Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PASAR (1)

KUALA LUMPUR
MINIT CURAI
NAMA GURU: HAIZRIN BINTI ABD. RAHMAN_________________________
KURSUS / MESYUARAT YANG DIHADIRI : KURSUS PEMBANGUNAN
KOMPETENSI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (GURU) GRED DG41
2014.
TARIKH: 5 9 MEI 2014

TEMPAT: IPG KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA.

PROGRAM PERLAKSANAAN
1. Kursus yang berlangsung selama 5 hari ini adalah bertujuan untuk memberi
pendedahan tentang ilmu-ilmu yang perlu ada pada pegawai perkhidmatan
pendidikan gred DG41 yang mempunyai kompetensi.
2. Modul kursus ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu:
(A) Dasar dan Hala Tuju Pendidikan Negara;
(B) Pengajaran dan Pembelajaran;
(C) Pengurusan dan Kepimpinan Pengajaran dan Pembelajaran; dan
(D) Nilai Profesional.
3. Bahagian (A) berkisar tentang Sistem Pendidikan Negara dan tugas guru
sebagai pelaksana dasar pendidikan. Antara dokumen pendidikan yang terlibat
ialah Falsafah Pendidikan Negara, Akta Pendidikan dan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025.
4. Bahagian (B) berkisar tentang konsep pentaksiran, memahami ciri-ciri
pentaksiran, memahami dan mengenali instrument pentaksiran yang digunakan
serta membezakan instrument dan item. Selain itu, guru juga dapat mengenal
pasti ciri-ciri keusahawanan dan konsep keusahawanan dalam pendidikan,
mengaplikasi konsep keusahawanan dalam meningkatkan pencapaian murid.
Guru juga berkemahiran dalam mendalami dan meningkatkan konsep TMK

dalam pendidikan serta mengaplikasikan kemahiran TMK dalam penghasilan


tugasan.
5.

Bahagian (C) berkisar tentang masalah atau isu PdP yang perlu tindakan

penyelesaian. Guru juga dapat mengenal pasti strategi penyelesaian kepada


masalah atau isu PdP, menyediakan pelan tindakan sebagai penyelesaian
masalah atau isu. Guru mengaplikasikan kemahiran menggunakan data dan
maklumat untuk meningkatkan PdP serta elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) melalui Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC).
6.

Bahagian

(D)

berkisar

tentang

pembentukan

personaliti

pembangunan efikasi diri guru dan pemantapan kemahiran komunikasi.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

...

(HAIZRIN BINTI ABD. RAHMAN)

guru,

Anda mungkin juga menyukai