Anda di halaman 1dari 5

 Sistem Peredaran Darah:

 Adalah salah satu sistem yang penting di dalam tubuh badan. Sistem ini mengedarkan
darah bermula dari jantung ke seluruh badan dan masuk ke jantung semula. Sistem
peredaran darah manusia juga dikenali sebagai sistem peredaran tertutup kerana darah
mengalir di dalam salur darah yang tertutup

  Fungsi asas peredaran darah ialah menyampaikan zat-za makanan dan oksigen kepada
sel-sel di dalam badan dan mengeluarkan karbon dioksida dan bahan yang tidak
dikehendaki dari sel.

 Sistem darah manusia mempunyai dua jenis iaitu peredaran pulmonari dan sistemik.

 Peredaran Pulmonari

 Peredaran ini membawa darah tidak beroksigen dari jantung melalui arteri pulmonari ke
paru-paru dan balik ke jantung melalui vena pulmonari

 Peredaran Sistemik

 Peredaran ini membawa darah beroksigen dari jantung melalui aorta ke semua bahagian
badan dan balik ke jantung

  Struktur anatomi sistem ini terdiri daripada

o Jantung

o Saluran darah

o Darah

 Jantung:

 Jantung terletak di dalam ruangan toraks (sangkar rusuk) di belakang tulang sternum, di
hadapan tulang belakang dan kedudukannya menyendeng dari kanan ke kiri.

 Organ ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kiri dan kanan. Ia dibahagikan oleh
dinding yang dipanggil septum .

  Lapisan jantung pula terdiri daripada 3 lapisan iaitu:

o Pericardium (luar)

o Myocardium (tengah)
o Endocardium (dalam)

 Jantung mempunyai 4 ruang iaitu:

o 2 ruangan atas dikenali sebagai atrium

o 2 ruangan bawah dikenali sebagai ventrikel

 Antara atrium dan ventrikel terdapat injap yang mengawal pengaliran darah di dalam
jantung

  
 Aliran darah di dalam jantung

 Venakava membawa darah yang mengandungi karbon dioksida ke atrium kanan.

 Apabila atrium kanan menguncup, darah masuk ke ventrikel kanan melalui injap
trikuspid

  Pengucupan ventrikel menolak darah melalui injap pulmonari ke dalam arteri


pulmonari dan seterusnya ke paru-paru.

 Pertukaran oksigen dan karbon dioksida berlaku di paru-paru.

 Seterusnya dalah mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri.

 Apabila atrium kiri menguncup, darah akan melalui injap mitral (bikuspid) masuk ke
ventrikal kiri.

  7. Dari ventrikel kiri darah mengalir melalui injap aorta ke salur aorta untuk dihantar
ke seluruh badan.

 Denyutan jantung

 Jantung berdenyut 60 – 80 kali seminit secara automatik dan kadar denyutan ini boleh
bertambah mengikut keadaan, seperti bersenam.

 Struktur dan Fungsi Salur Darah

 Terdapat 3 jenis salur darah yang utama:

 Arteri

 Vena

 Kapilari
 Arteri

 Arteri ialah salur darah yang membawa darah keluar dari jantung ke bahagian-bahagian
lain badan.

 Dinding arteri tebal, berotot dan elastik supaya ia boleh tahan tekanan darah yang tinggi
disebabkan oleh denyutan jantung

 Arteri bercabang-cabang membentuk arteriol

 Semua arteri membawa darah beroksigen kecuali arteri pulmonari.

 Arteri Vena
 Vena

 Vena ialah salur darah yang membawa darah ke jantung dari bahagian-bahagian lain
badan.

 Vena mempunyai dinding yang nipis dan saluran yang lebih besar jika dibandingkan
dengan arteri.

 Darah yang berada dalam vena mengalir pada tekanan yang rendah dan oleh itu, dinding
yang tebal tidak diperlukan. Saluran yang besar memberikan kurang rintangan terhadap
pengaliran darah.

  Vena dilengkapi dengan injap-injap yang menentukan darah mengalir hanya dalam
satu arah sahaja, iaitu arah ke jantung. Injap-injap ini akan tertutup jika darah mengalir ke
belakang dalam alirannya.

 Vena yang terkencil sekali dinamakan venul

 Semua vena membawa darah tidak beroksigen kecuali vena pulmonari.

 Kapilari darah

 Kapilari darah ialah salur darah yang terkecil sekali.

 Kapilari darah menghubungkan arteriol kepada venul.

 Dinding kapilari darah hanya setebal satu sel.

 Dinding-dindingnya yang nipis serta telap memudahkan resapan bahan-bahan antara


darah dan tisu-tisu berlaku dengan cepat.

  
 Darah
 Darah terdiri daripada

o Pepejal (sel darah ) 40%

o Cecair (plasma) 60%

 Tubuh manusia mengandungi lebih kurang 8 – 10 pain (6 liter) darah.

 Darah terdiri daripada plasma, sel darah merah, sel darah putih dan sel pembekuan
(platelet)

 Plasma

 Adalah larutan yang berwarna jernih kekuningan dan mengandungi bahan larut dalam air.
Lebih kurang 90% daripada plasma terdiri daripada air.

 Bahan larut yang terkandung dalam plasma:

o Garam-garam

o Bahan-bahan makanan – glukosa, asid amino

o Protin darah – fibrinogen, globulin dan albumin

o Bahan-bahan kumuh terutama urea

o Hormon

 Sel Darah Merah (Eritrosit)

 Berbentuk ceper dwicekung

 Tidak mempunyai nukleus

 Mengandungi pigmen hemoglobin yang memberikan warna merahnya.

 Saiz dan bentuknya menghasilkan nisbah luas permukaan terhadap isi padu yang besar
dan ini menambahkan kecekapan sel darah merah bagi pertukaran oksigen dengan plasma

  Sel ini hidup selama lebih kurang 120 hari. Ia dimusnahkan dalam hati dan digantikan
oleh sel-sel baru dalam sumsum tulang

  
 Sel Darah Putih (Leukosit)

 Tidak berwarna dan mempunyai bentuk tidak sekata


 Tiap-tiap leukosit mempunyai nukleus

 Sel-sel darah putih dihasilkan dalam sumsum tulang dan kelenjar limfa dan hidup selama
lebih kurang 30 jam.

  Terdapat pelbagai jenis sel darah putih yang berlainan dari segi rupa dan fungsi.

 Ia memainkan peranan yang penting dalam pertahanan badan terhadap serangan bakteria.

  
 Sel Pembeku Darah (Platelet)

 Sel-sel ini terbentuk daripada luluhan sel-sel lain, iaitu trombosit merupakan serpihan-
serpihan sitoplasma yang sangat kecil. Sel-sel ini tidak mempunyai nukleus. Ia
memainkan peranan penting dalam pembekuan darah. Sel ini hidup selama lebih kurang
10 hari

  
 Fungsi Darah:

 Membawa oksigen dan zat-zat makanan ke seluruh sel dan tisu badan.

 Melawan jangkitan kuman.

 Membawa bahan buangan atau kumpulan, hormon-hormon dan enzim-enzim.

 Memberi warna kepada kulit

 Mengawal suhu badan.

Anda mungkin juga menyukai