Anda di halaman 1dari 7

PENGKARYAAN

LUKISAN



Karya seni yang dihasilkan melalui garisan sehingga
mewujudkan rupa ,bentuk,nilai cahaya, bayang,jalinan
dengan menggunakan media kering
Merupakan persediaan asas sebelum menghasilkan
catan,arca ,cetakan
Contoh media kering :pensel,pensel warna,charcoal,pen
teknikal,warna pastel , marker
Menghasilkan garisan-garisan yang pelbagai dengan
menggunakanberbagai-bagai jenis gred pensel akan
memberi kesan dan kualiti garisan serta jalinan yang
berbeza

TEKNIK MELOREK
KAEDAH MELUKIS
Lakaran perspektif satu titik lenyap, dua titik lenyap
dan tiga titik lenyap
LUKISAN DALAM PENGKARYAAN DAN
PEREKAAN
terbahagi kepada 2 bahagi
i. Lukisan berdasarkan satu komposisi
-calon akan diuji dalam kemahiran penyelesaian masalah yang
berkaitan dengan sifat visual
objek ,struktur objek ,kadar banding ,jalinan,
pengcahayaan,pengolahan ruang,ekspresi,penggunaan
media dan teknik
ii. Lukisan berdasarkan Gubahan
-Calon akan diuji berasaskan kepada kajian objek dan bahan yang
disediakan
-Calon perlu memanipulasikan sifat objek ke dalam gubahan yang
baharu dengan gaya imitasi dan stailitasi menerusi beberapa
kajiandan perkembangan idea melalui lakaran yang dilorek untuk
menghasilkan cahaya dan bayang.
LUKISAN TEKNIK
-Dikenali sebagai lukisan yang berkaitan dengan kejuruteraan malah
lukisan pelan dapat menggambarkan dengan tepat sesuatu objek
teknikal ,seni bina dan kejuruteraan
-Merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di kalangan
mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan
-satu dokumen dalam bentuk bergambar ,mengandungi semua
maklumat penting bagi tujuan pembuatan serta mengandungi satu
kumpulan bahan binaan serta barangan yang lengkap menunjukkan
keseluhuran komponen
-Lukisan ini termasuklah lukisan terperinci ,lukisan butir ,lukisan
bangunan-bangunan dan lukisan pembuatan
LUKISAN ILUSTRASI
-Satu kaedah visualisasi melalui penulisan atau cerita
dengan teknik lukisan fotografi atau teknik lukisan seni rupa
yang dapat menggambarkan imej tiga dimensi dalam bentuk
dua dimensi
-Adalah untuk menerangkan atau menghias sesuatu cerita
,tulisan ,puisi atau informasi
-Dapat memberi bayangan setiap karektor dalam cerita
,memberi bayangan langkah proses perkembangan idea
atau kajian