Anda di halaman 1dari 3

PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 4

NOTA : KESIHATAN FIZIKAL DAN REPRODUKTIF



Apakah yang dimaksudkan sebagai akil baligh?
1. Akil baligh merupakan satu fasa yang dilalui oleh kanak-kanak sebelum memasuki peringkat
umur remaja.
2. Akil baligh juga dikenali sebagai kematangan seksual.
3. Kanak-kanak biasanya melalui umur berbeza-beza semasa memasuki fasa pertumbuhan ini.
4. Fasa ini menyaksikan perubahan fizikal yang ketara diantara lelaki dan perempuan. Jadual
dibawah menunjukkan perubahan fizikal tersebut.

Perubahan Fizikal Kanak-Kanak Lelaki dalam
Akil Baligh

Perubahan Fizikal Kanak-Kanak Perempuan
dalam Akil Baligh.

1. Berlakunya perubahan saiz pada alat sulit
lelaki iaitu pembesaran Zakar (Penis) dan Testis.

2. Suara menjadi garau.

3. Bahu menjadi lebar.

4. Pertumbuhan misai, janggut dan bulu-bulu
pada tubuh badan, khususnya bulu ketiak dan
bulu pubis (bulu kemaluan)

5. Mula menghasilkan air mani dan sperma.

6. Perubahan pada ketinggian fizikal, dan
perkembangan otot-otot.

7. Mula ditumbuhi jerawat.

8. Kulit skrotum menjadi lebih gelap bermaksud
individu lelaki itu mula menghasilkan sperma.



1. Mula mengalami haid.

2. Pinggul menjadi lebar.

3. Buah dada mula membesar.

4. Perubahan fizikal seperti meningkatnya
ketinggian dan perkembangan otot-otot badan.

5. Pertumbuhan bulu-bulu pada tubuh badan,
khususnya pada bahagian pubis (bulu
kemaluan)

6. Mula ditumbuhi jerawat.







Apakah itu iltiham?
1. Iltiham merupakan satu keadaan dimana seorang remaja lelaki merembeskan air maninya semasa
tidur.
2. Keadaan ini terjadi apabila kelenjar prostat dipenuhi air mani. Badan dengan sendirinya
menyingkirkan lebihan ini dan ianya juga dipanggil mimpi basah.
3. Keadaan ini kadangkala merunsingkan remaja lelaki kerana biasanya air mani yang dirembeskan
adalah banyak dan menyebabkan seluar atau cadar basah.
4. Perkara ini adalah normal dan seringkali dialami oleh individu lelaki yang sihat.

Apakah itu haid?
1. Kitar haid atau kitar ovulasi adalah satu keadaan fisiologi yang dialami oleh remaja
perempuan dan wanita yang sihat.

2. Ianya adalah perembesan darah dari salur faraj remaja perempuan setelah melengkapi kitar
ovulasinya.

3. Kitar haid yang normal menunjukkan seseorang individu wanita itu sihat untuk mengandung
dan melahirkan anak.

4. Biasanya, seseorang wanita akan mengalami kitaran haid selama 28 hari. Akan tetapi,
keadaan ini berubah-ubah mengikut individu.

Bagaimanakah mengira kitar haid?
Azalina mengalami sakit perut yang kurang menyenangkan. Apabila dia berdiri, Rose, rakan
semejanya menyedari tompokan darah dan skirt Azalina yang basah. Rose membawa Azalina
berjumpa dengan Puan Murni, Guru Kesihatan mereka. Puan Murni memberikan Azalina tuala
wanita dan meminta Rose menemankannya semasa membersikan diri dan memakai tuala wanita
itu.
Azalina mengalami haid terakhirnya pada 7 April. Mari kita lihat kalendar dibawah.
Pada 7 April, darah haid Azalina sudah mula kering. 14 hari berikutnya, Azalina boleh melakukan
aktiviti fizikal seperti bersukan, berenang dan lain-lain. Pada hari ke empat belas, iaitu pada 14 April,
Azalina akan memasuki waktu subur nya. Biasanya, seorang remaja perempuan atau wanita normal
mengalami waktu subur selama 3 hari, tetapi keadaan ini berbeza dari satu individu ke individu yang
lain. Selepas 28 hingga 30 hari seterusnya, Azalina akan mula mengalami haid pada sekitar masa
yang yang sama seperti sebelumnya.

Pengurusan Diri Semasa Haid dan Iltiham.
1. Seseorang remaja lelaki dan perempuan harus mengerti perubahan fizikal yang mereka lalui
adalah normal untuk menjadi individu dewasa.
2. Oleh itu, mereka harus mengetahui pengurusan diri semasa melalui peringkat-peringkat ini.

Pengurusan Diri Semasa Iltiham.
1. Apabila seseorang remaja lelaki mengalami iltiham, ianya sering diiringi oleh perasaan yang
menyeronokkan diikuti oleh rembesan air mani.
2. Biasanya remaja lelaki akan berasa gusar dan bersalah apabila mengalami perkara ini.
3. Seseorang remaja lelaki itu harus tahu bahawa dia melalui fasa yang normal bagi seorang lelaki
untuk menjadi dewasa. Perkara ini adalah biasa dan dia tidak perlu berasa gusar, atau bersalah
diatas peristiwa itu.
4. Biasanya, seseorang remaja lelaki itu perlu menukar seluar dalamnya dan cadarnya jika perlu. Ini
adalah kerana rembesan air mani tadi bersifat lendir, melekit dan kurang menyelesakan tidurnya
nanti.
5. Bagi remaja lelaki yang beragama Islam, dia perlu menukar seluar dalam dan cadarnya jika perlu
dan perlu mandi wajib (Hadas Besar).

Pengurusan Diri Semasa Haid.
1. Semasa haid, seseorang remaja perempuan akan mengalami rasa sakit dan tidak selesa. Hal ini
dikenali sebagai Kesakitan Menstruasi (PMS) atau senggugut.
2. Keadaan ini amat tidak menyelesakan individu berkenaan, tetapi ianya tidak perlu dirisaukan
kerana keadaan ini tidak mengancam nyawa.
3. Semasa haid, remaja perempuan haruslah menggunakan tuala wanita yang sesuai dengan usianya.
4. Tuala wanita yang terlalu tebal, atau terlalu nipis, terlalu lebar atau sebaliknya akan menyebabkan
individu berkenaan kurang selesa dan tidak yakin untuk melakukan aktiviti sehariannya.
5. Tuala wanita yang sudah digunakan juga hendaklah dibersihkan dan dibuang dengan cara yang
betul. (Sila lihat buku teks)
6. Remaja perempuan juga digalakkan membersihkan alat sulitnya setiap kali selepas menukar tuala
wanitanya agar dia berasa selesa, yakin dan bebas daripada sebarang jangkitan.
7. Jika terdapat rembesan lain yang keluar bersama darah haid, atau kesakitan yang keterlaluan yang
dialami semasa haid, seseorang individu perempuan itu hendaklah berjumpa dengan doktor dengan
segera.