Anda di halaman 1dari 1

Oh, cantiknya tandukku! kata rusa itu kepada dirinya.

Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang


kurus. Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala
hingga hujung kaki, rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa
itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang
rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah cemas
apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya
melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju. Rusa itu kini
menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga
tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa kecantikan
tidak semestinya membawa kebaikan. - See more at: http://ceritakanak.blogspot.com/#sthash.4u18wnzl.dpuf

Anda mungkin juga menyukai