Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

Projek Kecemerlangan Bola Tampar merupakan projek yang mendukung program


Kecemerlangan Kokurikulum peringkat sekolah. Projek ini adalah salah satu usaha murni
untuk membantu pihak sekolah memperbaiki kelemahan dalam aspek menaikkan nama
sekolah dalam kokurikulum. Bahan utama dalam melaksanakan program ini ialah menggunkan
modul latihan yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pelaksanaan program ini adalah menggabungkan kaedah latihan asas dan pendekatan
kecergasan yang telah diakui keberkesanannya. Tenaga penggerak untuk program ini terdiri
daripada guru dan ibubapa/penjaga murid selain murid itu sendiri sebagai individu penting
terhadap pelaksanaan program ini.


Tujuan
Membantu murid menguasai kemahiran asas bola tampar
Bimbingan jurulatih bertauliah secara bersemuka melalui klinik latihan.
Setiap murid sentiasa mendapat tunjuk ajar, bimbingan dan perhatian.
Melatih secara spesifik dengan menggunakan modul latihan dari Kementerian Pendidikan
Malaysia
Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru.

Objektif
100 % murid yang terlibat akan menguasai kemahiran asas bole tampar
Meningkatkan keyakinan murid dalam untuk bertanding
Meningkatkan prestasi kokurikulum sekolah
Menjadi contoh kepada semua unit dalam kokurikulum.
Sasaran.
12 orang murid yang telah disaring bakat dan kebolehan asas

Jangka masa projek.
Dilaksanakan selama 6 minggu mulai 08/09/2014 hingga 17/10/2014
Kos perbelanjaan.
Segala perbelanjaan menjalankan projek adalah diambil daripada peruntukkan PCG
panitia Pendidikan Jasmani.
Anggaran perbelanjaan RM 400.


Tempat pelaksanaan.
Gelanggang bola tampar.

Cara pelaksanaan.
Murid disaring mengikut tahap kemahiran minima dalam bola tampar.
Murid diberikan pendedahan awal dengan menghadiri Klinik Bola Tampar
Seorang jurulatih akan membimbing murid-murid menyertai latihan mengikut jadual latihan
yang ditetapkan.
Sebelum latihan bermula setiap murid dicatat jumlah kemahiran yang dimiliki. Selepas
tamat latihan jurulatih akan mencatat pula bilangan kemahiran yang telah dikuasai mereka.
Guru akan menetapkan muka surat dan murid membaca bahan di rumah dengan
bimbingan ibubapa dan mengulang semula bacaan tersebut di sekolah pada hari
berikutnya
Latihan akan dibuat setiap hari Rabu dan Jumaat serta hari Sabtu .
Masa pelaksanaan 4.30 hingga 6.30 petang dan hari Sabtu 8.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Jurulatih akan membimbing murid menguasai kemahiran bola tampar dengan baik
sehingga ketahap boleh menyertai pertandingan.
Menyertai perlawalan persahabatan dengan 2 buah sekolah terpilih.
Menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh SK Durian Tawar.



Penutup
Harapan agar Projek Kecemerlangan Bola Tampar ini dapat mencapai matlamatnya dan
mendapat sokongan, kerjasama serta idea daripada semua pihak. Semoga program ini dapat
membantu sekolah membangunkan program kecemerlangan permainan seterus meningkatkan
prestasi sekolah dalam kokurikulum sehingga ke tahap yang boleh dibanggakan.




Disediakan oleh,




.....................................................
ABDUL RAZAK BIN SINGAH
PK KO KURIKULUM
MERANGKAP PESERTA KURSUS NPQEL





Disahkan oleh,



...........................................................
EN. MD YUSOF BIN GHANI
GURU BESAR
SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN TAWAR.

Lampiran 2

Penasihat
Pegawai Pendidikan Daerah Bera

Pengerusi
En. Md Yusof bin Ghani
Guru Besar SK Durian Tawar

N.Pengerusi
En. Abdul Razak bin Singah
PK Kokurikulum
(Peserta NPQEL)

Penyelaras Projek
Pn. Rohana binti Muhd Baduri
Ketua Paniti Pendidikan Jasmani

Ahli Jawatan kuasa / Kumpulan Jurulatih
En Mohd Naim bin
En Muslimin bin Mohamed Yusuf
Pn Ernie Azlina binti Zakaria


Senarai Nama Murid Terlibat

Muhammad Nur Farhan bin Mat Derus
Wan Ashraf Afeef bin Wan Mohd Norazlan
Amier Zafran bin Asfaromey
Muhammad Hakimi Hakim bin Shaharuddin
Muaz Amjad bin Harun
Harith Iskandar bin Mustafalmanna
Muhammad Aleef bin Sulaiman
Abu Bakar Omar bin Osman Ali
Ahmad Muhaimin bin Abas
Kamarul Aizad bin Borhan
Mohamad Zaquwan Hafiz bin Zainal
Muhamad Alif Aiman bin Mazlan










Ruj. Tuan :
Ruj Kami : CBAA036/700-
4/3/5( 24)
Tarikh : 05 SEPTEMBER 2014
....



Tuan / Puan,

KLINIK DAN LATIHAN BOLA TAMPAR

Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa * anak / anak jagaan tuan/puan
_________________ dari kelas __________ telah dipilih untuk menyertai kegiatan tersebut
seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 08/09/2014 hingga 17/10/2014
Masa : Setiap Rabu dan Jumaat (4.30 6.30 petang )
Sabtu ( 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari )
Tempat : SK Durian Tawar
2. Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan murid-murid
dan memastikan segala peraturan dipatuhi oleh anak/anak jagaan tuan/puan sepanjang
kegiatan ini dilaksanakan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada
berlaku.
3. Pihak tuan/puan diminta untuk mengisi surat kebenaran ibu bapa/penjaga yang
dilampirkan dan menyerahkan semula kepada pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

Md Yusof bin Ghani
Guru Besar
SK Durian Tawar
SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN TAWAR
28200 BANDAR BERA,
PAHANG DARUL MAKMUR.

Tel. : 09-2446067
Faks : 09-2445011
28200 Bandar Bera

MEMO DALAMAN

SEKOLAH KEBANGSAAN DURIAN TAWAR
28200 BANDAR BERA
TEL: 09-2446067
Rujukan: CBAA036/700-4/3/5(
23)
Tarikh : 02 /09/2014

Semua Guru Guru
SK Durian Tawar


Tuan


MESYUARAT PELAKSANAAN PROGRAM KECEMERLANGAN BOLA TAMPAR


Merujuk kepada perkara di atas dimajukan untuk perhatian dan tindakan tuan
selajutnya


02. Sukacita dimaklumkan tuan/puan diwajibkan hadir ke mesyuarat di atas pada
ketetapan seperti berikut:-
Tarikh : 2 Sept 2014
Hari : Selasa
Masa :1.30 petang

03. Agenda mesyuarat:
3.1. Ucapan Pengerusi
3.2. Pembentangan Program Cemerlang Bola Tampar
3.3. Perlantikan AJK
3.5. Lain lain Hal


Sekian Segala perhatian mengenai perkara ini diucapkan ribuan terima kasih



..


Sk.
SU Ko Kurikulum.

Anda mungkin juga menyukai