UNIT
UNIT 99
PENJUALAN BARANGAN
OBJEKTIF
Objektif Am :
Objektif Khusus
9.1.1 PENGENALAN
Seksyen 4(1) AJB 1957 mentakrifkannya sebagai kontrak yang mana penjual
memindah milik, atau bersetuju untuk memindah milik hak terhadap barangan itu
kepada pembeli dengan balasan yang disebut sebagai harga.
‘Harga’ pula ditakrifkan di dalam Seksyen 2 AJB 1957 sebagai balasan wang bagi
jualan barang-barang,.
Penentuan Harga
Seksyen 10 AJB 1957 pula memperuntukkan sekiranya harga itu akan ditentukan
oleh pihak ketiga, tetapi pihak ketiga itu gagal berbuat demikian, kontrak jualan
barang-barang akan menjadi tidak sah melainkan jika barangan itu telahpun
diserahkan kepada pembeli.
Seksyen 4(1) AJB 1957 menyatakan kontrak jualan boleh secara mutlak atau
bersyarat. Ia boleh dibuat di dalam bentuk “jualan” atau “perjanjian untuk
menjual”. Mengikut Seksyen 4(3) AJB 1957, “jualan” berlaku apabila hak milik
ke atas barangan dipindahkan daripada penjual kepada pembeli tetapi “perjanjian
untuk menjual” berlaku apabila hak milik ke atas barangan hanya akan berpindah
pada suatu masa hadapan atau setelah sesuatu syarat dipenuhi. Berdasarkan
Seksyen 4(4) AJB 1957 pula, “persetujuan untuk menjual” akan menjadi “jualan”
apabila masa yang ditentukan telahpun luput atau syarat-syarat telahpun dipatuhi.
Seksyen 2 AJB 1957 mentakrifkannya sebagai jenis harta alih selain daripada
tuntutan boleh dakwa dan wang. Ini termasuklah stok dan saham, tanaman yang
hidup, rumput dan benda-benda yang bercantum kepada tanah atau membentuk
sebahagian daripada tanah yang dipersetujui untuk diasingkan sebelum jualan
atau di bawah kontrak jualan.
Ini bermakna;
Harta alih ~ barang
Hak untuk mendakwa ~ bukan barang
Wang ~ bukan barang
Jenis Barang-Barang
AKTIVITI
AKTIVITI9a
9a
4. a.
b.
5. Selain daripada Akta Jualan Barang 1957, kontrak jualan barang juga tertakluk
kepada ………………. .
MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS9a
9a
4. a. Jualan
b. Perjanjian untuk jualan
Hak kepunyaan bagi barang-barang iaitu hak milik atau pemunyaan mestilah
dibezakan daripada pemilikan. Seseorang mungkin mendapat pemilikan barang-
barang tetapi hak miliknya masih kekal dengan tuan punya barangan tersebut.
Adalah penting untuk memastikan saat dan ketika hak milik barangan itu
berpindah daripada penjual kepada pembeli. Ini kerana risiko terhadap barangan
itu berpindah pada saat yang sama dengan pemindahan hak milik. Namun begitu,
sebelum saat pemindahan hak milik ini dapat ditentukan, adalah perlu bagi kita
mengetahui jenis barangan yang terlibat terlebih dahulu. Ini kerana saat
berlakunya pemindahan hak milik adalah berbeza bagi barangan yang belum
dikenal pasti dan barangan yang sudah dikenalpasti.
Rajah 9.1 menunjukkan kesan jenis barangan akan mempengaruhi hak milik
Barangan
Belum
Dikenal
PINDAH
MILIKAN
BARANG Barangan
boleh dihantar
Barangan
Telah
Dikenal
Barangan
tidak boleh
dihantar serah
Rajah 9.1
9.2.1 Pemindahan Hak Milik Dalam Barangan Yang Belum Dikenal Pasti
9.2.2 Pemindahan Hak Milik Dalam Barangan Yang Telah Dikenal Pasti
Berdasarkan Seksyen 19 AJB 1957, pemindahan hak milik bagi barangan yang
telah dikenal pasti berlaku pada masa dan ketika yang dihasratkan oleh kedua-dua
pihak yang berkontrak. Hasrat pihak-pihak ini ditentukan dengan melihat kepada
terma-terma kontrak yang telah dipersetujui, kelakuan pihak-pihak dan hal
keadaan sesuatu kes itu.
a. Barangan yang telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh hantar
serah
Seksyen 20 AJB 1957 menyatakan, jika kontrak itu adalah suatu kontrak jualan
barangan yang telah dikenalpasti dan berada dalam keadaan boleh dihantar serah,
hak milik dalam barangan itu berpindah kepada pembeli semasa kontrak dibuat,
tidak kira sama ada masa pembayaran harganya atau masa untuk
penghantarserahan atau kedua-duanya ditangguhkan.
Barangan dikatakan sebagai berada dalam keadaan boleh dihantar serah apabila
tiada apa-apa lagi perlu dilakukan ke atas barangan tersebut bagi tujuan
menyediakannya dalam keadaan terserah, dan mengikut Seksyen 2 AJB 1957,
pembeli adalah terikat untuk menerima penyerahan atau mengambil milikan di
bawah kontrak jualan berkenaan.
Contoh: X telah membeli satu set bilik tidur di Syarikat Perabot Y pada harga
RM2,800. X meminta supaya penjual berkenaan menghantar set tersebut ke
rumahnya dan berjanji akan membayar baki harga perabot berkenaan selepas
barangan dihantar. Tiada sebarang peruntukan dalam perjanjian antara mereka
yang menyatakan secara khusus mengenai saat berlakunya pemindahan hak milik
ke atas set bilik tidur itu. Set bilik tidur itu pula merupakan barangan yang telah
dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh hantar serah. Justeru, hak milik
berpindah kepada X semasa kontrak jualan berlaku walaupun harga masih belum
dibayar sepenuhnya dan hantar serahan masih belum dilakukan.
Contoh kes Underwood Ltd lwn Burgh Castle Brick and Cement Syndicate
(1922),
Fakta : Penjual menjual jentera seberat 30 tan yang melekat secara tetap di lantai
kilangnya. Bagi tujuan penyerahan, jentera itu perlu ditanggalkan dari lantai
kilang dan dinaikkan ke atas gerabak keretapi. Jentera itu rosak sewaktu kerja-
kerja ini dilakukan. Pembeli enggan menerima penyerahan. Penjual mendakwa
atas alasan hak milik ke atas jentera tersebut telahpun berpindah dan pembeli
mestilah menjelaskan harga jentera itu.
Mahkamah : Memutuskan, oleh kerana jentera itu telahpun rosak apabila tiba ke
tangan pembeli, jentera itu tidak berada dalam keadaan boleh hantar serah.
Justeru, hak milik tidak berpindah kepada pembeli dan masih kekal kepada
penjual.
b. Barangan yang telah dikenal pasti tetapi tidak berada dalam keadaan boleh
hantar serah
Apabila berlaku kontrak jualan barangan yang telah dikenal pasti tetapi penjual
perlu melakukan sesuatu untuk menjadikan barangan itu berada dalam keadaan
boleh dihantar serah, mengikut Seksyen 21 Akta Jualan Barangan, hak milik
dalam barangan itu tidak akan berpindah kecuali sesuatu itu dilakukan dan
pembeli mengetahui tentangnya.
Contoh kes Chop Why Joo Hak Lee lwn Official Assignee (1928-41),
Fakta : Pihak apellan menjual 102 beg lada pada harga 99.25 sen sepikul. Beg-beg
lada itu telah disimpan di gudang X setelah diturunkan dari kapal apellan.
Malangnya, X telah dijatuhkan hukuman bankrap dan hartanya termasuklah beg-
beg lada apellan yang berada di gudangnya telah diambil alih oleh Official
Assignee. Apellan menuntut beg-beg lada itu diserahkan kepadanya semula atas
alasan hak milik masih kekal padanya kerana lada-lada itu belum diperiksa oleh
merinyu kerajaan bagi tujuan menentukan tahap kelembapannya sebelum satu sijil
pengesahan boleh dikeluarkan.
c. Barangan yang telah dikenal pasti dan berada dalam keadaan boleh hantar
serah tetapi harga belum ditentukan.
Contoh 9.1
Jika gula dijual dengan harga RM1.40 sekilo dan pembeli mahu
membeli sebanyak 50 kg, sudah tentu gula itu perlu ditimbang dan
dikira semula untuk menentukan bayaran yang kena dibayar oleh
pembeli. Di sini, selagi penjual tidak menimbang dan mengira harga
sebenar gula berkenaan dan pembeli masih belum diberitahu
tentangnya, tiada perpindahan hak milik berlaku.
Contoh Kes : Chop Why Joo Hak Lee lwn Official Assignee (1928-41),
Mahkamah : Disebabkan lada-lada tersebut tidak boleh ditimbang dan harganya
tidak dapat ditentukan selagi pemeriksaan merinyu tidak dilakukan,
maka hak milik tidak berpindah selagi semua perkara itu belum
dilakukan.
Berdasarkan Seksyen 24(a) AJB 1957, jika barangan dihantar serah kepada
pembeli atas persetujuan atau “untuk dijual atau dikembalikan” , hak milik hanya
akan berpindah kepada pembeli apabila pembeli menyatakan persetujuannya atau
penerimaannya atau melakukan apa-apa tindakan yang melambangkan
penerimaannya.
Contoh kes Kirkham lwn Attenborough (1897),
Fakta : Plaintif telah menyerahkan barangan kemas kepada X atas urusniaga
“untuk dijual atau dikembalikan.” X, walaupun tidak menyatakan
penerimaannya, telah menggadaikan barangan kemas tersebut kepada
defenden.
Menurut Seksyen 24(b) AJB 1957, hak milik juga akan berpindah kepada pembeli
jika dia tidak menunjukkan persetujuan atau penerimaannya tetapi menyimpan
barangan tersebut tanpa memberi sebarang notis penolakan, maka jika suatu masa
telah ditetapkan bagi pemulangan barangan itu, atas keluputan masa itu dan jika
tiada masa ditetapkan, atas luputnya masa yang munasabah.
Contoh kes Poole lwn Smith’s Car Sales (Balham) Ltd (1962),
Fakta : Pada Ogos 1960, P seorang jurujual kereta, telah menjual sebuah kereta
Vauxhall terpakai kepada Smith’s Car Sales (Balham) Ltd (SCSB) atas
dasar ‘jual atau dikembalikan. SCSB tidak menyatakan penerimaannya
atau penolakannya tetapi kereta itu tidak dikembalikan sehingga Oktober
1960. P menulis surat kepada SCSB menyatakan, jika SCSB tidak
menyatakan persetujuannya untuk membeli atau mengembalikan kereta
itu sehingga 10 November, SCSB dianggap membeli kereta tersebut.
Kereta berkenaan tidak dipulangkan sehinggalah penghujung bulan
November.
Mahkamah : SCSB dianggap membeli kereta tersebut dan justeru, hak milik
kereta itu berpindah kepada SCSB disebabkan kegagalan SCSB
memulangkannya pada masa yang telah ditetapkan.
AKTIVITI
AKTIVITI9b
9b
3. Caca membeli sebuah komputer dari kedai komputer Seng Kek dan bersetuju
membayar harganya sebaik sahaja komputer itu dihantar kepadanya. Tiada
sebarang perjanjian bertulis berkenaan penjualan tersebut. Apabila Caca
menerima komputer tersebut, beliau mendapati komputer tersebut tidak berfungsi.
MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS9b
9b
2. Risiko berpindah daripada penjual kepada pembeli pada saat yang sama dengan
pemindahan hak milik barangan tersebut.
3. i. Risiko berpindah daripada Kedai Komputer Seng Kek kepada Caca pada
waktu yang sama komputer itu dihantar serah kepada Caca.
ii. Caca boleh memulangkan kembali komputer tersebut kerana komputer itu
tidak berada di dalam keadaan yang boleh dihantar serah. Kes yang berkaitan
ialah Underwood Ltd. Lwn Burgh Castle Brick and Cement Syndicate (1922).
Seksyen 12(2) AJB 1957 menyatakan suatu syarat adalah penentuan yang perlu
kepada maksud utama kontrak, di mana kemungkirannya akan memberikan hak
untuk menganggap kontrak itu sebagai di tolak.
Seksyen 12(3) AJB 1957 pula menyatakan suatu waranti adalah suatu janji kolateral
(penentuan sandaran) kepada maksud utama kontrak, di mana kemungkirannya
membolehkan tuntutan untuk mendapatkan gantirugi tetapi bukan hak untuk
menolak barangan dan memperlakukan kontrak itu sebagai ditolak.
Contoh kes Tham Cheow Toh lwn Associated Metal Smelter (1971)
Fakta kes: Defendan (AMS) gagal menyediakan relau pelebur logam mengikut
spesifikasi yang ditetapkan. Ini merupakan satu perlanggaran syarat
perjanjian dan ia boleh memberi hak kepada plaintif untuk menamatkan
kontrak .
Mahkamah: memutuskan bahawa plaintif boleh menganggap pelanggaran syarat
tersebut sebagai pelanggaran waranti sahaja. Oleh itu kontrak perlu
diteruskan dan hanya gantirugi sahaja yang boleh dituntut.
TERMA-TERMA KONTRAK
TERMA-TERMA KONTRAK
SYARAT WARANTI
SYARAT WARANTI
Rajah 9.2
**Nyata bermaksud terma yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkontrak
* Tersirat bermaksud satu bahagian integral kontrak yang tidak secara nyata disediakan
atau dipersetujui oleh pihak-pihak yang berkontrak
AKTIVITI
AKTIVITI9c
9c
1. TERMA-TERMA
i. KONTRAK ii.
MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS9c
9c
1. i. Syarat
ii. Waranti
2. pihak yang terkilan ; kontrak
3. gantirugi
4. pihak yang terkilan menuntut gantirugi
PENILAIAN KENDIRI
1. Adakah item –item berikut merupakan “barang” di bawah definisi Akta Jualan
Barangan 1957? Sila jawab YA atau TIDAK.
i) stok dan saham ______
ii) tanah ______
iii) kenderaan ______
iv) cek ______
v) bahan makanan ______
i) Ami memberi Ani sekilo gula dan sebagai balasan Ani memberi Ami
sekilo beras.
ii) Baba menyerahkan seguni mangga kepada Bibi dan Bibi membayar
RM10 kepada Baba.
MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI
1. i. YA
ii TIDAK
iii. YA
iv. TIDAK
v. YA