Anda di halaman 1dari 3

Lima jenis hantaran ialah:

(a) Hantaran Bahu


Hantaran jenis bahu ini kebiasaannya digunakan untuk membuat hantaran jauh. Teknik
hantaran bahu ini boleh mengelirukan pihak lawan. Pemain yang dalam keadaan bersedia
boleh terus menggelecek, menjaring, menukar haluan atau memusing badan.



(b) Hantaran Lantun
Sementara itu pula teknik hantaran lantun digunakan untuk membuat hantaran secara
mengejut. Kelemahannya adalah bola itu dapat disekat oleh lawan yang bertindak pantas.
Anda boleh membuat hantaran ini dengan menggunakan sebelah tangan.





(c) Hantaran Aras Dada
Hantaran jenis ini pula mempunyai persamaan dengan permainan bola keranjang. Ia lebih
sesuai untuk membuat hantaran jarak dekat di aras dada dan pergerakan bola itu adalah
hasil tolakan daripada jari-jari tangan. Tangan anda hendaklah ikut lajak follow
through di akhir tolakan.



(d) Hantaran Lompat
Hantaran lompat pula merupakan satu gerakan keliru yang berasal daripada permainan
bola keranjang. Biasanya apabila penyerang yang berhasrat untuk melompat dan
melakukan jaringan tetapi tiada berpeluang berbuat demikian, dia akan membuat
hantaran terus kepada rakannya supaya bola tidak terlepas kepada pihak lawan.



(e) Hantaran Sisi

Teknik berikutnya pula dikenali sebagai hantaran sisi. Ia berguna untuk membuat
hantaran jarak dekat dan pantas. Anda tidak perlu memusingkan badan dan
menghadap ke arah penerima bola apabila hantaran sisi dilakukan.
Hantaran cara ini banyak melibatkan pergerakan pergelangan tangan dan memang
sesuai untuk pemain yang mempunyai tapak tangan yang besar.




Kawalan
Dalam apa-apa sukan sekali pun kawalan amatlah penting. Mengadang atau
mengawal dilakukan untuk mengganggu pemain dan menyekat pergerakan pihak
lawan yang sedang menguasai bola. Ini dilakukan untuk menguasai semula bola.
Pihak pertahanan boleh mengamalkan cara-cara ini untuk mengawal pihak lawan :
(a) Mengadang pemain yang memiliki bola dengan cara satu lawan satu.
(b) Mengawasi pemain-pemain yang lain untuk memintas hantaran.
(c) Mengganggu penjaring dengan melaksanakan sistem pertahanan yang sesuai
seperti sistem zon atau sistem kumpulan.



Read more: http://www.zairedin.com/2011/03/kemahiran-asas-bola-
baling.html#ixzz3Cxk0fXNx