KERJA KURSUS CMP2011 PENGURUSAN KOKURIKULUM PERANCANGAN AKTIVITI KOKURIKULUM (KERTAS KERJA)
NAMA PELAJAR NO ID FAZILAWATI BINTI DAUD D20121061179
PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK.
NAMA PELAJAR NO. ID
PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM, PERAK.
KERTAS KERJA MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA BALING TAHAP 2 SK METHODIST,TG.MALIM TAHUN 2014
TEMPAT PADANG SK METHODIST TANJONG MALIM
TARIKH 26 APRIL 2014
ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SK METHODIST TANJONG MALIM
KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1.0
PENGENALAN
4
2.0
OBJEKTIF
4
3.0
TUJUAN
4
4.0
TEMA
5
5.0
KUMPULAN SASARAN
5
6.0
TARIKH
5
7.0
MASA
5
8.0
TEMPAT
5
9.0
ANJURAN
5
10.0
JAWATANKUASA PELAKSANA
5 - 8
11.0
CADANGAN TENTATIF PROGRAM
8
12.0
ANGGARAN PERBELANJAAN
8 - 9
13.0
JADUAL PELAKSANA GERAK KERJA
10 -20
14.0
PENUTUP
20
15.0
LAMPIRAN
21 - 32
KERTAS KERJA MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA BALING TAHAP 2 SK METHODIST,TG.MALIM TAHUN 2014
1.0 PENGENALAN Kertas kerja ini bertujuan untuk mengadakan Mini Sukan Futsal dan Bola Baling Sekolah Kebangsaan Methodist Tanjong Malim.Mini sukan ini akan disertai oleh murid Tahap 2 iaitu Tahun 4,5 dan 6. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan kepada aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual ( JERI ). 2.0 OBJEKTIF
Objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk:
2.1 Memberi pendedahan situasi sebenar kepada peserta tentang sukan yang dipertandingkan 2.2 Membina keyakinan diri menerusi pertandingan yang disertai 2.3 Memupuk semangat kerjasama dan menghargai rakan. 2.4 Membina insan yang aktif, kreatif dan inovatif. 2.5 Memberi peluang kepada peserta untuk menimba ilmu dan pengalaman baru 2.6 Mendukung aspirasi satu murid satu sukan
3.0 TUJUAN Tujuan utama program ini didianjurkan adalah untuk: 3.1 Menerapkan semangat kesukanan kepada peserta 3.2 Memupuk minat peserta kepada sukan 3.3 Memberi pengalaman kepada peserta untuk digunakan pada masa akan datang. 4 4.0 TEMA Sukan Untuk Semua Tanpa Mengira Jantina
5.0 KUMPULAN SASARAN
5.1 12 kumpulan murid lelaki dan 12 kumpulan murid perempuan yang terdiri dari wakil setiap kelas tahun 4 , 5 dan 6 SK Methodist, Tanjong Malim. 5.2 7 orang murid lelaki (wakil dari setiap kelas tahun 4,5 dan 6) untuk futsal. 5.3 7 orang murid perempuan(wakil dari setiap kelas tahun 4,5 dan 6) untuk permainan bola baling.
6.0 TARIKH 6.1 26 April 2014
7.0 MASA 7.1 7.30 pagi hingga 6.30 petang 8.0 TEMPAT 8.1 Padang Sekolah Kebangsaan Methodist,Tanjong Malim. 9.0 ANJURAN 9.1 Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Methodist Tanjong Malim. 10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA 10.1 JAWATANKUASA KERJA
Pengerusi : Tn Haji Mohd Mazli Bin Mohd Arif ( GB SK Methodist ) Naib Pengerusi Pn Hajah Saadiah Bt Roslan ( PK Kokurikulum ) Setiausaha : Pn. Fazilawati Bt Daud Naib Setiausaha : Pn Nuridayu Bt Ismail Bendahari : Pn Husna Bt Shahabudin Naib Bendahari : En Mohamed Hezrie B Rajuni Ahli Jawatankuasa :
5 i. Pendaftaran dan Borang En. Azrul Izwan B Anuar ii. J awatankuasa Kejohanan En. Wan Khalid Bin Wan Ibrahim En. Rajakumar A/L Subramaniam iii. Keselamatan/ Peralatan dan Teknikal En. Nazaruddin B Mohammad En.Mohd Shahili B Mohd Saman En Vayapuri A/L Shanmugan iv. J amuan Pn. Ainun Mardziah Bt Mohd Yit Pn. Siti Norhayati Bt Ibrahim Pn Hidayah Bt Ramli v. Hadiah dan Cenderahati Pn. Zarina Bt Baharuddin Pn. Sabariah Bt Khairul Nizam Pn Hajah Zulaida Bt Amiruddin Pn Nurshuhada Bt Mohd Suhaimi vi. Buku Program / J emputan Pn. Farahati Afifah Bt Ideham Pn Nornaimah Bt Husin vii. J uruacara En. Mohd Khairul Azli Bt Kamaruddin viii. Tugas- tugas Khas Pn. Ruzaimah Bt Awang Pn Razni Bt Ridzuan 10.2 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB 10.2.1 Pengerusi Membentuk ahli jawatankuasa program. Menyediakan kertas kerja lengkap dengan bantuan setiausaha. Memanggil, mengadakan dan mengendalikan mesyuarat. Memantau dan memastikan semua bahagian jawatankuasa berfungsi mengikut bidang tugas secara aktif.
6 10.2.2 Timbalan Pengerusi Membantu tugas pengerusi projek.
10.2.3 Setiausaha Menyediakan minit mesyuarat. Menguruskan segala urusan surat menyurat. Menyediakan laporan lengkap sesudah program berlangsung.
10.2.4 Timbalan Setiausaha Membantu tugas setiausaha
10.2.5 Bendahari Mengurus dan mengawal segala urusan keluar masuk wang. Merekod dengan lengkapsegala urusan kewangan. Menyediakan laporan lengkap kewangan sesudah program berlangsung. Menyediakan anggaran perbelanjaan program.
10.2.6 Jawatankuasa Kejohanan Menyediakan borang penyertaan pertandingan. Menyediakan syarat-syarat pertandingan. Melantik pengadil berkelayakan untuk mengadili pertandingan. Menyediakan gelanggang futsal dan bola baling. Mendapatkan keputusan atau pemenang pertandingan dan memaklumkan secara bertulis kepada setiausaha.
10.2.7 Jawatankuasa Makanan Menyediakan minuman bagi urusetia, pengadil & peserta. Memastikan gelanggang & kawasan sekitarnya bersih dari sebarang sampah sebelum & selepas pertandingan.
10.2.8 Jawatankuasa Peralatan dan Teknikal & Keselamatan Menyediakan semua peralatan yang diperlukan oleh setiap jawatankuasa. Menyediakan senarai lengkap keseluruhan alatan yang bakal dugunakan & diserahkan kepada setiausaha. Memastikan semua peralatan dalam keadaan yang baik. 7
Menyediakan gelanggang dan memastikan persiapan gelanggang selamat untuk digunakan. Menyediakan kemudahan kecemasan seperti peti pertolongan cemas. Menjemput wakil Persatuan Bulan Sabit Merah untuk membantu dalam tugas-tugas kecemasan.
10.2.9 Jawatankuasa Tugas-tugas Khas Mengurus perjalanan majlis perasmian & penutup mini sukan. Melantik Pengerusi Majlis bagi perasmian & penutupan program. Menyediakan teks ucapan perasmian & penutupan. Menyediakan & menggantung kain rentang (banner). Memilih & menetapkan jenis hadiah & cenderamata. Membeli hadiah & cenderamata. Menguruskan segala kelengkapan & persiapan hadiah & cenderamata.
11.0 CADANGAN TENTATIF PROGRAM
07.30 pagi - Semua pasukan berkumpul di padang 08.00 pagi - Pendaftaran Pasukan dan taklimat perlawanan. 08.30 pagi - Perasmian oleh Guru Besar SK Methodist. 08.40 pagi - Perlawanan Liga 01.00 petang - Rehat 02.30 petang - Perlawanan Suku Akhir & Separuh Akhir 04.30 petang - Solat 05.00 petang - Perlawanan Penentuan Tempat ke-3 & ke-4 05.30 petang - Perlawanan Akhir 6.00 petang - Penyampai Hadiah & Penutup 6.30 petang - Bersurai
12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 12.1 SUMBER KEWANGAN 8 PIBG Sekolah Kebangsaan Methodist Tanjong Malim
12.2 PERBELANJAAN
Bil. Perkara J umlah Catatan
1. Bayaran Pengadil RM 10.00 X 2 orang X2 kumpulan
RM 40.00
2. Hadiah Tempat Pertama Plak RM 5.00 X 7 orang X 2 kumpulan
RM 70.00 3. Hadiah Tempat Kedua Plak RM 5.00 X 7 orang X 2 kumpulan
RM 70.00 4. Hadiah Tempat Ketiga Plak RM 5.00 X 7 orang X 2 kumpulan
RM 70.00 5. Saguhati (untuk semua peserta) RM 1.00 X 7 orang X 12 kumpulan
RM 168.00 6. Jamuan Guru dan Pegawai RM 3.00 X 26 orang
RM 78.00
7. Jamuan Murid RM 2.00 X 168 orang RM 336.00 8. Lain-lain
RM 160.00 J UMLAH
RM 992.00
9 13.0 JADUAL PELAKSANA GERAK KERJA
13.1 Dijalankan selama 1 hari untuk 2 jenis permainan iaitu futsal untuk murid lelaki dan bola baling untuk murid perempuan . 13.2 Johan dan Naib Johan akan mewakili sekolah ke peringkat kelompok 6. 13.3 Peraturan Pertandingan Futsal Dan Bola Baling Bilangan semua pemain untuk pertandingan futsal dan bola baling termasuk simpanan ialah 7 orang. Peraturan-peraturan semasa pertandingan futsal dan bola baling diberi kelonggaran untuk murid sekolah rendah mengikut persetujuan dari semua pihak. Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik untuk Mini Sukan adalah muktamad. 13.4 Nama Pertandingan Mini Sukan ( Futsal dan Bola Baling ) Tahap 2 SK Methodist,Tanjong Malim. 13.5 Bilangan Pegawai/Peserta Bilangan Pegawai dan Peserta bagi Pertandingan Futsal dan Bola Baling ialah seperti berikut:- Pengurus Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan ) Jurulatih Pasukan 1 orang ( setiap pertandingan ) Peserta 7 orang ( setiap pertandingan ) 13.6 Penyertaan Penyertaan untuk mini sukan futsal adalah terbuka kepada semua murid lelaki tahap 2 SK Methodist, Tg. Malim. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6.
10 Penyertaan untuk mini sukan bola baling adalah terbuka kepada semua murid perempuan tahap 2 SK Methodist, Tg. Malim. Setiap kumpulan mestilah terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6. Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini. Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan. Borang pendaftaran hendaklah diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pengelola bersama-sama dengan salinan Surat Beranak tiga hari sebelum pertandingan. 13.7 Tempoh Perlawanan Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut: Bahagian pertama 7 minit Rehat 3 minit Bahagian kedua 7 minit 13.8 Sistem Pertandingan Liga Kumpulan A . Pusingan Permulaan Sekiranya 12 pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D.Pertandingan dijalankan secara liga. B. Pusingan Suku Akhir i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2 iii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B. pemenang sebagai kumpulan Y1 dan Y2 11 C. Pusingan Separuh Akhir i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati. ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1 iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2. D. Pertandingan akhir i. Menentukan Johan dan Naib Johan, Z1 lawan Z2. ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2. 13.9 Menentukan Kemenangan Bagi sesuatu Perlawanan 13.9.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola baling secara Liga adalah seperti berikut :- Menang - 3 Mata Seri - 1 Mata Kalah - 0 Mata 13.9.2 Keputusan Seri Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut: i. Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan. ii. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang 12 iii. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang. Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir : i. Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh perlawanan. ii. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (5) minit setiap bahagian akan dimainkan. iii. Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. iv. Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat. v. Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada hantaran tengah berikutnya vi. Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 13.10 Pertukaran Pemain Penggantian dan Pertukaran posisi Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain. Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetapi pertukarannya telah diambil kira. 13 Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi. Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran 13
posisi sama ada: i. Masa rehat ii. Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan atau pertukaran posisi. Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 7 pemain yang telah di daftarkan Kecederaan dan kesakitan Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung. Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula/ selepas waktu rehat separuh masa. Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa. 14 13.11 Pakaian
Setiap pasukan hendaklah memakai jersi atau bib seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. Setiap pasukan dikehendaki membawa satu set bib warna yang bernombor atau huruf sebagai simpanan untuk mengelakkan jersi yang dipakai sama dengan pasukan lain. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek. Setiap pemain diwajibkan memakai kasut sepanjang permainan dan tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku. 13.12 Gelanggang Dan Peralatan Gelanggang futsal Gelanggang bola bola baling merujuk kepada peraturan asas IFNA dan diubah suai mengikut kesesuaian murid sekolah rendah. 1. Cadangan luas padang futsal ialah 25 m X 18 m ( panjang(p) X lebar(l) 25 m
18 m
i. Gol adalah ukuran keluasan 3 m lebar di depan gol 5 m ii. Lebar di tengah untuk separuh bulatan adalah 1.5 m
15
5 m 3m 3 m 1.5 m 2. Cadangan luas padang bola baling ialah 20 m X 40 m ( panjang(p) X lebar(l) )
i. Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. ii. Semua pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. iii. Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat di dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol. 3. Peralatan Futsal 2 biji bola perlu disediakan atau digunakan adalah bersaiz 3. Tiang gol seperti tiang gol Bola Baling. 4. Peralatan Bola Baling Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi berikut: i. Permainan di jalankan di atas gelanggang padang: Jenis bola baling : rubber Ukuran bola : saiz 1 16 Berat : antara 290 g sehingga 330 g Lilitan : antara 50 cm sehingg 52 cm
13.13 Kelewatan Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0. Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak dibenarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi. Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila :- i. Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu. ii. Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit. iii. Sebaik sahaja selepas rehat
13.14 Bantahan Dan Rayuan Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan. Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) 17 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. 13.15 Juri Rayuan Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurang-kurangnya 3 wakil daripada setiap kelas berkecuali. Ahli juri rayuan terdiri daripada: i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau wakilnya sebagai Pengerusi. ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan atau wakilnya. iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan. a. Dua hingga empat orang wakil daripada setiap kelas yang berkecuali. Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan adalah muktamad.
13.16 Kehilangan Dan Keselamatan Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang- barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dari sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan First Aid Kit sendiri.
13.17 Penangguhan Perlawanan 18 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan. Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :- 1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal. 2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula. 3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta. 4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Futsal dan Bola Baling akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu. 13.18 Pengadil-Pengadil /Pengerusi Teknikal Pihak sekolah akan melantik Pengerusi Teknik Pertandingan Futsal dan Bola Baling manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal dari kalangan guru Pendidikan Jasmani. Jawatankuasa yang dilantik bertanggungjawab untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman. 13.19 Cadangan Peralatan Bagi Satu Gelanggang Pengelolaan Bangku - 2 buah (pengurus pasukan, jurulatih, pemain dan pemain simpanan. Kerusi - 5 buah ( 2 pengadil, 1 pencatat papan skor , 1 penjaga masa dan 1 pencatat skor. Meja - 2 buah (1 pencatat skor dan 1 penjaga masa) 19 Payung - 2 buah (1 papan skor dan 1 di meja pencatat) Borang pertandingan - borang skor, borang pertukaran dan borang keputusan Jam randik - 2 buah Papan skor - 1 unit Bola pertandingan - 2 biji (disediakan oleh pihak sekolah)setiap pertandingan 13.20 Menarik Diri Dan Menyerah Kalah Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan. 14.0 PENUTUP Pertandingan Mini Sukan ( Futsal dan Bola Baling ) peringkat sekolah ini diharap dapat menjadikan aktiviti yang memberi pelbagai pengalaman dan ilmu yang berguna dalam pengajuran sesuatu program. Melalui program ini juga, diharapkan dapat membentuk keperibadian positif seseorang murid tentang semangat kerjasama, perpaduan, komitmen, tanggungjawab, komunikasi yang berkesan serta semangat kesukanan yang tinggi.
Disediakan oleh :
............................ (FAZILAWATI BINTI DAUD) Penyelaras Mini Sukan Futsal Dan Bola Baling, Sekolah Kebangsaan Methodist,Tanjong Malim. 20 14.0 LAMPIRAN
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA BALING BILANGAN 1/2014 _________________________________________________________________________
Tarikh : 1 April 2014(Selasa) Masa : 12.30 2.00 petang Tempat : Bilik Gemilang SK Methodist Tanjong Malim Pengerusi : Tuan Haji Mohd Mazli Bin Mohd Arif Kehadiran : 32/34
KEHADIRAN 1. Tn Haji Mohd Mazli Bin Mohd Arif ( Guru Besar ) 2. Pn Hajah Normah Bt Ahmad (GPK 1) 3. Pn Hajah Saadiah Bt Roslan ( GPK Kokurikulum ) 4. Tn Haji Hassan Basri B Lassa (GPK HEM) 5. Pn Sellamah A/P Manikam (GPK Petang) 6. Pn. Fazilawati Bt Daud (Setiausaha) 7. Pn Nuridayu Bt Ismail 8. Pn Husna Bt Shahabudin 9. E n Mohamed Hezrie B Rajuni 10. En. Azrul Izwan B Anuar 11. En. Wan Khalid Bin Wan Ibrahim 12. En. Rajakumar A/L Subramaniam 13. En. Nazaruddin B Mohammad 14. En.Mohd Shahili B Mohd Saman 15. En Vayapuri A/L Shanmugan 16. Pn. Ainun Mardziah Bt Mohd Yit 17. Pn. Siti Norhayati Bt Ibrahim 18. Pn Hidayah Bt Ramli 19. Pn. Zarina Bt Baharuddin 20. Pn. Sabariah Bt Khairul Nizam 21. Pn Hajah Zulaida Bt Amiruddin 22. Pn Nurshuhada Bt Mohd Suhaimi 23. Pn. Farahati Afifah Bt Ideham 24. Pn Nornaimah Bt Husin 25. En. Mohd Khairul Azli Bt Kamaruddin 26. Pn. Ruzaimah Bt Awang 27. Pn Razni Bt Ridzuan 28. Pn Sharifah Bt Abdul Rahman 29. Pn Rosemawati Bt Mustafa 30. Pn Amirah Bt Abdul Rahim 31. En.Amizan B Mohd Nasir 32. Pn Fadhilah Bt Hanafi TIDAK HADIR BERSEBAB 1. En Ariffin B Hasan 2. Pn Fadhilah Hasanah Bt Hasan Basri 1.0 UCAPAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan selawat dan surah Al-Fatihah. 1.2 Pengerusi mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua guru yang terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Mini Sukan Futsal dan Bola Baling kerana hadir ke mesyuarat kali ini. Tindakan: Makluman
2.0 TAKLIMAT SETIAUSAHA MINI SUKAN 2.1 Membentangkan kertas kerja Mini Sukan Futsal Dan Bola Baling peringkat sekolah 2014. 2.2 Penyertaan untuk Mini Sukan Futsal terbuka kepada murid lelaki tahap 2(tahun 4,5 dan 6).Mini Sukan Bola Baling terbuka kepada murid perempuan tahap 2( tahun 4,5 dan 6. 2.3 Syarat penyertaan bagi setiap kumpulan mestilah terdiri daripada murid tahun 4,5 dan 6 Makluman dan Tindakan AJK Mini Sukan
22 3.0 TAKLIMAT PENOLONG KANAN KOKURIKULUM 3.1 Mengharapkan agar tiada pertindihan tugas guru-guru yang terlibat.Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Makluman AJK Mini Sukan
4.0 HAL-HAL LAIN 4.1 Meminta semua AJK yang dilantik dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab kerana Mini Sukan Futsal Dan Bola Baling ini merupakan program sekolah.
5.0 PENUTUP Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kerjasama daripada semua guru yang hadir dan berharap semua pihak akan memberikan kerjasama bagi menjayakan Mini Sukan pada tahun ini.Mesyuarat diakhiri dengan Surah Al-asr dan ditangguhkan pada jam 2.00 petang.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
. (FAZILAWATI BINTI DAUD) (HAJAH SAADIAH BINTI ROSLAN) Setiausaha Mini Sukan Futsal Dan Penolong Kanan Kokurikulum Bola Baling 2014 SK Methodist Tanjong Malim
23
Surat Pemberitahuan Kepada Ibu Bapa/Penjaga
Unit Kokurikulum SK Methodist 35900 Tg Malim Perak.
Kepada,
Ibu/ bapa/penjaga,
.. 15 APRIL 2014
Tuan, Penyertaan dalam perlawanan Mini Sukan (Futsal dan Bola Baling)
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa anak tuan, .. kelas telah terpilih untuk mewakili kelas bermain dalam program Mini Sukan Futsal dan Bola Baling Sekolah Kebangsaan Methodist, Tg Malim
2. Masa dan tarikh adalah seperti berikut:
Tarikh:26 April 2014
Masa: 7.30pagi- 6.30 petang
Tempat: Padang SK Methodist,Tg Malim.
3.Semoga tuan dapat memberikan sokongan demi meningkatkan lagi penglibatan anak tuan dalam kegiatan kokurikulum dengan penuh dedikasi.
Sekian, terima kasih.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
. ( HAJI MOHD MAZLI B MOHD ARIF )
Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Methodist, Tg Malim.
s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah 24
Lampiran 7
BORANG PELEPASAN TANGGUNGANAKTIVITI KOKURIKULUM/KURIKULUM DI LUAR KAWASAN SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN / NEGERI / DAERAH / SEKOLAH (Serahkan kepada Urusetia Pendaftaran di tempat melapor) Saya / kami (nama ibu bapa atau penjaga) ....................................bin / binti ................
Dengan ini kebenaran kepada (nama anak) ........................................................................... No. Kad Pengenalan /S.Beranak.................................................... dari Sekolah .................................................................................Negeri ..................... untuk menyertai aktiviti Program Mini Sukan (Futsal dan bola Baling) yang dikelolakan oleh SK METHODIST pada 26 April 2014 dengan ini mengaku dan sanggup dengan tidak berubah- ubah bagi pihak saya / kami dan pihak anak saya /kami mengikut peraturan Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia KP(BS) 8591/Jld.XIV/(24) bertarikh 10 Oktober 1998, para 3(C). Sesungguhnya saya /kami faham bahawa segala langkah keselamatan sepenuhnya akan diambil oleh pihak penganjur / pengelola bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini dan akan melakukan tindakan segera bagi pihak ibu bapa / penjaga di atas apa-apa juga insiden dalam tempoh tarikh dan tempat yang dinyatakan di atas. Saya mengaku anak saya / jagaan saya telah mempunyai Insurans Takaful yang sah yang diuruskan oleh pihak sekolah tempat di mana anak saya bersekolah. Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : .............................................. (R) : ................................................ (P): .............................................. Sekian, terima kasih. Adalah saya yang benar;
.................................................................. (Nama : ) Tarikh: .................... (No. KP : ..................................................) 25 Lampiran 8 BORANG PERAKUAN KESIHATAN MURID SEBELUM MENYERTAI AKTIVITI KOKURIKULUM/KURIKULUM KELOLAAN JPN/PPD/SEK. ( Borang ini akan digunakan semasa membawa pelajar mendapat rawatan di klinik atau hospital, sila isikan maklumat yang tepat mengenai kesihatan pelajar.)
NAMA AKTIVITI
TEMPAT AKTIVITI
PERINGKAT AKTIVITI
TARIKH MULA
TARIKH AKHIR
NAMA PENUH MURID
JANTINA
KETURUNAN
AGAMA
NO. K.P/S.L NO. INSURANS TAKAFUL (Dapatkan dari pihak sekolah)
NO. TELEFON RUMAH NO. TELEFON TANGAN PENJAGA
26 REKOD PERUBATAN: Pernahkah anda menerima imunisasi terhadap Tetanus (Tandakan) Ya Tidak Jika pernah, sila nyatakan tarikh terakhir anda menerima imunisasi.
SILA TANDAKAN JIKA YA DAN JIKA TIDAK DI PETAK YANG BERKENAAN: Pernah Pening atau sakit kepala yang teruk Pernah dilakukan pembedahan pada tubuh Pernah bermasalah pernafasan atau asma Pernah mempunyai sakit sawan (epilepsy) Alahan pada bisa, ubatan atau air laut Pernah alami Diabetes atau tekanan darah tinggi
Pernah alami kecederaan pada tulang Pernah mabuk laut atau pergerakan Pernah alami sakit jantung Pernah alami masalah buah pinggang Pernahkah anda dalam tempoh satu bulan yang lalu mengalami sebarang penyakit berjangkit atau cirit-birit?
SILA BERIKAN MAKLUMAT TERPERINCI JIKA MASALAH KESIHATAN DI ATAS BERKAITAN DENGAN ANDA.
Sila maklumkan masalah kesihatan anda kepada jurulatih mana-mana aktiviti yang anda sertai.
Tanda Tangan Peserta & Nama: Disahkan oleh Pengetua / G. Besar;
1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami : Bil ( 6.1 ) dlm SKM Tarikh : 07 April 2014
DR.HUSNI BIN IBRAHIM Yang Dipertua PIBG, SK Methodist, 35900 Tg, Malim, Perak Darul Ridzuan.
Tuan,
MEMOHON SUMBER KEWANGAN UNTUK PERTANDINGAN MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA BALING PERINGKAT SEKOLAH, SK METHODIST TANJONG MALIM. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk . 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Methodist akan mengadakan Pertandingan Mini Sukan Futsal dan Bola Baling pada ketetapan berikut : Tarikh : 26 April 2014 Masa : 8.00 pagi Tempat : Padang SK Methodist
3. Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya memohon sumber kewangan untuk menjayakan majlis tersebut. 4. Besarlah harapan kami agar pihak PIBG sudi meluluskan permohonan untuk menjayakan Mini Sukan Futsal dan Bola Baling peringkat sekolah 2014. Sekian , terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.... (HAJI MOHD MAZLI MOHD ARIF ) Guru Besar, SK Methodist , 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.
s.k Fail Kokurikulum SKM 28
1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami : Bil ( 3 ) dlm SKM Tarikh : 07 April 2014 PENGERUSI, Majlis Daerah Tanjong Malim, 35900 Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan.
u.p (En. Aminuddin Bin Hamzah )
Tuan,
PERMOHONAN MEMINJAM SEBUAH KHEMAH BAGI PERTANDINGAN MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA BALING. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Methodist ingin memohon kepada pihak tuan untuk meminjamkan sebuah khemah bagi menjayakan acara tersebut yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut: Tarikh : 26 April 2014 Hari : Sabtu Tempat : Padang SK Methodist 3 . Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih. Sekian .Terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas,
............................................... ( HAJI MOHD MAZLI MOHD ARIF ) Guru Besar, Sk Methodist, 35900 Tanjung Malim Perak Darul Ridzuan.
s.k. Fail Kokurikulum SKM
29 22
1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami : Bil ( 6.1 ) dlm SKM Tarikh : 15 April 2014
DR.HUSNI BIN IBRAHIM Yang Dipertua PIBG, SK Methodist, 35900 Tg, Malim, Perak Darul Ridzuan.
Tuan,
JEMPUTAN KE PERTANDINGAN MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA BALING PERINGKAT SEKOLAH, SK METHODIST TANJONG MALIM. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk . 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Methodist akan mengadakan Pertandingan Mini Sukan Futsal dan Bola Baling pada ketetapan berikut : Tarikh : 26 April 2014 Masa : 8.00 pagi hingga 6.30 petang Tempat : Padang SK Methodist
3. Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya menjemput tuan untuk bersama- sama menjayakan majlis tersebut. 4. Besarlah harapan kami agar tuan sudi hadir pada majlis itu nanti. Sekian , terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.... (HAJI MOHD MAZLI MOHD ARIF ) Guru Besar, SK Methodist , 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.
s.k Fail Kokurikulum SKM 30
1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami : Bil ( 6.1 ) dlm SKM Tarikh : 15 April 2014
EN. AMIZAN BIN MOHAMED NASIR Juruaudit PIBG, SK Methodist, 35900 Tg, Malim, Perak Darul Ridzuan.
Tuan,
JEMPUTAN KE PERTANDINGAN MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA BALING PERINGKAT SEKOLAH, SK METHODIST TANJONG MALIM. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk . 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Methodist akan mengadakan Pertandingan Mini Sukan Futsal dan Bola Baling pada ketetapan berikut : Tarikh : 26 April 2014 Masa : 8.00 pagi hingga 6.30 petang Tempat : Padang SK Methodist
3. Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya menjemput tuan untuk bersama- sama menjayakan majlis tersebut. 4. Besarlah harapan kami agar tuan sudi hadir pada majlis itu nanti. Sekian , terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,
.... (HAJI MOHD MAZLI MOHD ARIF ) Guru Besar, SK Methodist , 35900 Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan. s.k Fail Kokurikulum SKM 31
1 MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN Ruj. Kami : Bil ( 6 ) dlm SKM Tarikh : 15 April 2014
Kepada ibu bapa, Tuan / Puan, JEMPUTAN KE PERTANDINGAN MINI SUKAN FUTSAL DAN BOLA BALING PERINGKAT SEKOLAH, SK METHODIST TANJONG MALIM Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk . 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Methodist Tanjong Malim akan mengadakan pertandingan Mini Futsal dan Bola Baling pada ketetapan berikut : Tarikh : 26 April 2014 Masa : 8.00 pagi hingga 6.30 petang Tempat : Padang SK Methodist
3. Sehubungan itu, kami dengan segala hormatnya menjemput tuan / puan untuk bersama-sama untuk menjayakan majlis tersebut. 3. Semoga dengan kehadiran tuan / puan akan menambahkan lagi kemeriahan pertandingan tersebut. Sekian , terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,
.... ( HAJI MOHD MAZLI BIN MOHD ARIF ) Guru Besar, SK Methodist, 35900 Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.