Anda di halaman 1dari 3

Contoh Aplikasi ADDIE Dalam Pengajaran Pendidikan Agama Islam

Fasa Analisis
Analisis tajuk: Taharah (fiqh) asas tayamum
Analisis sasaran: Murid tahun 3, aplikasi gaya pembelajaran VARK, telah biasa dalam
amalan harian membersihkan diri daripada kotoran fizikal seperti mandi serta mencuci
tangan dan kaki menggunakan media air.
Analisis objektif: membolehkan murid menunjukcara bertayamum menggunakan debu
mengikut tertib turutan bertayamum dalam tempoh masa pengajaran.
Analisis tugasan: murid membuat penerokaan bahan tentang tayamum serta melakukan
demonstrasi cara bertayamum
Analisis masalah pembelajaran: tempoh peruntukan masa yang terbatas untuk
membolehkan semua murid terlibat dengan demonstrasi secara individu
Analisis media pembelajaran: perlu menyediakan klip video cara-cara bertayamum atau
boleh dimuat turun daripada youtube
http://www.youtube.com/watch?v=pLZ6VcSt8hU&feature=related
Analisis pertimbangan pedagogikal dan teori pembelajaran: kaedah demonstrasi,
pendekatan pengajaran berpusatkan murid, model 5E konstruktivisme
Analisis tempoh masa pengajaran: 2 waktu X 30 minit = 60 minit
Analisis persekitaran: musolla

Fasa rekabentuk dan pembangunan
Ranc pengajaran:
Langkah
(Model
Konstruktivisme
5E)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan
pembelajaran

Catatan
Pendahuluan Doa belajar Murid berdoa secara kelas
Set Induksi
(Langkah
Penglibatan /
Engagement)
Bersuci atau
berwudhuk
menggunakan air
mutlak dan tayamum
Guru mengemukakan soalan
berkenaan taharah atau bersuci
menggunakan air.

Guru meminta murid
mengaitkan amalan bersuci
sekiranya tidak terdapat air.
Mengaitkan
topik dengan
pengetahuan
sedia ada
murid.
Langkah
Penerokaan
(Exploration)
Bahan untuk
bertayamum (debu
tanah)

Rukun tayamum

Gambar pegun
menunjukkan
sekuen melakukan
Murid berkumpul dalam
kumpulan pembelajaran
koperatif 4 orang setelah
menerima arahan guru.

Wakil setiap kumpulan diminta
mengambil 4 bahan bantu yang
berlainan dan mengagihkan
kepada setiap ahli
Pembelajaran
koperatif
Jigsaw


tayamum (cara)

Syarat dan sebab
bertayamum

Perkara yang
membatalkan
tayamum

Setiap murid akan mendapatkan
maklumat berlainan berkaitan
tayamum berpandukan bahan
yang diperolehi.

Murid berkongsi maklumat
dalam kumpulan untuk
melengkapkan maklumat
tentang tayamum.

Langkah
Penjelasan
(Explain)
Rukun tayamum

- Niat tayamum
- Menyapu muka
dengan debu tanah
- Menyapu dua tangan
hingga ke siku
- Tertib

Guru menayangkan klip video
tayamum (suara disenyapkan)
dan meminta wakil kumpulan
menjelaskan proses
bertayamum berpandukan klip
vodeo.

Guru mengedarkan 2 salinan
senarai semak dan
mengagihkan debu tanah
kepada setiap kumpulan.

Murid bekerja secara
berpasangan. Secara individu
seorang murid diminta menunjuk
cara, manakala rakannya
menyemak serta menandakan
ya atau tidak dengan merujuk
senarai semak.

Bahan: Klip
video tentang
tayamum










Penilaian
formatif oleh
rakan sebaya
dengan
bimbingan
guru
Langkah
Penghuraian
(Elaborate)
Menunaikan solat
adalah wajib
walaupun tidak
diperolehi air untuk
berwudhuk.

Penggunaan debu
tanah sebagai ganti
air ketika ketiadaan
air.

Jenis-jenis debu
yang boleh
digunakan untuk
bertayamum

Wajib patuh kepada
perintah Allah.

Bersuci adalah wajib
sebelum
menunaikan solat

Murid diminta mengaitkan
tayamum dengan solat dan
taharah.

Guru mengemukakan
permasalahan berkaitan
tayamum seperti keadaan
ketiadaan air dan tanah
berdebu, contohnya dalam kapal
terbang atau di angkasa lepas,
dan meminta murid memberikan
pandangan mereka. Guru
membimbing murid ketika
membuat penjelasan.

Langkah
Penilaian
(Evaluate)
Dapatan daripada
senarai semak
Beberapa orang murid dipilih
untuk membuat penilaian
tayammum berpandukan
dapatan daripada senarai
semak dan membandingkan
dengan apa yang mereka tonton
daripada klip video

Kemahiran
berfikir
banding beza
Penutup Rumusan oleh murid yang dipilih
tentang pelajaran.



Penilaian: Penilaian guru dan rakan sebaya ke atas demonstrasi yang dilakukan oleh
murid berpandukan senarai semak yang dibina.
Bil Perkara Ya Tidak
1 Membaca basmallah dengan lengkap
2 Niat tayammum yang lengkap
3 Menepuk dua tapak tangan ke debu tanah
4 Menipiskan debu pada tapak tangan
5 Menyapu kedua tapak tangan ke seluruh muka
6 Menepuk dua tapak tangan ke debu pasir kali kedua
7 Menipiskan debu pada tapak tangan
8 Menyapu kedua tangan hingga ke paras siku

Pembinaan dan penyediaan bahan bantu:
1. Debu tanah yang secukupnya
2. Klip video tayammum yang dimuat turun daripada youtube.
3. Komputer riba, projektor LCD dan layar besar
Fasa pelaksanaan
Melaksanakan rancangan dalam kelas, mencatatkan dalam diari isu-isu berkaitan
kekuatan dan kelemahan semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Fasa penilaian
Refleksi dan cadangan penambahbaikan

Anda mungkin juga menyukai