Anda di halaman 1dari 5

Lompat Tinggi

Lompat Tinggi adalah salah satu daripada acara olahraga yang diminati
dan sentiasa mendapat perhatian ramai. Lompat Tinggi mula
diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896 acara Lompat
Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi
perhatian ramai kerana pelbagai gaya lompatan digunakan oleh para atlit.
Dalam acara Lompat Tinggi, seseorang atlit memerlukan kebolehan
semulajadi. Bagi melaksanakan satu lompatan yang baik hendaklah
bergantung kepada diri atlit itu sendiri iaitu dari persediaan fizikal
dan mental. Terdapat beberapa peraturan dalam acara lompat tinggi.
Peraturan asas Lompat Tinggi adalah seperti acara-acara padang
lain, Lompat Tinggimempunyai peraturan dan undang-undang khusus yang
telah ditetapkan oleh IAAF yang harus dipatuhi oleh semua peserta dan
pegawai yang terlibat dalam acara ini.
Antara undang-undang tersebut adalah seperti berikut ;-
Peserta hendaklah membuat lompatan mengikut susunan yang
ditetapkan menerusi undian yang dilakukan sebelum pertandingan
bermula.
Peserta boleh memilih arah atau sudut dari kawasan larian untuk
memulakan larian untuk melompat.
Kedua-dua tiang lompat tinggi hendaklah kekal di tempat yang
ditetapkan dan tiang-tiang itu tidak boleh diubah ke tempat lain.
Jika terpaksa berbuat demikian, pengubahan hendaklah dilakukan
selepas semua peserta menamatkan lompatan pada sesuatu ketinggian
tertentu.
Peserta dibenarkan meletakkan penanda yang disediakan oleh pegawai
pertandingan untuk mengukur larian sendiri sebelum membuat
lompatan.
Jika lebih daripada seorang peserta yang mampu melepasi suatu
ketinggian tetapi gagal melepasi ketinggian berikut, maka peserta
yang melepasi ketinggian itu dengan jumlah lompatan yang sedikit
dikira pemenang. Jika selepas itu, masih ada lebih daripada seorang
peserta yang berjaya, peserta dengan lompatan yang lebih sedikit
pada ketinggian sebelumnya dikira pemenang.
Lompat Tinggi Gaya
Dalam Lompat Tinggi terdapat beberapa gaya dalam lompatan tinggi bagi
lompat dengan tepat. Terdapat beberapa gaya lompat tinggi, iaitu gaya
gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana dan gaya Fosbury Flop.
Gaya Timur
Dalam gaya ini, pelompat menuju ke palang secara bersudut kira-kira
30 darjah. Pelompat akan menggunakan tujuh hingga sembilan langkah
dalam lompat tinggi. Pelompat yang melonjak dengan kaki kanan
akan berlari dari sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan
dan juga ada sesetengah pelompat akan melonjak dengan kaki kiri akan
berlari dari sebelah kanan, memulakan larian dengan kaki kiri.
Semasa lonjakan pelonjak akan melonjak dengan kaki luar dan semasa
melonjak, kaki melonjak di depan pinggul dan pinggul di hadapan bahu
untuk mencondongkan badan semasa membuat lonjakan.
Seterusnya dalam layangan, pelompat mestilah kaki bebas dihayun
kuat ke atas, selari dengan palang dan juga bahu berhampiran palang
dikekal tinggi dan tidak condong ke arah palang. Kaki lonjak dihayun
ke atas. Dengan itu, semasa mendarat pelompat melompat di atas
punggung atau dengan dua belah kaki.
Gaya Guling Barat
Penujuan akan ke palang secara bersudut seperti dalam gaya gunting.
Pelompat melonjak dengan kaki yang lebih dekat
dengan palang.Kaki lonjakan berada dalam keadaan bengkok semasa
pelompat berguling selari dengan palang untuk membuat
pelepasan.

Gaya Gunting
Pelompat menuju ke palang secara bersudut dan melonjak dengan kaki
yang berada diluar dari palang. Semasa melepasi palang, pelompat
berada dalam keadaan duduk berlunjur.

Gaya Fosbury Flop
Gaya yang paling popular dan berkesan pada masa kini. Mengikut
gaya ini pelompat menuju ke palang dengan membelakangkan
palang. Gaya ini diperkenalkan oleh Dick Fosburypada Tahun 1968.
Beliau telah memperkenalkan satu teknik baru dalam bidang melompat
tinggi di mana pelepasan palang di buat dengan bahagian
belakang ( bahu ) dahulu dan pendaratan dibuat di belakang badan
hampir dengan bahagian tengkuk. Dalam Gaya Fosbury Flop ini
penujuan larian dilakukan dengan cepat dan beritma. Guna larian
5 9 langkah dengan tiga langkah terakhir secara melengkung
dan pelompat yang melonjak dengan kaki kanan akan berlari dari
sebelah kiri, memulakan larian dengan kaki kanan. Pelompat yang
melonjak dengan kaki kiri akan berlari dari sebelah kanan,
memulakan larian dengan kaki kiri.
Manakala, lonjakan dalam Gaya Fosbury Flop adalah pelonjak melonjak
dengan cepat dan kuat menggunakan kaki luar palang dan kaki di
hadapan badan. Selain itu, badan ditegakkan atau condong sedikit
ke belakang dan kaki bebas diangkat tinggi dengan lutut
dibengkokkan dan juga tangan yang dibengkokkan juga dihayun ke
atas. Lutut digerak melintang badan untuk membantu pusingan
badan semasa lompat.
Layangan Semasa di udara, pelompat menolak kebelakang (memenadang
palang) sambil melentikan badan.Tangan diletakkan di bahagian sisi
badan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan dibahagian lutut.
Lentikkan badan ini akan membantu bahagian punggung pelompat badan
melepasi palang. Setelah badan pelompat melepasi palang, kedua-dua
belah kakinya diluruskan dan diangkat tegak keatas. Tindakan ini
dibuat supaya kaki tidak tersangkut pada palang dan ia juga sebagai
persediaan untuk pendaratan. Pendaratan Serentak dengan mengankat
kakinya keatas, pelompat menarik kepala dan dadanya ke arah kaki.
Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas dan pelompat mendarat di
atas bahagian belakang badannya (tulang belikat).