Anda di halaman 1dari 24

SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 1

UNIT
UNIT 88 SEWA BELI

OBJEKTI

Objektif am : Mempelajari dan memahami perkara-


perkara di bawah urusniaga sewabeli.

Objektif khusus : Di akhir unit ini, anda sepatutnya


dapat :

a. Menyatakan maksud sewabeli.

b. Menerangkan hak dan tanggungan pemilik dan


penyewa.

c. Menjelaskan perjanjian sewabeli yang ditamatkan


lebih awal.

d. Menerangkan penarikan balik barangan sewabeli.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 2

8.0 PENGENALAN

Undang-undang yang berhubung dengan sewabeli dalam negara ini dikuasai oleh
Akta Sewabeli 1967 dan Akta Sewabeli 1976 (pindaan). Sewabeli telah
didefinisikan dalam Seksyen 2(1) seperti berikut :
“Perjanjian sewabeli” termasuk penyewaan barang-barang dengan suatu opsyen
untuk membeli dan suatu perjanjian bagi pembelian barang-barang menerusi
ansuran (samada perjanjian itu menghuraikan ansurannya sebagai sewaan atau sewa
atau sebaliknya).

URUSNIAGA DI BAWAH SEWABELI


Di dalam konteks sewabeli, banyak perkara-perkara yang harus diketahui
sebelum sesuatu urusniaga sewabeli dilakukan. Perkara-perkara tersebut adalah
seperti yang dinyatakan di bawah.

a) Barang-barang di bawah sewabeli.


Akta Sewabeli 1967 hanya melindungi sejumlah barang-barang yang
disenaraikan di dalam jadual pertama. Ini termasuklah:
i. semua barang-barang pengguna – seksyen 21 ASB 1967.
ii. Kenderaan bermotor.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 3

Cuba teka adakah saya boleh dibeli


melalui perjanjian sewabeli?
Haaa.. tentulah tidak boleh!!!

b) Perjanjian sewabeli
Seksyen 4A ASB 1967 menyatakan perjanjian mestilah dibuat secara
bertulis dan hendaklah lengkap dan jelas serta mestilah bertaip. Sekiranya
perjanjian tersebut kabur atau tidak dapat dibaca, ia dianggap tidak sah dan
ini menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 4A(3) ASB 1967.
Kandungan perjanjian sewabeli juga perlu mematuhi Seksyen 4C ASB
1967. Ini termasuklah:
 Tarikh penyewaan bermula;
 Bilangan bayaran ansuran;
 Amaun bayaran ansuran, kepada siapa bayaran dibuat dan tempat
pembayaran;
 Masa pembayaran;
 Perihal barangan yang disewa;
 Alamat barang sewaan disimpan;

Beberapa perkara di dalam perjanjian sewabeli perlu dinyatakan di dalam


jadual seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 4C(c). Ini termasuklah;
 Harga tunai barang;
 Deposit;
 Caj penghantaran;
 Bayaran pendaftaran barang;
 Insuran;

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 4

Perjanjian adalah sah apabila ia mematuhi setiap peruntukan ASB 1967 dan telah
ditandatangani oleh pihak-pihak atau wakil pihak-pihak yang berkontrak (Seksyen
4B ASB 1967). Walaubagaimanapun, pindaan boleh dilakukan dengan persetujuan
pihak-pihak yang berkontrak dengan menandatangani pindaan di dalam perjanjian
tersebut (Seksyen 39 ASB 1967).

Adalah juga menjadi kewajipan oleh pemilik untuk menghantar satu salinan
perjanjian kepada penyewa di dalam masa 14 hari selepas perjanjian dibuat.
(Seksyen 5(1) ASB 1967).

c) Harga sewabeli
Seksyen 2 ASB 1967 menyatakan bahawa maksud harga sewabeli ialah
harga penuh yang perlu dijelaskan oleh penyewa di bawah perjanjian sewabeli. Ia
merangkumi wang pendahuluan, ansuran, dan juga faedah yang dikenakan.
Selalunya ia akan melebihi harga tunai barang yang disewa.

d) Syarat dan Waranti


Terma-terma perjanjian sewabeli terdiri daripada syarat ataupun waranti.
Rajah 8.1 menerangkan dengan lebih lanjut mengenai syarat dan waranti.

Maksu Syarat ~ penting dan ditentukan dalam kontrak


d Waranti ~ syarat yang tidak penting dan tidak
ditentukan dalam kontrak.

Syarat ~ membolehkan pihak yang mengalami


Pelanggaran kerugian membatalkan perjanjian.
nya
Waranti ~ tidak membolehkan mana-mana pihak
yang mengalami kerugian membatalkan
perjanjian tetapi boleh menuntut
gantirugi daripada pemecahan waranti.

Rajah 8.1 : Maksud dan kesan pelanggaran syarat dan waranti.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 5

Faham tak sekarang?


Kalau masih tak jelas
baca keterangan di
bawah.

Syarat-syarat dan waranti tersirat perjanjian sewabeli

Beberapa syarat dan waranti adalah tersirat di dalam perjanjian sewabeli di bawah Seksyen
7 ASB 1967. Syarat-syarat dan waranti-waranti tersirat ini tidak boleh diubah melainkan
untuk barangan terpakai yang mempunyai kualiti boleh niaga dan sesuai untuk digunakan.

Syarat-syarat dan waranti-waranti tersirat tersebut adalah berkaitan dengan;

i) Hakmilik Barangan;
ii) Kualiti dagangan;
iii) Tujuan barangan disewa.

i) Hakmilik barangan.

ASB 1967
Penerangan Seksyen
Seksyen Pemilik barang mempunyai hak untuk menjual barang yang
7(1)
terdapat pada penyewa pada bila-bila masa. Jika pemilik
melanggar perjanjian dengan menjual barang yang disewa
dalam tempoh sewaan, penyewa berhak untuk mendapat
kembali duit bayaran sewanya. Contoh kes Public Finance
Bhd lwn Ehwan Bin Saring dimana mahkamah memutuskan
bahawa surat hak milik perlu ada pada pemilik sebaik sahaja
perjanjian dibuat. Pindahan hak milik hanya boleh dibuat
setelah semua bayaran dibuat.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 6

Seksyen waranti tersirat berkaitan hak penyewa untuk memiliki


7(1)(a)
barangan dengan aman tanpa gangguan.

Seksyen syarat tersirat bahawa pemunya atau tuan punya mempunyai


7(1)(b)
hak untuk menjual pada masa barang-barang tersebut
dilepaskan kepada penyewa.

Seksyen Waranti tersirat bahawa barangan adalah bebas daripada apa-


7(1) (c )
apa gadaian atau bebanan bagi pihak ketiga pada masa harta
itu dilepaskan.

ii) Kualiti dagangan

ASB 1967 Penerangan


Seksyen 7(2) Menjadi syarat tersirat bahawa barang-barang yang
disewa atau dijual mestilah mempunyai kualiti
dagangan atau kualiti boleh niaga iaitu mempunyai
nilai untuk dijual kembali dan barang tersebut tidak
mengalami sebarang kecacatan.
Syarat ini tidak akan terpakai sekiranya :
a. penyewa telah memeriksa barangan tersebut
b. barang tersebut adalah barangan terpakai dan
barangan terpakai itu telah dinyatakan di dalam
perjanjian sebagai :
 barang itu adalah barangan terpakai
 syarat dan waranti yang menyentuh
kelayakan dan kesesuaian barangan
tersebut telah dinegatifkan secara nyata
dan pernyataan itu telah dibawa ke
pengetahuan penyewa dan penyewa

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 7

secara bertulis telah mengiktirafnya.


Contoh kes Trader Finance Corp Ltd lwn Romlee &
Anor di mana mahkamah memutuskan di dalam
perjanjian mestilah menyatakan bahawa barangan itu
adalah terpakai.

c. Tujuan barang disewa

Seksyen7(3) ASB 1967 memperuntukkan berkaitan syarat termaklum bahawa


barang yang diberikan oleh pemilik adalah sesuai dan memenuhi tujuan yang
sepatutnya.
Contoh kes Lau Hee Teah lwn Hargill Engineering di mana agen syarikat
pemilik telah melawat penggunaan barang di tempat penyewa dan mendapati ia
telah digunakan menepati dengan tujuan dan fungsi barang itu.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 8

AKTIVITI
AKTIVITI8a
8a

1. Apakah yang dimaksudkan dengan sewabeli ? Berikan seksyen yang


terlibat.

2. Tanpa perjanjian, kontrak sewabeli adalah tidak sah. Nyatakan apakah


sebahagian kandungan penting di dalam perjanjian sewabeli tersebut?

3. Jelaskan kandungan seksyen 7(2) Akta Sewabeli 1967.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 9

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS8a
8a

1. Maksud sewabeli ialah :


“ perjanjian sewabeli” termasuk penyewaan barang-barang dengan suatu
opsyen untuk membeli dan suatu perjanjian bagi pembelian barang-barang
menerusi ansuran (samada perjanjian itu menghuraikan ansurannya sebagai
sewaan, atau sewa atau sebaliknya). Seksyen yang terlibat ialah Seksyen
2(1) ASB 1967.

2. Sebahagian kandungan di dalam perjanjian sewabeli seperti yang dinyatakan


di dalam Seksyen 4C Asb 1967 ialah :
 Tarikh menyewa;
 Bilangan bayaran ansuran;
 Amaun bayaran, bayaran kepada siapa, tempat pembayaran;
 Masa pembayaran;
 Perihal barangan disewa;
 Alamat barang disimpan.

3. Seksyen 7(2) ASB 1967 merujuk kepada kualiti dagangan di mana barang-
barang yang disewa atau dijual mestilah mempunyai kualiti dagangan atau
kualiti boleh niaga iaitu mempunyai nilai untuk dijual kembali dan barang
tersebut tidak mengalami sebarang kecacatan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 10

8.2 HAK DAN TANGGUNGAN PEMILIK DAN PENYEWA


Berikut adalah hak dan tanggungjawab pemilik dan penyewa di bawah
perjanjian sewabeli.

a) Tanggungan pemilik dan penyewa untuk salah nyataan


Jika sekiranya pemilik atau agennya telah melakukan salahnyataan,
penyewa mempunyai hak untuk membatalkan perjanjian dan meminta
gantirugi . Ini boleh dirujuk di bawah Seksyen 8(1) ASB 1967.

b) Tugas untuk membekal dokumen dan kenyataan yang berkaitan


dengan perjanjian
Penyewa berhak untuk meminta daripada pemilik berkaitan maklumat-
maklumat penting seperti :
 Jumlah yang telah dibayar.
 Jumlah yang belum dibayar(baki hutang).
 Jumlah bayaran di bawah perjanjian sewabeli.

Penyewa boleh membuat permohonan secara bertulis dan ditandatangani


olehnya atau agennya. Pemilik adalah berkewajipan untuk menunaikan
permohonan tersebut dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan surat
permohonan. Jika ia gagal atau mungkir tanpa alasan yang munasabah,
tindakan tidak dapat dibuat ke atas penyewa.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 11

c) Penyerahan hak-hak penyewa secara sukarela


Kaedah am undang-undang mengatakan bahawa penyewa bukanlah pemilik
barang-barang yang disewa. Oleh itu, penyewa tidak boleh menjual barang-
barang tersebut. Walau bagaimanapun, Akta Sewabeli membenarkan
penyewa untuk menyerahkan hak-haknya (hakmilik dan faedah di bawah
perjanjian sewabeli termasuk hak terhadap opsyen untuk membeli) dengan
kebenaran pemilik.
Pemilik tidak boleh menahan kebenaran tersebut. Jika kebenaran ditahan,
penyewa boleh memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan
penyerahan hak tersebut tanpa kebenaran dari pemilik.

d) Penyerahan dengan penguatkuasaan undang-undang


Di dalam kes kematian, penyewa menjadi bankrap dan tidak mampu untuk
membayar jumlah bayaran yang perlu diselesaikan ke atas barang-barang
yang disewa, maka semua hak-hak tersebut boleh dipindah milik kepada
wakil, pemegang amanah atau waris penyewa melalui proses
penguatkuasaan undang-undang.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 12

AKTIVITI
AKTIVITI8b
8b

1. Sila nyatakan secara ringkas berkenaan dengan hak dan tanggungan pemilik
dan penyewa di bawah perjanjian sewabeli seperti yang telah anda pelajari.

2. Di dalam kes seperti muflis, penyewa mempunyai hak untuk membuat


penyerahan barang dengan penguatkuasaan undang-undang. Jelaskan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 13

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS8b
8b

1. Hak dan tanggung pemilik dan penyewa di bawah perjanjian sewabeli boleh
dinyatakan seperti di bawah.
Salah nyataan

Pembekalan dokumen/
Hak dan tanggungan
pemilik dan kenyataan perjanjian
penyewa

Penyerahan hak penyewa


secara sukarela

Penyerahan secara
penguatkuasaan undang-
undang

2. Sekiranya penyewa menjadi muflis dan tidak mampu untuk membayar


jumlah bayaran yang perlu diselesaikan, maka semua hak-hak tersebut
(pembayaran) bolehlah dipindahmilk kepada wakil, pemegang amanah atau
waris si penyewa melalui proses penguatkuasaan undangundang.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 14

8.3 PENAMATAN PERJANJIAN LEBIH AWAL

Merujuk kepada Seksyen 14 ASB 1967 penyewa berhak untuk menamatkan


perjanjian sewa belinya lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan. Di sini
penyewa haruslah memberi notis bertulis kepada pemilik tentang tujuannya
berbuat demikian dan menetapkan tarikhnya. Pada atau sebelum tarikh itu,
penyewa hendaklah menjelaskan kesemua jumlah bersih yang perlu dibayar di
bawah perjanjian itu dan penyewa berhak untuk mendapat apa-apa pengurangan
di dalam bayaran termasuk rebet-rebet yang mungkin ada.

Penyewa tidak mampu bayar


Merujuk Seksyen 15 ASB 1967 pula hak diberikan kepada penyewa yang tidak
lagi mahu ataupun tidak mampu untuk meneruskan pembayaran ansuran di
bawah perjanjian sewabeli itu. Dalam keadaan ini penyewa boleh menamatkan
perjanjian ini dengan mengembalikan barangan itu kepada pemilik. Apabila
perjanjian ditamatkan dengan cara berkenaan :
 Penyewa boleh menghendaki pemilik menjual barangan itu kepada
sesiapa saja pada harga yang dipersetujui oleh pemilik.
 Jika nilai barangan ketika dikembalikan oleh penyewa melebihi
jumlah yang kena bayar, penyewa berhak mendapat lebihan itu.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 15

 Jika nilai baranagn yang dikembalikan itu kurang daripada jumlah


yang kena bayar, pemilik berhak menuntut perbezaan nilai itu
sebagai hutangnya.

AKTIVITI
AKTIVITI8c
8c

1. Terangkan langkah yang perlu dilakukan oleh penyewa apabila berkehendakkan


penamatan perjanjian lebih awal seperti di dalam seksyen 14.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 16

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS8c
8c

1. Langkah yang perlu dilakukan oleh penyewa adalah seperti berikut:

Notis (tujuan berbuat demikian)

Tarikh yang dikehendaki

Jelaskan kesemua jumlah bersih yang perlu bayar


(jika terdapat rebet/ pengurangan di dalam bayaran, penyewa berhak terima)

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 17

8.4 PENARIKAN BALIK

Jika penyewa telah memungkiri kontrak yang telah dibuat di antara penyewa dan
pemilik, undang-undang telah memperuntukkan bahawa pemilik boleh menarik
balik barang-barang yang berada di dalam tangan penyewa.

Seksyen 16 ASB 1967 telah memperuntukkan bahawa pemilik tidak mempunyai


kuasa untuk mengambil semula barang-barang yang terkandung dalam perjanjian
sewabeli yang timbul akibat dari kemungkiran perjanjian berhubung dengan
pembayaran ansuran, melainkan terdapat:

i. 2 kali berturut-turut tidak membayar ansuran


ii. ingkar pembayaran akhir
iii. pemilik telah menyerahkan kepada penyewa suatu notis bertulis
( menyatakan hasrat untuk mengambil barang)
iv. tempoh notis telah tamat iaitu melebihi 21 hari
v. pemilik hantar notis penerimaan telah menarik balik barang

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 18

vi. dalam masa 14 hari selepas rampasan, pemilik dikehendaki sekali lagi
menghantar notis kepada penyewa dan juga penjamin seperti yang
termaktub di dalam seksyen 5(1) ASB 1967.

Alamak... barang aku dah


ditarik baliklah.... apa aku
nak buat ni???? Tolong!!!!!

OK... kalau barang dah


ditarik balik, anda juga ada
hak tau.... caranya seperti
di bawah.

HAK PENYEWA SETELAH BARANG DIRAMPAS.


Menurut seksyen 18(1) ASB 1967, apabila pemunya mengambil milikan terhadap mana-
mana barang yang terkandung dalam suatu perjanjian sewabeli, maka penyewa mempunyai
hak-hak berikut:
a). Penyewa boleh dalam masa 21 hari selepas penyerahan notis oleh pemilik
kepadanya, menyerahkan notis bertulis yang ditandatangani oleh penyewa atau
ejennya kepada pemunya :
 Menghendaki pemunya untuk menghantar semula kepada penyewa barang-
barang yang telah diambil semula milikan atau;
 Menghendaki pemunya untuk menjual barang-barang kepada mana-mana orang
yang diperkenalkan oleh penyewa yang bersedia untuk membeli barang-barang
dengan harga tunai suatu harga yang tidak kurang dari nilai barang-barang yang
dianggarkan seperti yang dinyatakan dalam notis terdahulu.

b). Penyewa juga boleh mendapatkan kembali dari pemunya:

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 19

 Sekiranya nilai barang-barang pada masa pemilik mengambil milikan adalah


kurang daripada jumlah bersih yang kena dibayar tetapi jumlah nilai itu di
bawah perjanjian melebihi amaun bersih kena dibayar tolak (-) perbezaan antara
jumlah tersebut dan amaun bersih yang kena dibayar, atau
 Nilai barang-barang pada masa pemunya mengambil milikan adalah sama atau
melebihi amaun bersih yang kena dibayar tolak (-) jumlah nilai dan amaun yang
dibayar oleh penyewa, kurang daripada amaun bersih yang kena dibayar.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 20

AKTIVITI
AKTIVITI8d
8d

1. Sila penuhkan teka silangkata berikut.

1 3

MELINTANG
1. Dokumen ini selalu digunakan sebelum sesuatu barangan ditarik balik.
2. Selain penyewa, _____________ juga berhak diberi salinan notis
berkaitan penarikan barang dalam masa 14 hari selepas rampasan.

MENEGAK
3. Pengambilan semula barangan boleh sebabkan oleh ___________ .
4. Individu ini mempunyai kuasa untuk membuat penarikan barang.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 21

MAKLUMBALAS
MAKLUMBALAS8d
8d

1. Jawapan teka silangkata.

N O T I S
N P
G E
K M
P E N J A M I N
R L
I
K

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 22

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri
ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

SOALAN 1
Nyatakan jenis barangan di bawah urusniaga sewabeli.

SOALAN 2
Di dalam urusan sewabeli, pemilik dan penyewa mempunyai hak dan tanggungan
yang tersendiri. Terangkan salah satu daripada hak dan tanggungan tersebut.

SOALAN 3
Apakah hak yang ada pada penyewa sekiranya penyewa tersebut tidak mampu
untuk terus membuat bayaran ansuran?

SOALAN 4
Terangkan apakah keadaan yang membolehkan pemilik membuat penarikan
barang?

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 23

MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI
JAWAPAN 1
Barang-barang di bawah sewabeli
Perjanjian sewabeli adalah bagi barang-barang seperti berikut:
 Kenderaan bermotor
 Alat-alat radio,televisyen, alat-alat peti nyanyi, pita rakaman dan
sebarang kombinasi yang ada.
 Peti sejuk dan membekukan makanan pengawetan dan sebarang
kombinasi yang ada
 Mesin-mesin jahit

JAWAPAN 2
Penyerahan hak-hak penyewa secara sukarela
Kaedah am undang-undang mengatakan bahawa penyewa bukanlah pemilik
barang-barang yang disewa. Oleh itu, penyewa tidak boleh menjual barang-
barang tersebut. Walau bagaimanapun, Akta Sewabeli membenarkan
penyewa untuk menyerahkan hak-haknya (hakmilik dan faedah di bawah
perjanjian sewabeli termasuk hak terhadap opsyen untuk membeli) dengan
kebenaran pemilik.
Pemilik tidak boleh menahan kebenaran tersebut. Jika kebenaran ditahan,
penyewa boleh memohon kepada mahkamah untuk mengisytiharkan
penyerahan hak tersebut tanpa kebenaran dari pemilik.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEWABELI P2114 / UNIT 8 / 24

JAWAPAN 3
Penyewa boleh menamatkan perjanjian dan perlu mengembalikan barangan kepada
pemilik.

JAWAPAN 4
Pemilik boleh membuat penarikan barang ke atas penyewa sekiranya berlaku
keadaan di bawah :
 2 kali berturut-turut tidak membayar ansuran
 ingkar pembayaran akhir
 pemilik telah menyerahkan kepada penyewa suatu notis bertulis
 ( menyatakan hasrat untuk mengambil barang)
 tempoh notis telah tamat iaitu melebihi 21 hari
 pemilik hantar notis penerimaan telah menarik balik barang
 dalam masa 14 hari selepas rampasan, pemilik dikehendaki sekali lagi
menghantar notis kepada penyewa dan juga penjamin seperti yang termaktub
di dalam seksyen 5(1) ASB 1967.

ANDA BOLEH KE UNIT SETERUSNYA!!!!

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Anda mungkin juga menyukai