Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI PENGAJARAN MIKRO

HELFREN FILEX BIN MAPANSING


931010-12-6885

Berdasarkan pengajaran mikro Pendidikan Moral yang telah dilakukan pada khamis
iaitu 2 Oktober 2014, saya telah mendapat pelbagai komen dan pandangan daripada
pensyarah pembimbing dan rakan-rakan. Topik yang saya ajar ialah kerajinan dan
bahagian pengajaran yang telah saya perolehi media dan pengajaran. Pemilihan
bahan untuk media dan pengajaran yang saya gunakan ialah persembahan slaid
mengenai belalang dan semut.
Dalam pengajaran tersebut, pelaksanaan penceritaan yang dilaksanakan
menggunakan cerita yang menarik perhatian dan mempunyai intonasi serta gaya
yang sesuai. Suara yang telah digunakan juga jelas dan mudah didengar. Gambar
yang menjadi slaid juga berkaitan dengan cerita dan mempunyai grafik yang
berwarna warni.
Selain itu, guru juga menggunakan teknik penyoalan yang berbentuk aras
tinggi. Dalam penyoalan, guru bertanya, "Mengapa belalang tidak pergi ke rumah
gajah, zirafah atau haiwan lain? " dan "Mengapa belalang pergi ke rumah semut
semasa berasa lapar?". Soalan bentuk ini mencabar minda pelajar untuk berfikir
pada tahap yang tinggi berbanding soalan normal lain.
Walaubagaimanapun, guru boleh mengembangkan lagi idea penyoalan
dengan menterbalikkan pula soalan tersebut dengan menanyakan mengapa semut
tak pergi ke rumah semut pula. Soalan ini akan lebih memerlukan keupayaan murid
untuk berfikir secara kritis dan kreatif berbanding biasa. Pertanyaan ini juga akan
membolehkan murid lebih peka dalam pembelajaran dalam kelas.
Di samping itu, guru juga boleh menamatkan sesi pengajaran dengan
menerangkan topik yang hendak dipelajari pada hari tersebut iaitu topik kerajinan.
Hal ini supaya murid lebih faham dan dapat mengetahui apakah topik yang diajarkan.
Sekiranya topik yang diberikan tidak dinyatakan, tidak ada kesinambungan dalam
pengajaran yang dilaksanakan.
Salah satu kelemahan yang terdapat dalam pengajaran ini ialah bahasa
badan guru yang kurang. Selain itu, guru juga menggunakan perkataan "jadi" secara
berulang. Hal ini akan mengganggu tumpuan murid dan menyebabkan mereka fokus
kepada perkataan tersebut berbanding dengan pengajaran mikro yang dilaksanakan
oleh guru.
Oleh itu, guru haruslah meningkatkan penggunaan media serta pengawalan
kelas agar dapat menjalani keadaan praktikum dengan lebih mudah dan terancang.

Anda mungkin juga menyukai