Anda di halaman 1dari 28

ISI KANDUNGAN

HALAMAN
1.0 Pengenalan 1 2
2.0 Ujian Aptitud Am 2 6
3.0 Kerangka Konsep Pembinaan Instrumen Aptitud Am Tahun 3 6 9
4.0 Kemahiran Yang Diukur Dalam Ujian Aptitud Am Tahun 3 9
5.0 Contoh-contoh Item Ujian Aptitud Am Tahun 3 10 16
6.0 Format Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 17
7.0 Pentadbiran dan Pengoperasian Ujian Aptitud Am Tahun 3 17 21

Lampiran 1
Contoh Borang Profil Individu dan Interpretasi Skor Murid 22
Lampiran 2
Contoh Borang Profil Kelas 23

Rujukan 24 25



1

PRAKATA

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS). PPsi menggunakan instrumen pentaksiran Ujian Aptitud dan Inventori
Personaliti, yang tidak berasaskan kurikulum dan bertujuan mengukur kebolehan semulajadi
dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran. Ujian Aptitud Am
diperkenalkan tepat pada masanya kerana satu daripada aspirasi murid dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) adalah setiap murid perlu menguasai
pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran kritis, kreatif, serta inovatif.
Maklumat daripada ujian ini boleh membantu guru mengenali keupayaan kognitif kemahiran
berfikir aras tinggi murid.

Manual Panduan Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3 diterbitkan untuk memandu semua
pihak yang berkaitan mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3 di sekolah. Manual ini
mengandungi teori kognitif yang menjadi sandaran kepada pembinaan instrumen ujian
Aptitud Am Tahun 3 oleh Lembaga Peperiksaan dengan bantuan pakar psikologi, kaunselor
dan pakar pentaksiran negara ini. Selain daripada kaedah pentadbiran ujian, kaedah
mentafsir skor murid dan pendokumentasian maklumat murid juga diperjelaskan untuk
memastikan penjaminan kualiti ujian daripada sudut kesahan dan kebolehpercayaan. Profil
keupayaan kognitif murid boleh dijadikan rujukan oleh guru untuk merancang pengajaran
dan pembelajaran. Maklumat ini boleh menunjukkan perkembangan kognitif murid.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan penerbitan manual ini. Semoga manual ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh
semua yang terlibat untuk melaksanakan Pentaksiran Psikometrik di sekolah.



DR NAIMAH BT ISHAK
PENGARAH PEPERIKSAAN
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



2

1.0 PENGENALAN

Ujian Aptitud digunakan untuk meramal kejayaan seseorang di masa akan datang
(Chatterjee, 2007). Aptitud seseorang adalah berbeza-beza antara satu sama lain.
Maklumat daripada ujian aptitud ini menunjukkan kebolehan seseorang dalam
sesuatu bidang dan kebolehan mempelajari sesuatu, kebolehan spesifik yang
diperlukan untuk melaksanakan sesuatu pekerjaan atau kapasiti seseorang itu untuk
berjaya di dalam bidang yang akan diceburinya. Salkind dan Rashmussen (2007)
mendefinisikan aptitud sebagai ciri-ciri kebolehan individu yang mempunyai hubung
kait dengan kebolehan individu mempelajari ilmu atau kemahiran. Kubiszyn dan
Borich (2003) mendefinisikan aptitud sebagai potensi atau kebolehan seseorang.
Pelbagai definisi mengenai aptitud ini bolehlah disintesiskan sebagai kebolehan
seseorang individu mempelajari sesuatu dan melakukan sesuatu kemahiran dengan
mudah dan pantas.

Ujian Aptitud ditadbir untuk meramal kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang.
Sebagai contoh Scholastic Assessment Test (SAT) yang dahulunya dikenali sebagai
Scholastic Aptitude Test diduduki oleh pelajar Amerika Syarikat sebagai kelayakan
untuk meneruskan pembelajaran di peringkat pengajian tinggi (Gregory, 2007). SAT
menguji kemahiran menaakul matematik, algebra, geometri, kefahaman membaca,
pengetahuan perbendaharaan kata dan kemahiran menulis. Pentaksiran Psikometrik
dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) juga memperkenalkan Ujian Aptitud,
iaitu Ujian Aptitud Am untuk murid Tahun 3 yang menguji aras pemikiran tinggi
seperti penyelesaian masalah dan menaakul. Penyelesaian masalah dan menaakul
ini adalah kemahiran berfikir aras tinggi yang perlu dikuasai oleh murid untuk
mereka berjaya dalam bidang yang akan diceburi di masa akan datang.

Terdapat ramai murid yang berbakat tetapi kurang motivasi untuk ke sekolah dan
tidak berminat untuk belajar (Suppiah, Kamarulzaman Kamaruddin dan rakan-
rakannya, 2009). Antara faktor yang menyebabkan ini berlaku ialah sekolah
menitikberatkan hanya aspek kognitif seperti verbal-linguistik, logik-matematik dan
kecerdasan ruang semasa proses pengajaran dan pembelajaran diutamakan. Aspek
kecerdasan yang lain seperti kecerdasan muzik dan kecerdasan naturalis kurang
3

diberikan penekanan semasa pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada
ujian aptitud ini dapat membantu guru untuk:

i. mengenal pasti faktor yang menjana atau menghalang perkembangan
kecerdasan, kebolehan dan bakat yang dipengaruhi oleh pengalaman
hidup seseorang murid.
ii. mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi melahirkan
murid yang kreatif dan inovatif, mempunyai harga diri yang tinggi,
berpengetahuan serta berkemahiran dalam pelbagai bidang. Kaedah
pembelajaran yang bole h digunakan dalam bilik darjah ialah simulasi,
main peranan, persembahan dan pembelajaran inkuiri. Dalam masa yang
sama, guru juga boleh mentaksir murid dengan memberikan peneguhan
semasa sesi maklum balas.
iii. membantu meningkatkan keyakinan diri murid. Apabila guru dapat
menyedarkan seseorang murid itu mengenai kecenderungannya dalam
sesuatu jenis kecerdasan, maka murid itu tidak perlu merasa rendah diri
jika mereka lemah dalam sesuatu mata pelajaran.


2.0 UJIAN APTITUD AM

Ujian Aptitud Am menguji kemahiran menyelesaikan masalah numerik, penaakulan
numerik, penaakulan Bahasa Melayu dan penaakulan Bahasa Inggeris. Ujian ini
ditadbirkan kepada murid Tahun 3 untuk mengetahui kemajuan dalam pembelajaran
yang telah dilalui selama tiga tahun di sekolah. Ujian aptitud yang dibangunkan
adalah bersandarkan kepada teori perkembangan kognitif. Ujian Aptitud yang dibina
tidak berdasarkan kurikulum kebangsaan.

Ahli psikologi Eropah telah mengenal pasti asas pembentukan mental dan
hubungannya dengan perkembangan kognitif manusia. Ahli kognitif juga telah
membuktikan bahawa manusia dapat mengkaji serta menghuraikan pembentukan
keupayaan mental berkembang dan sumbangan yang boleh diberikan oleh
perkembangan mental dalam setiap tahap perkembangan manusia. Pendapat ini
adalah berbeza dengan pendapat ahli teori pembelajaran tingkah laku. Pakar teori
4

perkembangan kognitif melihat manusia sebagai insan yang sentiasa aktif, bersedia,
berupaya atau berpotensi besar untuk menggunakan segala keupayaan mental yang
ada. Keupayaan mental ini boleh digunakan untuk melakukan sesuatu tindakan atau
menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian.

Manusia tidak sahaja menerima maklumat tetapi memproses maklumat yang
diterima. Justeru, ahli teori perkembangan kognitif memegang prinsip bahawa setiap
orang merupakan ahli fikir yang dapat membentuk dan mencipta sesuatu
berdasarkan kebolehan masing-masing. Model ujian aptitud ini adalah berdasarkan
teori kognitif Piaget (Gagne, 1977). Pada pendapat Piaget, minda boleh
berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila
berinteraksi dengan persekitaran.

Beberapa konsep penting seperti Konsep Asas Teori Kognitif Piaget (Gagne, 1977)
perlu difahami sebelum kita membincangkan tahap perkembangan kognitif kanak-
kanak. Konsep-konsep tersebut ialah skema, asimilasi, akomodasi, adaptasi dan
keseimbangan.

Skema ialah potensi am yang ada dalam diri manusia untuk melakukan sesuatu atau
bertindak dengan cara yang tertentu. Dengan kata lain, skema merupakan model
tingkah laku asas individu yang ditonjolkan semasa proses pengubahsuaian diri
dengan persekitaran. Sejak dilahirkan, bayi telah dilengkapkan dengan beberpa
gerakan pantulan yang dikenali sebagai skema, antaranya ialah gerakan menghisap,
memandang, mencapai, merasa, memegang, dan menggerakkan tangan serta kaki.
Dalam hal ini, skema boleh wujud menerusi gerakan fizikal atau gerakan mental.
Misalnya, skema pegang merupakan struktur kognitif yang menjadikan semua
tindakan berhubung dengan memegang dapat dilakukan. Skema yang ada pada
bayi akan menentukan bagaimana bayi bertindak balas terhadap persekitarannya.

Asimilasi pula bermaksud penyatuan objek yang baru diperoleh dengan skema yang
sedia ada. Proses asimilasi semata-mata bergantung kepada keputusan struktur
kognitif seseorang. Struktur kognitif ini merupakan pengalaman sedia ada
seseorang. Apabila seseorang itu berhadapan dengan sebarang situasi dalam
persekitarannya, misalnya pembelajaran cara makan ala Barat, ia biasanya akan
5

menggunakan pengalaman, pandangan dan mentafsirkan situasi pembelajaran
tersebut untuk menerapkan pengalaman baru ke dalam pengalaman lamanya.
Contohnya , cara hidangan orang Barat yang meletakkan sudu di sebelah kanan dan
garfu di sebelah kiri pinggan makan. Ini dikenali oleh Piaget sebagai asimilasi.

Akomodasi pula adalah suatu proses perubahan struktur kognitif. Akomodasi
berfungsi apabila skema tidak dapat mengasimilasikan persekitaran baru yang
belum lagi berada dalam perolehan kognitif kanak-kanak. Piaget menganggap
perubahan ini sebagai proses pembelajaran. Sebagai contoh, kanak-kanak berumur
dua tahun yang tidak pernah ditunjukkan kereta mainan akan menyatukan objek
baru kereta dalam skemanya dan mewujudkan penyesuaian konsep terhadap
kereta mainan itu. Dengan kata lain, akomodasi merupakan sesuatu proses
psikologi yang berlaku semasa seseorang berusaha atas inisiatifnya sendiri untuk
mengubah struktur kognitif bagi mengadaptasi keperluan situasi pembelajaran yang
dihadapi.

Contohnya:

2 + 2 adalah bersamaan 2 x 2 = 4

Jika seseorang murid yang telah belajar 2 + 2 = 2 x 2 = 4 akan membentuk prinsip
yang salah dalam struktur kognitifnya bahawa dua nombor bulat yang sama, apabila
ditambah atau didarab akan menghasilkan jawapan yang sama. Apabila diminta
memberi jawapan bagi 3 + 3 = 3 x 3 = ?, dia harus mengakomodasikan struktur
kognitifnya kerana struktur kognitif yang sedia ada tidak lagi sesuai dengan
keperluan yang baharu.

Adaptasi adalah suatu keadaan keseimbangan antara akomodasi dengan asimilasi
untuk disesuaikan dengan persekitaran. Menurut Piaget, adaptasi merupakan
proses perubahan skema selaras dengan keperluan situasi. Proses adaptasi berlaku
kerana kehilangan keseimbangan buat sementara antara seseorang dengan
persekitarannya. Untuk mengekalkan keseimbangan ini, seseorang itu hendaklah
mengubahsuai dirinya melalui proses adaptasi. Menurut Piaget, proses perubahan
6

tingkah laku seseorang dalam mengadaptasikan dirinya dengan persekitaran
sebenarnya merupakan suatu proses pembelajaran.

Adaptasi dan keseimbangan adalah saling berkait dan saling mempengaruhi antara
satu sama lain. Keseimbangan menggunakan skema sebagai asas tindakan.
Sekiranya skema sedia ada seseorang telah memadai untuk memenuhi keperluan
semasa proses pengubahsuaian diri, maka seseorang itu tidak lagi perlu
memperoleh pengalaman baharu dan pembelajaran baharu tidak berlaku. Ini
bermakna skemanya belum berubah bentuk dan adaptasi pun belum berubah. Oleh
itu, perhubungan dalaman dan luarannya dikatakan sedang di bawah keadaan
keseimbangan. Sebaliknya jika seseorang itu tidak dapat menggunakan skema
sedia adanya untuk mengadaptasikan keperluan persekitarannya, keadaan
keseimbangan antaranya dengan persekitaran akan hilang dan lenyap. Dalam
keadaan ini, ia harus mengubah skemanya untuk mengadaptasikan keperluan
persekitaran bagi memulihkan keseimbangan kemudiannya. Konsep-konsep ini
boleh digunakan oleh guru sebagai panduan untuk merancang pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Bahagian seterusnya membincangkan tahap
perkembangan mental yang diasaskan oleh Piaget (Piaget, 1970).

Piaget menyatakan bahawa setiap kanak-kanak mempunyai corak perkembangan
yang tersendiri. Kanak-kanak dalam sesuatu darjah itu bukan sahaja berlainan
peringkat kebolehan mereka tetapi juga berlainan kecepatan perkembangan kognitif
mereka. Piaget berpendapat bahawa perkembangan kognitif itu berlaku dengan
berperingkat-peringkat dan peringkat yang lebih awal adalah penting bagi
perkembangan peringkat yang berikutnya, kerana ia mempengaruhi perkembangan
di peringkat berikutnya.

Piaget mendapati bahawa kemampuan mental manusia muncul pada tahap tertentu
semasa proses perkembangan yang dilalui. Beliau membahagikan perkembangan
kognitif kepada empat tahap mengikut urutan umur. Tahap perkembangan tersebut
ialah:
1. Tahap sensori motor atau deria motor (sejak dilahirkan sehingga 2 tahun)
2. Tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun)

7

3. Tahap operasi konkrit (7 tahun hingga 11 tahun)
4. Tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun)

Pada tahap sensori motor atau deria motor , Piaget menekankan bayi dapat melihat
objek untuk mengetahui kewujudannya. Sebagai contoh, jika sehelai sapu tangan
diletakkan atas jarinya, bayi tersebut tidak akan mencari jari yang berada di sebalik
sapu tangan tersebut. Pada peringkat ini, otak bayi belum banyak berfungsi
menyebabkan dia hanya menyedari alam sekelilingnya dengan kabur. Walaupun
begitu, deria bayi berkembang dengan cepat dan dengan itu dia dengan cepat
memerhatikan alam sekelilingnya. Pemerhatian ini diikuti pula dengan gerak balas.


3.0 KERANGKA KONSEP PEMBINAAN INSTRUMEN APTITUD AM TAHUN 3












Rajah 1 : Kerangka Konsep Pembinaan Instrumen

Pada tahap praoperasi (2 tahun hingga 7 tahun), kanak-kanak telah mula menguasai
bahasa sebagai ganti gambaran benda-benda itu. Kebolehan menggunakan
lambang sebagai ganti benda membebaskan pemikiran kanak-kanak daripada
terikat kepada benda atau kejadian yang berkenaan. Walau bagaimanapun,
perkembangan bahasa pada tahap ini masih awal dan belum mantap lagi. Di
samping memperkaya kefahaman tentang alam maya, kanak-kanak juga bertambah
daya untuk berimaginasi dan berfantasi di dalam dunia berpura-pura pada tahap ini.
Teori Piaget
(1970)

Taksonomi
Bloom
Kemahiran
penaakulan bahasa,
penaakulan matematik
dan
penyelesaian masalah
bahasa dan matematik
Pendekatan
Analisis logikal
pakar


Model asas
pembinaan
instrumen
Teori Pengujian
Klasik dan Teori
Pengujian Moden

Instrumen
Aptitud Am
Tahun 3
8

Selain itu tumpuan perhatian dan ingatan mereka juga bertambah. Menurut Piaget,
kanak-kanak pada tahap ini berada dalam peringkat praolahan, iaitu mereka masih
belajar untuk mengaitkan perkataan dan lambang dengan cara intuisi dan bukannya
dengan penaakulan. Mereka masih berada pada tahap permulaan pembinaan
konsep, iaitu pada tahap mengkelas benda dan kejadian. Konsep yang dibentuk
juga masih jauh daripada kesempurnaan. Tumpuan perhatian dan ingatan mereka
juga bertambah. Menurut Piaget, proses perkembangan kognitif kanak-kanak
menjadi lebih sempurna menerusi tiga kebolehan asas yang berlaku dalam tahap ini,
iaitu:

1. perkembangan kebolehan mental kanak-kanak untuk melakukan tingkah laku
yang ketara seperti kebolehan mengira
2. melalui latihan yang diulang-ulang, rangkaian tingkah laku dikukuhkan dan
digenaralisasikan sehingga menjadi skema tingkah laku yang stabil
3. hal-hal umum telah betul-betul difahami oleh kanak-kanak bagi mewujudkan
sesuatu pengukuhan tingkah laku, seperti gambaran mental asas tentang
kemajuan dan sesuatu objek.

Piaget menyatakan bahawa operasi yang berlaku mesti berasaskan kepada tiga
fenomena mental yang penting, iaitu pengamatan, ingatan dan bayangan.
Kecerdasan pada tahap ini selalunya dihuraikan sebagai kaku, tegang,
ketidaksanggupan membuat kesimpulan dan tidak menumpukan perhatian kepada
hubungan antara peristiwa-peristiwa yang berbeza. Terdapat empat kandungan
utama proses kognitif pada tahap ini, iaitu egosentrik, konsep sebab-akibat,
peningkatan perolehan bahasa dan pembentukan identiti diri.

Pada tahap operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) kanak-kanak telah dapat menguasai
konsep pengekalan tentang paduan, nombor, berat dan padatan. Dengan kebolehan
itu mereka dapat menguasai konsep angka kardinal seperti 1, 2, 3, 4, 5 dan
seterusnya yang tidak berubah sifatnya walaupun digunakan pada apa-apa benda
sekalipun. Selain itu dengan penguasaan konsep ini juga kanak-kanak dapat
menguasai susunan angka seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Pada
peringkat ini, kanak-kanak tidak lagi memusatkan diri sendiri tetapi mula beralih
perhatian kepada dua atau lebih dimensi benda itu pada satu-satu ketika. Kebolehan
9

itu menyebabkan kanak-kanak dapat mempertimbangkan saiz dan isi atau saiz dan
berat serentak. Proses pemisahan diri ini membolehkan kanak-kanak memahami
konsep pembalikan kepada keadaan asal. Contohnya air di dalam tabung yang
tinggi dan runcing dan air di dalam tabung yang rendah dan besar jika dituangkan ke
dalam bekas yang lain mempunyai kuantiti air yang sama banyak.

Operasi mental bertugas hanya apabila kanak-kanak mengemukakan keterangan
yang diperoleh secara langsung. Pada tahap ini kanak-kanak dapat menumpukan
perhatian mereka kepada sesuatu bidang dan memahami proses konservasi melalui
kuantiti perturutan proses. Konservasi dirujuk kepada kebolehan kanak-kanak untuk
memahami bahawa bahan akan tetap sama dari segi bahan, berat dan isi padu
selagi tidak ditambah atau dikurangkan. Pada tahap ini kanak-kanak dapat
menyelesaikan hal-hal yang berhubung dengan kombinasi iaitu dapat menyatukan
dua atau lebih kelas dalam satu kelas; reversibility, iaitu satu kemungkinan yang
tetap untuk berbalik semula kepada titik permulaan operasi dan penggabungan,
iaitu membuat penyampaian dalam pemikiran. Hasil daripada cara penyelesaian
yang berbeza itu dapat menunjukkan keputusan yang sama dan akhirnya mereka
telah dapat memahami identiti sesuatu objek.

Pada tahap operasi formal (11 tahun hingga 15 tahun) pula, tahap perkembangan
kanak-kanak berada pada peringkat tertinggi. Piaget mempercayai bahawa pada
umur 11 hingga 15 tahun kebolehan menguruskan unit yang bermakna, membuat
sintesis dan membuat penyeluruhan semakin bertambah. Perkembangan kognitif
manusia pada tahap ini telah sampai ke tahap maksimum. Pemikiran dan
penghuraian pendapat seseorang pada tahap ini lebih baik dan nyata. Kebolehan
yang paling nyata ialah pembentukan konsep. Kanak-kanak telah dapat membuat
keputusan, dan telah dapat membuat hipotesis melalui pemerhatian. Pada peringkat
ini kanak-kanak mula mencari jalan untuk menyelesaikan masalah berdasarkan
rasional dengan cara yang lebih bersifat sistematik, dan juga berupaya
menggunakan serta memahami logik dan konsep-konsep abstrak. Mereka juga
mempunyai kemahiran bahasa iaitu boleh menggunakan lambang dalam pemikiran
mereka. Ini membuatkan mereka mampu membina konsep yang abstrak pada had-
had tertentu.

10

Pembangunan instrumen ujian aptitud Tahun 3 yang mengukur kemahiran menaakul
bahasa dan menaakul matematik adalah berdasarkan teori Piaget. Pada peringkat
ini kanak-kanak ini berada pada tahap operasi konkrit. Pada tahap ini kanak-kanak
dapat menyelesaikan hal-hal yang berhubung dengan kombinasi iaitu dapat
menyatukan dua atau lebih kelas dalam satu kelas. Konsep reversibility, iaitu satu
kemungkinan yang tetap untuk berbalik semula kepada titik permulaan operasi dan
penggabungan (association), iaitu membuat penyampaian dalam pemikiran.
Kemahiran kognitif inilah yang diperlukan oleh murid yang berumur 9 tahun untuk
melakukan penaakulan dan menyelesaikan masalah.


4.0 KEMAHIRAN YANG DIUKUR DALAM UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Kemahiran yang diukur dalam Ujian Aptitud Am Tahun 3 ialah:

1. Domain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menguji kemahiran menaakul
seperti kemahiran perkataan, konsep verbal dan aplikasi kritikal. Kemahiran
perkataan menguji keterampilan murid mengeja perkataan, memahami makna
perkataan dan menggunakan perkataan dengan betul. Konsep verbal pula
menguji kecekapan murid memahami maksud yang tersirat dalam sesuatu
perkataan. Aplikasi kritikal menguji kemahiran membaca yang merangkumi
kefahaman, menganalisis dan seterusnya membuat kesimpulan terhadap apa
yang telah dibaca.

2. Domain Matematik pula menguji sistem numerik, penyelesaian masalah,
penaakulan matematik untuk tugasan logik nombor dan membuat persepsi.
Penyelesaian masalah memerlukan murid membuat penaakulan dengan
menganalisis maklumat yang diberikan dalam tugasan. Aspek sistem numerik
memerlukan murid menterjemahkan simbol yang mewakili nombor. Kemahiran
menambah, menolak, membahagi dan mendarab diperlukan untuk
menyelesaikan masalah sistem yang diberikan kepada murid. Penaakulan
matematik pula memerlukan murid menganalisis maklumat yang diberikan
untuk menghasil logik dan membuat persepsi bagi menyelesaikan masalah
matematik.
11

5.0 CONTOH-CONTOH ITEM UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Contoh-contoh Item Bahasa Melayu

Kemahiran perkataan

1. Pilih perkataan yang salah ejaannya.
A. cerdik B. pintar C. bijaksanna

2. Pilih perkataan yang salah ejaannya.
A. garang B. perama C. mesra

3. Pilih perkataan yang betul ejaannya.
A. gerobook B. almari C. keruse

4. Pilih perkataan yang betul ejaannya.
A. kaseh B. gumbira C. sayang

5. Sedih mempunyai maksud yang sama dengan
A. menangis B. pilu C. mengilai

6. Gerimis mempunyai maksud yang sama dengan
A. renyai B. lebat C. terik


Kemahiran konsep verbal

7. Paru-paru adalah kepada manusia, insang adalah kepada
A. semut B. kura-kura C. ikan

8. Cantik adalah lawan hodoh, manakala malas adalah lawan
A. rajin B. lalai C. leka
9. Permaidani adalah untuk lantai, manakala langsir adalah untuk
12

A. perabut B. tingkap C. bumbung

10. Manakah bukan dalam kumpulan yang sama?
A. Gembira B. Riang C. Duka

11. Manakah bukan dalam kumpulan yang sama?
A. Teh B. Kopi C. Santan


Kemahiran aplikasi kritikal (penyelesaian masalah)
Farid dan Amri adalah pemain bola sepak, tetapi Aziz dan Faris adalah pemain
bola keranjang. Farid dan Faris adalah pemain tenis.

12. Siapakah pemain bola sepak dan tenis?
A. Farid B. Amri C. Aziz D. Faris

13. Siapakah pemain tenis dan bola keranjang?
A. Farid B. Amri C. Aziz D. Faris

Pelbagai makanan disimpan di dalam peti ais. Di dalam sebuah peti ais, terdapat
tiga rak. Marjerin disimpan di bawah rak telur, sementara santan disimpan di atas
rak susu. Marjerin juga disimpan di atas rak susu, tetapi telur berada di rak yang
sama dengan kek. Ais krim pula disimpan di atas rak santan.

14. Apakah makanan yang disimpan di rak paling bawah?
A. Marjerin B. Telur C. Santan D. Susu E. Ais krim

15. Makanan yang disimpan di rak yang sama adalah
A. majerin dan santan
B. ais krim dan susu
C. majerin dan ais krim
D. santan dan susu

13

Contoh-contoh Item Bahasa Inggeris

Kemahiran perkataan (word skills)

16. One lion, many _____.
A. lions B. lionss C. lioness

17. Over the hills far away,
Came little frogs hopping away,
Croak, croak said the frogs,
_____, _____ replied the ducks.

A. hoof, hoof B. moo, moo C. quack, quack


Kemahiran konsep verbal (verbal concept skills)

18. School : Student, Hospital : ?
A. Nurse B. Doctor C. Patient

19. Calf is related to cow in the same way as kitten is related to
A. deer B. duck C. cat

20. ant = fly = bee
Hamster = Squirrel = ?
A. Mouse B. Cat C. Spider


Kemahiran aplikasi kritikal (critical application skills)

21. The day before yesterday was Monday, so tomorrow it will be
A. Friday B. Thursday C. Monday

14


Azizi, Teo and Sujit each has a pair of shoes, a jacket and a shirt. The three
shirts the three boys wear are of three different sizes: small, medium and large.
So are the jackets and the pairs of shoes. Each boys shoes, jacket and shirt are
all of different sizes. The jacket belonging to Sujit is not a medium one. Teos
shirt and Azizi s shoes have the same size label. Sujits shirt , Teos shoes and
Azizis jacket all have the same size label. Sujits shoes are large.

22. What size are Teos shoes?
A. Small B. Medium C. Large

23. What size is Azizis shirt?
A. Small B. Medium C. Large

Contoh-contoh item Matematik

Penaakulan matematik untuk sistem numerik


= 60 = 200 = 20

24. Berdasarkan rajah di atas, yang manakah memberikan nilai yang terkecil?

A

B

C






15


= 5 = 4 = 10

25. Berdasarkan maklumat di atas, kumpulan yang manakah mempunyai nilai
yang sama dengan 53 24 = ?

A

B

C


Penaakulan matematik untuk logik nombor

26

A 25
B 27
C 28


27

A 420
B 415
C 394


28

A 4207
B 4209
C 4211
5 9 14 18 23 ?
456 447 438 429 ?
4233 4220 ? 4194 4181
16

Penaakulan matematik untuk membuat persepsi

29.



A

B


C


30.



Apakah urutan selepas ini?




A B C









X
?
17


Penyelesaian masalah

31. Ali mengambil masa 20 minit untuk ke kedai.
Berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Ali untuk pergi dan balik semula
ke rumahnya?

A 15 minit
B 20 minit
C 40 minit

32. Dalam sebuah bakul terdapat 6 ikat rambutan. Setiap ikat mengandungi 20
biji rambutan. Terdapat 15 biji rambutan yang telah rosak dalam bakul itu. Ibu
mengambil 2 ikat dan 17 biji rambutan daripada bakul tersebut. Adik pula
mengambil 8 biji rambutan daripada bakul itu.
Berapakah baki rambutan yang tinggal?

A 2 ikat
B 1 ikat, 10 biji
C 2 ikat, 5 biji

33. Berat sebiji tembikai ialah 3 kg. Berat dua biji durian ialah 3 kg lebih daripada
berat tembikai. Berat sebiji betik pula ialah 1 kg kurang daripada berat sebiji
durian.
Buah apakah yang paling ringan?

A Betik
B Durian
C Tembikai





18

6.0 FORMAT INSTRUMEN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Instrumen Ujian Aptitud Am Tahun 3 mempunyai tiga komponen utama iaitu Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik. Terdapat 80 item objektif aneka pilihan
bagi instrumen ini, 30 item menguji aptitud Bahasa Melayu, 30 item menguji aptitud
Bahasa Inggeris dan 20 item menguji aptitud Matematik. Ujian ini mengukur
kemahiran menaakul (reasoning) dan kemahiran penyelesaian masalah. Tempoh
ujian ialah 1 jam 30 minit dan diwajibkan kepada semua murid Tahun 3.

7.0 PENTADBIRAN DAN PENGOPERASIAN UJIAN APTITUD AM TAHUN 3

Pentadbiran instrumen ini perlu dilaksanakan dalam bilik yang kondusif dan lengkap
dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Semua arahan perlu
diikuti dan dipatuhi oleh murid yang mengambil ujian.. Sekiranya murid tidak hadir
pada hari ujian dengan alasan yang munasabah, murid dibenarkan mengambil ujian
atas budi bicara GPK/SUP pada hari yang lain. Cara pelaksanaan ujian di sekolah
adalah mengikut budi bicara pihak sekolah berdasarkan tarikh dan panduan yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pengurusan Pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3 adalah seperti Rajah 2.














Rajah 2 : Pengurusan Pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3
LP Muat naik di laman web LP
JPN
PPD
SEKOLAH
Muat turun dan cetak
19

Ujian Aptitud Am Tahun 3 hendaklah ditadbirkan berpandukan carta aliran pada
Rajah 3.






























Rajah 3 : Pentadbiran dan Pengurusan Ujian Aptitud Am Tahun 3
Hari Peperiksaan
Edaran kertas ujian dan
borang jawapan
Penerangan
Murid menjawab soalan
Guru mengumpul kertas
jawapan, memeriksa
jawapan dan memberi skor
GBKSM / GBK
mentafsir skor dan
menyediakan profil

Penyimpanan Fail
Masa : Bulan Oktober
Sasaran : Murid Tahun 3
Tempat : Sesuai dan kondusif
(Bilik darjah atau dewan)


Murid menjawab di atas borang jawapan



Masa Ujian : 1 jam 30 minit





Bilangan soalan : 80 soalan objektif aneka
pilihan


Guru kelas memeriksa jawapan dan
memberi skor.
Menyerahkan skor kepada Guru Bimbingan
dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) /
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)


GBKSM / GBK mencatatkan skor secara
manual, mentafsir skor dan menyediakan profil


GBKSM / GBK menyimpan skor dan profil
murid di dalam fail, mengikut kelas.
Pengesahan/tandatangan GBKSM / GBK /
GB
Fail disimpan di Unit Bimbingan dan
Kaunseling.
20

7.1 Prosedur Pentadbiran Ujian Aptitud Am Tahun 3

1) Sediakan tempat ujian yang selesa, sesuai dan kondusif
2) Murid perlu berada di tempat ujian 15 minit sebelum ujian dan berada
dalam keadaan selesa
3) Edarkan kertas soalan dan borang jawapan kepada setiap murid
4) Beri arahan kepada murid :
a. tulis nama dan kelas pada borang jawapan
b. hitamkan semua jawapan di borang jawapan
c. jangan meniru
d. semak jumlah halaman kertas soalan
e. masa ujian ialah 1 jam 30 minit
5) Apabila masa ujian telah tamat, mohon murid supaya berhenti menulis
dengan meletakkan pensel di atas meja.
6) Pengawas/Guru hendaklah mengumpul kertas soalan dan borang
jawapan, dan memastikan jumlah borang jawapan dan kertas soalan
yang dikumpul akur dengan jumlah calon yang hadir dalam jadual
kedatangan sebelum calon dibenarkan keluar dari dewan/bilik
peperiksaan
7) Guru kelas hendaklah memeriksa jawapan dan memberi skor
8) Guru kelas hendaklah menyerahkan borang jawapan dan skor murid
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) /
Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK)
9) GBKSM / GBK hendaklah masukkan skor murid dalam fail markah
10) GBKSM / GBK perlu meyimpan skor murid dalam fail mengikut kelas
dan nama murid mengikut abjad di tempat yang selamat. Maklumat
skor murid hendaklah disimpan secara hard copy (file) dan soft copy
(sistem).



21

7.2 Peranan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah
(PPD) dan Sekolah

JPN - (Pegawai Sektor Penilaian dan Peperiksaan)
1 Memberi taklimat kepada Pegawai PBS Daerah dan Pegawai
Pelajaran Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Daerah
2 Mengedarkan bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3 kepada PPD
melalui Pegawai PBS Daerah dan Pegawai Pelajaran
Bimbingan Kaunseling dan Kerjaya Daerah
3 Melaksanakan pemantauan pengendalian Ujian Aptitud Am
Tahun 3 di peringkat PPD

PPD - (Pegawai PBS Daerah dan Pegawai Pelajaran Bimbingan Kaunseling
dan Kerjaya Daerah)
1 Memastikan semua sekolah di bawah PPD masing-masing
menerima bahan Ujian Aptitud Am Tahun 3
2 Mengadakan taklimat kepada semua Guru Besar di PPD
masing-masing berkaitan Ujian Aptitud Am Tahun 3
3 Memastikan pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3 di
peringkat sekolah

Sekolah - (Guru Besar)
1 Mengadakan perbincangan bersama guru kelas dan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa (GBKSM) / Guru
Bimbingan dan Kaunseling (GBK) di sekolah masing-masing
mengenai pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3
2 Mengadakan taklimat kepada semua guru mengenai Ujian
Aptitud Am Tahun 3
3 Memastikan guru kelas dan GBKSM / GBK melaksanakan Ujian
Aptitud Am Tahun 3 berdasarkan proses kerja yang telah
ditetapkan


22

Sekolah - (GBKSM / GBK)
1 Mengadakan perbincangan dengan Guru Besar tentang
prosedur pelaksanaan Ujian Aptitud Am Tahun 3
2 Memberi taklimat kepada semua guru mengenai Pentaksiran
Psikometrik
3 Memberi taklimat kepada semua murid mengenai Pentaksiran
Psikometrik
4 Mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3
5 Menyediakan profil berdasarkan skor ujian aptitud am
6 Membuat intervensi, konsultasi dan sesi berdasarkan dapatan
profil
7 Menyimpan profil dan dokumen berkaitan di tempat yang
selamat dan mematuhi prosedur keselamatan
8 Menyimpan kertas soalan Ujian Aptitud Am Tahun 3 sebagai
bahan rujukan.


Sekolah - (Guru Kelas)
1 Mentadbir Ujian Aptitud Am Tahun 3 kepada murid Tahun 3
2 Memeriksa jawapan murid dan menyerahkan skor kepada
GBKSM / GBK
3 Menggunakan hasil dapatan profil yang telah dibincangkan
bersama GBKSM/GBK untuk penambahbaikan perancangan
pengajaran dan pembelajaran serta perkembangan murid







23

Lampiran 1

Contoh Borang Profil Individu dan Interpretasi Skor Murid

Nama Murid :
Kelas :
Tahun :

Domain Skor
Markah
Penuh
Interpretasi
Bahasa Melayu
Kemahiran perkataan 10 > 6 Baik, < 6 Kurang potensi
Kemahiran konsep verbal 15 > 10 Baik, < 10 Kurang potensi
Kemahiran aplikasi kritikal
(penyelesaian masalah)
5 > 4 Baik, < 4 Kurang potensi
Bahasa Inggeris
Word skills 5 > 4 Good, < 4 Low potential
Verbal concept skills 20 > 15 Good, < 15 Low potential
Critical application skills 5 > 4 Good, < 4 Low potential
Matematik
Penaakulan matematik
untuk sistem numerik dan
logik nombor
7 > 5 Baik, < 5 Kurang potensi
Penaakulan matematik
untuk membuat persepsi
4 > 3 Baik, < 3 Kurang potensi
Penyelesaian masalah 9 > 7 Baik, < 7 Kurang potensi





24

Lampiran 2
Contoh Borang Profil Kelas


Bil.

Nama
Murid

Domain
BM

Domain
BI

Domain
Matematik

Catatan

1 2 3 4 5 6 7 8 9










1 Kemahiran perkataan
2 Kemahiran konsep verbal
3 Kemahiran aplikasi kritikal (penyelesaian masalah)
4 Word skills
5 Verbal concept skills
6 Critical application skills
7 Penaakulan matematik untuk sistem numerik dan logik nombor
8 Penaakulan matematik untuk membuat persepsi
9 Penyelesaian masalah


Nama Guru Kelas : .

Nama Guru Besar : .

Tarikh : .

25


RUJUKAN

1 Azizi Yahya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziah Yahya. 2005.
Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publication

2 Azizi Yahaya, Noordin Yahaya dan Zurihanmi Zakariya. 2005.
Psikologi Kognitif. Johor : Penerbit UTM

3 Barrett, J. 2011. The Aptitude Test Workbook. London : Replika Press

4 Baumrind, D. 1991. Parenting styles and adolescence development. In
encyclopaedia of adolescence learner.
R.M. Peterson A.C and Brooks-Gunn, J.(Eds). New York : Garland

5 Baum, S., Viens, J & Slatin, Barbara. 2005. Multiple Intelligences in the
elementary school. New York : Teachers College Press

6 Chatterji, M. 2003. Designing and using tools for educational assessment.
USA : Pearson Education

7 Clark, R.d. dan Shileds, G. 1997. Family communications and deliquency.
Adolescence. 32(125)81-92

8 Fatanah Mohamed. 2007. Kajian terhadap masalah peribadi pelajar-pelajar
sekolah berasrama penuh dan tidak berasrama penuh di Pengkalan Chepa.
Disertasi Sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia

9 Gardner. H. 1983. Frames of mind: A theory of multiple intelligences.
New York : Basic Books

10 Gregory, R. 2007. Psychological testing : History, Principles and Applications.
5
th
Edition. Boston : Pearson International Edition.

11 Guilford, J. P. 1959. Personality. New York : McGraw Hill Book Company

12 Guilford,J.P.1985. The structure of intellect model. In B.B. Wolman 1
st
Edition.
Handbook on intelligence : Theories, measurements and applications. New
York : Wiley

13 Humphreys, L. G. 1979. The construct of general intelligence.
Intelligence 3 : 105-120

14 Ibrahim Mohamed Zin. 2007. Membina dan mengesahkan instrumen
pentaksiran kecerdasan pelbagai.
Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia

15 Jensen, A. R. 1980. Bias in mental testing. New York : Free Press
26

16 Gagne, R.M. 1977. The Conditions of Learning. Third Edition. New York :
Rinehart & Winston

17 Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015. Kuala Lumpur

18 Kubiszyn , T & Borich, G. 2003. Educational Testing and Measurement.
7
th
ed., Singapore: John Wiley & Sons,Inc.

19 Murphy, K.R. & Davidshofer, C. O. 1998. Psychological Testing : principles
and applications. 4
th
edition. New Jersey: Prentice Hall. New York :
Psychological Cooperation

20 Piaget, J.1970. Piagets Theory. Car Michaels Manual of Child Psychology,
Vol. 1 (3
rd
edition). New York : Wiley

21 Salkind ,N.J. and Rashmussen, K. 2007.Encyclopaedia of Measurement and
Staistics. 1, London:SAGE Publications, Inc

22 Spearman, C. 1927. Nature of intelligence and the principles of cognition.
London : MacMillan

23 Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor,
Ramlan Jantan, Roslinda Mustapha dan Hazalizah Hamzah. 2009.
Pembelajaran dan perkembangan pelajar. Kuala Lumpur : Oxford

24 Sternberg, R.J. 1994. Encyclopeadia of human intelligence. New York :
MacMillian Publishing Company

25 Tun Mahathir Mohamad . 2009. Merealisasikan wawasan negara. Jabatan
Perkhidmatan Awam Kuala Lumpur : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)

26 Wechsler, D. 1974. Manual for the Wechsler intelligence scale for children-
Revised

27 Wells, D. 2003. Applied Consumer Science. http://myschoolnet.ppk.kpm.my

Anda mungkin juga menyukai