Anda di halaman 1dari 5

(i) Pendekatan Kognitif dengan Motivasi

Teori pendekatan kognitif menumpukan kajian terhadap pelbagai jenis pembelajaran dalam proses
seseorang individu menyelesaikan masalah berdasarkan peringkat umur dan kebolehan individu tersebut.
Oleh itu, terdapat beberapa ahli psikologi yang berpendapat bahawa motivasi pencapaian dan
kecermelangan pelajar dapat dicapai atau dipupuk melalui proses pembelajaran. Mereka berpendapat
tingkah laku manusia adalah dipengaruhi oleh cara seseorang individu itu bertindak balas dan mengamati
sesuatu rangsangan. Rangsangan yang kurang menarik atau tidak penting akan menyebabkan kesukaran
untuk menimbulkan motivasi dalam diri seseorang individu itu. Tuntasnya, pendekatan kognitif
mementingkan aspek naluri ingin tahu dan pencapaian seseorang individu sebagai motivasi dalam proses
pembelajaran. Jerome Bruner, MeClelland dan Atkinson merupakan antara tokoh-tokoh mazhab kognitif
yang mengaitkan motivasi dengan teori pembelajaran.
Teori Keperluan Pencapaian MeClelland
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh MeClelland (1961), setiap murid mempunyai motivasi masing-
masing untuk mencapai kejayaan tetapi berdasarkan kepada keperluan yang berbeza. Contohnya, terdapat
pelajar yang belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan iaitu ada sesetengah pelajar
yang sering belajar hingga lewat malam walaupun tiada peperiksaan. Namun, terdapat juga pelajar yang
hanya belajar sambil lewa terhadap pelajaran mereka. Hal ini menunjukkan mereka mempunyai keperluan
yang berbeza untuk mencapai kejayaan. Selain itu, teori MeClelland juga dikenali sebagai Teori Motivasi
Pencapaian. Menurut kajian yang dilakukan, beliau berpendapat bahawa orang yang berjaya dalam
profesion mereka adalah dipengaruhi oleh tiga ciri yang serupa iaitu:
(a) Mereka mempunyai sikap yang positif iaitu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk
melaksanakan kerja dengan baik dan sempurna.
(b) Mereka sanggup mengambil sebarang risiko dengan munasabah apabila menghadapi keadaan
yang kurang pasti dalam mencapai sesuatu kejayaan.
(c) Mereka cekap menggunakan pemikiran refleksi dan maklum balas yang nyata untuk
membetulkan kesilapan yang berlaku.
Oleh itu, kesan daripada Teori Motivasi Pencapaian MeClelland dalam pengajaran dan pembelajaran
ialah murid haruslah diberikan motivasi untuk membolehkan mereka mencapai kejayaan dalam pelajaran.
Pelbagai motivasi boleh dilakukan terhadap murid-murid tersebut. Salah satu daripadanya ialah dengan
melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti persaingan dan pertandingan. Guru di sekolah juga boleh
membimbing mereka supaya memahami objektif, matlamat, aspirasi dan tahap pencapaian mereka.
Melalui cara tersebut, motivasi pencapaian akan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan
melibatkan diri murid terhadap aktiviti-aktiviti pembelajaran itu.
(ii) Pendekatan Humanis dengan Motivasi
Pendekatan humanistik merupakan teori pemusatan insan. Ahli-ahli psikologi mazhab Humanis
berpendapat bahawa pembelajaran yang berkesan adalah bergantung kepada motif pelajaran itu sendiri.
Berdasarkan kajian mereka, motivasi instrinsik merupakan penggerak asas bagi seseorang individu
mencapai kejayaan yang baik dan cemerlang. Salah seorang tokoh mazhab Humanis iaitu Abraham
Maslow telah mengaitkan motivasi instrinsik dengan pembelajaran individu dalam Teori Keperluan
Maslow.
Teori Keperluan Maslow
Terdapat tiga konsep penting dalam Teori Keperluan Maslow. Konsep yang pertama ialah motivasi
instrinsik merupakan motivasi sebenar yang disebutkan dalam Teori Keperluan ini. Menurut King (2008)
dalam bukunya The Science of Psikology: An Appreciative View menyatakan bahawa motivasi instrinsik
adalah berasaskan kepada faktor dalaman seperti persaingan, autonomi, keinginan, cabaran dan usaha.
Motivasi instrinsik dianggap sebagai kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan
psikologikal dalam diri manusia. Maslow berpendapat bahawa motivasi instrinsik ini akan mendorong
manusia supaya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mengejar pencapaian yang cemerlang iaitu
biasanya berlaku secara spontan tanpa sebarang kawalan atau rangsangan lain. Konsep kedua Teori
Keperluan ini ialah menghuraikan perkaitan antara motivasi di antara hierarki keperluan. Misalnya,
apabila seseorang individu itu telah dapat memuaskan dirinya dalam sesuatu hierarki, maka keperluan
dalam hierarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi. Namun begitu, sekiranya hierarki yang
lebih rendah masih belum mendapat kepuasan daripada seseorang individu, maka keperluan dalam
hierarki yang lebih tinggi juga tidak dapat dikembangkan secara wajar. Konsep ketiga dalam Teori
Keperluan Maslow ialah keperluan manusia dalam hierarki yang semakin rendah, ciri persamaannya
semakin besar, fleksibilitinya semakin kecil dan perbezaan antara individu juga akan semakin kecil.
Contohnya, keperluan fisiologi seperti makanan, minuman, udara dan tempat tinggal serta keperluan asas
yang lain bagi setiap orang merupakan keperluan yang wajib dipenuhi oleh semua orang. Tetapi, bagi
bagi keperluan lain seperti penghormatan dan pencapaian kendiri tidak dapat dipuaskan oleh semua
orang.
Oleh itu, implikasi Teori Keperluan Maslow dalam pengajaran dan pembelajaran ialah bergantung kepada
setakat mana keperluan para pelajar dapat dipenuhi. Misalnya, seorang pelajar yang mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan seharusnya diberi penghargaan diri supaya dapat memberikan
motivasi kepada dirinya dan mempengaruhi murid-murid lain untuk terus berusaha supaya dapat
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Sebagai tanda penghargaan, guru boleh memberikan
ganjaran dalam bentuk hadiah atau kata-kata semangat seperti motivasi supaya pelajar itu terus
bersemangat untuk mencapai kejayaan.
(iii) Pendekatan Behavioris dengan Motivasi
Ahli-ahli mazhab behavioris berpendapat pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah
laku.Maka,kajian mereka adalah bertumpukan kepada perhubungan rangsangan dan gerak balas yang
menghasilkan perubahan tingkah laku.Hasil kajian merekan menunjukkan perubahan tingkah laku dapat
dikekalkan dengan menggunakan motivasi yang sesuai.
Menurut mereka,sesuatu rangsangan diikuti dengan perasaan kepuasan akan mengekalkan pengulangan
tingkah laku terhadap rangsangan tersebut.Manakala rangsangan yang diikuti dengan perasaan yang
kurang selesa akan menghentikan pengulangan tingkah laku tersebut.Jueteru itu, untuk mengekalkan
pengulangan tingkah laku yang dinngini ,mereka cadangkan penggunaan ganjaran,isentif dan peneguhan
positif dalam proses motivasi dalam proses pembelajaran. Di antara tokoh-tokoh mazhad behavoris yang
mengaitkan motivasi dengan teori pembelajaran mereka ialah Thorndike dan Skinner.
Teori pelaziman operan Skinner
Teori pelaziaman operan ini adalah hasil kajian sekinner ke atas tikus,burung merpati dan manusia pada
tahun 1953.Berasarkan hasil kajian ,Skinner membuat beberapa rumusan tentang pembelajaran manusia
berikut:
Pembelajaran berlaku melalui pelaziman
Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan kebarangkalian gerak
balas murid.
Peneguhan negetif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan
mengulangi tingkah laku operan yang tidak diingini.
Dalam proses pembelajaran,konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai
kejayaan.
Implikasi Teori Pelaziman Operan Skinner
Teori peneguhan skinner mengutamakan ganjaran,insentif dan peneguhan sosial yang
digunakan untuk memotivasikan murid supaya mengulangi tingkah laku yang diingini.
Mengikut beliau,tanpa ganjaran ,insentif atau peneguhan sosial,tingkah laku yang diingini
akan beransur-ansur lenyap







Rujukan:
King, L.A. (2008). The Science of Psychology: An Appreciative View. New York: McGraw-Hill.
Mok Soon Sang. (2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 1 & 2): Sekolah Rendah Psikologi
Pendidikan & Pedagogi. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2010). Pengurusan & Pentadbiran Pendidikan IY Bahagian II (B): Kompetensi
Fungsional (Khusus-Guru Kanan Mata Pelajaran) Untuk Guru Kanan Mata Pelajaran. Perak:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Suppiah Nachiappan. (2012). Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn.
Bhd.


Lee Shok Mee (1998) Psikologi Pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang (2008) Pengurusan Hal Ehwal Pelajar . Selangor. Penerbitan Media Sdn Bhd
Ee Ah Meng (1995) Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam : Fajar Bakti
Sdn.Bhd
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.(2006). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah. PTS
Professional Sdn.Bhd: Selangor Darul Ehsan
A. Ghani Abdullah.(2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. PTS Professional Sdn.Bhd:
Selangor Darul Ehsan
Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Syukor (2008). Psikologi
Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Anda mungkin juga menyukai