Pengetahuan dan pengalaman murid
sangat diperlukan untuk mentafsir makna
yang disampaikan dan akan memahami
teks yg dibicarakan jika mempunyai
pengetahuan tentang perkara
tersebut.

Peringkat pemahaman literal
Merupakan tahap kebolehan yang paling rendah dan
mudah.
Melibatkan pemprosesan idea-idea dan
pengetahuan yang dinyatakan secara terus-terang.
Pelajar mampu untuk mencari maklumat dan
mengingati fakta yang terkandung dalam teks
dengan mudah kerana hanya melibatkan proses
mengeluarkan apa yang ada dalam memori ingatan
selepas pembelajaran.
Soalan pemahamanu jenis soalan-soalan mudah
dan ringkas tanpa melibatkan tahap pemikiran yang
tinggi.

Peringkat pemahaman
terjemahan atau reorganization
Memerlukan pelajar untuk memahami dan
menulis semula maklumat yang dibaca
tanpa mengubah maksud asal
Memerlukan daya intelek yang kuat bagi
menginterpretasikan secara ilmiah dan
tersirat untuk dijadikan sebagai maklumat
sekunder.
Tahap ini masih berada pada tahap
rendah.

Peringkat pemahaman aplikasi
Melibatkan tiga kebolehan iaitu mengingat
semula pengalaman dan kemahiran lalu,
mengetahui apa dan bila suatu prinsip
dapat dilakukan.
Pelajar akan melakukan sesuatu
berdasarkan pengalaman dan
pengetahuan yang ada dan diaplikasikan
dalam konteks yang baru.

Peringkat pemahaman analisis
Pelajar dapat menganalisis maklumat yang
terdapat dalam teks dan melihat perkaitan
dengan maklumat lain dan membezakan
antara fakta, hipotesis dan sebagainya.
Asas penting peringkat ini adalah
berkeupayaan untuk membandingkan
sesuatu bahan atau fakta.

Peringkat pemahaman inferens
Merupakan tahap pelajar memahamkan teks,
menginterpretasi, kenalpasti perkaitan dan dapat
berfikir secara logik dan tepat suatu maklumat
walaupun berdasarkan fakta yang tersembunyi.

Peringkat ini merupakan tahap pelajar benar-
benar faham dan dapat membuat rumusan
dengan logik dan tepat tentang maklumat yang
terdapat dalam teks (Safiah Osman, 1990).

Peringkat pemahaman penilaian
Tahap pemahaman yang tertinggi yang
membolehkan pelajar mengadili dengan tepat;
betul atau salah suatu maklumat.

Pembaca akan mempertimbangkan kewajaran isi,
kekuatan dan kelemahan suatu bahan mengikut
penilaian yang dibuat sendiri dan melibatkan
pembacaan yang kritis dan dapat dilihat dalam
pelbagai aspek.

a. Guru meransang perbincangan berkaitan dengan tajuk
yang dipilih.
b. Murid-murid digalakkan memberi sumbangan untuk
membina cerita.
c.Perkataan-perkataan tertentu yang akan digunakan dalam
karangan disebut dalam perbincangan dengan guru.
Penggunaan perkataan yang betul perlu diberi perhatian
oleh guru.
d. Murid-murid diminta membina ayat berdasarkan idea
yang mereka berikan. Guru perlu membimbing murid
membina ayat dengan betul.
e. Selepas selesai, guru membimbing murid memberi tajuk
cerita.
f. Guru menulis ayat-ayat untuk membina cerita bertulis.
g. Guru membaca secara nyaring, murid mendengar.
h. Murid menyalin teks yang telah ditulis oleh guru.




SEKIAN TERIMA
KASIH

Anda mungkin juga menyukai