Anda di halaman 1dari 4

UCAPAN PENGACARA MAJLIS RAMAH TAMAH HARI RAYA AIDILFITRI

RIMUP SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN 2009


LOBI INI MENJADI SAKSI
PARA GURU DAN PELAJAR BERSERI-SERI
PERKUKUHKAN PERPADUAN ITULAH VISI
DI MAJLIS PROGRAM RIMUP AIDILFITRI.
YANG KITA AKAN KITA MULAI
BISSMILLAHIRRAHMANIRAHIM
YANG BERBAHAGIA,ENCIK BEDUIE BIN UNEY,PEGAWAI PELAJARAN
DAERAH KUCHING.
YG BERUSAHA EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK BARU
YANG DIHORMATI PN MISIA BINTI HJ ZAINPENOLONG KANAN
PENTADBIRAN,,EN MADZALAN BIN ZAWAWI PENOLONG KANAN HAL
EHWAL MURID ,EN SELAMAT BIN MASUNI PENOLONG KANAN
KOKURIKULUM , EN JAMAL SHUKURI BOLHASSAN ,PENYELARAS
PENDIDIKAN KHAS, TN HJ BAHARUDDIN BIN MANSUR YG DIPERTUA PIBG
SMK DEMAK BARU
RAKAN-RAKAN GURU SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN , STAFF
SOKONGAN, TUAN-PUAN SERTA PARA PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.
ASSALAMUALAIKUM ,DAN SALAM SEJAHTERA.SALAM PERPADUAN.
BERTEMU KITA DI PAGI CERIA
MENJALIN IKATAN DI AIDILFITRI
PROGRAM RIMUP AKTIVITI MULIA
BINA PERPADUAN DAN JATIDIRI.
BERBILANG KAUM HIDUP BERSAMA
BERSOPAN SANTUN AMATLAH MESRA
TAK KIRA BANGSA JUGA AGAMA
AIDILFITRI DI SAMBUT DENGAN GEMBIRA
BAGI PIHAK PENGAJUR SMK DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN
,MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN BERBANYAK TERIMA KASIH DAN
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA KHUSUSNYA KEPADA
YG BEBAHAGIA EN BEDUI BIN UNE KERANA SUDI HADIR PADA PAGI
INI..MAJLIS YANG BEGITU CERIA,MERIAH DAN BERWARNA-WARNI INI
ADALAH MANIFESTASI PERPADUAN DAN KERUKUNAN ANTARA KITA SMK
DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN.
TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SEKALIAN,.
MEMULAKAN MAJLIS PADA PAGI INI,HADIRIN DIMOHON BERDIRI UNTUK
BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU NEGARAKU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN.
HADIRIN YANG DIHORMATI,DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA
PADA PAGI INI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN AKAN LEBIH
DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T, MAJLIS MEMPERSILAKAN USTAZ IBRAHIM
BIN HALING UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DENGAN SEGALA
HORMATNYA DIPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA USTAZ IBRAHIM
BIN HALING KERANA BACAAN DOA SEBENTAR TADI.
PARA HADIRIN SEKALIAN,
SETERUSNYA ,MAJLIS DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT DAN
MEMPERSILAKAN EN RAMBLI BIN HJ HASBI ,PENGETUA SMK DEMAK
BARU UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN.
DENGAN SEGALA HORMATNYA MEMPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA E RAMBLI BIN HJ
HASBI DI ATAS UCAPAN ITU TADI.
HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
MAJLIS DENGAN PENUH TAKZIM MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA EN
BEDUI BIN UNE UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA
MERASMIKAN MAJLIS RAMAH TAMAH HARI RAYA AIDILFITRI RIMUP SMK
DEMAK BARU DAN SMK PADUNGAN 2009. DENGAN SEGALA HORMATNYA
DIPERSILAKAN.
MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN PENGHARGAAN TERIMA KASIH KEPADA
YG BERBAHAGIA EN BEDUI BIN UNE DI ATAS UCAPAN DAN PERASMIAN ITU
TADI.
NYANYIAN LAGU IBU PERTIWIKU
HADIRIN SEKALIAN
SAMPAILAH KITA KE PENGHUJUNG MAJLIS.SEBELUM MAJLIS BERSURAI
DIJEMPUT PARA HADIRIN BERDIRI DAN BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN
LAGU IBU PERTIWIKU
PENUTUP
HADIRIN SEKALIAN..DENGAN BERAKHIRNYA NYAYIAN IBU PERTIWIKU
,MAKA SELESAI SUDAH MAJLIS KITA.
JARI DISUSUN MAAF DIPINTA
.SALAH SILAP HARAP DIMAAFI
TERKASAR BAHASA MAUPUN GURAU SENDA
JANGAN DISIMPAN DI DALAM HATI
INI SEKADAR PENGHIBUR HATI
MENJADI KENANGAN YANG ABADI
SAYA BAGI PIHAK ASHLI JAWATANKUASA MMAJLIS MOTIVASI
MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA TUAN-PUAN YANG SUDI
HADIR BAGI MEMERIAHKAN MAJLIS PADA HARI INI.
JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA PIHAK2 YG TELAH
MENGHULURKAN SUMBANGAN BAKTI SAMA ADA DLM BENTUK
KEWANGAN HADIAH ,IDEA DAN SEBAGAINYABAGI MENJAYAKAN
MAJLIS INI.SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI PADA MAJLIS AKAN DATANG.
UBI MANIS UBI KELADI
KALAU ADA DITAMBAH LAGI
SEKIRANYA UMUR PANJANG DIRESTUI
KITA PASTI BERJUMPA LAGI
.TERIMA KASIH.SEKIAN
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT