Anda di halaman 1dari 4

Sjk (C) sawit

81030, kulaijaya, johor



Program pendidikan khas integrasi
Masalah pembelajaran

Program Lawatan sambil belajar

TARIKH : 8 oktober 2014
HARI : RABU
Tempat : Hutan Bandar putra,
Bandar putra, kulaijaya.






KERTAS KERJA PROGRAM LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SJK (C) SAWIT 2014


PENGENALAN

Program Pendidikan Luar Bilik Darjah (PLBD ) merupakan satu program yang memberi
peluang kepada pelajar Pendidikan Khas untuk menambah pengetahuan dan pengalaman
mereka tentang kehidupan dan persekitaran di sekeliling mereka. Melalui aktiviti
ini, iasedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik bermain
bowling yang betul. Memandangkan para pelajar ini sangat kurang didedahkan kepada
persekitaran luar, maka dengan adanya aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah ini dapat
meningkatkan pengetahuan, keyakinan diri dan kemahiran bergaul dengan masyarakat di
sekeliling mereka.

MATLAMAT
Memberi dan mengukuhkan seberapa banyak kemahiran psikomotor murid-murid
bermasalah pembelajaran serta membentuk keyakinan diri di kalangan mereka.

OBJEKTIF
1. Murid-murid dapat menguasai kemahiran psikomotor kasar dan psikomotor
halus melalui aktiviti yang dijalankan.
2. Murid-murid dapat menimba pengalaman melwat sambil belajar tentang alam
sekitar.
3. Murid-murid berpeluang untuk bersosialisasi dengan guru-guru, dan rakan-
rakan secara rasional.
4. Memberi peluang kepada murid-murid belajar sambil bermain di luar bilik
darjah.
5. Menambah kemahiran pembelajaran dari aspek permainan, kerjasama
berkumpulan serta kemahiran kepimpinan.

STRATEGI
Program lawatan sambil belajar ini merupakan aktiviti yang dirangka khas untuk murid-
murid bermasalah pembelajaran bagi memulihkan psikomotor, memberikan keseronokan
di samping menimba pengalaman sebenar serta mendapat pendidikan yang sama seperti
pendidikan normal.

RASIONAL AKTIVITI
Perkembangan psikomotor yang baik adalah penting bagi murid-murid bermasalah
pembelajaran sebelum mereka bersedia untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.

JADUAL TENTATIF PERJALANAN PROGRAM TERAPI AIR


TARIKH

LOKASI

MASA
BERTOLAK

MASA
PULANG

AKTIVITI

8 Oktober
2014
(Rabu)

Hutan Bandar
Putra, Bandar
Putra,
Kulaijaya.

8.00 pagi

12.30 tengah
hari

1. Penerangan tentang peraturan
semasa di Hutan Bandar Putra
2. Pemanasan badan
3. Lawatan sekitar kawasan Hutan
Bandar
4. Rehat dan makan
5. Sukaneka
Telur di Hujung Tanduk
- Bawa bola ping pong dalam sudu
Bang Bang Bom
- Tiup dan pecahkan belon berisi tepung.
Bom Air
- Baling dan sambut belon berisi air.
Suci Dalam Debu
- Cari gula-gula dalam tepung

6. Penyampaian hadiah

JUMLAH MURID YANG TERLIBAT
1. Murid lelaki = 4 orang
2. Murid perempuan = 4 orang

JUMLAH GURU/PPM PENGIRING
1. 3 orang


ANGGARAN BELAJAWAN
1. Hadiah : RM9.00 X 8 orang murid = RM 72.00
2. Makanan : RM10.00 X 8 orang murid = RM80.00
3. Tshirt : RM20.00 X 8 orang murid = RM160.00
JUMLAH : RM 312.00
(peruntukan Kokurikulum RM288.00, BBTP RM24.00)


PENUTUP
Diharapkan program ini dapat berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada
semua pihak yang terlibat dan mendatangkan kebaikan kepada murid-murid pendidikan
khas.


Disediakan oleh, Disemak oleh : Disahkan oleh :


...................................... ................................. .................................
(HAFIZA BINTI KADIR) (CHANG HWEE MOI)

Anda mungkin juga menyukai