Anda di halaman 1dari 7

Bahan-bahan ( 8 org )

500gm mee hoon (direndam bersama air sejuk)


sedikit daun kucai
bahan untuk menggoreng mee:-
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
25 tangkai lada kering (direndam)
3 sudu besar udang kering (direndam)
sedikit garam dan gula
caranya :- 1) kisar kesemua bahan tadi... 2) panaskan kuali dan masukkan minyak anggaran
setengah cawan.
3) bila dah panas masukkan bahan yg telah dikisar tadi. 4) bila dah naik minyak, masukkan mee
hoon dan digaul rata kemudian dimasukkan daun kecai, garam dan gula secukup rasa.

bahan untuk membuat kuahnya :-
20 tangkai lada kering (direndam) = dikisar
2 sudu udang kering (direndam) = dikisar
1 1/2 biji bawang besar = dikisar
2 biji bawang putih = dikisar
segenggam asam jawa
2 senduk gula dan garam secikip rasa
1 1/2 liter air
6 sudu kacang tanah = dikisar
1 1/2 botol taucu diramas (dibilas sedikit, biar tak terlalu masin)
Cara-cara
1. tumiskan kesemua bahan yang dikisar tadi
2. bila naik minyak, masukkan air, air asam, taucu dan kacang yang sudah dikisar tadi...
3. kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. kuahnya biarkan cair sedikit dan rasanya biar masam manis.... baru ada power!!!
5. bahan untuk hiasan :-
6. daun kucai, limau kasturi, telur, tahu dan juga tauge (kalau suka)











Bahan :
1 pkt meehoon, rendam 2 jam dan toskan
2 batang sawi
1 mangkuk taugeh, bersihkan
1 mangkuk daun kucai yang telah dipotong
1 cawan udang, buang kulit dan bersihkan
3 sudu besar udang kering, bersihkan dan tumbuk lumat
4 keping tauhu, hiris dan goreng
1/2 cawan taucu
1 cawan air asam (jgn pekat, air asam yang cair)
1 cawan air sejuk
Sedikit garam, sedikit gula
1/2 cawan cili + 4 biji bawang putih + 5 biji bawang merah, diblend
Minyak untuk menumis

Cara :
1. Panaskan minyak, tumis bahan yang diblend hingga wangi
2. Masukkan udang, air sejuk, air asam, gula dan taucu
3. Biarkan mendidih dan masukkan tauhu, udang kering dan sawi
4. Rasa masinnya, jangan masukkan garam jika taucu dah cukup masin
5. Masukkan meehoon.
6. Masukkan kucai dan taugeh
7. Kacau hingga meehoon cukup masak.
8. Hidangkan dengan hiasan telur rebus, daun bawang dan bawang goreng.













Bahan-Bahan
1 bungkus mee hoon (rendam sebentar dgn air hangat/panas hingga lembut, toskan)
300 - 400 gm taugeh (bersihkan)

Bahan-Bahan Utk Rencah Mee
1 cawan lada kering kisar
4 biji bawang besar *
8-10 ulas bawang putih *
300 gm udang hidup (bersihkan, kupas kulit & tinggalkan ekor saja)- digoreng sebentar
80 gm udang kering * (rendam)
sedikit belacan * (sikit jerr)
(Kesemua bahan * dikisar halus bersama cili kisar tadi)
minyak utk menumis (agak-agak 1- 1 cawan)
2 sudu besar gula pasir
1 sudu teh garam (atau secukup rasa tp jgn bubuh terlalu byk krn belacan & udang kering juga
memberi kemasinan pd bahan ini)

Cara
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh gula dan
garam secukup rasa. Keluarkan setengah bahagian rencah ini utk dibuat kuahnya.
2) Seterusnya, masukkan taugeh ke dalam rencah dlm kuali tadi lalu digaul rata sebentar.
Kemudian, masukkan pula udang yg telah digoreng sebentar tadi dan mee hoon lalu dikacau
hingga rata & sebati. Tambahkan sedikit garam lagi jika perlu. Matikan api.
Bahan-Bahan Utk Kuah
bahagian rencah mee siam
8 cawan air
- 1 botol tauco (sebahagian dilecek halus, yg lain dibiarkan kasar2)
180 gm gula pasir (kira-kira cawan)
air asam secukup rasa (kira-kira 2-3 sudu makan)
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
100 gm kacang tanah (disangai, buang kulit & tumbuk kasar2)

Cara Membuat Kuah
Masukkan setengah lagi rencah mee siam tadi ke dalam sebuah periuk besar bersama air,
tauco, gula dan garam. Biarkan mendidih lalu masukkan kacang tumbuk dan air asam. Kacau
sebentar dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa lagi yg perlu. (Kuah mee siam ni selalunya
mesti ada rasa manisnya, sedikit rasa masam & masin (sket je). Kemudian matikan api.Bahan


Taburan/Sampingan
10 biji telur rebus
2 keping tahu (dipotong dadu & digoreng)

daun kucai (dihiris)

limau kasturi (dibelah dua)

sambal tumis


Sambal Tumis Ringkas
1 cawan cili kering kisar }
1 - 2 biji bawang besar }
sedikit belacan } .. semua bahan dikisar
2 sudu makan gula
1 sudu teh air asam (sket jer)
garam secukup rasaserbuk perasa (optional, saya tk taruk)
minyak secukupnya utk menumis

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk/kuali. Tumis bahan kisar (cili kering, bawang besar & belacan)
sehingga garing. Masukkan gula, garam dan air asam. Kacau sebentar lagi sebelum dimatikan
api.Cara Menghidangkan Mee Siam Berkuah:
Bubuh secukup Mee Siam yg digoreng tadi ke dalam mangkuk/pinggan mungkum. Tuangkan
kuah secukupnya dan taburkanlah ke atasnya tahu, daun kucai, telur rebus dan limau kasturi.
Akhir sekali bubuh sedikit sambal tumis. Hidangan siap disantap!!

















MEE SIAM GORENG
bahan2 ;)
1 bungkus mee siam aka mee hoon *direndam hingga kembang & ditos
10 tangkai cili kiring *digunting direbus ditos
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
3 tbspn udang kering *direndam dicuci ditos
3 tbspn taucu *jika suka
1 mangkok taugeh dibuang ekor
1 mangkok udang basah *dibuang kepala/kulit hingga separuh badan
daun sup/daun bawang *dihiris2 utk ditabur
bawang goreng *utk ditabur
1 biji limau kasturi *dibelah 2 buang bijinya
perasa secukup rasa

cara2nya ;)
1. belender kesemua bahan2. atau kalau rajin GILING!
hehe
2. tumis kesemua bahan hingga naik bau. guna api kecil.
3. kemudian masukkan udang; digaul rata; biarkan
seketika. ** masukkan TAUCU jika suka
4. masukkan MEE SIAM; gaul sebati kemudian masukkan
taugeh; digaul rata.
5. diangkat dan dihidangkan. taburkan daun
bawang/sup/bawang goreng JUGA limau kasturi. NOTA:
boleh juga dimakan dgn CILI JERUK! yummy!!







Ada 2 bahagian, satu kuah dan satu lagi mee nya.
Hidangan untuk 3-4 orang makan.

Resepi Kuah:

Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering @ 4 sudu besar cili boh - nak pedas, tambah lagi
Segenggam udang kering - rendam (lagi banyak lagi sedap)
8 sudu besar taucu - basuh sebab terlalu masin dan picit kasi hancur sikit
Segenggam Kacang tanah
(lebih pun ok..kuah lebih sedap tapi jangan over banyak dah kang jadi kuah kacang pulak)
Air asam
Gula dan garam jika perlu sebab taucu dah masin ok!


Cara-caranya:

Bawang besar, bawang putih, cili di blender.
Kemudian tumis hingga naik minyak yakni cili masak.
Tapi ibu blend bawang dan cili serentak dengan kacang tanah.
Pastu tumis sekali dalam minyak yang agak-agakla dengan bahan - 6 sudu besar ok kot.
Kalau yang blend kacang asing tu, lepas bahan tumis naik minyak, masukkan kacang tanah yang
di blend.
Lepas tu masukkan air asam, taucu dan gula. Tambah air jika terlalu pekat.
Rasa dulu ok baru tambah garam sebab taucu adalah tersangat masin.
Sila basuh taucu untuk elakkan masin yang berlebihan.
Rasa kuah perlu masam dan manis.
Adjust le air asam tu ekk
Untuk dapatkan masam yang ibu suka, ibu tambah
pati ais limau nipis yang dah siap dalam botol tu disamping air asam jawa juga.
Masak kasik mendidih, rasa kena dengan selera, siap la kuahnya!

Resepi mee;
Sebungkus bihun di rendam.

Bahan menumis bihun;

Sebiji bawang besar
2 ulas bawang putih
segenggam udang kering
cili kering @ cili boh (ikut tahap ketahan pedas masing-masing)
10 ekor udang saiz besar di kopek kulit
Taugeh dan kucai (jika suka)

Cara-cara;
Blender bawang besar, bawang putih, cili dan udang kering kemudian tumiskan.
Bila cili dah masak, masukkan udang diikuti dengan bihun.
Kacau bagi sebati kemudian masukkan taugeh dan kucai.
Masak hingga bihun masak.

Cara makan:
Masukkan bihun yang siap digoreng dalam pinggan.
Masukkan kuah.

Aksesori tambahan:
telur rebus, limau kasturi, tauhu goreng dipotong halus, kucai.

Pada ibu, hidangan ini sihat sebab kurang minyak dan tidak menggunakan santan.
Pada yang nak diet, boleh la cuba.
Satu lagi, kulit udang yang dikopek jangan buang. Basuh dan rebus.
Ambik air rebusan tu masukkan dalam kuah.

Anda mungkin juga menyukai