Anda di halaman 1dari 2

KATA BANTU

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan perbuatan atau kata kerja. Dalam binaan ayat,
kata bantu ini hadir sebelum kata kerja.

Dalam bahasa Melayu baku, kata bantu dapat dibahagikan kepada dua jenis seperti yang berikut:
a) Kata bantu aspek
b) Kata bantu ragam

a) Kata Bantu Aspek

Kata bantu aspek ialah kata bantu yang menerangkan perbuatan atau kata kerja dari segi masa sama ada
belum dilakukan, sedang dilakukan, atau sudah dilakukan.

Perhatikan contoh di bawah ini.

Kata Bantu Aspek

Sudah dilakukan Sedang dilakukan Belum dilakukan

pernah masih akan


telah sedang belum
sudah

Ayat contoh:
1. “Saya pernah ditahan oleh polis kerana memandu kereta melebihi had laju,” kata Albert.
2. Abang Zaini telah berangkat ke London pada minggu lalu.
3. Kasmah sudah menyiapkan hidangan tengah hari untuk kami sekeluarga.
4. Pak Man masih tetap dengan keputusannya untuk tidak menjual tanah pusaka itu.
5. Fuad sedang membanting padi di belakang rumahnya.
6. “Saya akan menjelaskan perkara ini kepada kamu apabila sampai masanya nanti.
7. Cikgu Hashim belum membalas kad ucapan Hari Raya yang saya kirimkan kepadanya itu.

• Dalam penulisan kata bantu aspek tertentu boleh hadir bersama-sama.

Contoh:

belum pernah sudah pernah


masih belum telah pernah
masih sedang

Ayat contoh:
1. Ibunya belum pernah menjejakkan kaki ke ibu kota Kuala Lumpur.
2. Adik masih belum bangun daripada tidur sewaktu ibu keluar pada pagi tadi.
3. Abang masih sedang membaca buku di bilik bacaan.
4. Kamil sudah pernah menjuarai pertandingan pidato peringkat kebangsaan.
5. Adila telah pernah ditawarkan berlakon drama oleh pihak TV3.

b) Kata Bantu Ragam

Kata bantu ragam ialah kata bantu yang menerangkan ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan
iaitu sama ada seseorang itu mesti melakukan, hendak melakukan atau berkeupayan melakukan sesuatu
perbuatan.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


Perhatikan contoh di bawah ini.

Kata Bantu Ragam

hendak harus boleh


mahu mesti dapat

Ayat contoh
1. Abang dan rakan-rakan hendak ke Putrajaya pada cuti persekolahan yang akan datang.
2. Sebagai rakyat yang baik kita mesti taat kepada raja dan negara.
3. Kata Cikgu Maya kepada Aida, “Kamu boleh menyertai lawatan ini dengan syarat, kamu mendapat
kebenaran daripada ibu bapa kamu.”
4. Harun dapat menyiapkan tugasan itu dalam masa yang singkat sahaja.

• Dalam penulisan, kata bantu ragam boleh hadir bersama-sama dengan kata bantu aspek sama ada
secara mendahuluinya atau mengikutinya.
Perhatikan contoh di bawah ini.

Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam


+ +
Kata Bantu Ragam Kata Bantu Aspek
akan dapat harus sudah
belum boleh harus telah
belum hendak mesti akan
sedang hendak mesti sudah
mesti telah

Ayat contoh
1. Adik belum boleh pergi ke bandar bersendirian kerana dia masih kecil.
2. Razak harus telah menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Zainab.
3. Ayah sedang hendak ke pejabat ketika ibu menyampaikan berita tentang kematian nenek
kepadanya.
4. Kata Meor, “Saya yakin bahawa Abu mesti akan datang ke mari kerana dia telah berjanji kepada
saya untuk pergi berburu di hutan dengan saya.”

• Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan panggunaan kata bentu
seperti yang berikut:-
1. Kesalahan menggunakan kata bantu boleh untuk menggantikan tempat kata bantu dapat dalam
ayat.
Contoh
1.a) Amira tidak boleh menerima kenyataan bahawa dia anak angkat Datuk Kahar. (X)
b) Amira tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia anak angkat Datuk Kahar. (√)

2. Kesalahan menggunakan kata bantu hendak sebagai kata tanya dalam ayat tanya.
Contoh:
1.a) “Hendakkah kamu membantu saya lagi?” tanya Amin kepada Rosli. (X)
b) “Mahukah kamu membantu saya lagi?” tanya Amin kepada Rosli. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu