Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN NAIB BENDAHARI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

CERAMAH FASA KE-2 2014



Dalam Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa II, saya telah dilantik
menjawat jawatan Naib Bendahari. Ketua saya ialah Ting Ping Ping. Tugas
saya adalah membantu Bendahari menguruskan pengutipan dan penggunaan
wang sepanjang proses perancangan dan perjalanan ceramah di samping
membantu Bendahari menjalankan tugas dan memangku jawatan itu semasa
ketiadaannya.

Selepas berbincangan dalam mesyuarat, kami bersetuju mengadakan
ceramah yang low budget. Oleh itu, tiada makanan disediakan untuk
pensyarah-pensyarah jemputan, maka kita hanya menyediakan cenderamata
kepada pensyarah sebagai penghargaan. Tambahan, cenderamata tersebut
juga diambil terus daripada stor maktab sahaja.

Semasa menjalankan tugas, saya telah mendapati kekuatan dan
kelemahan diri sendiri. Kekuatan saya ialah saya dapat memberi kerjasama
semasa menjalankan tugas dan semasa dalam mesyuarat. Saya juga
bertolak ansur, dan bersabar menerima dan memberi pandangan yang
membina. Manakala kelemahan saya ialah saya kurang berbincang dengan
ketua saya dan pengerusi. Sebagai penambahbaikan, saya berasa saya perlu
selalu berinteraksi dan follow up dengan ketua saya dari semasa ke semasa
untuk memastikan wang kutipan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya.

Akhir sekali, saya bersyukur diberi jawatan ini dan mendapat
pengalaman baru. Pengalaman yang saya peroleh ini amat berguna semasa
saya menjadi seorang guru sekolah rendah pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai