Anda di halaman 1dari 14

UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 1

UNIT
UNIT 66

UNDANG-UNDANG SEWABELI

OBJEKTIF

OBJEKTIF AM
Mendedahkan kepada pelajar mengenai definisi agensi,

ujian kewujudan agensi serta hak dan tanggungjawab

prinsipal kepada agensi.

OBJEKTIF KHUSUS
Di akhir unit ini, anda sepatutnya boleh:

a. Menjelaskan maksud agensi

b. Menyenaraikan ujian-ujian kewujudan agensi

c. Menerangkan hak prinsipal kepada agen

d. Menghuraikan tanggungjawab prinsipal kepada agen

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 2

6.0 PENGENALAN
Undang-undang Agensi adalah berkait rapat dengan undang-undang kontrak.
Undang-undang agensi ditadbir oleh Bahagian X Akta Kontrak 1950.
Dua perkataan yang perlu difahami sebelum memulakan topik ini ialah seperti
yang diterangkan dalam seksyen 135 Akta Kontrak 1950 iaitu :
 Agen - seseorang yang diambil atau digajikan untuk bekerja bagi pihak orang
lain.
 Prinsipal - orang yang melantik ejen untuk melakukan kerja bagi pihaknya.

DEFINISI AGENSI

Agensi ialah perhubungan antara agen dan prinsipal yang mana agen akan
diberi kuasa oleh prinsipal untuk mewakilinya membuat urusan dengan pihak
ketiga. Apabila kontrak telah dibuat, pihak yang akan bertanggung jawab ke
atas kontrak tersebut ialah prinsipal dan bukannya agen.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 3

6.1 UJIAN-UJIAN KEWUJUDAN AGENSI

Kalau anda seorang yang sibuk dan


tidak mempunyai banyak masa untuk
melakukan semua kerja, anda boleh
melantik agen untuk membuat kerja
bagi pihak anda. Kalau anda ingin
tahu bagaimana cara melantik agen
atau mewujudkan agen, haa mari kita
baca seterusnya.

Pada umumnya agensi boleh wujud dalam berbagai cara seperti yang diterangkan di
bawah.

a. Perjanjian yang nyata

Agen dilantik secara nyata oleh prinsipal samada dengan cara bertulis atau lisan.
Contohnya surat kuasa wakil.

b. Termaklum atau tersirat

Pada umumnya agensi termaklum wujud melalui beberapa cara:

i. Prinsipal melalui kata-kata atau perbuatan telah mengemukakan seseorang


sebagai agen. Ini diperuntukkan di bawah seksyen 140 AK 1950. Ini boleh
dirujuk melalui contoh kes CHAN YIN TEE LWN WILLIAM JACKS &
CO. (MALAYA) LTD.

ii. Hubungan suami dan isteri apabila mereka tinggal bersama- sama. Isteri
boleh berhutang atas nama suaminya bagi barang keperluan yang sesuai
dengan taraf hidup mereka dan hutang itu akan mengikat suami.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 4

Walau bagaimanapun suami boleh untuk tidak bertanggungan dengan


membuktikan bahawa;
 Suami telah melarang isteri berhutang atas namanya.
 Suami telah membekalkan isterinya dengan jenis barangan
berkenaan secukupnya.
 Suami telah memberi amaran kepada peniaga supaya tidak
membekalkan isterinya dengan barang-barang secara hutang.
 Suami telah menyediakan elaun yang mencukupi kepada isteri untuk
membeli barangan tanpa perlu berhutang
 Perbelanjaan isteri adalah membazir berbanding pendapatan suami.
Contoh kes MISS GRAY LWN CAT CARD

iii. Rakan kongsi dalam perniagaan perkongsian adalah merupakan ejen


kepada pekongsi dan firma.

Kami adalah rakan kongsi, jadi


kami akan bertanggung jawab
ke atas segala perlakuan oleh
rakan-rakan kongsi kami
Firma kami juga akan
turut sama
bertanggungan jika
pelanggan kami telah
mengalami kerugian
yang disebabkan oleh
kami.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 5

c. Ratifikasi

Ratifikasi ialah tindakan mengesahkan sesuatu perbuatan atau kontrak yang


pada asalnya tidak sah. Ini dinyatakan di bawah seksyen 149 AK 1950 bahawa
seorang prinsipal berhak menolak atau menerima kontrak yang dibuat oleh agennya
tanpa pengetahuannya atau melampaui kuasanya.

Ratifikasi dibenarkan di dalam keadaan-keadaan berikut;


 Perbuatan atau kontrak yang dimasuki oleh agen mestilah tidak dibenarkan.
(Seksyen 149 AK 1950)
 Agen mestilah bertindak sebagai agen kepada prinsipal pada masa kontrak
berkenaan, bukannya untuk dirinya sendiri.
 Prinsipal mestilah mempunyai pengetahuan mengenai urusan yang hendak
disahkan melainkan prinsipal sanggup memikul tanggungjawab walau
apapun berlaku. (Seksyen 151 AK 1950)
 Agen mestilah mempunyai prinsipal yang sebenarnya wujud atau boleh
ditentukan semasa urusan tidak sah itu dilakukan dan semasa penggesahan
hendak dibuat.
 Pengesahan tidak boleh memudaratkan pihak ketiga. (Seksyen 153 AK 1950)

d. Keperluan

Agensi secara perlu wujud dalam keadaan kecemasan di mana seorang agen
mempunyai kuasa untuk melakukan apa sahaja untuk melindungi prinsipal
daripada kerugian.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 6

Agensi secara perlu wujud berdasarkan syarat-syarat berikut ;

 Seseorang agen tidak mungkin mendapatkan arahan daripada prinsipal.


Kes yang boleh dirujuk ialah SPRINGER LWN GREAT WESTERN
RAILWAY CO di mana mahkamah memutuskan bahawa defendan
bukanlah agen secara perlu kerana dia gagal untuk memenuhi syarat.
 Tindakan agen adalah dalam keadaan hendak mengelakkan kerugian
bagi pihak prinsipal.
 Agen secara perlu telah bertindak secara suci hati atau jujur.
 Agen dan prinsipal telah ada hubungan kontrak agensi.

e. Persekatan

Agensi ini wujud dalam keadaan di mana seseorang prinsipal dengan kata-kata
atau perbuatannya telah membenarkan pihak ketiga mempercayai bahawa
seseorang itu adalah agennya dan telah menyebabkan pihak ketiga
mempercayainya hingga merugikan pihak ketiga, maka prinsipal tadi akan disekat
atau dihalang dari menafikan tentang kewujudan kuasa agen berkenaan.

Ringkasan faktor-faktor yang menentukan kewujudan agensi adalah seperti yang


ditunjukkan oleh Rajah 6.1 di bawah.

PERJANJIAN
TERMAKLUM
RATIFIKASI
KEPERLUAN
PERSEKATAN

KEWUJUDAN
AGENSI

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 7

Rajah 6.1 : Ujian kewujudan agensi

Contoh 6.1
Seorang majikan secara bergurau memberitahu pelanggannya
bahawa Mat adalah agennya dan pelanggan itu telah
mempercayainya. Wujudkah perhubungan agensi antara majikan dan
Mat?
Penyelasaian :
Wujud

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 8

AKTIVITI
AKTIVITI6a
6a

1. Jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan agensi?

2. Senaraikan bagaimana sesuatu hubungan agensi boleh wujud ?

3. Sila bantu selesaikan masalah sisuami di bawah .

Saya hutang barang


dari Kedai Abu .
Nanti awak pergi Bagaimanakah cara
bayar. aku nak elak dari
kena bayar hutang
isteri aku ni?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 9

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS6a
6a

1. Maksud agensi ialah perhubungan antara agen dan prinsipal di mana agen
akan diberi kuasa oleh prinsipal untuk membuat urusan dengan pihak
ketiga.

2. Hubungan agensi boleh wujud samada melalui ;


 Perjanjian
 Termaklum
 Ratifikasi
 Keperluan
 Persekatan

3. Suami boleh untuk tidak bertanggungan ke atas hutang yang dibuat oleh
isteri dengan membuktikan bahawa;
 Suami telah melarang isteri berhutang atas namanya.
 Suami telah memberi amaran kepada peniaga supaya tidak
membekalkan isterinya dengan barang-barang secara hutang.
 Suami telah menyediakan elaun yang mencukupi kepada isteri untuk
beli barangan tanpa perlu berhutang.
 Perbelanjaan isteri adalah membazir berbanding pendapatan suami.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 10

6.2 TANGGUNGJAWAB PRINSIPAL TERHADAP AGEN

Seksyen 175 hingga 178 AK 1950 memperuntukkan tanggungjawab prinsipal


terhadap agennya. Tanggungjawab yang dimaksudkan adalah seperti berikut;

a. Membayar komisyen atau ganjaran-ganjaran lain yang dipersetujui, melainkan


hubungan agensi itu adalah secara percuma.

b. Tidak akan menyekat atau menghalang agen dengan sengaja daripada


mendapatkan komisyennya.

c. Akan melepaskan tanggungan agen bagi perbuatan yang dilakukan dalam


menjalankan tugasnya.
Hak terhadap lepas tanggungan ini akan timbul apabila
i. agen telah mengalami kerugian atau telah melakukan perbelanjaan
dalam menjalankan kuasanya;
ii. Agen telah menyebabkan bencana kepada pihak ketiga dalam
menjalankan tugasnya;
iii. Agen telah mengalami bencana semasa menjalankan tugasnya
disebabkan oleh kelalaian prinsipal atau kekurangan kemahiran.

Sila uji kefahaman anda di muka surat sebelah……..

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 11

AKTIVITI
AKTIVITI6b
6b

1. Huraikan 2 tanggungjawab prinsipal terhadap agen.

2. Agen telah ditugaskan menghantar barangan kepada pelanggan. Di

pertengahan jalan kenderaan yang digunakan telah mengalami kerosakan.

Apakah tindakan wajar yang boleh diambil oleh agen?

3. Seksyen apakah yang memperuntukkan tanggungjawab prinsipal terhadap

agen?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 12

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS6b
6b

1. 2 tanggungjawab prinsipal terhadap agen ialah :


a. membayar komisyen atau ganjaran-ganjaran yang telah dipersetujui
b. tidak akan menyekat atau menghalang agen dengan sengaja daripada
mendapatkan komisyennya.

2. Agen boleh menuntut kembali perbelanjaan yang digunakan untuk membaiki


kenderaan tersebut daripada prinsipal.

2. Seksyen 175 hingga 178 Akta Kontrak 1950.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 13

PENILAIAN KENDIRI

Sesuatu perhubungan agensi wujud di mana agen sepatutnya diberi kuasa oleh

prinsipal untuk bertindak bagi pihaknya. Walau bagaimanapun di dalam

keadaan-keadaan tertentu, perhubungan ini boleh wujud dengan tiada apa-apa

kuasa yang diberi kepada agen oleh mana-mana prinsipal. Akibatnya, wujud

satu hubungan di antara mereka di mana prinsipal akan menanggung liabiliti

ke atas tindakan agen tadi. Huraikan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


UNDANG-UNDANG SEWABELI P2114 / UNIT 6 / 14

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

Didalam keadaan tertentu seperti kewujudan agensi secara pengesahan dan

secara perlu menyebabkan perhubungan agensi wujud walaupun agen tidak

diberi kuasa. Ini akan mengakibatkan prinsipal terpaksa menanggung liabiliti.

Ini boleh disokong oleh satu kes iaitu Springer lwn Great Western Railway

Co. di mana mahkamah memutuskan bahawa defendan bukanlah agen secara

perlu kerana beliau gagal memenuhi syarat untuk membolehkan kewujudan

agensi secara perlu.

ANDA BOLEH KE UNIT SETERUSNYA …….

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai