Anda di halaman 1dari 6

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta

wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut


adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan
Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup
harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani
berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga
mejalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).Pada
masa kini kaum murut sudah ada yang berkhidmat dalam sektor awam
dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
Perkataan Murut merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di
lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di
beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang,
Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut
Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan,
Kalabakan, Murut Serundung dan Murut Lundayeh
[1]
/ Lun Bawang.
Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di
Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat
di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai
bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain
seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai
penghalang dalam komunikasi bahasa mereka.
Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang
berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan
sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang
menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut
yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang
sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan
menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu
kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi
bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di
lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.
Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari
Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta
Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum
kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas
mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses
kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan kerajaan dan
bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan
mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini
masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek
moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai
estetika tinggi dalam kehidupan.
Isi kandungan
1 Adat istiadat
2 Kepercayaan
3 Tarian tradisional
4 Pakaian tradisional
o 4.1 Pakaian wanita
o 4.2 Pakaian lelaki
o 4.3 Motif
5 Rujukan
6 Pautan luar
Adat istiadat
Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu
adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang
Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana
upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan
berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti
tinauh atau Bului dan barian sampai mati masih diamalkan hingga
kini. Adat tinauh adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat
perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tinauh adalah adat
hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh
pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.
[2]
Adat Tinauh ini boleh
dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat
ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut
kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat
adat tinauh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat
barian sampai mati juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan
menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan.Hanya murut dari etnik
Tahol saja pernah mengamalkan barian sampai mati, tetapi pada masa
ini adat tersebut sudah tidak diamalkan oleh kerana arus pemodenan
yang berlaku kepada kaum Murut.
[3]

Kepercayaan
Dahulu mereka mempercayai amalan animisme iaitu setiap batu, pokok,
sungai, dan bukit mempunyai roh tersendiri. Menurut kepercayaan
mereka, Aki Kopuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya
yang berada di bumi, termasuk orang.
[4]
Kini,kebanyakan suku kaum
Murut majoritinya beragama kristian.
Tarian tradisional
Tarian Magunatip merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon
dari daerah Tenom.
[5]
Magunatip berasal dari perkataan apit yang
bermakna jepit (ketika menari kaki penari terjepit atau terapit oleh 2
buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya).
Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magavau yang memuja semangat
padi. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi
buluh yang dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama
menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi. Dua
orang akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu
supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian Magunatip bertujuan
untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.
Pakaian tradisional
Pakaian wanita
Pinongkolo
Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang
panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang
dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi
linantian.
[8]

Pipirot
Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi
dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur,
kotos, bungkas, aki dan olod.
Salupai
Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik.
Sinikot
Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian
tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot
tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik.
Rarangkol
Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas,
kotos, aki pangungupu, bulul, olod dan sebagainya.
Holong
Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar
dipanggil holong sulou.
Pakaian lelaki
Babaru puputul
[9]

Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul
(Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai
dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas
juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan
yang sederhana.
Aba puputul
Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada
isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua
kaki dan dililit di sekeliling pinggang.
[10]

Tupi'sinulatan
Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi
dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau
sepasang sinikot.
[11]

Motif
Sebahagian daripada bentuk motif yang terdapat pada pakaian
tradisional Murut:
[7]

Sinusu'
Bulu burung merak.
Inimburu
Corak berbentuk lintah.
Inakaang
Daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam
satu barisan.
Sinuli
Beberapa bilah buluh yang disusun secara bertingkat.
Kalayam manuk
Corak berbentuk kaki ayam.
Sinusulou
Corak berbentuk sulou (sulou= kerang yang besar).
Mato nu orou
Corak berbentuk matahari.

Anda mungkin juga menyukai