Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
CEMAS
DEFINASI
• Pertolongan cemas adalah ‘rawatan
sementara’ yang diberi kepada
mangsa/pesakit sehingga dihantar ke
Hospital dan mendapat rawatan
seterusnya daripada pakar/doktor.
PRINSIP PRINSIP
PERTOLONGAN CEMAS
• Untuk menyelamatkan nyawa.
• Untuk mengurangkan kesakitan.
• Untuk mengelakkan dijangkiti penyakit dan
menjadi bertambah buruk.
• .Untuk dihantar kehospital.
Untuk Menyelamatkan Nyawa
1. Jika tidak sedarkan diri,pastikan bahawa
saluran pernafasan udaranya tidak
terganggu.
2. Pastikan bahawa pesakit bernafas.
3. Hentikan jika ada pendarahan.
4. Rawat lain-lain kecederaan mengikut
keutamaan.
Untuk Mengelakkan Kecederaan
Menjadi Bertambah Buruk
• Berdarah di luar
• Berdarah didalam
Berdarah Diluar
5. Gunakan dressing.
• Nafas pantas.
Tindakan
Perhubungan awal penilaian,tentukan respon
dari mangsa:
- Tepuk atau gerak bahu mangsa,
“Encik/Cik apa hal ?”.
• Telefun hospital/hubungi 999 atau nombor
kecemasan tempatan.
• Kedudukan pesakit - Baringkan pesakit
melentang dan sambil itu longgarkan
pakaiannya yang ketat-ketat seperti leher,dada
dan pinggang,dan buat pemerhatian melalui
dengar,rasa dan lihat,sekiranya mangsa tidak
bernafas mulakan dengan CPR awal.
• Bersihkan salur pernafasan – Periksa mulut
pesakit dan keluarkan benda-benda yang boleh
menyumbat disaluran pernafasan seperti gigi
palsu,makanan, sampah dan sebagainya.
• Kedudukan Penolong – Penolong hendaklah
melutut disebelah kiri atau kanan kepala
pesakit.
• Luruskan Saluran Pernafasan – Dongakkan
dagu dan kepala pesakit dengan satu tangan di
dahi dan satu lagi didagu ataupun diletakkan
sesuatu dibawah leher pesakit supaya saluran
pernafasan nya lurus. Dalam masa yang sama
tutup hidung dan buka mulut pesakit atau
sebaliknya.
• Tarik Nafas Panjang – Penolong tarik nafas
panjang kemudian rapatkan bibir penolong
kebibir pesakit dan hembus.Berikan 2
pernafasan bantuan perlahan-perlahan, 1 ½ - 2
saat setiap hembusan.
• Letakkan 2 – 3 jari kehalkum,turunkan jari ke
lekok diantara halkum dan otot dileher,rasa
nadi karotid,jika ada nadi berikan pernafasan
bantuan ,12 pernafasan seminit ( satu
pernafasan setiap 5 saat).
• Jika tiada nadi mulakan CPR dengan tekan
dada dan pernafasan,15 tekanan dan 2 kali
pernafasan, 4 kali satu kitaran.
• Periksa sekiranya ada nadi,teruskan beri
pernafasan bantuan,12 pernafasan seminit,
(satu pernafasan setiap 5 saat).
• Letakkan mangsa dalam kedudukan ‘Recovery
Position’.
• Peringatan.
- Hadkan hembusan pada pemulihan yang
dilakukan kepada kanak-kanak /anak kecil.
- Pemulihan ini hendaklah juga dilakukan
walaupun tiada tanda-tanda yang berhasil dan
juga semasa didalam perjalanan kehospital.
Cara Holger Nielson
• Kedudukan Pesakit – Baringkan pesakit
melentang,longgarkan pakaian yang ketat-ketat
seperti dileher,dada dan pinggang. Periksa saluran
pernafasannya dan keluarkan benda-benda yang
boleh meyumbat disaluran pernafasannya seperti
makanan, sampah,air liur atau lendir-lendir gigi palsu
dan sekira lidah nya terbalik kebelakang hendaklah
ditarik keluar. Lepas itu terlangkupkan pesakit dan
letakkan dagu keatas kedua-dua
tangannya.Pusingkan kepalanya kekiri atau ke kanan.
• Kedudukan Penolong – Penolong hendaklah
melutut diantara kepala pesakit dengan satu lutut
tegak dan satu lagi dibumi.Kedua-dua tapak
tangan diletak keatas tulang dayung.
• Menekan Mengikut Kiraan Masa – Penolong
menekan belakang pesakit dan kiraan satu hingga
enam:
- Satu,Dua (2 saat) - Tekan belakang.
- Tiga (1 saat) - Pegang siku pesakit.
- Empat,Lima (2 saat) – Tarik siku pesakit kehadapan.
- Enam (2 saat) – Letak siku pesakit kebawah.