1. Baik Hati Membantu orang yang dalam kesusahan 1.1 Belas kasihan Bersimpati terhadap kesusahan orang lain 1.2 Bertimbang rasa Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain 1.3 Pemurah Member bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan (menderma, berkongsi, memberikan) 1.4 Saling memahami Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain. 1.5 Saling bermaafan Sanggup meminta maaf dan memaafkan 2. Berdikari Sanngup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain 3. Yakin pada diri sendiri Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba 4. Berhemah tinggi Tidak sombong/ rendah diri 5. Bersopan-santun/ berbudi bahasa Berbudi bahasa dan beradad dalam pergaulan (mengucapkan terima kasih, bertanya khabar) 6. Mengakui kesilapan diri Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat 7. Ramah mesra Sedia bergaul mesra dengan semua orang 8. Hormat- menghormati
Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka 8.1 Hormat dan taat kepada ibu bapa Memulia dan patuh kepada mereka 8.2 Hormat kepada kerajaan dan Negara Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara 8.3 Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum
9. Patuh kepada undang-undang Mematuhi undang-undang setiap masa 10. Kasih sayang Menyayangi diri sendiri, orang lain, nyawa binatang dengan ikhlas 11. Sayang kepada alam sekitar Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup 12. Adil Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian 12.1 Saksama Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan 13. Kebebasan di sisi undang- undang Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat Negara dan agama 14. Keberanian Gagah dan berani 14.1 Berani mencuba Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi 14.2 Berani kerana benar Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata 15. Menjaga kebersihan diri
Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat 16. Menjaga kebersihan persekitaran Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid an bebas daripada kekotoran dan pencemaran 17. Kebersihan mental Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam pergaulannya Bil. Nilai Murni Penerangan/ Kata Kunci 18. Jujur Tidak tamak/ tidak mengambil harat benda orang lain 19. Amanah Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain 20. Bercakap benar Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung 21. Ikhlas Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan 22. Rajin Berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti 23. Dedikasi Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah 24. Bekerjasama Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela (bergotong-royong) 25. Toleransi Bertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya perselisihan 26. Perpaduaan/ Bersatu-padu Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, Negara dan antarabangsa 27. Kesederhanaan 27.1 Kesederhaan dan perlakuaan yang sederhana Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain 27.2 Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain 28. Kesyukuran/ Bersyukur Patuh dan menerima nasib atau takdir 29. Menghargai jasa/ mengenang budi/ membalas jasa Penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian 30. Rasional Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan 31. Semangat bermasyarakat Supaya hidup dalam keadaan yang harmoni 31.1 Bermaufakat Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama 31.2 Semangat kejiranan Berbaik-baik, bertolak- ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat 31.3 Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat/ prihatin Peka/ memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya 32. Semangat patriotik 32.1 Cintakan negara Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara 32.2 Berkorban untuk negara Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan Negara daripada diceroboh