Anda di halaman 1dari 3

Teks Majlis Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Yang Berusaha Pn.Ruziah Bt Ajib.
Guru Besar Sk Muadzam Shah.
Pn Jamaliah Bt Mat Sarib.
Guru Penolong Kanan Pentadbiran
Para tetamu undangan :
1. .................................................................................................................
2. .................................................................................................................
3. .................................................................................................................
4. .................................................................................................................
5. .................................................................................................................
6. .................................................................................................................
7. .................................................................................................................

Rakan-rakan PTP dan staf BTPNNS serta PKG seluruh Negeri Sembilan
Tuan-tuan dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Buat ketupat bersama rendang


Jadi hidangan di pagi hari
Saya bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang
Ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua para tetamu
jemputan dan para hadirin kerana sudi hadir dalam majlis yang diadakan pada malam ini.

Majlis pada malam ini dimulakan dengan bacaan doa oleh :.............................................
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik ...................................................atas bacaan doa
itu tadi.
Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput dam mempersilakan Encik
Kamaruzzaman bin Hj Ayob Penolong Pengarah BTPNNS merangkap (Pengerusi Badan
Kebajikan BTPNNS-PKG) untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan....
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan tersebut.
Para hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berusaha Encik Abdullah bin Yussuf (Ketua
Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan). Majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tuan KPP untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan KPP atas ucapan tersebut.
Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara majlis diteruskan lagi dengan jamuan Hari Raya
Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati juadah dan hidangan
yang telah disediakan.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian
Baik lelaki mahupun perempuan
Janganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan.

Selama sebulan kita berpuasa


Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga terhapus segala dosa

Yang jauh berkirim salam


Yang dekat berkirim rindu

Mari lupakan kisah yang silam


Kita buka buku yang baharu

Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan salam sejahtera. Jemput tuantuan dan semua hadirin untuk menikmati hidangan.
Di tulis oleh : POLARIS at 9:14 P

Anda mungkin juga menyukai