Anda di halaman 1dari 2

Konsep Pembelajaran Koperatif

Pada asasnya pembelajaran koperatif merupakan suatu kaedah yang


menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Kaedah ini
berstruktur dan menekankan penguasaan konsep pengetahuan maklumat dan
kemahiran penyelesaian masalah dalam topik pecahan. Kaedah ini juga
mempunyai teknik-teknik tertentu serta ciri-ciri yang tersendiri.

Secara umumnya pembelajaran koperatif merupakan satu strategi pengajaran
dan pembelajaran yang menggunakan kumpulan-kumpulan kecil pelajar bagi
memberi peluang pelajar berinteraksi sesama mereka di dalam proses
pembelajaran. Slavin (1990) berpendapat rasional di sebalik pembelajaran
koperatif adalah pelajar akan bersedia membantu rakan sekumpulan sekiranya
mereka ingin kumpulan mereka berjaya. Selain daripada itu, rakan sebaya
dikatakan berupaya menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh pelajar
semasa menerangkan konsep dalam topik pecahan.

Menurut Johnson & Johnson (1990), untuk mencapai matlamat
pembelajaran iaitu menghargai matematik, menaakul secara matematik,
menanamkan rasa yakin terhadap kebolehan sendiri dalam matematik dan
membolehkan penyelesaian masalah matematik, guru harus beralih daripada
kaedah tradisional kepada penggunaan bahan pembelajaran individu berasaskan
pendekatan koperatif.

Slavin (1995) pula menegaskan pendekatan pembelajaran koperatif
merupakan pendekatan yang berstruktur dan sistematik yang boleh digunakan
dalam sebarang peringkat persekolahan dan sesuai untuk pengajaran sebarang mata
pelajaran.

Meriam Ismail (1997) telah mengkaji kesan strategi Team-Games-
Tournament, salah satu strategi dalam pembelajaran koperatif ke atas sikap pelajar
terhadap matematik di sebuah sekolah di negeri Sarawak. Kajian kuasi-experimen
ini mengukur sikap pelajar terhadap matematik sebelum dan selepas pendedahan
terhadap pembelajaran koperatif.


Walaupun tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap diperolehi tetapi
kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam pencapaian matematik dan
kehadiran pelajar ke kelas.

Anda mungkin juga menyukai