Anda di halaman 1dari 15

1

1.0 PENDAHULUAN
Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang
berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan
pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat
terutamanya golongan profesional. Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep
profesional merujuk kepada ciri -ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu
profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang
mengawal tingkah laku ahli.

Oleh itu, guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah
seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam
bidang yang diceburi. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan
pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup
melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila
semakin banyak isu-isu tentang kepimpinan guru menjadi perbualan masyarakat kini.

Sehubungan itu, para pendidik kini perlu memantapkan pengetahuan dan
kemahiran dalam asas kepimpinan agar isu-isu yang berlaku di sekolah dapat diatasi
selaras dengan matlamat pendidikan abad ke-21. Hal ini, teori-teori dalam pendidikan
perlu dijadikan panduan kepada guru untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul di
sekolah agar dapat melahirkan murid modal insan yang cemerlang dan
berketrampilan selaras dengan hasrat kerajaan dalam mencapai wawasan 2020.

Seterusnya, bagi merealisasikan hasrat kerajaan, para guru pelatih telahdiberi
pendedahan awal melalui subjek EDU 3083 Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional . Subjek ini memberi peluang kepada kami untuk meneroka secara
menyeluruh mengenai kepimpinan dan profesional perguruan untuk menghadapi
lapangan pendidikan yang begitu mencabar. Oleh hal yang demikian, tugasan ini
memerlukan guru pelatih mengkaji isu kepimpinan yang berlaku di sekolah semasa
menjalan Program Intership. Tugasan ini disempurnakan secara individu.




2

2.0 ISU DAN ETIKA GURU
Isu-isu dalam bidang pendidikan yang semakin kompleks memerlukan kefahaman
dan pentaksiran semula konsep-konsep kepimpinan dan pengurusan agar dapat
melahirkan generasi pemimpin yang holistik. Oleh itu, semasa saya menjalankan
program intership saya telah menghadapi satu isu kepimpinan iaitu memimpin murid
memenangi pertandingan bicara berirama peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya.

2.1 Teori Laluan Matlamat












Rajah 1: Memimpin Pasukan Bicara Berirama

Kepimpinan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan
kejayaan sesebuah organisasi. Oleh itu, bagi menghadapi isu ini saya telah
merujuk Teori Laluan Matlamat agar dapat memimpin pasukan bicara
berirama ini dalam memenangi pertandingan peringkat Wilayah. Teori
Kepimpinan Laluan Matlamat (Path Goal Theory) yang diperkenalkan oleh
Robert House mencadangkan bahawa tingkah laku pemimpin seharusnya
dilihat sebagai suatu tindakan yang boleh memotivasikan pengikut. Seorang
pemimpin perlu menguatkan hubungan di antara gaya kepimpinannya dengan
perwatakan pengikut dan agenda tugas sesebuah organisasi.

Oleh itu, saya lebih memahami bahawa murid akan termotivasi sama
ada dalam keadaan merasa berkemampuan untuk mencapai kemenangan
dalam pertandingan ini. Hal ini, kekangan yang saya hadapi semasa saya
menerima tugas untuk memimpin pasukan bicara irama sekolah ini saya
dimaklumkan oleh guru besar bahawa warga sekolah tidak pernah
Fokus Motivasi kepada
peserta
Tindakan Kekangan
Memenangi
pertandingan
Latihan
berterusan
Motivasi intersik
dan ekstensik
Tiada
pendedahan
bicara berirama
Pemilihan peserta
(saringan)
Tayangan video
Merujuk
pentadbir
Rujukan rakan
sejawat
Masa
perkhidmatan
Naib Johan Bicara
Berirama
3

didedahkan atau menyertai pertandingan bicara berirama sebelum ini.
Justeru, adalah menjadi cabaran kepada saya untuk menggunakan gaya
kepimpinan terbaik bagi menemukan titik keperluan motivasi murid yang
menyertai pasukan bicara irama dalam mencapai matlamat untuk memenangi
pertandingan ini.

Menurut, Robert House pemimpin perlu menyediakan elemen-elemen
yang difikirkan dapat mengisi keperluan pengikut bagi mencapai matlamat
organisasi. Pada peringkat awal, saya telah menggunkan gaya kepimpinan
berorientasikan sokongan iaitu merujuk kepada tingkah laku memberi
pertimbangan kepada pengikut. Saya membuat pertimbangan dengan meneliti
keperluan persekitaran sekolah dan ciri-ciri murid yang berada dalam tahap 2
agar memudahkan saya untuk memilih peserta bagi membentuk pasukan
sekolah. Oleh itu, saya telah membuat saringan terlebih dahulu bagi memilih
murid yang layak menyertai pasukan yang saya pimpin ini. Hal ini, seramai 30
orang murid telah dipilih yang terdiri daripada murid tahun 4 & 5 untuk
menyertai pasukan ini. Memandangkan mereka tidak pernah didedahkan
dengan bicara berirama, saya mengambil inisiatif sendiri untuk menayangkan
video pasukan bicara berirama SK Jenjarom yang saya telah pimpin semasa
praktikum fasa 3 agar dapat dijadikan panduan dan motivasi kepada murid
dalam mencapai matlamat untuk memenangi pertandingan pada peringkat
Wilayah.

Seterusnya, bagi memudahkan saya melatih pasukan ini, saya telah
merujuk guru besar bagi mendapatkan autoriti untuk melatih murid semasa
waktu P & P kerana masa latihan amat terhad dan pertandingan bakal
berlangsung dalam tempoh dua minggu. Selepas mendapat kebenaran dan
persetujuan daripada guru besar saya mula merujuk rakan guru dengan
menjelaskan keperluan kerjasama dan sokongan yang wajar diberikan kepada
saya dalam membantu melatih pasukan ini agar dapat mencapai matlamat
utama. Langkah ini penting agar melancarkan perjalanan semasa latihan.
Respon yang positif daripada rakan guru dan pentadbir telah memudahkan
saya untuk pasukan ini dengan jayanya. Gaya kepimpinan yang saya
terapkan dalam tindakan ini adalah berorientasikan arahan iaitu pemimpin
memberikan arahan mengenai sesuatu tugas dengan menyertakan mengenai
harapannya berkaitan tugas tersebut.
4

Seterusnya, saya juga telah menerapkan dalam diri setiap ahli dalam
pasukan ini untuk mencapai kemenangan dalam pertandingan peringkat
Wilayah. Hal ini, memberi fokus motivasi kepada murid agar menjalani latihan
dengan bersungguh-sunguh dan komited dengan tugas dalam pasukan.
Malahan, ahli pasukan juga diberi kebebasan menyumbang idea dan
membuat keputusan semasa dalam latihan dalam menentukan watak daya
gaya persembahan supaya dapat menghasilkan satu pasukan bicara berirama
yang hebat dan cemerlang. Ahli pasukan juga akan sentiasa mencari
peningkatan dan pencapaian yang berkesinambungan. Ini melalui langkah
menyatakan keyakinan yang tinggi bahawa mereka mempunyai kemampuan
untuk mencapai matlamat bagi cabaran tersebut memenangi pertandingan
nanti.

Sehubungan itu, latihan yang berterusan dan saya sentiasa memberi
kata-kata semangat dan sokongan kepada murid telah memberi impak positif
dalam diri murid kerana mereka mampu mempersembahkan bicara berirama
ini dengan baik walaupun tanpa adanya saya disisi mereka. Hal ini,
tanggungjawab terhadap pasukan yang telah saya terapkan dalam diri setiap
ahli telah membuahkan hasil yang positif serta mendapat pujian daripada
warga sekolah. Selain itu, pasukan ini telah berjaya mencapai matlamat untuk
memenangi tempat kedua pertandingan peringkat wilayah dan mendapat
ganjaran wang tunai RM 1200. Jelaslah, Teori Laluan Matlamat tidak
mengongkong seseorang pemimpin untuk menggunakan hanya satu gaya
kepimpinan sahaja. Sebaliknya terbuka kepada penggunaan pelbagai gaya
mengikut kesesuaian situasi.

2.2 Faktor Isu Dan Integriti

2.2.1 Faktor isu
Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik dan pengajar
dalam menuntut ilmu. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi,
pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Manakala
keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang
menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat
belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang
mempunyai perkaitan dengan guru. Sehubungan itu, sebagai seorang
guru saya menerima tanggungjawab untuk melatih pasukan bicara
5

berirama ini untuk mencapai matlamat utama dalam pertandingan
peringkat Wilayah dengan positif walaupun terdapat cabaran dalam
mendapat kemenangan tempat kedua. Oleh itu, rajah 2 dibawah
adalah faktor kepada kejayaan memenangi pertandingan bicara
berirama.



Rajah 2: Faktor Kejayaan Memenangi Pertandingan Bicara Irama

Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan
sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab
terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti
adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan
mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak
untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga
adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan
menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah
diambil.

Akauntabiliti keguruan membawa maksud berkenaan dengan
tanggungjawab guru terhadap profesion perguruan. Oleh itu, atas
kesedaran ini saya menerima tanggungjawab yang diamanahkan ini dan
Faktor
Kejayaan
Tanggungjawab
kepada murid
Tanggungjawab
kepada profesion
perguruan
Tanggungjawab
kepada
masyarakat dan
negara
6

melaksankaannya dengan baik. Hal ini, saya telah berusaha dengan
sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan
bersungguh-sungguh untuk mengekalkannya sejajar dengan kemajuan
ikhtisas dan sosial. Saya juga sedar sebagai seorang guru kita hendaklah
sentiasa bersedia membantu rakan sejawat dalam perkembangan dan
kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga
hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru
displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata
pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran
sekolah. Tambahan pula, dalam menghadapi isu ini saya haruslah
meluaskan ilmu dengan membuat rujukan berkaitan pedagogi melatih
pasukan bicara berirama. Ini termasuklah memahami selengkapnya
segala aspek yang terdapat dalam bicara berirama. Ini di lakukan dengan
merancang dan melaksanakan strategi kepimpinansepenuhnya bagi
mencapai matlamat secara maksimum.

Selain itu, faktor kedua adalah tanggungjawab kepada murid. Hal ini,
sebagai seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh
dedikasi dalam membimbing murid menjadi warganegara yang
bertanggungjawab dan holistik. Saya juga haruslah mengutamakan
kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal
lain. Hal ini, tanggungjawab saya membimbing dan mengajar ahli
pasukan bicara berirama untuk menghasilkan satu persembahan bicara
berirama yang bagus dengan aplikasi ilmu yang telah dipraktikkan
semasa latihan. Saya juga memberi hadiah kepada mereka untuk
menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran semasa
latihan. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas,
berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di
amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana
seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh
yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya
mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh
anak muridnya.

Seterusnya, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dalam
memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kecendekiawanan
masyarakat. Hal ini, sebagai seorang guru , saya hendaklah menjalankan
7

tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara
berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Saya hendaklah
memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat
berbilang bangsa dalam diri pelajar serta memenuhi tanggungjawab
sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas
dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Malahan , sebagai guru saya perlu
sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat
dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan
dengan Rukun Negara. Saya juga sentiasa memupuk sikap dan nilai
dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi
warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua
dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama sepanjang menjalani
latihan. Di samping itu dalam pengalaman mengahdapi isu ini, saya
sentiasa sedar untuk menghormati masyarakat di tempat berkhidmat dan
memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Hal ini, saya turut
menggalakkan kerjasama di antara guru dengan masyarakat dalam
membantu menghadapi isu ini secara positif dan selaras dengan
profesionalisme perguruan.

2.2.2 Integiriti Membentuk Profesionalisme Perguruan
Prinsip integriti amat penting untuk diterapkan di dalam diri setiap guru
melalui dua kaedah iaitu usaha yang berterusan oleh guru itu sendiri
seperti penghayatan nilai-nilai murni dan keadah kedua melalui
penguatkuasaan daripada kerajaan seperti penubuhan Pelan Integriti
Nasional (PIN), kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti serta
Piagam Pelanggan dan Kod Etika Kerja yang dapat membantu ke arah
membentuk profesionalisme perguruan.

Integriti merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara
keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi (Institut Integriti
Malaysia, 2004). Hal ini atas kesedaran integriti ini saya dapat
membentuk peribadi yang positif dalam profesion keguruan yang saya
ceburi. Tambahan pula, integriti berkait erat dengan etika. Integriti
berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari.
Lanjutan itu, intergriti guru sebagai penjawatan awam membawa
8

makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.

Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti amanah,
jujur, adil dan saksama, telus, berkecuali dan kebolehpercayaan.
Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan
mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri
malah sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai
khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan
seorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh
mencemarkan imej profesion perguruan.

Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada
etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika
perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Sebagai seorang guru, kita
perlu meningkatkan akauntabiliti dan integriti kempimpinan diri supaya
segala tanggungjawab dan tugas-tugas dapat dijalankan dengan
penuh komited. Tambahan pula, sebagai seorang guru,
tanggungjawabnya amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh
keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna
kepada masyarakat dan negara. Guru yang berintegriti akan
melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai
keperihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar

Selain bertanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa,
masyarakat dan negara, saya sedar guru perlu menjalin hubungan
baik sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab sesama
sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka. Semua guru
harus menghormati profesionnya dan sentiasa berusaha berusaha
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Mereka
perlu bekerjasama sesama rakan sejawat demi menjaga inej profesion.
Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut norma-norma budaya dan
bukan sekadar mengikut tatacara kita sahaja. Tatacara berbahasa
harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang dalam masyarakat
setempat. Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu mempunyai
integriti terhadap profesion kerana ia akan dapat meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan. Jika guru menghayati segala yang
9

diamanahkan, maka semua warga guru dapat menjalankan
tanggungjawab dan tugas-tugas dengan penuh komited.



































10

3.0 IMPAK ISU
Dalam menghadapi isu pertandingan bicara berirama ini terdapat pelbagai pihak yang
menerima impak positif. Hal ini, secara tidak langsung dalam menyumbang kepada
kemenjadian murid saya juga dapat membentuk profesionalisme yang baik. Rajah 3
dibawah merupakan impak isu terhadap murid, sekolah dan diri saya.















Rajah 3: Impak Pertandingan Bicara Berirama

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Kegiatan tersebut
termasuklah pertandingan bicara berirama. Semua pelajar digalakkan menyertai
kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini mempunyai banyak faedahnya. Oleh
itu, impak positif pertama yang diterima oleh murid dalam menyertai pasukan
bicara berirama ini adalah terhindar daripada terlibat dengan gejala sosial
kerana banyak masa mereka digunakan untuk latihan di sekolahOleh itu, masa
lapang dapat diisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Selain itu, murid juga
lebih bertanggungjawab. Hal ini, ada berbagai-bagai peranan dalam pasukan
bicara berirama. Contohnya, apabila pelajar memegang jawatan ketua pasukan,
mereka akan belajar menjadi ketua. Dengan itu, pelajar akan belajar menjadi
pemimpin.

Di samping itu, murid dapat membentuk disiplin diri. Contohnya, latihan yang
dijalankan mengikut peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Murid perlu
Impak Pertandingan
Bicara Berirama

Sekolah

Diri
Murid
Persepsi
Pentadbir
Kerjasama rakan
sejawat
Pencapaian
Prestasi peringkat
Wilayah
Berdisiplin
Bermotivasi tinggi
Bertanggungjawab
Meningkatkan
kemahiran
kepimpinan
Meluaskan ilmu
pengetahuan ikhtisas.
Menambah
pengalaman dalam
profesion perguruan
11

mematuhi peraturan dan jadual tersebut supaya latihan dapat dijalankan dengan
lancar. Oleh itu, murid menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan
kokurikulum. Tambahan pula, pertandingan bicara irama ini mengukuhkan lagi
perpaduan. Hal ini, dalam pasukan ini peserta terdiiri daripada pelbagai kaum
seperti Melayu, Cina dan India. Dalam aktiviti yang dijalankan, semua ahli akan
berkumpul dan bertukar-tukar pendapat. Dengan ini akan mengeratkan
hubungan sesama mereka dan seterusnya akan mewujudkan perpaduan antara
kaum.

Seterusnya, impak yang kedua adalah kepada diri saya. Tugas yang
diamanahkan kepada saya untuk melatih murid-murid adalah amat penting. Oleh
yang demikian, sifat bertanggungjawab mestilah ada di dalam diri saya. Ini
secara tidak lagsung akan membolehkan guru sentiasa berusaha menjalankan
tugasnya dengan sempurna. Tambahan pula, murid selalu akan menganggap
guru sebagai pemimpin yang baik yang akan diikutinya. Oleh yang demikian
seseorang saya haruslah mewarisi sifat kepimpinan agar murid-muridnya akan
mematuhi segala tunjuk ajar. Selain itu guru yang mempunyai kualiti kepimpinan
mempunyai tarikat yang tersendiri terhadap murid-muridnya. Melalui kualiti
kepimpinan ini, segala proses latihan akan dapat dijalankan dengan licin dengan
berkesan.

Saya juga telah membentuk kualiti profesional yang baik sebagai seorang
guru yang berintelek. Ini penting kerana guru yang mempunyai sifat dan
profesional yang tinggi akan dapat melakukan dan melaksanakan tugasnya
dengan berkesan. Sifat ingin tahu yang ada pada diri seseorang guru akan
mendorong seseorang guru itu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu
pengetahuannya. Guru akan selalu mempelajari dan menyesuaikan diri dalam
perubahan-perubahan, demi kepentingan pekerjaannya sebagai guru.
Seterusnya, saya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi. Hal ini kerana,
guru yang mempunyai pertuturan yang jelas dan terang akan membolehkan
murid mendengar pelajaran yang diajarnya dengan tepat dan sebaliknya
pertuturan guru yang kurang baik akan menyebabkan penyampaiannya kurang
jelas. Melalui penggunaan sebutan dan intonasi yang betul murid-murid dapat
menyampaikan bicara berirama dengan baik.

Selain itu, pertandingan bicara berirama ini juga telah memberi impak yang
positif kepada sekolah. Hal ini, telah mengubah persepsi pentadbir bahawa
12

menyertai pertandingan bicara berirama adalah salah satu kegiatan kokurikulum
yang membantu merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini, murid-
murid yang dilatih dalam pasukan bicara berirama ini dilatih secara holistik bukan
sahaja akdemik melahan pembentukan sahsiah diri. Contohnya, dalam skrip
bicara berirama itu sendiri terdapat banyak pengajaran yang menyelitkan unsur
penyatuan bangsa melalui pembentukan modal insan. Tambahan pula, melalui
pendedahan isu ini pentadbir juga telah merubah persepsi mereka terhadap
kegiatan kokurikulum sebagai batu loncatan untuk sekolah meningkatkan
pencapaian prestasi sekolah.

Melalui pencapaian tempat kedua dalam pertandingan bicara berirama ini,
sekolah telah dapat mencapai tahap tertinggi kegiatan kokurikulum dalam
peringkat Wilayah Persekutuan Putarajaya. Secara tidak langsung, nama
sekolah telah diharumkan dan dinobat sebagai sekolah yang cemerlang serta
seimbang daripada segi akademik dan kokurikulum. Disamping itu, pertandingan
bicara berirama ini telah memupuk semangat kerjasam adalam rakan sejawat
demi memastikan pasukan bicara irama menghasilkan sesuatu yang terbaik.













13

4.0 KESIMPULAN ISU


Rajah 4: Kesimpulan Isu
Peningkatan profesion keguruan yang baik berasaskan matlamat dan tujuan yang
jelas akan menghasilkan kesan-kesan juga implikasi yang positif dalam segenap
aspek dan perkara yang berkaitan dengan profesion keguruan. Hal ini sememangnya
semangat perlu, berikutan peranan pelbagai yang dimainkan oleh seseorang guru
yang cemerlang. Guru yang mempunyai budaya profesionalisme yang tinggi akan
dapat merealisasikan aspirasi negara. golongan ini akan memainkan peranan dengan
cemerlang dalam melahirkan modal-modal insan yang cemerlang. Modal insan yang
cemerlang ini adalah harapan negara yang akan memacu kemajuan dan memelihara
keharmonian dan keamanan negara. Modal insan ini juga adalah generasi
penyambung kecemerlangan alam pendidikan di negara ini.
Pertandingan
Bicara Irama
Membentuk
profesionalism
e perguruan
positif
Meningatkan
asas
kepimpinan
guru dan
murid
Melahirkan
modal insan
holistik
Menjana
kecemerlangan
sekolah
14

Guru yang berada di tahap profesion keguruan yang baik akan dapat
membuatkan kemenjadian pelajar yang tinggi. Hal ini kerana guru tersebut
mempunyai telah dilengkapi dan disediakan dengan ciri-ciri professional seorang
guru. Guru yang profesional mempunyai akauntabiliti diri dan kerja yang tinggi.
Selain itu, guru tersebut mempunyai integriti dan etika guru yang baik. Akan lahir
minat untuk belajar dalam diri murid atau pelajar yang dididik oleh seorang guru yang
profesional. Hal ini kerana guru tersebut akan merancang dan memastikan beliau
dapat menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Syed
ismail dan Ahmad (2012) guru berakauntabiliti mendidik murid untuk persediaan
kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang
berteraskan keihklasan dan sifat penyayang akan memberi impak yang baik.
Implikasi peningkatan profesion keguruan yang seterusnya adalah kepada
masyarakat. Peranan guru bukanlah terbatas kepada komuniti dan masyarakat dalam
sekolah sahaja, tetapi guru yang juga sebagai agen perubahan berperanan
membawa perubahan dalam masyarakat. Menurut Syed Ismail dan Ahmad (2012),
sebagai agen perubahan guru perlu membawa ilmu pengetahuan dan
mengajarkannya kepada masyarakat. Guru yang berakauntabiliti terhadap
masyarakat akan mengubah cara hidup masyarakat dengan memberikan pelbagai
ilmu pengetahuan yang boleh diadaptasi dan diamalkan oleh masyarakat dalam
kehidupan harian mereka.










15

5.0 PENUTUP
Institusi pendidikan merupakan salah satu daripada institusi-institusi yang disediakan
oleh kerajaan, sesuai dengan keperluan rakyat yang mementingkan pendidikan demi
masa hadapan yang gemilang. Justeru itu kerajaan telah menyediakan prasarana-
prasarana yang berkaitan dengan institusi pendidikan. Kerajaan menyediakan
perpustakaan, pinjaman pelajaran (biasiswa), maktab perguruan dan sebagainya.

Guru merupakan individu yang mencorak sahsiah keperibadian seseorang
pelajar dan ini penting supaya pelajar yang keluar dari zaman persekolahan akan
menjadi seorang yang berguna, berketrampilan dan memenuhi keperluan era
teknologi moden. Guru seharusnya mempunyai sifat-sifat bertanggungjawab
terhadap proses pembelajaran murid-murid sesuai dengan kosep keguruan itu
sendiri. Guru harus peka dengan suasana pembelajaran dan mengikutinya serta
mempunyai akauntabiliti.

Akauntabiliti ini amat penting kerana guru bukan sahaja bertanggungjawab
terhadap hubungan guru dengan murid tetapi juga hubungan diantara guru dengan
guru serta diantara guru dengan ibu bapa pelajar. Modal insan yang cemerlang
adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri
profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti,
integriti dan sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan
sistem pendidikan negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait
rapat dalam dunia pendidikan.