Piagam
Piagam
Bahawa kami warga SK Taginambur berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik
MURID:
Memastikan semua murid menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan
Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil
Memastikan semua murid yang layak mendapat pinjaman buku teks untuk
tahun berikutnya menerima buku teksnya pada tahun semasa, sebelum sessi
persekolahan berakhir.
Memastikan semua murid tahap dua mendapat peluang menyertai kegiatan
kokurikulum sekurang-kurangnya satu persatuan , satu kelab beruniform dan
satu aktiviti sukan dan permainan.
Peluang diberikan kepada murid tahap satu untuk menyertai satu aktiviti
kokurikulum mengikut minat dengan kerjasama ibubapa.
STAF
Memastikan gaji guru dan kakitangan dibayar 3 bulan dari tarikh melapor diri bertugas
Setiap staff menerima latihan dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya
dua kali setahun.
Mengambil tindakan terhadap sebarang masalah/kesulitan yang dihadapi oleh
staff dalam masa tidak melebihi dari tiga hari
WARIS
Memberikan layanan yang adil dan mesra kepada waris yang berurusaan dengan
pihak sekolah.
Menyiasat dan memberikan maklum balas terhadap setiap aduan yang diterima
tidak melebihi tiga hari hari berkerja
Cadangan dan usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan oleh
pihak sekolah
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Memastikan setiap arahan dan permohonan pihak KPM diambil tindakan segera
ataau sekurang-kurangnya satu hari selepas surat/ arahan diterima.
Sekiranya anda tidak berbuas hati dengan perkhidmatan yang diberi, sila berjumpa dengan
Guru Besar menghubungi talian berikut: 017 886 0955