Anda di halaman 1dari 13

KATA GANTI NAMA DIRI

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti nama diri
terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut:
a) Kata ganti nama diri pertama
b) Kata ganti nama diri kedua
c) Kata ganti nama diri ketiga

A Kata Ganti Nama Diri Pertama


Kata ganti nama diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang
bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain.
Kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua, iaitu:
i) Bentuk tunggal
ii) Bentuk jamak

Bentuk Contoh Kata Ganti Nama Diri Pertama


Tunggal aku, beta, daku, hamba, patik, saya
Jamak kami, kita

Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di bawah ini.

Kata Ganti Nama Penerangan Ayat contoh


Diri Pertama
aku Untuk menggantikan/merujuk diri 1. Kata Mahmud kepada rakan
sendiri apabila: karibnya, “Petang nanti aku ingin
a) Bercakap dengan orang/kenalan mengajak engkau datang ke
yang sangat rapat serta mesra dan rumahku.”
sedarjat/setaraf. 2. Ya Allah, aku memohon
b) Apabila berdoa kepada Tuhan. keampunan dan keredhaan-Mu.
beta Digunakan oleh raja, sultan, dan 1. “Beta tidak menyangka bahawa
kerabat diraja apabila bertitah kepada orang kaya tergamak menganiaya
rakyat beta,” titah Sultan Samad.
2. Titah Sultan Ali, “Beta datang ke
mari membawa hajat yang besar.”
daku Sebagai objek kepada kata kerja 1. Kakak Milah membelikan daku
transitif yang ejaannya berakhir seutas rantai emas.
dengan huruf ‘n’. 2. Hamidah berkakak dengan daku.
hamba Untuk merujuk diri orang yang 1. “Hamba sungguh kecewa dengan
bercakap atau diri sendiri pada sikap tuan hamba,” kata Panglima
zaman dahulu. Hitam kepada pesuruh raja itu.
2. Kata Datuk Maharaja Lela,
“Hamba sama sekali tidak
menyangka begini akan jadinya.”
kita Untuk merujuk diri sendiri dengan 1. “Mari kita membantu ibu di
menyertakan diri orang kedua atau dapur,” kata Ani kepada kakaknya.
orang yang dilawan bercakap. 2. “Rumah kita ini perlu dicat
semula, ayah,” kata Zubir.
kami Untuk merujuk diri orang yang 1. “Ibu bapa kami jarang ada di
bercakap serta anggota kumpulannya rumah pada waktu siang,” kata
apabila bercakap dengan orang kedua Mary dan Rita kepada Nita.
yang tidak termasuk dalam kumpulan 2. “Kereta kami ini berjenama
mereka. Proton,” kata Siti dan Wan kepada
Suzana.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 1 Alam Bahasa Melayu


patik Digunakan oleh rakyat untuk 1. “Pertanyaan patik tadi belum
merujuk diri sendiri apabila bercakap tuanku jawab,” kata Bendahara
dengan raja, sultan dan kerabat Melaka kepada baginda Sultan.
diraja. 2. “Keluarga patik masih berada di
Majapahit, tuanku,” sambung
Daeng Lebar Daun.
saya Untuk merujuk diri sendiri apabila 1. “Tangan saya berasa kebas, tuan
bercakap dalam suasana rasmi, doktor,” kata pesakit itu.
dengan orang yang baru dikenali, 2. “Kamu jangan cuba
dengan orang yang dihormati, mempermainkan saya,” kata
dengan orang yang lebih tua Zaiton kepada Maya.
umurnya dan dengan orang lain pada
umumnya.

B Kata Ganti Nama Diri Kedua


Kata ganti nama diri kedua ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau
orang yang diajak bercakap.
Kata ganti nama diri kedua terbahagi kepada dua bentuk, iaitu:
i) Bentuk tunggal
ii) Bentuk jamak

Bentuk Contoh Kata Ganti Nama Diri Kedua


Tunggal anda, awak, dikau, engkau, tuanku, kamu
Jamak anda, kalian, kamu

Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri pertama di bawah ini.

Kata Ganti Nama Penerangan Ayat Contoh


Diri Kedua
anda Merujuk diri orang yang kedua/orang 1 Kata juruhebah radio itu, “Anda
(tunggal dan yang dilawan bercakap apabila tiada perlu berhati-hati supaya tidak
jamak) berhadapan dengan kita. Contohnya terbeli barang tiruan.”
dalam siaran radio, televisyen, dalam 2 Sudahkah anda mendaftar sebagai
urusan surat-menyurat dan apabila pengundi?
bercakap dengan orang yang sebaya
dengan kita.
awak Merujuk diri orang yang kedua yang 1 “Awak tinggal di mana, Karim?”
(tunggal) rapat hubungannya dengan kita, tanya Sabri.
digunakan oleh orang atasan apabila 2 Hutang awak masih tinggal seratus
bercakap dengan orang bawahan dan ringgit sahaja,” kata Saadiah
digunakan oleh suami dan isteri kepada suaminya.
tatkala bercakap.
dikau Digunakan dalam tulisan sebagai 1 Kassim benci akan dikau, Manan,”
(tunggal) objek kepada kata sendi dan kata kata Bacik.
kerja transitif yang ejaannya berakhir 2 “Keengganan dikau melamarnya,
dengan huruf ‘n’. membuatkan Yati kecewa, Din,”
kata Dol.
engkau Merujuk diri orang yang kedua atau 1 “Kawan-kawan engkau sedang
(tunggal) orang yang dilawan bercakap yang menunggu di kantin sana,” kata
rapat hubungannya dengan kita dan Rahim kepada rakannya See Yan.
dengan Tuhan apabila berdoa. 2 Ya Tuhanku, kepada Engkau aku
memohon kemaafan!
kalian Merujuk diri orang kedua atau orang 1 “Kalian beredar dahulu,” kata
(jamak) yang dilawan bercakap yang Majid kepada rakan-rakannya.
bilangannya melebihi 2 Kalau kalian sudah bersedia, mari

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 2 Alam Bahasa Melayu


seorang/bilangan banyak. kita bergerak sekarang,” kata Bedul
kepada adik-adiknya.
kamu 1. Untuk menggantikan diri orang 1 “Bilakah kamu akan berangkat ke
yang dilawan bercakap yang rapat Australia, Man?” tanya Mumtaz.
hubungannya dengan kita. 2 “Dengan siapakah kamu akan
2. Digunakan oleh orang dewasa menjalankan perniagaan ini,
apabila bercakap dengan orang yang nanti?” tanya Swee King kepada
lebih muda. Ah Chye.

C Kata Ganti Nama Diri Ketiga


Kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang
dicakapkan atau yang diperkatakan.
Contoh:
baginda, beliau, dia, ia, dan mereka

Perhatikan penerangan penggunaan kata ganti nama diri ketiga di bawah ini.

Kata Ganti Nama Penerangan Ayat Contoh


Diri Ketiga
baginda Untuk menggantikan nama 1 Baginda sedang beradu di bilik
sultan/raja/kerabat diraja yang peraduan.
diperkatakan 2 Putera baginda Sultan yang akan
menaiki takhta kerajaan itu.
beliau Untuk menggantikan nama diri 1 Beliau berasal dari Kedah.
orang yang dicakapkan yang 2 Saudara beliau banyak yang
dianggap mulia, berjasa dan tidak menetap di sini.
melakukan perbuatan keji.
dia/ia Untuk menggantikan nama diri 1 Dia anak seorang ahli perniagaan.
orang yang 2 Dia banyak membantu
diceritakan/dicakapkan. menyelesaikan masalah kami di
sini.
mereka Untuk menggantikan nama diri 1 Mereka jarang berbual dengan
orang ketiga yang dicakapkan yang kami.
bilangannya melebihi seorang. 2 Ibu mereka telah lama meninggal
dunia.

 Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama
diri seperti berikut:
1. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri untuk binatang, benda, tempat dan benda
abstrak dalam binaan ayat.
Contoh:
1.a) Bajunya koyak. Ia perlu dijahit. (X)
b) Bajunya koyak. Bajunya perlu dijahit. (√)
2.a) Anjing itu menyalak. Ia kelaparan. (X)
b) Anjing itu menyalak. Anjing itu kelaparan. (√)

2. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri beliau untuk menggantikan nama kanak-
kanak, penjenayah, penagih dadah atau orang yang dianggap rendah moral atau akhlaknya.
Contoh:
1.a) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika beliau sedang dalam keadaan khayal. (X)
b) Penagih dadah itu ditangkap oleh polis ketika dia sedang dalam keadaan khayal. (√)
2.a) Kanak-kanak itu menangis. Beliau kehilangan ibunya. (X)
b) Kanak-kanak itu menangis. Dia kehilangan ibunya. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 3 Alam Bahasa Melayu


3. Kesalahan menggabungkan kata ganti nama diri ia dan nya menjadi ianya.
Contoh:
1.a) Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ianya tidak akan dibenarkan menduduki
peperiksaan. (X)
b) Jika gagal menjelaskan yuran peperiksaan, ia tidak akan dibenarkan menduduki
peperiksaan. (√)
2.a) Jika melawan, ianya akan dikenakan hukuman yang lebih berat. (X)
b) Jika melawan, ia akan dikenakan hukuman yang lebih berat. (√)

4. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai objek kepada kata sendi atau
kata kerja transitif.
Contoh
1.a) Kami tidak suka berkawan dengan ia. (X)
b) Kami tidak suka berkawan dengan dia/nya. (√)
2.a) Sudah lama saya menunggu ia datang. (X)
b) Sudah lama saya menunggunya/dia datang. (X)

5. Kesalahan tidak dapat membezakan kata ganti nama diri untuk Tuhan dan manusia.
Contoh:
1.a) Tuhan amat menyayangi hambanya. (X)
b) Tuhan amat menyayangi hamba-Nya. (√)
2.a) Ya Allah, ampunilah dosa hambamu ini. (X)
b) Ya Allah, ampunilah dosa hamba-Mu ini. (√)

6. Kesalahan tidak dapat membezakan penggunaan kata ganti nama diri kami dan kita.
Contoh:
1.a) “Kita tinggal tidak jauh dari sini,” kata Abu dan Ali kepada Lim. (X)
b) “Kami tinggal tidak jauh dari sini,” kata Abu dan Ali kepada Lim. (√)
2.a) “Kita anak orang miskin, pak cik,” kata John dan Johnny. (X)
b) “Kami anak orang miskin, pak cik,” kata John dan Johnny. (√)

7. Kesalahan menggandakan kata ganti nama diri ketiga mereka menjadi mereka-
mereka.
Contoh:
1.a) Mereka-mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah ini. (X)
b) Mereka terdiri daripada pelajar sekolah menengah di daerah ini. (√)
2.a) Mereka-mereka belajar di kolej swasta. (X)
b) Mereka belajar di kolej swasta. (√)

8. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai penerang kepada kata nama.
Contoh:
1.a) Adik ia berusia lima tahun. (X)
b) Adiknya berusia lima tahun. (√)
2.a) Rumah ia beratap rumbia. (X)
b) Rumahnya beratap rumbia. (√)

9. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri ia sebagai pelaku dalam ayat pasif diri
ketiga.
Contoh:
1. a) Baju itu belum dijahit ia. (X)
b) Baju itu belum dijahitnya. (√)
2. a) Rumah itu sudah dicat ia. (X)
b) Rumah itu sudah dicatnya. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 4 Alam Bahasa Melayu


KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama diri singkat asalnya ialah kata ganti nama diri penuh yang telah
disingkatkan.
Dalam Bahasa Melayu baku, kata ganti nama diri singkat ada empat seperti yang berikut:-

kau, ku, mu, nya

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Ganti Nama Penerangan Ayat Contoh


Diri Singkat
kau Kata ganti nama diri 1 “Amin, pulanglah ke rumah kerana ibu
singkat kau asalnya rindukankau,” kata Salamah.
daripada kata ganti nama 2 “Kenapakah kausering menjauhkan diri
diri penuh engkau yang daripadaku, Salleh?” tanya Maimun.
telah disingkatkan
ku Kata penuh nama diri 1 Aku berharap agar kautidak berkecil hati
singkat ku asalnya daripada dengan kata-kataku tadi, Osman,” kata
kata ganti nama diri penuh Ali.
aku yang telah 2 Kata Amran, “Hajat hatiku untuk ke
disingkatkan Mekah pada tahun ini.”

mu Kata ganti nama diri 1 “Keras sekali hatimu, Bidin,” kata


singkat mu asalnya Salmiah.
daripada kata ganti nama 2 Kata Malek, “Aku sering teringatkan
diri penuh kamu yang telah dirimu, Ziana.”
disingkatkan
nya Kata ganti nama diri 1 Hidungnya berdarah sewaktu terjatuh
singkat nya asalnya tadi.
daripada kata ganti nama 2 Tulisannya seperti cakar ayam.
diri ketiga dia.

 Dalam penulisan atau binaan ayat elakkan daripada melakukan kesalahan seperti berikut:-

1. Kesalahan tidak menulis rapat kata ganti nama diri singkat dengan kata yang
menyertainya.
Contoh:
1. a) Kata Kamil, “Orang tua ku pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (X)
b) Kata Kamil, “Orang tuaku pernah membawa aku dan adikku datang ke tempat ini.” (√)
2. a) Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kau potong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.
(X)
b) Tanya Mak Kiah, “Mengapakah kaupotong rambut engkau itu terlalu pendek, Senah?”.
(√)

2. Kesalahan menggunakan kata ganti nama diri singkat sebagai subjek ayat.
Contoh:
1. a) “Kau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (X)
b) “Engkau masih marah padaku, Maya?” tanya Faizol. (√)
2. a) “Nya tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (X)
b) “Dia tidak mahu bertolak ansur dengan rakan-rakannya,” kata Hawa. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 5 Alam Bahasa Melayu


3 Kesalahan menulis kata ganti nama diri singkat untuk Tuhan dengan menggunakan
huruf kecil pada pangkal katanya.
Contoh:
1. a) Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-mu ini! (X)
b) Oh Tuhanku, kesihanilah hamba-Mu ini! (√)
2. a) Tuhan amat adil kepada hamba-nya. (X)
b) Tuhan amat adil kepada hamba-Nya. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 6 Alam Bahasa Melayu


KATA GANTI NAMA TAK TENTU

Kata ganti nama tak tentu ialah kata yang digunakan untuk menggantikan sesuatu atau seseorang yang tidak
tentu/tidak pasti.
Contoh:

apa-apa bila-bila mana-mana siapa-siapa/sesiapa

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Ganti Nama Penerangan Ayat Contoh


Tak Tentu
apa-apa Untuk menggantikan nama 1. Dia menerima apa-apa sahaja teguran yang
benda/perkara yang tidak membina.
tentu. 2. Datin Aida tidak tahu apa-apa tentang
kegiatan haram suaminya itu.
bila-bila Untuk menggantikan 1. Perang saudara itu akan tercetus pada bila-
masa/waktu yang tidak bila masa sahaja.
tentu. 2. “Bila-bila kamu ada kelapangan ziarahi ibu
di kampung,” pesan Ema kepada adiknya,
Rima.
mana-mana Untuk menggantikan nama 1. Kata Siti kepada Sidah, “Kamu usah pergi ke
benda atau tempat yang mana-mana, tunggu saya di sini.”
tidak tentu. 2. Pada petang itu, Abu tidak pergi ke mana-
mana.
siapa-siapa/ Untuk menggantikan nama 1. Tidak siapa-siapa pun dibenarkan merokok
sesiapa orang/manusia yang tidak di dalam dewan itu.
tentu. 2. Mereka tidak mengenali sesiapa pun di
majlis itu.

 Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama
tak tentu seperti yang berikut:
1. Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama tak tentu berdasarkan fungsinya.
Contoh:
1.a) “Tidak ada mana-mana yang mengganggu fikiran saya,” kata Suzy. (X)
b) “Tidak ada apa-apa yang mengganggu fikiran saya,” kata Suzy. (√)
2.a) “Siapa-siapa kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,”
kata Christine kepada Ani. (X)
b) “Bila-bila kamu ada kelapangan, datanglah ke rumah saya, boleh kita berbual-bual,”
kata Christine kepada Ani. (√)

2. Kesalahan menyertakan partikel kah kepada kata ganti nama tak tentu dalam ayat.
Contoh:
1.a) “Kamu tidak pergi ke mana-manakah petang semalam, Abu?” tanya Munshi. (X)
b) “Kamu tidak pergi ke mana-mana petang semalam, Abu?” tanya Munshi. (√)
2.a) Siapa-siapakah yang didapati mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (X)
b) Siapa-siapa yang didapati mencerobohi kawasan larangan itu akan didakwa? (√)

3. Kesalahan menggunakan kata tanya untuk menggantikan tempat kata ganti nama tak
tentu dalam ayat.
Contoh:
1.a) “Bila masa sahaja cermin tingkap yang retak itu akan pecah,” kata Subra. (X)
b) “Bila-bila masa sahaja cermin tingkap yang retak itu akan pecah,” kata Subra. (√)
2.a) Kata Cikgu Mansor, “Siapa yang berminat untuk menyertai kem motivasi ini, perlulah

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 7 Alam Bahasa Melayu


mendaftarkan diri kepada ketua pengawas sekolah.” (X)
b) Kata Cikgu Mansor, “Siapa-siapa/sesiapa yang berminat untuk menyertai kem motivasi
ini, perlulah mendaftarkan diri kepada ketua pengawas sekolah.” (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 8 Alam Bahasa Melayu


KATA GANTI NAMA TUNJUK

Kata ganti nama tunjuk ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang.
Dalam Bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tunjuk ada dua, iaitu ini dan itu.

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Ganti Penerangan Ayat Contoh


Nama Tunjuk
ini Digunakan untuk menunjukkan 1 “Ini kenalan baru saya,” kata Bhagwan.
sesuatu yang dekat 2 “Masalah ini sukar untuk diselesaikan,”
kata Firdaus.
itu Digunakan untuk menunjukkan 1 Itu guru kelas 6 Hijau.
sesuatu yang jauh 2 Sungai itu masih belum tercemar.

 Kata ganti nama tunjuk mempunyai dua fungsi atau tugas seperti yang berikut:-

1. Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai subjek ayat.


Contoh:
1. Ini meja tulis saya.
2. Kata Razali, “Itu lukisan saya yang pertama.”

2. Kata ganti nama tunjuk berfungsi sebagai penentu.


Contoh:
1. “Hari ini ialah hari lahir saya,” kata Badar.
2. Istana itu milik Raja Permaisuri Lela Ratna.

 Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama
tunjuk seperti yang berikut.
1. Kesalahan meletakkan kata ganti nama tunjuk yang bertugas sebagai penentu di
hadapan frasa nama atau kata nama.
Contoh:
1. a) Ini malam, kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan
Johar. (X)
b) Malam ini kami bercadang untuk meronda di kawasan tepi pantai,” kata Senik dan
Johar. (√)
2. a) Itu pegawai polis datang untuk menangkap pencuri yang memecah masuk rumah
hartawan itu. (X)
b) Pegawai polis itu datang untuk menangkap pencuri yang memecah masuk rumah
hartawan itu. (√)

2. Kesalahan tidak menggunakan kata ganti nama tunjuk di tempat yang betul berdasarkan
fungsinya.
Contoh:
1. a) Sekolah yang ini baru siap pembinaannya akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia. (X)
b) Sekolah yang baru siap pembinaannya ini akan dirasmikan oleh Menteri Pendidikan
Malaysia. (√)
2. a) Buku ini yang baru sungguh tebal. (X)
b) Buku yang baru ini sungguh tebal. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 9 Alam Bahasa Melayu


KATA GANTI NAMA TEMPAT

Kata ganti nama tempat ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama tempat.
Dalam bahasa Melayu, kata ganti nama tempat ada tiga iaitu, sini, situ, dan sana.

Perhatikan keterangan di bawah ini.

Kata Ganti Penggunaan Ayat Contoh


Nama Tempat
sini Digunakan untuk menunjukkan 1 “Di sini udaranya sungguh nyaman dan
tempat yang dekat atau menyegarkan,” kata Aidah.
berhampiran dengan orang yang 2 “Penduduk di sini ramah belaka,”kata
bercakap Salwa kepada Diana.
situ Digunakan untuk menunjukkan 1 Kebanyakan penduduk di situ bekerja
tempat yang agak jauh. Tempat sebagai penoreh getah.
yang dimaksudkan itu masih 2 Saya tidak pasti sama ada Amir tinggal
kelihatan oleh orang yang di situ lagi atau telah berpindah ke tempat
bercakap lain.
sana Digunakan untuk menunjukkan 1 Di Indonesia sana, Salimin menjalankan
tempat yang jauh dan tidak perniagaan menjual kain batik.
kelihatan oleh orang yang 2 Dua orang pengganas komunis telah
bercakap. dibunuh oleh pasukan tentera di puncak
gunung sana.

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 10 Alam Bahasa Melayu


KATA GANTI NAMA TANYA

Kata ganti nama tanya ialah kata yang digunakan untuk menanyakan orang, haiwan, benda, masa, tempat,
bilangan, hal atau perkara. Dalam bahasa Melayu Baku, kata ganti nama tanya adalah seperti yang berikut:-

adakah, apa, bagaimana, berapa, bila, kenapa, mana, mengapa, siapa

Perhatikan penerangan di bawah ini.

Kata Tanya Penerangan Ayat Contoh

Adakah Digunakan untuk menanyakan sesuatu 1 Adakah ketinggian bangunan FIFA


soalan yang jawapannya ‘ya’ atau ‘tidak’ sama dengan ketinggian bangunan
ZIZA?
2 “Adakah kamu pernah mengalami
kesukaran untuk bernafas sebelum
ini?” tanya doktor Zaki kepada
Amin.
Apa Digunakan untuk menanyakan binatang, 1 Apa tanda-tanda awal penyakit
hal, perkara,, benda, dan benda abstrak kusta, doktor?” tanya Mustafa.
2 “Tujuan kamu datang berjumpa
dengan saya ini untuk apa, Sidek?”
tanya Borhan.
Bagaimana Digunakan untuk menanyakan cara dan 1 “Bagaimanakah keadaan mangsa
keadaan kemalangan yang kamu bantu tadi,
Tim?” tanya Ah Meng.
2 “Cara untuk mengikat tali pada
dahan pokok ini, bagaimana,
cikgu?” tanya Amira kepada Cikgu
Jamilah.
Berapa Digunakan untuk menanyakan jumlah 1 “Berapakah bilangan anggota
atau bilangan dan harga tentera yang terlibat dalam operasi
itu, ayah?” tanya Azeem.
2 “Jarak dari Kuala Lumpur ke Johor
Bahru berapa, Malik?” tanya Tan.
Bila Digunakan untuk menanyakan masa, atau 1 Bilakah upacara Sukan SEA yang
waktu ke-16 itu akan diadakan?
2 “Majlis makan malam kelab sukan
itu akan diadakan bila?” tanya Abu
kepada Rahim.
Kenapa/ Digunakan untuk menanyakan sebab atau 1 “Mengapakah kamu suka
mengapa alasan mengganggu saya ketika saya
sedang membaca buku, Roha?”
tanya Anita.
2 “Banyak orang menuju ke stadium
itu, kenapa, Remy?” tanya Johan.
Mana Digunakan untuk menanyakan tempat, 1 “Di manakah majlis persandingan
benda, orang dan binatang abang kamu itu akan diadakan,
Munah?” tanya Azizan.
2 “Kawasan perkelahan itu terletak
di negeri mana, Jun?” tanya Zaid.
Siapa Digunakan untuk menanyakan orang atau 1 Siapakah tetamu undangan yang
manusia akan menghadiri majlis itu nanti,

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 11 Alam Bahasa Melayu


Salmi?” tanya Bakar.
2 “Kakak kamu bertunang dengan
siapa, Devi?” tanya Kumari.

 Dalam penulisan, kata ganti nama tanya mana tidak sama penggunaannya dengan kata ganti nama
tanya di mana. Kata ganti nama tanya mana digunakan untuk menanyakan sesuatu soalan yang
memerlukan jawapan ini atau itu. Manakala kata ganti nama tanya di mana digunakan untuk
menanyakan sesuatu soalan yang memerlukan jawapan di sini, di situ, di sana atau di (nama tempat).
Perhatikan contoh di bawah ini.
1. a) Robert : Kasut yang kamu baru beli itu mana?
Nathan: Ini.

2. a) Alice : Di manakah kemalangan itu berlaku?


Suzy : Peristiwa itu berlaku di Jalan Mahameru.

 Dalam penulisan atau binaan ayat tanya apabila predikat dipentingkan dengan partikal kah, maka
predikat itu mestilah dikedepankan letaknya.

Perhatikan contoh di bawah ini.


1. a) Pensyarah kanankah dia? (√)
b) Dia pensyarah kanankah? (X)

2. a) Di manakah dia? (√)


b) Dia di manakah? (X)

 Dalam penulisan atau binaan ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan penggunaan kata ganti nama
tanya seperti berikut:-
1. Kesalahan tidak menyertakan partikel kah kepada kata tanya yang diletakkan di awal
ayat tanya.
Contoh:
1. a) Berapa jumlah pelajar di dalam kelas ini? (X)
b) Berapakah jumlah pelajar di dalam kelas ini? (√)

2. Kesalahan meletakkan partikel kah kepada kata tanya yang diletakkan di hujung ayat
tanya.
Contoh:
1. a) Anggota polis yang dirempuh lori itu siapakah? (X)
b) Anggota polis yang dirempuh lori itu siapa? (√)

3. Kesalahan kerana meletakkan partikel kah di hujung ayat tanya tanpa kata tanya.
Contoh:
1. a) Buah nangka itu masih mudakah? (X)
b) Buah nangka itu masih muda? (√)

4. Kesalahan menggunakan kata tanya dalam ayat yang bukan tergolong dalam jenis ayat
tanya.
Contoh:
1. a) Khalid terlupa di mana dia meletakkan pennya itu. (X)
b) Khalid terlupa tempat dia meletakkan pennya itu (√)

5. Kesalahan menggunakan kata tanya untuk menggantikan tempat kata-kata lain dalam
ayat.
Contoh:
1. a) Bila wang saya sudah banyak, saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata
Zainuddin. (X)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 12 Alam Bahasa Melayu


b) Apabila wang saya sudah banyak, saya akan membuka perniagaan sendiri,” kata
Zainuddin. (√)

© Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007 13 Alam Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai